8 Perkara Perlu Elak Sepanjang PKP

Secara jujurnya sepanjang PKP yang lepas aku banyak buat kesalahan. Tapi biasalah menyesal itu hanya seketika ya kawan-kawan. 

Aku sempat la merasa frust seketika dan kembali bangkit meneruskan kehidupan. Nak down lama-lama pun tak berguna, nasi dah jadi bubur pun. 

Bukan setakat itu sahaja, berat badan aku bagai di pam-pam. Adakah aku tertekan sepanjang PKP? Kau orang ok? 

Jadi untuk elak aku melakukan kesalahan yang sama di masa hadapan aku nak kongsikan kesalahan-kesalahan yang aku pernah lakukan sepanjang PKP yang lepas.


Adakah Anda Buat Kesalahan Seperti Ini Dalam Tempoh PKP? 

Ketahuilah amat mudah melakukan kesalahan berbanding memperbaiki kerosakan akibat salah langkah tu. Aku bukan nak takutkan kau orang okeh. 

Moga lepas ni bila aku hilang arah aku akan kembali baca entri ini untuk timbulkan kesedaran dalam diri.


8 Perkara Perlu Elak Sepanjang PKP

Kalau kau orang tak pernah sekali pun lakukan perkara yang bakal kau orang baca lepas ni, aku ucap tahniah dan kau orang layak terima ‘standing obviation” dari aku.


Tidak Kawal Makan

Kesalahan paling mudah dan ramai orang terjebak adalah bila tidak kawal selera makan. Segala jenis makanan masuk ke dalam badan dan tidak ambil peduli waktu makan yang betul. 

Biar aku ingatkan eh, sekali terlajak bertambah berat badan buruk akibatnya. Jangan menyesal dikemudian hari.


Habiskan Masa Sepanjang Hari Untuk Tidur

Selalu orang bujang guna alasan qada tidur sebab kalau hari biasa siang kena bekerja dan malam ada aktiviti lain. Jadi waktu tidur terganggu. 

Masa PKP dibantainya tidur sepanjang hari. Seriously tak produktif langsung.


Shopping Online

Oleh sebab tidak boleh keluar ke shopping mall sesuka hati jadi perkara terbaik adalah shopping secara online. Memang ok sangat dapat bantu pulihkan ekonomi tapi akan jadi tak bagus kalau shopping dan beli barang tak berfaedah.

Banyak juga aku beli dekat Shopee masa PKP fasa pertama dulu - SINI

Tabik spring untuk kau orang yang dapat buat belian bijak. Aku hampir-hampir jadi pengguna yang tak bijak dah hari tu. Mujur kesedaran tu datang semula. 


Malas Bersenam

Benda paling aku benci nak buat ialah bersenam. Alasan terbaik adalah sebab aku penat. Entah apa yang aku penat pun aku tak tahu. 

Aku syak aku terlalu banyak masa berehat. Bahaya weh. Sila jangan malas bersenam.


Tidak Membaca

Dah lah malas nak bersenam dan akibatkan lemak terkumpul di badan, nak bagi makan otak dan jiwa pun aku jadi malas. Kesian hidup aku. 

Semakin banyak kita membaca semakin bagus untuk jiwa dan minda kita.


Tidak Ambil Tahu Perkembangan Semasa

Sepanjang tempoh PKP aku jadi malas untuk ambil tahu tentang perkembangan semasa. Bila kawan-kawan bercerita topik semasa dalam group Whatsapp mulalah aku terkapai-kapai. Teruk betul rasanya.

Kena lah ambil tahu tanda kita cakna dan sayangkan negara.


Asyik Dengan Gajet

Siang malam dengan gajet. Kalau boleh 24 jam gajet ada di tangan. Untuk yang bujang masih ok sebab tidak ada tanggungjawab tambahan. Tapi kalau ibu bapa macam aku ni, tunggang langgang kehidupan kalau lebihkan gajet dari anak.

Jadi jangan jadi hamba gajet. Buruk aibatnya.



Tangguh Kerja

Kesalahan paling banyak aku buat sepanjang PKP ialah tangguh kerja tak kira kerja hakiki atau pun kerja sampingan. 

Bila bertangguh akibatnya aku kena selesaikan semua kerja last minute. Jadi boleh bayangkan kualiti dan juga result dia?


Kesimpulan

Marilah kita terutama diri aku sendiri supaya elak kesalahan-kesalahan yang aku senaraikan di atas. Aku faham bukan mudah nak elak diri terbabas dari landasan tapi kita cubalah ya.

Memang lumrah manusia sentiasa perlukan peringatan dalam bentuk nasihat dan teguran. Pesan lah kepada kawan-kawan dan ahli keluarga agar dapat ingatkan kita bila leka. 

Apa yang dapat aku kongsikan, untuk elak diri terus leka kena letak target dan sibukkan diri dengan aktiviti berfaedah.

Rancang jadual dan cuba follow jadual yang kau orang buat sehabis baik. Selalunya, malam sebelum aku tidur aku akan senaraikan apa nak buat esok hari. Insha Allah membantu. Kau orang cubalah.

Tarikh 10.10.2020 Yang Istimewa & Amat Bermakna

Sebelum hari ini melabuhkan tiarinya nak juga up entri khas. Entri hari ini adalah sempena untuk memperingati tarikh yang aku rasa cantik untuk dikenang.  

Tarikh 10.10.2020 yang cukup bermakna buat aku.  Tahun ini adalah tahun aku dan suami menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang ke-10.

Banyak yang berlaku pada tahun ni, banyak yang aku rancang dan banyak juga yang tidak mengikut keinginan aku.   


Tarikh 10.10.2020 Yang Amat Bermakna

Oh ya aku dan suami di ijab qabul pada tarikh 2 Oktober 2010.  Kalau ikut perancangan awal sepatutnya kami pergi bercuti sempena menyambut ulang tahun ke-10.

Tapi kami tangguhkan percutian atas faktor-faktor keselamatan dan juga sebab-sebab peribadi yang lain.  sedia maklum kes covid di Malaysia berada ditahap yang agak membimbangkan. Setiap hari ada sahaja kluster yang baru.




Tarikh 10.10 Cantik Untuk Dikenang

Aku yakin kalau bukan kerana situasi PKP, sudah pasti orang akan memilih tarikh ini untuk mendirikan rumah tangga, melahirkan anak & mengikat tali pertunangan. 

Bukan apa tarikh 10.10 itu mudah untuk di ingat Jenama-jenama besar baik jenama tempatan mahupun luar negara turun  mengambil peluang untuk melakukan promosi jualan besar-besaran sempena  meraikan hari istimewa ini.  

Memang kena sangat dengan situasi sekarang kerajaan menggalakkan rakyat untuk berbelanja secara dalam talian secara online.



Happy Anniversary untuk diri sendiri dan suami. Semoga dia tak menyesal lah kahiwn dengan aku. lol. 10 tahun bukan masa singkat dan kami masih belajar kenal diri. Doakan kami bahagia hingga Jannah okey. 

Tahun 2020 Tahun Kita Di Uji

Hari ini juga bakal dikenang dan menjadi sebahagian sejarah yang mana satu dunia diuji dengan wabak covid.  kita semua sedang diuji untuk melihat kebergantungan kita kepada Tuhan dan juga menguji sejauh mana tahap kesabaran kita dalam menghadapi kesukaran.



Aku akui ianya bukan satu perkara yang mudah.  ramai yang terkesan sebenarnya baik dari segi mental dan fizikal.  ramai orang kehilangan kerja dan mula hilang arah apabila sumber pendapatan terjejas.

Apa yang aku risaukan ialah apabila rakyat hilang kerja, kadar pengangguran tinggi seterusnya akan akibatkan kadar jenayah juga naik.  Lihat saja berita dan orang di sekeliling kita.  Itulah realitinya. 

Aku bersyukur dengan pentadbiran kerajaan sekarang walaupun bukanlah yang terbaik tetapi kerajaan tetap menghulurkan bantuan kepada rakyat.




Menghampiri Penghujung Tahun 2020

Tahun 2020 sudah hampir ke penghujungnya.  Dalam tak sedar kita hanya tinggal lebih kurang dua bulan lagi untuk buat yang terbaik.  

Andai ada umur yang panjang insya-allah kita bakal sambut tahun 2021 bersama-sama. Aku doakan semoga wabak COVID ini segera pergi dan hapus dari muka bumi ini.  

Aku yakin Setiap apa yang Tuhan aturkan ini pasti terselit hikmah yang besar. Tolong jaga diri dan keluarga.  Jangan pentingkan diri sendiri dan pastikan mengikut arahan yang ditetapkan.

Semoga kita dapat menggunakan sisa-sisa tahun 2020 ini dengan memanfaatkan masa yang ada dan mengukuhkan lagi hubungan keluarga.

Dubuyo Urban Korean Food Wangsa Walk Mall

Alhamdulillah, Ahad lepas aku ditemani adik tersayang makan di Dubuyo Mini yang terletak di LotG30, Ground Floor dalam WangsaWalk. Akhirnya craving nak makan makanan Korean tercapai juga. 


Restoran Dubuyo bersebelahan dengan Restoran Chuen Hainanese Chicken Rice & Noodle dan sebaris dengan restoran Mylaksa.


Dubuyo Urban Korean Food Wangsa Walk Mall

Restoran Dubuyo dalam Wangsa Walk ni dikategorikan sebagai Dubuyo Mini, aku tak pasti kenapa dan semuanya self-service. 


Kiranya pelanggan masuk, buat pesanan di kaunter dan tunggu no giliran dipanggil bila makanan dah siap. 


Adik aku pernah makan di cawangan Dubuyo yang lain dan dia kata beza bab buat pesanan tu sajalah. 


Dubuyo ni dah lama wujud dan setiap kali aku ke Wangsa Walk pasti aku berdoa agar suatu hari aku dapat makan dekat situ. 


Nak makan ayam cheese Korea sila cuba - Chicken Plus




Minggu lepas kebetulan adik aku ada urusan di KL jadi dia bermalam di rumah aku. Minta izin suami nak keluar berdua dan kami habiskan masa untuk makan dan cari salon muslimah nak potong rambut. 



Paling Suka Bibimbap Beef

Aku masih tak boleh move on dengan Bibimbap dia. Masa menulis ni, aku masih telan air liur terbayang sedapnya. 


Tak pasti nak describe rasa dia tapi siapa yang suka makanan Korea faham kot. Oh adik aku yang order Beef  Bibimbap, aku tumpang sekaki. Aku pilih nak makan Spicy Toppokki.





Tteokbokki atau kek beras adalah makanan Korea yang dibuat dari garae-tteok bersaiz kecil (kek beras panjang, putih dan berbentuk silinder) yang disebut tteokmyeon.  


Selalu dimakan bersama daun bawang, kuih ikan dan juga telur. Ada dua versi; sos pedas (sos gochujang) atau kicap tidak pedas.


Aku order Tteokbokki untuk melepaskan kerinduan rindu makanan Korea di EID. Dekat Dubuyo ada Spicy Toppokki dan Cheese Toppokki. Spicy tu tak pedas langsung. Lol. 


Rasa dia ok je tapi sedikit menyesal sebab Bibimbap dia lagi sedap.  Selain itu menu yang kau orang boleh cuba ialah Spicy Seafood Ramyeon, Chicken Pabkon Ramyeon, Seafood Sondubu Jigae, Beef Honey Garlic Bulgogi, Buldak Wings, dan Mayoyo Wings.




Harga Makanan di Dubuyo

Menu aku sempat jeling orang lain order dan aku teringin nak makan next ialah Mayoyo Wings. Macam sedap gila. Sesungguhnya aku mudah terpengaruh. Lol.


Berbalik kepada menu Beef Bibimbap, aku suka sebab ada banyak sayur. Dalam satu mangkuk ada telur mata, nasi, taugeh, kubis, lobak merah, rumpai laut, dan daging, ditaburi rumpai laut kering. 


Cara nak makan ialah gaul je kesemua bahan. Boleh tambah sos pedas kalau mahu.


Oh ya setiap hidangan dapat tiga side dish iaitu kimchi, kacang dan juga taugeh serta Miso sup. Harga setiap set dibawah RM20. Kira ok la sebab portion dia agak besar dan kenyang.


  1. Mayoyo Wings RM18.90
  2. Buldak Wings RM18.90
  3. Beef Bibimbap RM19.80
  4. Spicy Toppokki RM15.90
  5. Beef Honey Garlic Bulgogi RM19.90
  6. Spicy Seafood Ramyeon RM18.90
  7. Chicken Pabkon Ramyeon RM15.90
  8. Seafood Sondubu Jigae RM18.90


Status Halal Dubuyo 

Oh ya, Dubuyo Wangsa Walk mendapat pengiktirafan Halal JAKIM. Makan tanpa ragu okeh. Sebelum ni, aku pernah kongsikan, suami aku tekak Melayu. Susah betul nak ajak cuba makanan Korea mahupun Jepun.


Tapi hari tu suami setuju nak cuba demi menggembirakan isteri dan anak-anak. Kami makan di Dubuyo Setapak Sentral.  Kualiti, rasa semua sama. 



Aku juga sempat cuba SnowFlake Green Tea Bingsu. ABC orang Korea la kiranya. Ais kisar dia memang smooth gilos tapi tawar weh. 


Dalam mangkuk dia letak ais kisar, serbuk Green Tea, hirisan kacang badam, dan kacang merah kot nama dia. First time aku cuba Bingsu dan kecewa juga lah.





Adik aku gelak je sebab dia baru lepas makan Myokori dia kata sepatutnya manis. Aku tak pasti memang rasa dia memang macam tu atau chef terlupa letak susu. 


Lagi satu kejadian kelakar ialah adik aku order Aloe Vera Punch yang berharga RM7.95. Kami bayangkan ada lah ketulan Aloe Vera dalam minuman tu, tapi tiada ok.


Masa adik aku pegang air tu aku ingat dia minum air kosong. Aku confirmkan dengan pelayan Dubuyo, dia kata Aloe Vera dah di ‘punch’ dalam air. Memang tak ada ketulan Aloe Vera. Kesimpulannya kami salah buat keputusan pilih air.


Personally aku rate 3 dari 5 bintang untuk pengalaman makan di Dubuyo, berdasarkan pilihan makanan kami pada hari tersebut. 


Dari segi kebersihan restoran dan sistem self-service aku berpuas hati. Kalau ajak makan lagi sekali pastinya aku akan pergi sebab nak makan Bibimbap.


Untuk kau orang yang nak cuba, aku galakkan sangat pergi. Masa hari Ahad aku pergi, restoran memang penuh dengan pelanggan tapi berbaloi rasanya menunggu. 


Tak mahu pergi cawangan Wangsa Walk boleh pergi ke cawangan Dubuyo yang lain. 



Surat Pengecualian Kehadiran Anak Ke Sekolah Untuk Ibu Bapa

Sekali lagi kita diuji dengan peningkatan kes COVID19 yang mendadak naik dan munculnya pelbagai jenis Kluster. 

Semakin menjadi-jadi dan hari demi hari negara kita catat rekod kes tertinggi yang baru. Dua negeri tertinggi dilaporkan ialah negeri Kedah & Sabah.

Sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah lagi kes COVID di sana sudah tinggi. Jangkitan dari PATI dari negara jiran seperti Filipina dan menjangkiti masyarakat tempatan. 


Cara Buat Surat Pengecualian Kehadiran Anak Ke Sekolah Semasa COVID19

Ada satu kes yang mana PATI telah dihantar balik ke Filipina kemudian seludup masuk semula untuk berjumpa keluarga di Sabah.

Sedihnya dia positif COVID dan akhirnya keluarga serta jiran turut dijangkiti COVID. Bukan itu sahaja sebenarnya, kesedaran & sikap mudah lupa rakyat memburukkan lagi keadaan. 

Ada yang pergi bercuti di Sabah tapi gagal nak kuarantinkan diri.



Pengecualian Kehadiran Anak Ke Sekolah Akibat Penularan COVID

Faham masing-masing penat melawan wabak ni tapi itu bukanlah tiket untuk pentingkan diri sendiri. Ikutkan hati aku juga nak bercuti, berjalan & berseronok. 

Tapi memandangkan akan menyusahkan banyak pihak dan paling penting mendatangkan risiko kepada keluarga, aku batalkan saja niat nak bercuti.

Walaupun Menteri cakap jangan risau antara sebab kes yang tinggi tu merupakan kes dalam penjara tapi sebagai ibu bapa memang sangat merisaukan bila COVID mula menyerang sekolah dan IPTA. 

Banyak dah sekolah di arah tutup dan dah ada pun kes guru yang meninggal dunia akibat wabak ni. Risaunya kalau anak yang kecil kena buat swab test dan kena kuarantin. 

Seksanya. Dalam group sekolah anak aku, dah ada ibu bapa yang hantar surat pelepasan kehadiran anak ke sekolah kerana risau anak terdedah dengan risiko dijangkiti.

Aku tak terkecuali. Kami ambil keputusan untuk rehatkan Ikhwan. Memang risau anak tertinggal pelajaran tapi lapang dada sahajalah. Nyawa lebih penting dan ada hikmah untuk semua ni.


Contoh Surat Pengecualian Kehadiran Anak Ke Sekolah

Ibu bapa berhak untuk cutikan anak-anak dari sekolah dengan syarat inform pihak sekolah supaya memudahkan urusan pihak sekolah. 

Kegagalan memberi surat tunjuk sebab akan beri impak kepada rekod kehadiran anak-anak yang boleh menyebabkan berlakunya kesalahan disiplin.

Ibu bapa boleh buat surat penegcualian kehadiran dan nyatakan sebab musabab untuk tidak benarkan anak ke sekolah. 

Ibu bapa juga harus bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan anak berada di rumah sepanjang tempoh pengecualian ke sekolah.

Kalau kau orang tak izinkan anak kesekolah sebab penularan COVID19, boleh guna surat pelepasan di bawah sebagai contoh. 

Tapi kalau nak buat surat dengan ayat sendiri pun boleh. Terpulang asalkan ibu bapa serahkan surat tunjuk sebab kepada pihak sekolah.



Masih lagi menunggu Kementerian Pendidikan untuk umumkan penutupan sekolah. Aku faham bukan keputusan yang mudah sebab melibatkan banyak pihak. 

Aku bersyukur sangat aku bekerja dari rumah jadi tak timbul isu nak letak anak di mana. Bayangkan ibu bapa yang bekerja struggle nak fikir tentang anak-anak. 

Kos penjagaan pasti bertambah. Risiko di pusat asuhan juga ada. Aku doakan dipermudahkan segala urusan kau orang ya.


Kita Jaga Kita & Jangan Pentingkan Diri

Pesanan aku jom lah jaga diri, keluarga dan masyarakat setempat. Tolonglah jangan pentingkan diri dan jangan cuba tambah kluster baru. 

Kita semua ni terdedah dengan risiko sebab wabak COVID tidak mengira umur, pangkat, darjat, kaum mahupun jantina.

Secara rasminya aku dah perlahankan aktiviti di luar rumah, dah stop bawa anak-anak ke pasaraya. Sila amalkan penjarakan sosial, kalau tak perlu keluar duduk sahaja di dalam rumah. 

Nampaknya kena rancang semula aktiviti anak-anak supaya masing-masing tak bosan duduk di rumah.