Sambutan Hari Raya Aidiladha 2021 1422 Hijrah

Seperti yang dijangkakan sambutan Hari Raya Aidiladha untuk tahun 2021 bersamaan 1422 Hijrah bagi keluarga aku adalah amat-amat sederhana. 

Dah boleh agak sebab kita semua masih lagi tidak dibenarkan rentas daerah mahupun negeri. Kalau tahun lepas kita sempat beraya bersama, tapi tahun ni kena korbankan perasaan sambut Raya dekat rumah je. 


Sambutan Hari Raya Aidiladha 2021 1422 Hijrah

Macam biasa, dari segi persediaan kami tak buat banyak benda. As usual sebagai emak dan ketua dapur kena lah prepare menu untuk pagi Raya. 

Aku dan suami tak sarung baju Raya pun, hanya pakaikan anak-anak baju Raya tahun sudah dan makan sama-sama. 

Rutin hari Raya lepas siap makan semua akan buat Google meet dan video call dengan Wan, Atuk dan Nenek dekat kampung. Sadis betul cara sambut raya PKP eh. 

Tahun 2022 bila dah tiada sekatan perjalanan, dah boleh bebas sebab COVID dah reda mak buat ibadah Qurban kat kampung. Meriah. 



Jadilah buat lepas rindu. 

Menu tahun ni, aku beli dua batang lemang, masak rendang ayam, rebus nasi impit, kuah kacang frozen dan aku masak sedikit laksa. Lepaskan hajat nak makan. 

Masak Nasi Mandy kambing Menu Raya Haji 2018


Sambutan Hari Raya Aidiladha Di Musim Covid19

Sambutan hari raya seperti sudah dijangka. Biskut raya memang tak buat atau pun beli. Baju pun recycle tahun-tahun sudah punya. 

Buat ala kadar je dan semestinya banyak lagi orang di luar sana yang sedang diuji. Ada yang nak beli makanan pun tak mampu. 

Jadi kita yang masih dapat makan, masih ada juadah di atas meja kena bersyukur dan hargai rezeki Allah berikan. 


Seperti Raya Aidilfitri tahun sudah, kami memang duduk rumah sahaja bagi menjaga kesihatan dan keselamatan di musim Covid ni. 

Seram bila baca berita tentang kemunculan Varian Delta yang cepat merebak sekaligus melonjakkan angka kes. UK paling tinggi kes Covid19 dengan Varian Delta ni. 

Kalau nak tahu Varian Delta ni juga dikenali sebagai Super Strain. Varian Delta dilaporkan 60% lebih cepat merebak dan membawa lebih banyak kematian.

Apa pun, sila jaga diri dan keluarga. Masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, semoga kita dapat beraya bersama keluarga di masa hadapan. In Sha Allah. 

Please jaga diri.



Kesan Vaksin Sinovac | Selepas Dicucuk Dos Pertama

Alhamdulillah, aku selamat dicucuk vaksin Sinovac dos pertama pada 14 Julai 2021 yang lepas bertempat di KL Convention Centre, Kuala Lumpur. Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah pun mendapat suntikan vaksin lengkap.

Tak kisah apa jenis vaksin yang korang dapat, sekurang-kurangnya kita sudah berusaha menjaga diri dan masyarakat serta menyekat penularan wabak yang merbahaya. So good job guys. Usaha dengan cara kita. 


Kesan Vaksin Sinovac | Selepas Dicucuk Dos Pertama 

Bila sebut tentang vaksin aku agak emosi sebab sekarang tengah panas isu menolak vaksin, memilih vaksin dan isu tak dapat lagi tarikh vaksin.

Benci betul tengok orang bergaduh ni. Hormatilah pandangan setiap orang. Baik pilih untuk di vaksin atau pun tak vaksin. Hidup mereka. 

Sebelum aku teruskan perkongsian tentang kesan vaksin Sinovac ke atas diri aku, let me share proses yang aku lalui sepanjang mendapatkan temujanji vaksin. 

Ikut temujanji seterusnya yang diberikan oleh doktor, dos kedua bakal aku terima ialah pada 4 Ogos depan.

Doakan eh.

Kesan Vaksin Sinovac Dos Pertama


Kronologi Temujanji Suntikan Vaksin Covid-19 Sinovac

Aku mendaftar vaksinasi di aplikasi MySejahtera adalah pada 7 Mac 2021 dan kemudian dinyatakan layak untuk terima vaksin pada 14 Julai 2021.

Sepanjang tempoh bulan Mac ke Julai tu beberapa kali juga aku update info di MySejahtera termasuk lah pastikan alamat aku keluar poskod & pengakuan jika mengandung.

Aku pernah baca, kalau tak keluar poskod tu maksudnya masih tak lengkap maklumat untuk diproses sebab tu lambat dapat tarikh temujanji. Wallahualam.

Cara vaksin berfungsi - baca sini

Langkah seterusnya hanya perlu terima tarikh temujanji yang diberikan dan hadir ke PPV yang dinyatakan. Benda wajib bawa ialah kad pengenalan dan telefon untuk akses MySejahtera.

Benda lain perlu di ambil kira ialah pakai baju yang longgar, sanitizer, bawa pen sendiri, pakai double mask, minyak angin dan pastikan diri tak demam.


Kesan Vaksin Sinovac Dos Pertama


Senarai Vaksin Covid-19 Ditawarkan Di Malaysia

Ramai sedia maklum, rakyat menerima pelbagai jenis vaksin yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia. Setakat yang aku faham, rakyat tidak dibenarkan memilih jenis vaksin COVID-19 sebaliknya bergantung kepada bekalan stok sedia ada di pusat vaksin.

Di Malaysia, terdapat lima jenis vaksin yang tersedia iaitu;

• Vaksin Covid-19 mRNA keluaran Pfizer-BioNtech

• Vaksin Covid-19 viral vector keluaran Astra Zeneka

• Vaksin Covid-19 inactivated keluaran Sinovac

• Vaksin Covid-19 recombinant viral vector keluaran Cansino

• Vaksin Covid-19 viral vector keluaran Gamaleya


Kesan Vaksin Sinovac Dos Pertama


Vaksin Sinovac atau Coronavac?

Rezeki aku ditakdirkan dicucuk dengan Vaksin Sinovac / Coronac. Sehingga ke hari ini, penerima Vaksin Sinovac harus melengkapkan dua dos suntikan iaitu di otot bahu. Dos kedua diberikan dalam masa 14 – 28 hari daripada suntikan dos pertama.

Baca lebih di sini Penerangan Tentang Vaksin Sinovac

Nama vaksin: COVID-19 CoronaVac

Negara asal: China

Kandungan: Terdiri daripada virus SARS-CoV-2 yang telah mati dan tidak aktif. Bahan-bahan lain adalah aluminium hydroxide, disodium hydrogen phosphate, monosodium dihydrogen phosphate, sodium chloride, sodium hydroxide, and water for injection.

Vaksin COVID-19 CoronaVac tidak mengandungi alkohol dan bahan pengawet serta tidak diberikan kepada mereka yang:

• Mempunyai sejarah alahan yang teruk

• Sedang menjalani rawatan yang melemahkan sistem imun badan

• Mempunyai penyakit saraf teruk seperti Tranverse Myelitis, Guillian-Barre Syndrome, Demyelinating Disease

• Mempunyai penyakit kronik teruk yang tidak terkawal

• Sedang mengandung atau merancang untuk hamil

• Sedang menyusukan bayi

• Telah menerima vaksin COVID-19 daripada jenama yang lain

 

Kesan Vaksin Sinovac Dos Pertama


Kesan-Kesan Vaksin Sinovac Dos Pertama

Seperti yang kerajaan war-warkan setiapa orang bakal mengalami kesan dan symptom yang berbeza-beza. Ada yang bertuah langsung tak rasa apa-apa.

Untuk diri aku pula pada hari pertama selepas disuntik: diri jadi letih dan tak bermaya. Tempat dicucuk memang sakit dan otot jadi lenguh. Malam tu aku rasa mengantuk, lapar tapi tiada selera  nak makan.

Esok pagi aku bangun, badan semakin segar dan aku jadi rajin nak masak. Teringin nak makan tapi tak berselera.

Hari kedua aku diselubungi perasan loya tapi tak muntah pun. Perasaan nak tidur dan melepek je. Tangan memang terasa agak sakit untuk diangkat. Alhamdulillah, kesan vaksin tidaklah begitu serius.

Sekarang aku masih pantau dan paling penting kena jaga supaya tak demam. Harapnya keadaan baik-baik sahaja sehingga complete dos kedua.


Kesan Vaksin Sinovac Kepada Pesakit Gout

Ini pula adalah pengalaman mak aku yang merupakan pesakit Gout, mild diabetes dan ada penyakit darah tinggi. Diabetes atau kencing manis emak aku masih terkawal cuma sakit Gout yang selalu dirisaukan. 

Pantang silap makan, cuaca terlalu panas atau emosi terganggu pasti Gout menyerang. Setakat ini, faktor-faktor itulah yang menjadi punca mak akan diserang Gout. 

Awalnya emak takut sangat nak terima suntikan vaksin, takut ada kesan teruk disebabkan mak termasuk dalam golongan high risk (Usia emas & penyakit). Selepas banyak sesi perbincangan, timbul kesedaran untuk pergi suntik vaksin. 

Kami adik beradik sepakat tak mahu paksa emak. Memang kami risaukan kesihatan emak, tetapi tak mahu sampai memaksa dan buat mak terasa hati. 

Apa yang berlaku pada mak selepas terima suntikan Sinovac ialah seperti yang dijangkakan Gout menyerang. Hari pertama mak masih baik, hari kedua dan seterusnya emak lemah badan dan dah start sakit badan. 

Anggota biasa yang sakit ialah kaki, tangan dan lutut. Ikut rekod kesihatan emak, kalau pinggang dan peha mula sakit maksudnya perlu rujuk ke hospital. Itu ikut sejarah perubatan kesihatan emak. 

Alhamdulillah, sakit tidak teruk tapi sakit tu berpanjangan. Lenguh dan sakit badan, kurang selera makan, rasa mengantuk dan badan seram sejuk. 

Mak kembali okay beberapa hari sebelum tarikh suntikan vaksin dos kedua iaitu pada 15 Julai. Berat hati nak lepaskan mak terima suntikan kedua sebenarnya tetapi mak nampak yakin dan rela hati hendak di cucuk. 

Syukur sangat, kesihatan emak tidak seteruk semasa menerima suntikan pertama. Mungkin mak lebih bersedia dari segi fizikal dan mental. Keadaan kesihatan emak masih kami pantau. Risau. 


Kesan Vaksin Sinovac Dos Pertama


Pengalaman Terima Suntikan Vaksin di PPV Kuala Lumpur Convention Centre

Bersyukur sangat urusan terima suntikan di PPV Kuala Lumpur Convention Centre sangat smooth. Tak susah sebab boleh terus parking di sana / KLCC dengan flat rate parking RM9. Jangan lah parking merata di tengah bandaraya, kang kena towing naya je.

Nak ke hall sangat mudah sebab ramai petugas termasuk RELA untuk tunjuk arah selain daripada signboard yang ditampal besar. Sukarelawan pun mesra alam, kawasan luas, tak bersesak sebab aku sampai pukul 5 lebih.

Sebelum disuntik, kena lalui beberapa kaunter isi borang, penerangan dan juga pengakuan. Proses dia cepat sangat, tak sempat nak panas bontot. Cuma last sebelum dapat kad vaksin je kena tunggu sekurang-kurangnya 15 minit sebab nak monitor kesan selepas cucuk.  

Doktor akan soal siasat tanya tentang sejarah kesihatan dan terangkan kesan selepas dicucuk. Dinasihatkan untuk makan Panadol jika demam. Kalau berlarutan melebihi tiga hari kena pergi ke Klinik untuk dapat rawatan lanjut.

Sehingga ke hari ni aku masih okay. Alhamdulillah. 

Resepi Udang Salted Egg Guna Tepung Bestari

Tak pernah aku bayangkan rupanya mudah sangat nak masak udang salted egg atau nama lain dia udang masak telur masin. Serius sangat-sangat menjimatkan masa dan hasil dia kebabom. Puas hati.

Kalau sebelum ni nak makan udang telur masin, aku kena sediakan rebus telur masin kemudian dilenyek halus. Punya la leceh nak sediakan bahan-bahan tetapi disebabkan teringin makan jadi gigih buat semua dari awal.


Udang Salted Egg Guna Serbuk Telur Masin Bestari

Tapi sekarang semuanya mudah sangat. Hanya guna serbuk telur masin segera. Aku baru tahu tentang kewujudan serbuk telur masin jenama Bestari. 

Baca sini aku pernah masak sotong salted egg

Aku sorang je ke baru tahu benda ni wujud? Kalau korang macam aku, sila la baca entri kali ni sampai habis. Confirm tak akan menyesal.

Aku tahu tentang serbuk telur masin Bestari secara tak sengaja lepas terpilih sebagai pemenang giveaway di Instagram Kak Ana Jingga. Dapat la merasa sekotak serbuk telur masin tu. Alhamdulillah.



Prawn Salted Egg


Resepi Udang Salted Egg Mudah Dan Sedap

Oleh sebab pertama kali cuba jadi aku tak sukat dengan betul bahan-bahan yang dimasukkan. Aku pernah baca, kalau kita bake roti atau kek; pantang paling utama ialah kena sukat bahan-bahan yang digunakan.

Tapi kalau masak lauk-pauk terutama resepi lauk Melayu, sukatan bahan tu boleh kira cincai lah sebab ia masih sedap. Katanya.

Jom tengok bahan-bahannya:

  • 15 ekor udang saiz sederhana (buang usus dan cuci bersih)
  • 3 sudu besar tepung goreng pisang Adabi
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • Sedikit air
  • Sedikit garam
  • Minyak untuk menggoreng udang
  • 3 sudu besar Serbuk Telur Masin Bestari
  • 2 sudu mentega
  • 5 biji cili (dihiris halus)
  • 2 biji bawang putih (dicincang halus)
  • Daun Kari


Prawn Salted Egg


Cara-caranya ialah:

Bancuh tepung goreng dan tepung gandum dengan sedikit air. Kacau sebati supaya tidak berketul. Jangan terlalu cair atau terlalu pekat. Sedang-sedang je bancuhan dia. jangan lupa cubitkan sedikit garam.

Panaskan kuali. Salutkan udang dengan tepung yang dibancuh. Goreng separa masak kemudian toskan minyak.

Dalam kuali yang lain masuk dan cairkan mentega.  Setelah panas tumiskan daun kari dan bawang putih. Selepas naik bau tuangkan pula serbuk Telur Masin Bestari. Anggaran agak-agak.

Waktu ni, dah boleh nampak serbuk Telur Masin berbuih dan semakin pekat. Nak adjust kepekatan dia hanya tambahkan mentega. Bukan tambah air tau. Kang jahanam resepi.

Kemudian masukkan udang yang digoreng tadi dan gaul sebati. Jangan lupa taburkan cili yang dihiris. Siap untuk dihidang.


Udang Salted Egg


Serious talk tak perlu pandai masak gila babeng pun masih boleh sediakan menu lazat untuk keluarga. Anak dan suami pun kagum lah dengan presentation mahupun rasa dia. Untuk yang nak cuba boleh tiru je resepi di atas.

Boleh beli serbuk Telur MasinBestari dekat sini. 

Sekotak cukup untuk tiga ke empat hidangan. So berbaloi dengan harga.

Selamat mencuba korang.


Safi Hijabista Bodycare – Produk Bodycare Pertama Dari Safi

Safi baru-baru ini telah pun melancarkan Safi Hijabista Bodycare, set rangkaian penjagaan badan khusus untuk hijabista yang ingin tampil yakin, kekal segar dan selesa tak kira masa dan ketika. 

Seperti kita maklum, Malaysia memang terkenal dengan cuaca yang panas dan lembap sepanjang tahun. Jadi, pemilihan produk penjagaan diri yang tepat dapat membantu diri kekal segar sepanjang hari. 


Safi Hijabista Bodycare – Produk Pertama Dari Safi

Paling tak selesa kalau badan mula keluarkan bau yang kurang menyenangkan. Alahai malunya. Untuk membantu terutama golongan berhijab supaya kekal selesa, Safi telah memperkenal Safi Hijabista Bodycare. 




Tampil Yakin Dengan Safi Hijabista Bodycare

Untuk pengetahuan, Safi Hijabista Bodycare merupakan produk penjagaan diri pertama dari Safi yang terdiri daripada Deodorant, Body Lotion & juga Soothing Gel. 

Dirumuskan dengan 7 Pro Action & Scent Care Technology yang membantu Hijabista moden untuk kekal yakin dan segar berasa & kelihatan hebat di mana sahaja berada. 

Rangkaian produk penjagaan diri Safi diperbuat daripada ramuan yang dihasilkan secara semula jadi untuk memerangi malodour serta mesra dan ringan pada kulit, pantas menyerap serta melindungi dari bau. 

Atasi masalah kulit kering dengan Safi Hydra Glow - Baca sini


Safi Hijabista Antibacterial Deodorant

Didatangkan dalam dua versi iaitu Antibacterial Deodorant Roll On dan Antibacterial Deodorant Spray. Merupakan deadoran anti-bakteria yang dapat memberi perlindungan dan telah diuji secara dermatologi dan selamat serta dapat memberi perlindungan selama 48 jam. 


Antibacterial Deodorant Roll On & Antibacterial Deodorant Spray

Didatangkan dalam tiga variasi yang boleh dipilih oleh pengguna iaitu: 

  1. Healthy White – Apricot & Pearl Powder
  2. Dry Fresh – Aloe Vera & Cucumber
  3. Soft & Smooth – Shea Butter & Almond Oil


Safi Hijabista Bodycare


7 Pro Action:

• Anti Bacterial

• Anti Odour

• Anti Sweat

• Anti Skin Stress

• Anti Irritation

• Anti Stains

• Anti Stickiness

Antibacterial Deodorant Roll On & Antibacterial Deodorant spray adalah bebas paraben, alkohol, pewarna, minyak mineral dan tidak pernah diuji ke atas haiwan.

Untuk rambut supa lembut, supa wangi, supa halus - baca sini 

Aqua Gel Lotion

Tersedia dalam dua variasi iaitu: 

  1. Soothing Fresh (Aloe Vera) – Soothes & Calms Skin
  2. Radiant Fresh (Pomegranate) – Repairs & Brightens Skin


Tekstur gel yang ringan, tidak melekit, dan pantas menyerap serta sangat baik untuk kulit serta berfungsi untuk: 

o Meremajakan kulit 

o Menghidrat

o Melembutkan kulit

o Menyegarkan 

o Meredakan skin stress

o Menghidupkan semula kulit

o Mengurangkan penampilan garis-garis halus


Safi Hijabista Bodycare


Soothing Gel

Terdapat dua variasi Soothing Gel iaitu: 

  1. 100% Natural Aloe Vera – Soothes, Refreshes & Hydrates Skin 
  2. 100% Natural Pomegranate – Soothes, Refreshes and Brightens Skin

Seperti produk Safi yang disebutkan di atas, soothing gel ini juga bebas paraben, alkohol, pewarna, minyak mineral dan tidak pernah diuji ke atas haiwan.

Antara manfaat soothing gel kepada pengguna adalah untuk merawat: 

• Kemerahan / radang kulit

• Tumit merekah

• Kulit mengelupas

• Kulit yang merengsa

• Selepas bercukur

• Rawatan rambut

• Melembapkan kulit


Boleh Menang iPhone 12

Jangan ketinggalan untuk sertai Peraduan Momen Yakin #Hijaboleh yang diadakan di seluruh negara pada bulan Julai dan Safi menawarkan hadiah berupa iPhone 12 serta hadiah menarik lain. 

Caranya mudah sahaja, hanya kongsikan gambar paling yakin dan aktif di Instagram dan jangan lupa sertakan hashtag #Hijaboleh di ruangan caption.

Nak tahu keterangan lanjut tentang peraduan, boleh rujuk Instagram rasmi Safi Malaysia. Selamat mencuba.