Makan-Makan Di Menate Setapak

Kisahnya makan di Menate cawangan Setapak sebab rindu nak makan daging. Selalu kalau teringin steak atau burger yang patty dia ber jus mesti akan makan di NY Steakshack dalam Melawati Mall.

Tapi malangnya restaurant tu tutup. Kenapa la kau tutup, aku suka makan burger NY Steakshack tahu tak? Back to Menate, seingat aku ini kali kedua kami makan di Menate. 

Makan-Makan Di Menate Setapak

Pengalaman sebelum ni makan disini tidak lah begitu mengecewakan kecuali tersalah pilih cara masak daging sahaja. Nak tahu salah apa sila teruskan membaca. 

Kami makan di restaurant Menate di Setapak yang terletak betul-betul berhadapan Setapak Central. Makan dekat Menate lepas Viral Azwan Ali maki follower. 

Kalau Setapak terlalu jauh dengan korang, boleh cuba di satu lagi cawangan Menate di Shah Alam. Peminat daging terutama kambing dan lembu, suka makan steak, burger, kena datang sini untuk cuba. 

Pendek kata menu di sini menyediakan sajian western yang memenuhi selera makan korang. Hari tu aku terperasan ada lobster dalam lingkungan harga RM200 macam tu. 

Tidak la pula terasa nak cuba, nanti ada duit lebih boleh la kot.

Ini adalah review tanpa bayaran dari pihak Menate ya. Saja berkongsi dengan korang. Nanti senang nak datang celebrate birthday ke. 

Oh ya, dekat sini juga ada menawarkan dessert seperti kek dan macarons. 

Nampak sedap dan padan dengan harga. Ramai juga yang datang dan celebrate birthday orang tersayang dekat sini.



Nak Makan apa di Menate?

Sebelum aku cerita apa aku makan, meh sini aku kongsikan cara buat pesanan dekat Menate ni. Eh, nak buat pesanan pun nak ajar eh? Mestilah sebab dekat sini cara buat pesanan dia lain sikit berbanding restaurant dekat luar tu.

Mula-mula masuk je ke restaurant dan duduk di meja, crew restaurant akan datang dan tunjukkan menu. Boleh order apa sahaja makanan dari menu, pilihan untuk starter seperti Nachos, chicken wings, mushroom soup dan banyak lagi. 

Masa aku tengah tunggu makanan masak aku nampak orang sebelah order Nachos Cheezy Dip. Ya ampun meriah weh, next time siap aku nak order.

Berdekatan Menate tu ada Cendol Viral - Cendol Durian Runtuh dekat Kampung Baru tu, dia pindah dekat situ. 




Selain tu ada pilihan pasta, aglio olio, marinara, Bolognese. Untuk peminat burger yang nak cuba seleksi ultimate burger Menate kena cuba Wag’yu Burger (Rm48.90), Angus Burger (RM35.90) atau Lamb Burger (Rm29.90). 

Side dish dia ialah salad dan juga kentang goreng. Pun aku nampak orang sebelah order. Memang menggiurkan burger dia.




Kalau nak order steak boleh pergi pilih jenis steak yang korang nak cuba dan beri pada crew. Ada beratus pilihan steak dalam chiller disediakan. Apa yang bagus, setiap kepingan daging dan dibungkus dalam plastik dan dilekatkan dengan tanda harga. Jadi pandai-pandai la pilih.

Dah pilih boleh beritahu crew cara masak steak korang dan beri no meja. Nanti dia hantar terus ke meja lepas masak. Tak lama pun sekejap je. Aku selalu pilih steak aku dimasak medium well tak pun well done. 

Cara lain adalah rare, medium rare atau medium. Aku pernah cuba masak steak medium, bila potong memang daging mengeluarkan jus merah. Kahkahkah lepas tu tak boleh telan.  

Dekat sini ada juga pilihan sausages, pizza, chicken dan juga set makanan untuk kanak-kanak. Jadi kalau risau anak-anak tak mampu habiskan makanan boleh order kids menu okeh. 

Air disediakan free flow dan percuma, ada Teh Tarik dan coklat untuk seleksi air panas, dan beberapa jenis air soft drink. Minum la sampai kembung. Nak air lain lebih mewah pilih je dekat menu tapi seperti biasa kena bayar. 

Sedikit tambahan, kenapa aku suka makan steak dekat Menate sebab aku boleh pilih sendiri bahagian steak yang aku nak makan. Aku makan apa yang aku pilih dan rasa lebih puas hati. 

Jenis-jenis steak yang ada seperti Tenderloin, Ribeye / Cuberoll, Striploin, Tomahawk, T-Bone, Short ribs dan Oyster Blade. Selalunya kami akan pilih T-Bone, atau ribs. Pilihan lamb pun banyak sangat.

Lepas Rindu Makan Lamb Di Menate

Oleh sebab rindu kan lamb jadi malam tu kami pilih makan Lamb Loin. Untuk anak-anak aku pesan Beef Carbonara Spaghetti dan juga Curly Fries. Beef Carbonara Spaghetti dia memang rich dan rasa creamy sangat. Puas hati makan. Tolong minum Teh Tarik dia kena selera aku. Sedap. 

Anak bujang pun nak join sekaki makan Lamb. Kenyang walau lambat nak habiskan tapi puas hati sebab daging masih boleh kunyah walaupun dah sejuk. 

Sejujurnya walau kami makan lamb tapi sedikit pun tak rasa hanyir lamb tu. Selalu orang tak makan lamb sebab ada bau kan? Ha lamb dekat sini sedap, bebas bau.




Jumlah bil malam tu termasuk 6% SST ialah RM218.60. Aku kongsikan supaya senang korang boleh sediakan bajet untuk pergi makan dekat sini.

Beef Carbonara Spaghetti – RM 22.90
Curly Fries – RM8.00
Lamb Loin – ikut berat (RM61.20, RM55.44, RM58.68)


Dengan kualiti daging, customer service, kebersihan dan pilihan yang ada memang puas hati dengan harga yang dibayar. Sesekali lepas rindu boleh la. Kalau selalu sangat mahu koyak poket suami. 

Apa aku paling suka dekat sini, crew dia sangat rajin. Setiap masa dia akan round table untuk bersihkan pinggan kosong atas meja customer. Pantas pula tu buat kerja. 


Kesimpulan

Lepas makan cepat-cepat balik rumah sebab anak-anak dah start cranky. Nak pesan dessert pun dah rasa terlalu kenyang. Next time akan datang tapi nak cuba makan burger dan Nachos Cheese tu. Kita kumpul duit dulu lah, tabung penuh baru pergi makan.

Cara aku, walaupun tak rasa kaya sangat tapi teringin nak masuk kedai yang luar kemampuan poket aku akan sediakan tabung dan gigih tunggu tabung penuh. 

Rasa bahagia sangat kalau makan hasil titik peluh menabung. Selalu tak sempat penuh tabung suami buat surprise belanja tiba-tiba sebab aku kalau teringin memang mulut asyik berzikir sebut nama makanan. lol. Suami kesian. Bijak kan taktik aku?


Cara Semak Tempat Jual Topeng Muka & Hand Sanitizer

Semenjak tersebarnya penyakit berbahaya seperti COVID19, Laman sesawang dan juga akaun media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjadi antara top page yang sentiasa aku jenguk. 

Bukan apa, dengan peratus yang tinggi orang salah guna Whatsapp dan sebarkan benda tak betul aku jadi takut nak percaya.

Jadi marilah kita sebarkan maklumat yang sahih sahaja ya. Pesanan untuk kita semua, tak pasti jangan kongsi. 

Baru-baru ni KKM ada kongsikan tentang lokasi untuk dapatkan topeng muka (face mask). Benda paling sukar nak jumpa sekarang tak lain tak bukan topeng muka dan juga had sanitizer.

Cara Semak Tempat Jual Topeng Muka & Hand Sanitizer

Serius semua habis stok, kalau ada pun di jual dalam kuantiti yang terkawal. Setiap orang boleh beli dalam kuantiti minimum yang dibenarkan sahaja. 

Aku pernah tanya hand sanitizier yang kecil saiz kurang dari 100ml harga mencecah RM20.



Cara Periksa Tempat Jual Topeng Muka

Sebenarnya wujud satu kaedah untuk periksa premis yang menjual topeng muka dan hand sanitizer secara atas talian. Selalu kalau walk in ke farmasi pasti akan kecewa sebab tiada stok kan? 

Rupa-rupanya korang boleh semak premis yang ada stok topeng muka sebelum keluar rumah. Bagus kan?

Face Mask Checker Map” membolehkan orang ramai memeriksa premis berdekatan yang mempunyai stok topeng muka dan hand sanitizer bagi mereka yang memerlukan melalui wheremymask.com Memang bagus sebab menjimatkan masa dan korang tak perlu lagi mencari dari satu farmasi ke farmasi lain.




Boleh rujuk FB My Pharmacist House untuk keterangan lanjut. Kalau ikut contoh gambar di bawah, Warna Kuning menunjukan Tiada Stok, dan Warna Merah Ada Stok, manakala Biru mewakili Status Tidak Pasti.



Pesanan Kementerian Kesihatan Tentang Penyakit COVID19

Banyak sebenarnya kempen-kempen dan juga poster yang telah KKM kongsi di internet dan televisyen menasihatkan agar rakyat Malaysia menjaga kebersihan dan kesihatan tidak kira walau dimana sahaja kita berada. Rakyat diminta untuk tidak mementingkan diri dan ambil kesempatan di atas musibah yang melanda.

Perhatian harus diberikan kepada golongan berisiko tinggi seperti:


1. Kanak-kanak bawah 5 tahun
2. Warga emas 65 tahun ke atas
3. Pesakit dgn penyakit kronik 
4.  Wanita hamil.

Nah aku kongsikan artikel dari https://kpkesihatan.com/ tentang langkah-langkah pencegahan perlu korang tahu: 

Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer);

Sentiasa mengamalkan etika batuk (cough etiquette) yang baik, iaitu menutup mulut dan hidung dengan tisu apabila batuk mahupun bersin, seterusnya membasuh tangan dengan serta merta;

Semasa dalam tempoh lawatan, sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (face mask) serta bahan pencuci tangan (hand sanitizer) untuk digunakan apabila perlu;

Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari mengunjungi tempat tumpuan ramai dan tidak bergaul rapat dengan mana-mana individu yang bergejala;

Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan;

Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari mengambil (iaitu memakan atau meminum) sebarang produk haiwan yang mentah / tidak dimasak dengan sempurna;

Segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit (iaitu mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas) dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan tersebut. Begitu juga, maklumkan mengenai sejarah perjalanan dari negara yang terlibat kepada doktor yang merawat.


Kesimpulan

Harapnya dengan keadaan situasi yang kritikal sekarang tiada pihak yang akan ambil kesempatan dan jual barang-barang tersebut dengan harga yang mahal. Setiap orang memainkan peranan penting untuk memastikan kita agar dapat membendung wabak penyakit ini dari terus berleluasa. 


Beli Perabot Di IKEA Cheras

Memang dari awal tahun lagi mood aku nak kemas rumah sangat berkobar-kobar. Aku dah siap senaraikan barang dan perabot perlu beli untuk capai impian aku nak cantikan rumah. 

Bukanlah nak cantik apa pun, cukup sekadar selesa aku nak buat kerja dan nampak kemas. Target aku yang pertama adalah nak beli meja untuk aku guna sebagai mini office dalam bilik nombor dua. 

Beli Perabot Di IKEA Cheras

Bilik komputer sedia ada digunakan oleh suami untuk kerja Trade dia. Malas nak kacau sebab kerja dia melibatkan fokus yang tinggi manakala aku kadang-kadang kerja kena pasang musik kuat utnuk seru idea datang.

Jadi kami ke IKEA seperti biasa untuk cari idea dan beli kelengkapan ikut minimal bajet yang aku tetapkan. Oleh sebab suami yang bayar maka final decision datang dari dia juga. 

Bagus juga ada second opinion, kalau tak aku akan ambil sesuka hati, lepas tu menyesal sebab ikut nafsu.




Shopping, Makan Meatball & Balik

Plan kami macam biasa, right after breakfast untuk alas perut dan kami menuju ke IKEA Cheras. Faktor jarak yang lebih dekat dengan rumah menjadikan IKEA Cheras pilihan tempat beli belah selain tempat makan meatball. Entah apa yang sedap sangat memang anak-anak aku suka makan meatball IKEA.

IKEA memang tak pernah lengang terutama dekat cafĂ© dia. Aku rasa rakyat Malaysia datang IKEA semata-mata untuk makan. lol. Aku adalah antara mereka yang datang IKEA untuk makan. 

Walaupun terpaksa beratur agak panjang tapi servis dia laju. Konsep layan diri dan bayar di kaunter tu aku suka. Laju je. Setakat ni semua menu yang aku pernah beli kami anak beranak suka. Next nak cuba Salmon pula.



Selain meatball, kesukaan kami adalah ribs. Ya ampun masa menaip ni pun terbayang kesedapan sos BBQ dan daging dia yang lembut, luruh dari tulang tu. Ok kumpul duit nanti repeat. 

Ni aku beli Kek Almond sebab teringin tapi sangat tak kena dengan tekak. Almond tu tak crunchy so agak kecewa. Agaknya memang kek tu rasa macam tu la kot kan.

Aku Makan smoked bbq Beef Rib Dekat IKEA

Beli Meja Untuk Mini Office

Alhamdulillah, urusan kami dipermudahkan. Dapat beli meja berharga RM99, yang mana masih dalam bajet aku dan almari baju untuk anak-anak terpaksa kami hold sebab tiada rekaan yang kami suka. 

Maybe next time boleh tengok online katalog IKEA sebelum pergi untuk jimat masa. Selain meja, rutin setiap kali pergi sana akan beli plastic zip lock. Aku guna plastik ni sebagai storage bahan-bahan mentah. 

Saiz aku pilih tu sesuai untuk enam ketul bahagian ayam saiz sederhana. Jadi kalau defrost dan masak memang cukup la lauk untuk satu hari.

Kali ini aku beli laptop supporter dan juga tempat letak kaki. Murah je semuanya bawah RM20 setiap satu. Sangat-sangat membantu supporter kaki tu, sebab kebiasaan aku buat kerja di meja pasti kaki terjulur ke bawah. 

Dalam waktu yang lama kaki aku jadi bengkak sebab tergantung macam tu. Ada supporter kaki tu hilang lenguh. Lagi satu fungsi tempat letak kaki tu macam mesin jahit Singer mak aku pernah guna. Kira part of exercise masa gerakkan kaki.

Gambar tak sempat snap lagi nanti aku update.




Sepanjang dekat sana, anak-anak la yang paling tak sabar nak balik. Sejam terakhir dekat sana anak-anak dah start crancky. Untuk elak kejadian tak diingi kami balik selepas beberapa jam tawaf tempat sama. 

Aku tak pernah muak kot pergi sana. Terhibur weh tengok dekorasi bilik tidur, bilik air, pejabat dan ruang tamu. Ni perangai mak-mak kan? Berangan tak habis. Kalau lah kaya, aku beli kot. Tapi orang kaya shopping dekat IKEA ke? eh.


Tips Jika Datang Shopping Di IKEA

Aku bukanlah pandai bab sharing tips ni tapi ini berdasarkan pengalaman aku as parents yang bawa tiga anak kecil yang sentiasa mahukan hiburan dan cepat lapar. 

Setiap orang ada cara masing-masing, jadi jika tak bersetuju dengan cara aku cadangkan ni boleh abaikan ya.

1. Datang seawal pagi untuk elak crowd dan semangat serta tenaga korang masih tinggi untuk kawal anak-anak jika tiba-tiba mereka tantrum.

2. Pesan dekat anak-anak supaya behave dan kongsi apa plan bila ke IKEA. Suruh je anak-anak yang cari apa korang nak beli. Confirm dia akan teruja nak cari barang tu sampai jumpa. Bijak kan?

3. Bawa air dan juga snack yang mudah untuk korang suap anak-anak kalau mereka lapar. Masa ni aku akan standby roti jagung dan juga coklat untuk diamkan anak-anak. Jangan bagi berlebihan takut hyper. Air masak memang wajib bawa ya.

4. Kena selalu alert waktu makan anak. Agak-agak menghampiri waktu makan mereka sila lah bawa pergi makan. Perut yang kenyang membantu anak-anak bertenang. Itu anak aku lah.

5. Sentiasa cuci tangan, bawa hand sanitizer dan juga wet tissue yang mencukupi. Waktu banyak penyakit berbahaya ni elok ambil extra precautions. Tapi perasan tak yang amalan jaga kebersihan ni memang dari dulu cikgu ajar. Basuh tangan dengan sabun sebelum makan.

6. Rancang dan buat list barangan yang korang nak beli. Selalu plan terganggu sebab alasan nak survey sahaja dan tak tulis. Jadi terhibur tengok benda tak sepatutnya. Macam aku selalu buat.

7. Kena saling berpesan dan ingat mengingati bila sampai dekat sana. Selalu suami akan seru kalau aku terlalu lama di sesuatu bahagian. Masa itu emas gais.

8. Jangan lupa bawak beg shopping sendiri. Disamping menjaga alam sekitar kita dapat berjimat. Suami memang akan standby beg shopping dalam kereta.


Kesimpulan

Walaupun kali ni misi aku untuk beli barang dan perabot tak tercapai sepenuhnya tapi aku bersyukur sangat sebab dapat lepas craving nak makan meatball dan jalan-jalan cuci mata. 

Anak-anak pun dalam kawalan dan tak buat banyak perangai. Nikmat apa lagi mahu didustakan. Apa pun kami berjaya beli meja dan barang-barang yang semestinya berguna untuk aku.

Kena cari alasan kukuh nak ajak suami ke sana lagi. Kalau pergi sebelum raya ok kan? Masa tu mesti banyak promosi balang kuih kan? Wow alasan sangat. 
Setakat ini sahaja perkongsian santai aku. Jumpa lagi next entri. Salam sayang dan jaga diri.


Sebarkan Keseronokan, Sebarkan Hadiah Jack ‘N Jill Roller Coaster

Sebarkan Keseronokan, Sebarkan Hadiah Jack ‘N Jill Roller Coaster

Satu tabiat aku kalau makan snek Jack ‘n Jill Roller Coaster gegelang ubi kentang tu mesti akan sarung dekat jari jadi cincin. Kengkonon jadi mak Datin kaya makan sambil tengok televisyen. 

Berangan tak ingat sampai habis sepeket. Asyik weh. Korang pernah buat?

Selaku peminat makanan ringan snek Jack ‘n Jill Roller Coaster memang teruja sungguh bila Jack ‘n Jill telah melancarkan kempen ‘Jack ‘n Jill Roller Coaster Fun-tastic Day’ sebagai tanda penghargaan kepada semua rakyat Malaysia selaku pemakan snek yang hebat.

Tujuan hari fantastik ini diadakan adalah untuk menyebarkan kegembiraan dan keceriaan kepada seluruh rakyat Malaysia sambil menikmati snek gegelang ubi kentang yang rangup ini. 

Menariknya, idea di sebalik pelancaran ini adalah “SPREAD THE FUN, SPREAD THE GIFTS (SEBARKAN KESERONOKAN, SEBARKAN HADIAH)”, dengan menggalakkan orang ramai untuk sama-sama berkongsi keseronokan yang tiada penghujung.
 




Cara terbaik untuk melakukannya adalah dengan mengadakan satu sambutan yang bertujuan untuk berseronok semata-mata sambil mengudap gegelang ubi kentang yang berperisa hebat dan enak ini.

“Selama ini, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia sebenarnya telah memiliki pengalaman istimewa terhadap Jack ‘n Jill Roller Coaster. 

Ini kerana caranya dimakan memberikan kenangan manis ketika zaman kanak-kanak. Antara kaedah memakan yang menyeronokkan termasuk menyusun gegelang ubi kentang dengan tinggi sebelum memasukkan sekeping demi sekeping ke dalam mulut.

Kini, anda boleh mengulangi keseronokan seperti dulu dengan berkongsi dan makan bersama sahabat anda gegelang ubi kentang yang enak ini,” kata Emmanuel B. Puno, Naib Presiden Kanan (SVP) URC Snack Foods Indonesia, Malaysia, Indonesia dan Singapore.



Sertai Peraduan Dan Beri Kejutan Hadiah

Tambah Puno lagi “Keseronokan itu bagaimanapun tidak sepatutnya terhenti setakat mengunyah gegelang ubi kentang Jack ‘n Jill Roller Coaster sahaja. 

Ia harus berterusan ibarat tiada penghujungnya, dan keseronokannya pasti berganda apabila adanya hadiah menanti anda dan sahabat anda.

Didorong dengan semangat untuk menyebarkan keseronokan, Jack ‘n Jill Roller Coaster telah memperkenalkan satu peraduan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama merasai keseronokan dan pada masa yang sama berpeluang membawa pulang satu hadiah KEJUTAN khas untuk anda dan sahabat anda.”

Dalam kehidupan seharian, ada kalanya hanya sedikit keseronokan pun sudah memadai untuk menjadikan hari kita lebih ceria dan rancak. 

Sementara ganjaran menunggu, ayuh sambut kempen Hari Fantastik ini bersama Jack ‘n Jill Roller Coaster dan menangilah HADIAH MENGEJUT untuk diri dan sahabat anda!



Rancakkan Hari Anda Dengan Jack ‘N Jill Roller Coaster Fun-Tastic Day!

Kejutkan sahabat anda dengan hadiah misteri dengan mengikuti DUA langkah mudah seperti di bawah:

Langkah 1

Beli sebarang produk Jack ‘n Jill Roller Coaster dengan nilai RM 5 dan ke atas dalam satu resit.

Langkah 2

Ambil gambar resit pembelian anda, calonkan seorang sahabat yang anda hendak menangi bersama, jawab soalan yang disediakan dan Whatsapp ke +6011-1081 1878

Taip Jarak Jarak Jarak



Jom Jadi 45 Orang Bertuah

Kejutan Yang Menyeronokkan Menanti Anda. Seramai 45 pemenang bertuah bersama sahabat yang mereka calonkan akan menerima ganjaran berupa sebuah kotak misteri berdasarkan jawapan yang dihantar. 

Tunggu apa lagi, dapatkan Jack ‘n Jill Roller Coaster hari ini dan sama-sama kita berseronok!




Bersempena dengan pelancaran ini, Jack ‘n Jill Roller Coaster juga mengambil kesempatan untuk melahirkan penghargaan kepada beberapa personaliti tanah air seperti Wafiy Ilhan, pelakon dan pengacara TV di atas sumbangannya kepada rakyat Malaysia dengan membawakan keceriaan dan gelak ketawa untuk kita semua.




Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook kami (Jack ‘N Jill Roller Coaster).

SEBARKAN KESERONOKAN, SEBARKAN HADIAH!