Mini Zoo Rabbitland Jengka Pahang

Antara Mini / Petting Zoo yang berbaloi untuk dilawati semestinya Rabbitland Jengka yang terletak di Jengka 14, Pahang. Ini kali pertama kami jejakkan kaki.

Ternyata berbaloi bawa anak-anak datang ke sini. Katanya ada lebih 60 jenis spesis haiwan yang ada dan harga tiket pun tidak terlalu mahal. 

Disebabkan kekangan waktu, kami agak rushing nak habiskan tengok semua binatang dalam tu. mungkin kena datang lagi sekali di masa hadapan.

Rancangan awal nak tengok haiwan di mini zoo Rabbitland Jengka kemudian bawa anak mandi manda di Taman Tema Air - Jengka Wonderland.

 

Mini-Zoo-Rabbitland-Jengka-Pahang

Mini Zoo Rabbitland Jengka Pahang

Oleh sebab kasihankan anak-anak tiada aktiviti nak buat di waktu cuti sekolah dan rancangan nak check in hotel terbantut disebabkan cuaca tak menentu sekarang ni.

Jadi ambil kesempatan bawa anak-anak tengok binatang waktu balik kampung minggu lepas. Jarak rumah emak dengan Rabbitland Jengka ambil masa hampir dua jam ya.

Isi perut dulu makan dekat Go’Bang Maju Tol Patin Tempoyak di Temerloh

Walaupun berada dalam satu negeri, boleh tahan terasa jauh dia. Pahang ni luas weh. Perjalanan lancar je tiada tol.

Bila kembali ke Jengka terus teringat kenangan lama waktu belajar. Dulu Diah belajar di UiTM Pahang cawangan Jengka. Ambil Diploma in Banking dari 2003 hingga 2006.

Kemudian baru sambung UiTM Shah Alam ambil Degree Islamic Banking. Seronok sungguh bila kenangkan waktu belajar.

Memang berbeza la Bandar Jengka dulu dengan sekarang.


Petting zoo Rabbitland Jengka


Harga Tiket & Waktu Operasi Mini Zoo Rabbitland

Datang Rabbitland digalakkan pada waktu pagi baru la tak panas dan berpeluh. Masa kami sampai dah masuk waktu Zohor.

Matahari betul-betul atas kepala tapi dalam tu redup je. Macam Petting Zoo yang lain haiwan dekat sini jinak dan dilepaskan dalam kandang yang besar.

Jadi bebas dan selesa la binatang tu. Anak-anak pasti seronok sebab boleh pegang haiwan-haiwan yang ada.

Waktu operasi sepanjang cuti sekolah, Rabbitland Jengka dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 7.00 petang.

Harga tiket pula seperti berikut:

  • Dewasa: RM 10.00
  • Kanak kanak: RM 8.00
  • Oku/w.emas: RM 5.00

Dekat tiket ada peringatan ditulis, “pergerakkan haiwan sukar dikenalpasti, sila jaga anak anda. Keselamatan diri dan keluarga menjadi tanggungjawab anda.

Ha gitu. Pendek kata apa sahaja risiko awak tanggung sendiri ya.

Antara haiwan yang ada seperti unta, kuda, itik, angsa, kambing, rusa, burung, pelbagai jenis reptilia dan banyak lagi lah. 

Harimau, buaya, gajah semua tu tiada tau. Nak tengok Gajah, Harimau, Singa kena pergi Zoo Negara ya. Kalau nak tengok Dinasour kena pergi Zoo Melaka. 

Walaupun agak limit binatang dia tapi puas hati sebab ada banyak jenis. Contoh Angsa Malaysia dan Angsa Perancis. Kambing pun banyak jenis.

Kalau nak bezakan Petting Zoo di Selangor - Farm In The City masing-masing ada kelebihan dia. Rabbitland Jengka lebih menarik berbanding Port Dickson pula Petting Zoo -  Windmill PD Farm mengikut pandangan Diah.

Tempat dia elok terjaga dan bersih dari sampah sarap. Ada banyak kakitangan yang buat kerja bersihkan kandang.

Maaflah gambar tak banyak sangat sebab sibuk menikmati masa bersama anak-anak dan keluarga. 


Mini Zoo Rabbitland


Tarikan Mini Zoo Rabbitland

Selain binatang yang jadi tarikan, dekat sini korang boleh cuba naik jambatan gantung, karpet terbang, basikal gantung, buaian tergantung dan kerusi hayun.

Oleh sebab gayat dan sedar diri seberat anak gajah jadi kami malas nak cuba. Weh seram. Faktor usia agaknya.

Tidak la tinggi mana tapi perasaan takut tu melebihi segalanya. Kesian juga pada pekerja dia nak tarik kami yang berat ni.


Tarikan-Mini-Zoo-Rabbitland-Jengka-Pahang


Dekat sini banyak disediakan tempat untuk pengunjung ambil gambar. Boleh OOTD di Fairy Garden, replika rumah Felda (GALERI PENEROKA) yang menggamit memori, replika kapal layar, replika bulan sabit, buaian sarang burung tempua.


Rumah Felda Mini Zoo Rabbitland


Dekat dalam tu ada disediakan surau, tandas dan juga café. InshaAllah selesa. Overall pengalaman menyeronokkan bagi kami sekeluarga.


map Mini Zoo Rabbitland Jengka


Boleh rujuk Facebook Mini Zoo Rabbitland untuk dapatkan promosi terkini. 

 

Tentang Mini Zoo Rabbitland Jengka Pahang

Rabbitland merupakan sebuah zoo mini yang pertama di Jengka, Pahang yang menggunakan konsep pameran secara terbuka untuk keselesaan haiwan dan juga pengunjung dengan hiasan laman yang bersesuaian dengan persekitaran asalnya.

Rabbitland yang berkeluasan 50 hektar terletak 6 kilometer dari Bandar Pusat Jengka ini mempunyai lebih 60 jenis haiwan yang dipamerkan kepada pengunjung.

Mini zoo ini mula ditubuhkan di Mercu View Resort, Bandar Jengka sebelum ditukarkan ke lokasi baru yang lebih besar di Jengka 14 dan mula beroperasi pada 1 Mac 2020. Sumber - Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)

Cara Hilangkan Blackhead & Whitehead Di Hidung Dengan Cepat

Betul lah kata pepatah sebut, tak kenal maka tak cinta. Macam tu juga situasi Diah selepas mencuba deep cleansing mask, produk untuk menghilangkan blackhead & whitehead terutama di muka.

Mask yang pernah Diah guna dan ada di farmasi kebanyakkan hanya peel off mask sahaja. Semestinya ada beza ya deep cleansing dan peel of mask yang biasa tu.

Awak pernah cuba guna deep cleansing mask tak?


Cara Hilangkan Blackhead & Whitehead Di Hidung Dengan Cepat

Pertama kali Diah cuba Green Tea deep cleansing mask jenama Baqhetta memang puas hati teruk. Dapat tengok result dia on the spot ya.

Untuk orang yang ada masalah kulit muka pori besar, ada blackhead & whitehead di bahagian hidung dan pipi (tepi hidung) deep cleansing mask ini sangat membantu kecilkan pori-pori tersebut dan hilangkan blackhead & whitehead.

Masalah utama kulit muka yang Diah hadapi ialah Diah ada pori besar, kulit berminyak, ada whitehead serta blackhead.

Jerawat akan keluar tapi ikut waktu je. Bila datang bulan baru jerawat muncul.  Selalu paling teruk tiny bump dekat bahagian dahi.


Cara Hilangkan-Blackhead-Whitehead


 

Hilangkan Blackhead & Whitehead Guna Green Tea Deep Cleansing Mask

Diah tahu tentang Baqhetta Green Tea Deep Cleansing Mask ni waktu tengok live di TikTok. Gigih tengok dari awal sehingga habis.

Sebab tu orang business kena ambil kesempatan guna platform TikTok untuk berniaga sebab pelanggan tengah banyak berkumpul dekat sana. 

Waktu dia tarik mask bila dah kering tu rasa puas sangat sebab nampak segala blackhead & whitehead tercabut.

Lebih mengejutkan bukan setakat blackhead & whitehead, bulu-bulu halus dekat muka pun tertanggal sekali. Kulit muka memang jadi lembut dan licin.

Perasan la kulit jadi lebih anjal. Kulit mati dibuang jadi muka lebih berseri. Memang terpengaruh dan beli la jawabnya.

Tak menyesal ya. Bersyukur sangat bila jumpa produk yang sesuai dan bantu hilangkan masalah blackhead & whitehead yang sejak sekian lama menggangu hidup.

Tapi kalau beli belah di TikTok hati-hati dengan fake seller TikTok. Naya je kang. 

deep-clean-masker


Siapa perlu guna Deep Cleansing Mask?

Orang yang perlu guna deep cleansing mask ni adalah orang yang ada masalah kulit muka, yang dah puas cuba banyak produk tapi blackhead & whitehead tu tak mahu pergi.

Kena terima kenyataan selagi kita tak jaga wajah dengan betul, tak pakai pelembap paling penting tak pakai sunscreen atau sunblock, blackhead & whitehead akan terus bermaharajalela.

Kita boleh kawal dengan disiplinkan diri guna produk yang betul dan sertakan sekali deep cleaning mask ni dalam rutin penjagaan wajah.

Diah akan pakai mask bila rasa kulit muka kasar bila disentuh terutama di bahagian dagu dan hidung. Menggelikan ya dan tak selesa.

Untuk awak yang berkulit sensitif tolong hati-hati. Buatlah patch test atau consult dengan penjual sebelum beli okay.

Antara kelebihan lain masker Green Tea ialah menghilangkan jeragat, parut, bintik hitam, jerawat, bagus untuk kulit berminyak, mencerah dan melembapkan wajah serta bertindak sebagai anti penuaan. 

 

Baqhetta-Green-Tea-Deep-Cleansing-Mask

Cara Guna Green Tea Deep Cleansing Mask

Green tea mask ni dalam bentuk serbuk. Macam serbuk teh yang halus tu dan berwarna hijau. Dalam tu ada juga butiran halus lutsinar (tak pasti apa). Agen pelekat agaknya. Entah.

Penting untuk kita bancuh dengan air panas mendidih dan perlu dicairkan sebelum kita pakai di muka. Penjual nasihatkan untuk guna air yang dimasak (mendidih) supaya mask cair dengan sempurna.

Air panas Cuckoo mahupun Coway tak boleh ya. Diah dah cuba, pemalas bukan jadi nak pilih jalan ringkas tapi akhirnya sia-sia. Kurang menjadi. Jadi jangan degil.

Cara nak bancuh ambil dua sudu (sudu disediakan) green tea mask tu dan bancuh dengan dua sudu air panas. Kalau terlalu pekat boleh tambah air panas.

Adjust sampai dapat kelikatan tekstur madu. Kena buat teknik double boiling macam kita cairkan coklat tu untuk bantu mask tu cair.

Dia cepat sejuk dan keras nanti payah nak sapu dekat muka. Sapu ke seluruh wajah dan tunggu dia kering kemudian boleh lah cabut.


Green-Tea -eep-Cleansing Mask


Tengok hasil dia mesti kagum. Cuma hati-hati waktu sapu jangan bagi kena bahagian ada rambut. Memang menangis lah nanti waktu nak cabut.

Kali pertama Diah buat sapu seluruh muka lepas tu menyesal. Keluar air mata waktu nak tanggalkan mask tu. Tapi kalau korang tahan sakit okay je rasanya.

Lepas kejadian tu tak serik ya sebab mask ni berkesan jadi sapu hanya dibahagian yang Diah target je. Setiap kali pegang muka lepas pakai mask rasa bahagia je.

Lembut betul kulit muka. Biasa lepas buat Diah akan bilas dengan air sejuk kemudian Diah guna Syahirah Korean Secrets Hydra Soft Hydrating Plus Essence untuk merealisasikan impian nak dapatkan glass skin. 

Untuk korang yang berminat nak cuba boleh dapatkan Baqhetta Green Tea Deep Cleansing Mask dekat sini - Beli online je atau beli set Mini

Diah beli yang tester je saiz mini sebab awalnya nak tengok berkesan atau tidak. InshaAllah habis nanti boleh repeat lagi. Sedikit pesanan, beli sekali berus getah dia.

Penting sebab ianya tidak melekat dan boleh jimat. Senang kerja nak cuci lepas guna. Kalau tak mahu boleh cari clay brush dekat MR DIY Diah pernah jumpa.

Selamat mencuba.

Birthday Lunch, Gula Cakery KL East Mall

Orang paling teruja semestinya adalah Diah bila suami ajak foodhunting ke café yang masuk dalam senarai nak cuba sejak dulu lagi iaitu Gula Cakery café dalam KL East Mall.

Agak pelik sebenarnya bila suami yang ajak sebab selalunya Diah yang sentiasa nak cuba makan dekat tempat baru.

Pernah nampak kawan-kawan kongsi tentang Gula Cakery di socmed dan dapat review yang baik. Selain tu café dia instaworthy ya.



Birthday-Lunch-Gula-Cakery-KL-East-Mall



Birthday Lunch, Gula Cakery KL East Mall


Kami ke sini sempena birthday lunch, permintaan Airis nak makan kek. Ikut Kalendar Islam dia dah genap lima tahun.

Oh ya, Café ni sesuai jadi tempat orang nak meet up, nak jumpa prospek ke, nak makan dengan kawan atau makan-makan dengan keluarga.

Pilihan dessert pon banyak. Rambang mata nak cuba dan dessert dia semua cantik dan meriah. Kena tahan godaan kalau datang sini.



Menu Di Gula Cakery Café


Menu dia banyak pilihan. Ada makanan Western, aneka menu Nasi untuk tekak Melayu, pelbagai jenis Pasta, Burger, nak yang simple macam sandwhich & snack pun ada.  

Bijaknya Gula Cakery ni dia menyediakan makanan fusion. Dia gabungkan rasa asia dan barat dalam satu pinggan. Sebagai contoh menu fusion yang boleh dicuba ialah Spaghetti Masak Lemak Cili Padi.

Cara nak pesan pun mudah saja. Boleh scan QR code yang diletakkan atas meja dan bagusnya boleh bayar terus secara online.


online-payment-Gula-Cakery-KL-East-Mall


Kalau susah nak bayar online boleh bayar di kaunter. Untuk yang rasa leceh nak scan barcode, boleh je panggil pelayan dan mereka akan ambil pesanan.

Menu dalam buku keras tu masih ada jadi senang nak buat rujukan. Pelayan pun mesra alam dan tak lokek senyuman.



menu-Gula-Cakery-KL-East-Mall



Diah nak puji pelayan dekat Gula Cakery cawangan KL East Mall yang ringan tulang. Pinggan kosong dia akan cepat-cepat kutip bila nampak kita dah stop makan.

Sentiasa follow up pesanan dan datang ke meja kita, risau makanan yang dipesan tak dapat. Bila minta cutleries tambahan tak masam muka pun.

Ini semua small point yang beri big impact pada restaurant. Tolonglah peniaga dan business owner sila take note.

Bila pelanggan gembira, layanan terbaik tapi makanan sedang-sedang je semua tu boleh ditutupi dengan small point tadi.

Sebab apa? Sebagai pelanggan Diah akan beri peluang dan akan datang semula untuk cuba makanan sekali lagi di masa hadapan.

Peluang kedua tu yang penting untuk tebus kekurangan kali pertama. Anggap je Cef dia cuti digantikan dengan orang lain atau Cef dia kurang sihat sebab tu makanan kurang menepati selera.



Menu Paling Menonjol di Tekak Kami


Jom Diah kongsikan apa yang kami pesan waktu makan di sana. Diah makan Chilli Butter Cream with Mussels dihidangkan bersama roti mantao goreng.

Suami makan Grilled Chicken Chop, Ikhwan makan Crunchy Onion Ring Beef Burger, Raudah & Airis ambil kid menu, Carbonara Spaghetti with Chicken.



burger-Gula-Cakery-KL-East-Mall


Carbonara-Gula-Cakery-KL-East-Mall


Diah bagi 4 bintang untuk menu yang Diah cuba iaitu Chili Butter Cream Mussel dan juga Crunchy Onion burger. Ya Allah sumpah makan sambil terharu.



Chilli-Butter-Mussel-Gula-Cakery-KL-East-Mall


Ini ikut selera tekak Diah ya. Mussel tu sesuai untuk peminat Seafood dan mereka yang suka pedas boleh cuba. Cukup perisa, lemak dan pedas.

Burger onion dia layak mendapat pujian dan kena dengan nama crunchy sebab memang rangup. Patty yang tak terlalu nipis, diperisakan dengan baik serta bawang yang rangup.

Sekarang dah jumpa kedai selain Menate untuk makan burger sedap. InshaAllah boleh repeat. Untuk Grilled chicken chop pula bagi Diah rasa dia biasa-biasa saja.

Portion makanan dihidangkan sedang elok. Oleh sebab perut dah penuh jadi kami decide nak datang lagi untuk cuba dessert pula.

Untuk korang yang teringin datang sendiri ke sini okay. Kalau nak Hi tea area Melawati boleh cuba Tim's Tea House Cafe. 

Syahirah Korean Secrets Plus Essence, Rahsia Kulit Glass Skin Korea

Nak tahu rahsia dapatkan glass skin effect macam orang Korea kena baca perkongsian Diah ni sampai habis. 

Geram kan tengok kulit selebriti Korea smooth je. Sentiasa nampak lembap, bebas cela, glowing macam glass skin. Hoi nak juga kulit muka macam tu. 

Tapi boleh ke?


Syahirah Korean Secrets Plus Essence, Rahsia Kulit Glass Skin Korea

Sebenarnya istilah glass skin ni merujuk kepada trend kecantikan dari Korea yang bermaksud kulit yang kelihatan sejernih kristal, tidak berpori, lut sinar, dan bercahaya - seperti sekeping kaca.

Tahu tak sekarang semua orang boleh dapat glass skin effect tu? Jangan tak percaya ya. Dengan pemilihan produk yang betul dan penjagaan muka yang konsisten kita boleh dapat kulit cantik macam selebriti Korea. Yay. 


Syahirah-Korean-Secrets-Plus-Essence


Cara Dapatkan Glass Skin Effect Ala Selebriti Korea 

Syahirah telah pun mengeluarkan produk penjagaan muka iaitu Syahirah Korean Secrets Plus Essence yang menghasilkan 3x kuasa untuk kulit tampil sihat, hidrat, cerah dan berseri. 

Ada dua rangkaian iaitu Hydrasoft Hydrating Essence dan White Glow Brightening Essence. Sila gunakan Syahirah Korean Secrets Hydra Soft Hydrating Plus Essence untuk hidrasi kulit. 

Kalau nak kulit lebih cerah korang kena guna Syahirah Korean Secrets White Glow Brightening Plus Essence. Tengok kulit masing-masing dan kenalpasti mana satu produk yang awak perlukan. 

Tiga bahan utama Hydrasoft Hydrating Essence ialah Jeju Green Tea, Vitamin B5 dan Hyaluronic Acid dan diperakui Halal oleh JAKIM. 


Review-Syahirah-Korean-Secrets-Plus-Essence


Step By Step Cara Dapatkan Glass Skin Effect

Dalam artikel kali ni Diah terangkan tentang cara penggunaan Syahirah Korean Secrets Hydra Soft Hydrating Plus Essence untuk merealisasikan impian nak dapatkan glass skin. 

Untuk dapatkan glass skin effect macam orang Korea bukan boleh jadi dalam satu hari. Kena faham tu sebab ramai sangat Diah jumpa orang yang nak cantik tapi kurang sabar. 

Paling penting kena betulkan rutin penjagaan wajah terlebih dahulu. Kalau fikir secara logik, jika tak jaga wajah dan seiring dengan peningkatan usia memang wajah akan jadi kusam dan bermasalah. 

Basic skincare bermula dengan pencuci muka, pakai toner untuk segarkan kulit kemudian boleh guna Syahirah Korean Secrets Hydra Soft Hydrating Plus Essence untuk pastikan kulit kekal hidrat. 

Hidrat bermaksud kulit cukup lembap. Masalah umum yang dihadapi orang Asia iaitu kulit ternyah hidrat (dehydrated skin) dan kulit kering.  

tips-dapatkan-glass-skin-effect


Antara ciri-ciri dehydrated skin ialah kulit jadi gatal, kemerahan dan sensitif. Jangan lupa untuk buang sel kulit mati di muka (exfoliation) sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya dapat bantu skincare produk yang lain untuk berfungsi dengan lebih efektif. 

Bila tiada halangan lagi cepatlah kulit menyerap segala nutrisi yang diperlukan. Diah suka sebab tekstur esen ni tidak melekit, cepat meresap. Terasa kulit lebih lembut dan anjal. 




Cara Guna Syahirah Korean Secrets Hydra Soft Hydrating Plus Essence

Cara guna pun mudah sahaja. Hanya titiskan dua sehingga tiga titik kemudian oleskan ke seluruh muka termasuk leher. Tepuk secara lembut 

Untuk dapatkan hasil berkesan kena la konsisten. Lengkapkan rutin penjagaan kulit yang lain juga tau. Jangan lupa minum air masak secukupnya dan jaga pemakanan. 

Boleh dapatkan Syahirah Korean Secrets Hydra Soft Hydrating Plus Essence di pasaraya dan kedai terpilih. Kalau nak beli online pun boleh.