Realme XT 64mp Quad Camera Snapdragon

Realme XT 64mp Quad Camera Snapdragon 

realme Malaysia secara rasmi melancarkan realme XT, telefon pintar pertama di Malaysia yang mempunyai 64MP Quad Camera Snapdragon. 

Ia adalah yang pertama Malaysia di mana menyediakan resolusi gambar yang terbaik dengan butiran yang tidak dapat diperkatakan untuk pengguna mereka. Untuk model realme XT, ia memberikan pengguna - kebebasan untuk berkongsi kreativiti mereka melalui fotografi.

Dilengkapi dengan sensor Qualcomm® Snapdragon TM 712 dan 64MP resolusi tinggi dengan penambahan teknologi Tetracell dan 3D HDR, realme XT memastikan anda mengambil gambar dengan jelas dan terperinci.


Official launch of realme XT terbaru



"Sebagai sebuah syarikat yang digerakkan oleh anak-anak muda, kita tidak hanya memahami pasaran sasaran kita tetapi kita berbangga untuk mengatakan bahawa kita juga ingin berkongsi citarasa yang sama dengan mereka iaitu ‘Dare To Leap”. 

realme telah membantu berjuta-jutapengguna setia di seluruh dunia, terutamanya anak muda untuk mengejar impian atau cita-cita mereka dan mencapai matlamat mereka.

Kini dengan realme XT, ia terus membantu pengguna telefon pintar untuk melangkah sedepan lagi dengan lebih bertenaga. 

Dengan semua ciri-ciri ini ada di dalam satu telefon pintar, kini pengguna mempunyai keupayaan untuk merebut detik-detik bergerak maju ke hadapan dengan segala cabaran yang ada tanpa risau. -kata Tiffany Teh, Brand Manager of realme Malaysia.

Ciri-Ciri Menarik Realme XT


Dikuasakan oleh kelajuan jam 2.3Ghz Snapdragon 712 AIE bersama-sama dengan sensor ultra resolusi tinggi 64MP, mempunyai binning piksel pintar empat-dalam-satu, f / 1.8 aperture besar, dan kanta 6P dengan pengumpulan cahaya yang unggul keupayaan, memberikan realme XT setanding dengan fotografi peringkat perdana.


Mempunyai Gorilla Glass 5 di bahagian depan dan belakang reka bentuk kaca melengkung yang terdapat dalam dua pilihan warna ceria - Pearl Blue dan Pearl White.

Kamera quad perdana realme XT yang dibentuk dengan sensor 64 MP GW1 Samsung untuk kamera utama, lensa sudut lebar 8MP, kanta makro 2MP dan kanta potret 2MP bersama-sama dengan 16MP 

Sony pada kamera depan, menghasilkan gambar yang tiada tandingan yang kelihatan segar dan terperinci walaupun anda mengezum masuk.

Menyokong rakaman video 4K pada 30fps, rakaman video HD 1080p pada 30fps / 60fps, rakaman Video HD 720p pada 30fps / 60fps, dan gerakan perlahan sehingga 960fps.

Mempunyai skrin penuh iaitu 6.4 inchi dan tekstur skrin Super AMOLED. Model ini juga dilengkapi dengan dual nano-SIM yang doperluas melalui slot kad microSD hingga 256GB.

Dilengkapi dengan teknologi terkini iaitu menggunakan cap jari.

Selain itu ciri-ciri yang dinantikan adalah Dolby Atoms. Ia menggabungkan pembesar suara superlinear dan penguatkuasa pintar yang menggandakan kelantangan audio dan meningkatkan kualiti bunyi untuk pengalaman audio terbaik.


Ciri-Ciri Menarik Realme XT

Aksesori realme


realme Power Bank

realme Malaysia turut mengeluarkan power bank dengan kapasitii 10000mAh. Bateri litium dengan pengecasan cepat 18W serta ada 2 ports USB Type A dan Type C. Boleh discharge power bank dan telefon pintar serentak. 2 warna bleh dimiliki samada kuning atau kelabu.

realme Buds 2

Pengguna boleh menikmati premium earphone 11,2mm bass yang terdiri daripada Multi-layer Composite Diaphragm dan Daikoku Voice Coil Jepun.Reka bentuk kapsul coaxal membolehkan gegelung alih 11.2mm untuk menyampaikan muzik Hi-Fi tanpa sebarang gangguan.

realme Buds Wireless

Aksesori terbaru yang dibawa kepada peminat oleh realme. Kerjasama dengan pengeluar muzik terkenal dunia dan DJ,Alan Walker. realme Buds Wireless ini mempunyai konsep reka bentuk yang minimalis yang dibuat daripada gel silika yang mesra logam dan kulit.

Sambungan magnet menjadikannya lebih mudah untuk menyimpan dan pada masa yang sama berfungsi sebagai suis. Ia secara automatik akan dihidupkan dan disambung ke peranti apabila dipisahkan. Ia akan dimatikan secara automatik apabila disambungkan.

Alan Walker telah bekerjasama dengan pasukan pakar penalaan akustik dari realme untuk memastikan pengguna mendapat respons bass yang paling tepat dan kuat dengan Dinamik Bass Boost (DBB). realme Buds Wireless mencipta pengalaman mendengar yang menakjubkan, terutama untuk muzik elektronik.

realme XT (Pearl Blue, Pearl White)
8 + 128 GB
Harga: RM1,399
Tarikh Penjualan: 11.11.2019 at 12 am

Untuk realme 5 (terkini) (Crystal Purple, Crystal Blue)
3 + 32 GB
Harga: RM499 (Flash sale 11.11) RRP: RM549
Tarikh Penjualan: 11.11.2019 at 12 am

Harga jualan Realme XT


Sempena 11.11, Lazada akan membuat penjualan untuk realme 5 (3+32 GB) akan diperkenalkan sebagai model eksklusif dalam talian sebenar dan promosi khas akan dikongsi di platform ini.

Pada yang membeli realme XT di Lazada pada 11.11, anda bakal membawa pulang secara PERCUMA beg realme berharga RM 159. Untuk realme XT dan realme 5 (3+32 GB) akan dijual secara ekslusif di platform Lazada.

Untuk maklumat lanjut bleh layari di realme Lazada 

realme Power Bank (Grey, Yellow)
Harga: RM129

realme Buds 2 (Black & Yellow)
Harga: RM39 (flash sale 11.11)/ RRP RM49

realme Buds Wireless (Black & Yellow)
Harga: RM149
Tarikh Penjualan: 11.11.2019 at 12 am


Untuk realme Buds Wireless sahaja, pre-order akan bermula dari 30.10.2019. Segala aksesori
yang disebutkan di atas akan juga dijual secara eksklusif di Shopee semasa Jualan 11.11 Big
Sale. Untuk lebih lanjut, layari realme Shopee 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut produk realme, layari https://www.realme.com/my/


5 Jenis Diet Untuk Kurus Dengan Cepat

Kalau sebelum ni aku pernah kupas tentang isu dah diet tapi masih tak kurus pun, jadi dalam entri kali ni aku nak kongsi tentang jenis-jenis diet yang ada. Nak Kurus cepat? 

Inilah lima jenis diet yang anda perlu tahu!

Jom kenali jenis-jenis diet dan pilih sendiri mana satu diet korang suka. Aku? semestinya yang last sekali lah.


5 Jenis Diet Untuk Kurus Dengan Cepat

BACA  DULU ~ Tip Yang Betul Untuk Diet dan kira dulu BMI korang okay tak? Guna kalkulator BMI online ni

Inilah 5 jenis diet yang anda perlu tahu!


Diet Keto


Diet Ketogenik adalah khas untuk merawat epilepsi refraktori yang sukar dikawal di kalangan kanak-kanak. 

Permakanan ini meniru aspek kebuluran dengan memaksa badan bagi membakar lemak lebih pantas berbanding karbohidrat.

Biasanya, karbohidrat yang terkandung dalam makanan ditukar kepada glukosa, yang kemudiannya diangkut ke seluruh badan terutamanya penting bagi fungsi otak. 

Bagaimanapun, jika hanya sedikit karbohidrat terdapat dalam permakanan, hati akan menukarkan lemak kepada asid lemak dan zat keton.

Zat keton memasuki otak dan menggantikan glukosa sebagai sumber tenaga. Peningkatan aras badan keton dalam darah, keadaan yang dikenali sebagai ketosis, mendorong kepada pengurangan kekerapan serangan epilepsi.

Diet ketogenik klasik mengandungi nisbah 4:1 ratio berat lemak dengan gabungan protein dan karbohidrat. 

Diet Keto mengecualikan makanan berkarbohidrat tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran berkanji, roti, pasta, bijian dan gula, sambil melebihkan pengambilan makanan berlemak tinggi seperti krim dan mentega. Elok sangat sebab dapat kurangkan makanan tinggi gula.

Pada 1990-an, seorang penerbit Hollywood, Jim Abrahams mempunyai seorang anak lelaki yang mengalami penyakit sawan serius tetapi dikawal oleh diet ini, maka beliau mengasaskan Yayasan Charlie untuk mempromosikan diet ketogenik.

Diet Paleolitik

Diet paleolitik, diet Paleo, diet ravioli, atau diet zaman batu adalah diet moden yang memerlukan makanan tunggal atau makanan utama yang dianggap tersedia pada manusia semasa era Paleolitik.

Walau bagaimanapun, keupayaan pencernaan manusia moden secara anatomis adalah berbeza dari manusia pra-Homo sapiens, yang telah digunakan untuk mengkritik premis teras diet.

Walaupun terdapat variasi yang berbeza dalam cara diet paleo diinterpretasikan, diet biasanya termasuk sayur-sayuran, buah-buahan, kacang, akar, dan daging dan menghindari makanan yang diproses dan makanan seperti produk tenusu, gula, kekacang, minyak olahan, garam, alkohol, dan kopi.

Tidak ada bukti yang baik bahawa diet ini membantu dengan penurunan berat badan, diet paleo boleh menyebabkan kekurangan pemakanan seperti pengambilan kalsium yang tidak mencukupi, dan kesan sampingan termasuk kelemahan, cirit-birit, dan sakit kepala.



Diet Atkins

Diet Atkins ialah program penurunan berat badan yang dicipta oleh Robert Atkins. Diet Atkins diklasifikasikan sebagai diet rendah karbohidrat. 

Atkins membantu seseorang individu utnuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan.

Menghadkan makanan seperti nasi, mi, kentang dan gula badan akan mula membakar lemak dan seterusnya berat badan akan menyusut. 

Tidak ada bukti keberkesanan diet untuk mencapai penurunan berat badan tahan lama dan dapat meningkatkan risiko penyakit jantung.


Diet Mediterranean

Diet Mediterranean adalah diet yang diilhami oleh kebiasaan makan Yunani dan Itali pada tahun 1960-an. 

Aspek utama diet ini termasuk penggunaan minyak zaitun, kekacang, bijirin, buah-buahan, dan sayur-sayuran yang tidak ditapis, penggunaan sederhana hingga tinggi ikan, penggunaan sederhana produk tenusu (kebanyakannya sebagai keju dan yogurt), dan penggunaan rendah produk daging bukan ikan.

Diet Mediterranean, seperti yang ditakrifkan oleh ahli nutrisi, adalah berkaitan dengan amalan budaya yang UNESCO disenaraikan pada tahun 2010 di bawah tajuk "diet Mediterania" pada Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tanpa Kemanusiaan yang tidak ketara: 

"satu set kemahiran, pengetahuan, ritual, simbol dan tradisi mengenai tanaman, penuaian, penangkapan ikan, penternakan, pemuliharaan, pemprosesan, memasak, dan khususnya perkongsian dan penggunaan makanan ", bukan sebagai satu set makanan tertentu.


Diet Suku, Suku, Separuh (SSS) – Kementerian Kesihatan Malaysia

Kita dekat Malaysia ni sangat beruntung sebab Kementerian Kesihatan Malaysia keluarkan garis panduan lengkap untuk kita menjaga pemakanan supaya sihat. 

Kalau perasan, banyak iklan suku,suku,separuh lepas tu keluar gambar pinggan sihat Malaysia kan?
Ha melalui diet SSS ni, rakyat Malaysia di sarankan untuk makan secara berhemah. 

Kena seimbang. Suku yang dicadangkan ialah, Suku karbohidrat, Suku protein dan Separuh sayur dan buah - 3 jenis sayur, 2 jenis buah sehari.

Inilah 5 jenis diet yang anda perlu tahu untuk kurus


Lebih elok kita amalkan DSSS ni sebab ianya memang dicadangkan oleh KKM atas hasil kajian berdasarkan jenis makanan dan juga corak pemakanan kita di Malaysia. 

Kena ingat cara pemakanan tu adalah gaya hidup kita. Nak kekal lama dan sihat kena cari diet yang tak menyusahkan diri dalam masa jangka panjang.

Akhir kata, tak salah nak mencuba diet yang aku sebutkan dekat atas, tapi kena ikut kemampuan poket dan diri. Ada diet yang bagus, suruh makan makanan yang boleh tahan harganya. 

Sebulan dua mampu lah, lama kelamaan parah juga. Apa pun bersederhanalah. Islam pun galakan kita untuk sederhana.

Maklumat lanjut tentang pemakanan boleh rujuk:

http://nutrition.moh.gov.my 
http://www.moh.gov.my/


Sumber KKM, Wikipedia, Facebook Dr Rusyainie

Bayangkan! Jika Pasangan Anda Meninggal Dunia?

Pernah tak korang bayangkan, jika pasangan korang meninggalkan korang dan keluarga. Tak kisah atas apa jua alasan, sama ada bercerai mahupun pergi menghadap Ilahi selamanya. 

Bagaimana nasib korang dan ahli keluarga korang?

Banyak berita yang kita dengar setiap hari, isteri kehilangan suami kerana sakit atau kemalangan dan terpaksa meneruskan kehidupan bersama anak-anak yang masih kecil. 

Perit, sungguh tak terbayang kalau benda tu jadi dekat diri aku. Nauzubillah.

Bayangkan! Jika Pasangan Anda Meninggal Dunia?

Aku kongsikan topik kali ni bukan aku nak promote apa-apa produk Takaful /  jualan, cuma nak sebarkan kesedaran supaya bersedia menghadapi kemungkinan andai kita di uji dengan ujian kehilangan. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.




Jika Pasangan Anda Meninggal Dunia?


Hidup Hanya Sementara

Aku selalu ingatkan diri yang nyawa kita ni bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik. Hidup Hanya Sementara. Sesungguhnya benar, apa yang kita ada ni semuanya pinjaman dari Allah. 

Dah jadi prinsip aku akan ingatkan diri supaya hidup sehabis baik, biar bila dipanggil nanti mudah-mudahan tak dihukum kerana gagal laksanakan amanah Allah.

Sama juga tentang suami dan anak-anak. Anak-anak dan kehidupan masih perlu diteruskan jika salah seorang dari kami meninggal. Apa yang penting, apakah kami bersedia? 

Apa plan untuk teruskan kehidupan. Jadi aku fikir amat-amat perlu untuk kita yang masih hidup ni sentiasa tahu apa yang perlu dibuat, apa rancangan jika ada kecemasan dalam hidup.


Bayangkan Pasangan mati


Apa perlu buat?

  • Sebagai wanita, amat penting untuk kita ada kesedaran tinggi. Lagi besar tanggungjawab jika anak-anak masih kecil.
  • Jangan terlalu manjakan diri dan belajar berdikari.
  • Kalau selalunya kita bergantung hidup pada suami semata-mata dah tiba masa kita perlu cari pendapatan sampingan sebagai back up.
  • Belajar berniaga dan pegang duit sendiri. Mana tahu kelak jadi perniagaan keluarga yang boleh kita wariskan pada anak-anak pula.
  • Mulakan seawal mungkin tabung pendidikan untuk kemudahan anak-anak.
  • Sediakan plan takaful untuk keluarga. Paling aku risaukan, ahli keluarga sakit dan kita perlukan duit untuk menjalani rawatan tapi kita gagal nak sediakan. 
  • Kongsi password bank dan urusan kewangan dengan pasangan. Bayangkan kita ada duit tapi kita mampu tengok je dalam bank.
  • Sentiasa berkomunikasi dan berbincang tentang plan kecemasan dengan pasangan. Masa ini lah kita kongsikan segala ikhtiar hidup dan tip survival supaya pasangan boleh teruskan kehidupan walaupun tanpa kita.
  • Bersedia dengan apa jua perubahan dalam hidup. Berlapang dada dan sentiasa positif. Sentiasa fikir kita adalah harapan dan juga pelindung masa depan anak-anak. Jadi cuba buat yang terbaik.


Setiap saat masa menulis entri kali ni, aku letakkan diri di tempat mereka yang kehilangan orang tersayang. 

Mana mungkin akan sama meneruskan kehidupan dan membesarkan anak-anak berseorangan.

Aku doakan mereka yang diuji dengan kehilangan pasangan semoga sentiasa kuat, dipermudahkan segala urusan, dilimpahkan rezeki, dikurniakan tubuh badan yang sihat, dan dilapangkan kesulitan menjalani kehidupan.

Semoga doa yang sama melantun kembali pada aku.


Korang Dah Cuba Marrybrown Korean Sensasi Ayam Terhangat?

Korang Dah Cuba Marrybrown Korean Sensasi Ayam Terhangat?

Pertama kali makan Marrybrown masa umur aku 12 tahun waktu ikut rombongan sekolah rendah ke Menara Kuala Lumpur. Dekat Pahang tak ada weh. Datang ke Kuala Lumpur baru jumpa Marrybrown. 

Nama pun budak-budak, memang excited la memandangkan kali pertama cuba. Seingat aku makan nasi lemak Marrybrown.

Lepas tamat pengajian aku kerja dekat Kuala Lumpur. Banyak lagi pilihan fast food yang ada jadi memang jarang la aku singgah Marrybrown. Dan faktor utama ialah Marrybwon tak buka banyak cawangan padahal makanan dia not bad dari segi rasa dan harga.



Marrybrown Korean Sensasi Ayam Terhangat

Aku mula makan Marrybrown semula bila ada branch dia buka dekat sangat dengan rumah tak lain tak bukan Marrybrown dalam Melawati Mall. Yes. Anak aku paling excited nak makan sebab dia nampak promosi Korean Chicken.

Kalau ikut suami dia akan ikut je selera anak isteri. Selalu pilihan dia kurang kena selera kami dan memandangkan aku food blogger tersohor maka dia kena ambil kira pandangan aku. Nasib la suami eh. Untung tau kahwin dengan aku. eh!

Set Korean Sensasi Ayam Terhangat

Dalam set Marrybrown Korean Sensasi Ayam Terhangat ni ada enam ketul ayam goreng, kentang goreng dan juga minuman ringan. Apa yang sedapnya, ayam goreng ni diselaputi sos melekit Korean yang manis dan pedas dan ditabur dengan bijan.

Untuk yang tahan pedas, level kepedasan kepak ayam ni sedang-sedang aje. Bagi aku yang tak tahan pedas, skala pedas adalah 2.5/5. Lidah aku agak manja tapi aku suka la makan. Rasa sos dia agak terlalu manis bagi aku dan melekit.

BACA JUGA ~ Ayam Korea Chicken Plus


Marrybrown Korean Sensasi Ayam Terhangat


Anak aku suka sangat makan sambil kesat air mata lepas tu selang seli dengan air manis. Walaupun pedas dia teruja nak habiskan. 

Kena la tu dengan tekak dia. Kalau ikutkan tekak aku yang biasa juga makan makanan Korea, sos dia lebih kepada selera orang Malaysia.

Kalau makan Set Korean Sensasi Ayam Terhangat ni waktu lunch semestinya aku perlukan nasi sebagai sampingan. Lebih sesuai makan waktu tea time sekadar alas perut. 

Kalau tanya berbaloi atau tidak untuk di cuba, semestinya harus la cuba kalau korang peminat makanan Korea dan open untuk cuba benda baru.

Masa makan tu juga kami cuba Nasi Ayam Marrybrown, Mee Kari dan dessert Pisang Goreng Aiskrim. Nasi ayam tu sesuai untuk anak-anak tak makan pedas dan mee kari tu kuah pekat tapi kurang masin bagi tekak aku. Tapi habis je aku makan. 

Sedikit kecewa dengan dessert Pisang Goreng Aiskrim. Rasa dia pelik. Korang nak cuba silakan, mana tahu sedap kat tekak korang.