Biskut Jenama Sendiri – Belian Borong

Zaman sekarang ni kalau tak pandai buat biskut pun boleh keluarkan biskut jenama sendiri. Tiada yang mustahil untuk anda jadi tauke biskut jenama sendiri.

Sebenarnya dah lama wujud sejak dulu lagi, peniaga yang keluarkan biskut jenama sendiri terutama bila menghampiri musim perayaan.

Faham sajalah bukan mudah ya nak buat biskut yang sedap dan menarik selera pembeli. Nak buat biskut kena ada modal, kemahiran, kesabaran, masa dan tenaga.

 

Biskut-Sea-Salt-Chocolate



Biskut Jenama Sendiri – Belian Borong

Lagi satu kena fikir tentang kos bahan mentah yang sentiasa naik dan kena ada dapur serta peralatan yang sesuai.

Kena tahu juga bab pembungkusan. Jual makanan ni kena labur bab packaging supaya kualiti terjamin.

Ohoi fikir pun dah penat. Jadi bila ada cara mudah untuk borong biskut jenama sendiri, penjual boleh fokus untuk menjual dan buat marketing sahaja.

Sesuai untuk korang yang pasang niat nak tambah duit poket dengan menjual biskut.


Biskut-Jenama-Sendiri


 

Borong Biskut Jenama Sendiri Di Shopee

Diah secara kebetulan tengok live penjual biskut di Shopee. Haritu masuk bakery anak kata teringin nak makan biskut Brownies Cookies tapi harga dia memang telan air liur ya.

RM28 untuk satu bekas saiz kecil. Macam terlalu mahal jadi survey dulu harga. Ternyata langkah yang bijak bila harga di Shopee lebih murah.

Tips nak dapat harga lebih murah bila beli barang di Shopee ialah beli ketika penjual buat live. Selalu ada kupon atau diskaun, ataupun paling tidak free shipping.

Diah beli dari penjual nama dia Khairul.Shop & beli dua jenis biskut; Sea Salt Chocolate Cookies dan Brownies Cookies. Produk homemade katanya.

Ini Sea Salt Chocolate Cookies. 

Sea-Salt-Chocolate-Cookies


Ini pula Brownies Cookies


Borong-biskut-Brownies-Cookies


Anggaran 50++ ketul biskut dalam satu balang 180gram Brownies Cookies dan 150gram Sea Salt Chocolate Cookies.

Apa yang bagusnya, Khairul.Shop tawarkan belian biskut secara borong, dropship dan rebrand biskut jenama anda sendiri.

Ada juga Nestume Chocolate Cookies dan Cornflakes Chocolates. Sebelum nak beli secara borong korang boleh beli sample atau tester pada harga yang cukup murah.

Kena cuba dulu baru lah yakin nak jual. Diah suka penjual menggunakan bekas yg berkualiti dan mempunyai stopper di bahagian penutup balang.

Lebih kedap udara dan biskut tahan lebih lama (anggaran minimum 3 bulan, selagi seal tidak dibuka).


biskut-jenama-sendiri-Sea-Salt-Chocolate


Cara Beli Borong Biskut Jenama Sendiri

Korang boleh survey di Shopee ramai penjual yang buat jualan secara borong. Tapi kena baca betul-betul sebab terma dan syarat berbeza setiap penjual.

Khairul.Shop menjual biskut tanpa jenama / sticker mereka. Jadi lebih mudah sebab mereka menjual dengan harga borong tanpa limit. (tertakluk kepada isu/masalah supplier bahan mentah & bekas kosong).

Boleh juga request nak tambah badam untuk Brownies Cookies tu. Nak mudah tekan je butang Chat dan tanya je mereka.

Harga Sea Salt Chocolate Cookies 150g++ (RM17.90), Brownies Cookies RM (14.95). Check sendiri Shopee Khairul.Shop sebab selalu buat promosi mana tahu korang dapat harga lebih murah.


Brownies-Cookies


Review Brownies Cookies & Sea Salt Chocolate Cookies

Diah pernah buat Brownies Cookies ni waktu Raya. Memang hazab ya, nak buat punya la lama tapi bila makan, 10 minit boleh habis satu balang.  

Nak jadikan biskut sedap pun kena guna bahan premium. Jadi faham kenapa harga dia harga kayangan.

Bila dapat beli pada harga borong dalam kuantiti yang sedikit memang rasa seronok. Anak-anak suka, kena dengan selera kami.

Agak manis dan rapuh mungkin disebabkan gula.

Sea Salt Chocolate Cookies wajar diberi pujian sebab terasa biskut premium. Coklat banyak dan cair bila di gigit.

Rasa Sea Salt yang ditabur atas biskut tu melengkapkan lagi rasa macam makan biskut orang kaya. Sesuai dijadikan hamper atau buah tangan.

 

Penutup

Untuk korang yang berhajat nak keluarkan biskut jenama sendiri dan mencari penjual untuk belian borong korang boleh hubungi Khairul.shop.


Cucur Udang Baha AG Alor Gajah Melaka

Balik Melaka hari tu suami ajak makan cucur udang dekat Alor Gajah. Dari hari tu lagi ajak makan sebab kawan satu pejabat dia tak habis-habis asyik throwback kenangan waktu belajar di UiTM Melaka dulu.

Orang kata kalau sampai Alor Gajah memang kena makan cucur udang. Kira dah jadi menu Ikon Makanan Alor Gajah.

Jadi layankan saja tekak suami. Dia ajak makan di gerai Cucur Udang Baha Alor Gajah (AG). Terkenal sebab mereka dah berniaga sejak 50 tahun yang lepas dan masih bertahan.

Dari KL kami keluar ikut tol Simpang Ampat dan kemudian terus ke Alor Gajah. Gerai ni dalam Medan Selera Menggong, berdekatan bulatan yang ada keris besar tu berhadapan Dataran Keris.

Nak makan Asam Pedas boleh cuba Kedai Asam Pedas Restoran Berkat Salam


Cucur-Udang-Baha-AG


 

Cucur Udang Baha Alor Gajah (AG) Melaka

Cuaca cerah dan panas. Tidak berangin jadi memang laju je lah kaki melangkah tak pandang kiri kanan. Sampai je destinasi terus ke gerai Cucur Udang Baha AG.

Dekat luar Medan Selera tu ada khemah / gerai menjual buah-buahan dan segala produk makanan IKS dan makanan tradisional Melaka.

Korang yang datang ke sini boleh singggah dan beli sebagai buah tangan. Ada macam-macam seperti belacan, gula Enau, Kuih Bakar Melaka, Dodol dan Wajik, kerepek dan banyak lagi lah.


gerai-Cucur-Udang-Baha-AG



Makan Cucur Udang Baha AG

Konsep makan dekat sini ialah layan diri. Pilih menu dan bayar terus di kaunter yang korang pesan tadi. Kemudian boleh pilih meja dan pesan air minuman.

Dekat kaunter penuh dengan cucur udang yang dah siap dibungkus dalam beg plastik. Memang nampak meriah dan pelanggan memang tak putus datang.


bungkus-Cucur-Udang-Baha-AG


Waktu tu baru pukul 1 tengah hari. Rasanya kalau lambat sikit mesti penuh dengan pelanggan.

Ada set makan dan juga set bungkus. Semestinya harga lebih mahal sedikit jika pilih set bungkus. Kami pilih set makan untuk dua orang.


Cucur-Udang-Baha


Belajar dari pengalaman lepas, kalau pertama kali cuba jangan la pesan banyak-banyak sebab kalau tak kena selera pasti akan membazir.

Bersyukur kami buat pilihan bijak. Set dua orang pun dah banyak cukup untuk kami berlima makan. Satu set tu ada cucur dank orang boleh tambah menu pilihan seperti Tahu, Tahu Ikan, Keropok Lekor, Popia, Otak-Otak, Ayam, Sosej, Nugget dan Telur.


menu-Cucur-Udang-Baha-AG


Menu Cucur Udang Baha AG 


Set Makan

1 orang Makan = RM3

2 orang Makan = RM5

3 orang Makan = RM7

4/5 orang Makan = RM10

 

Set Bungkus

1 orang Makan = RM3

2/3 orang Makan = RM6

4/5 orang Makan = RM10

 

Review Cucur Udang Baha Alor Gajah Melaka

Kalau ikut selera anak tekak, Diah lebih suka cucur Udang makan dengan kuah kacang berbanding sos pencicah.

Kuah sos pencicah dia warna merah dan rasa dia agak manis. Kurang pedas jadi budak-budak pun boleh makan.


sos-pencicah-Cucur-Udang-Baha-AG


Doh cucur lepas digoreng tidaklah begitu rangup tapi masih sedap dimakan. Kena pandai pilih menu tambahan akan jadikan cucur lebih sedap.

Ikut selera, Diah pernah makan cucur lebih sedap. Rasa cucur dia tidaklah mengecewakan, jadi korang patut datang dan cuba sendiri.

Seronok datang sini untuk makan santai-santai. Harga dia masih mampu bayar dengan portion yang pelanggan dapat.

Kami makan set dua orang tambah ayam, nugget dan keropok lekor. Sepinggan besar tu hanya RM9.50. Kenyang Alhamdulillah.

 

Penutup

Korang yang bercuti ke Melaka, boleh singgah ke gerai Cucur Udang Baha. Nak mudah waze je Medan Selera Menggong, gerai dia hujung sekali. InshaAllah jumpa.

Minum Petang Di Café Gula Cakery

Café Gula Cakery dah jadi tempat kegemaran kami satu keluarga bila meraikan tarikh ulang tahun, keraian atau ada majlis istimewa.

Tak boleh selalu pergi sebab nanti dah tak jadi istimewa pula tempat ni selain kena berjimat sebab kos hidup semakin meningkat.

Macam biasa kalau tempat tu makanan dia sedap, layanan dia bagus semestinya tak fikir banyak kali kalau nak pergi.

Kali ni pergi sebab nak reward diri sendiri dan Ikhwan selepas berhempas pulas buat persiapan PKSK untuk keTingkatan 1 Ikhwan.

Café Gula Cakery ada beberaa cawangan, yang paling dekat dengan kami ialah Café Gula Cakery KL East Mall.

Suka datang sini, staff dia pun friendly. Tak lokek senyuman dan sentiasa pastikan pelanggan terima makanan dan tanya feedback pelanggan.

 

buttermilk-waffle-Gula-Cakery


Minum Petang Di Café Gula Cakery

Tekak teringin nak makan dessert dan Ikhwan habis sekitar jam lima petang. Sesuai sangat datang ke sini untuk minum petang.

Sebelum tu dah makan tengahari, makan nasi ayam jadi nafsu lapar tu dapat dikawal dengan baik. Tiada pembaziran berlaku.

Kami pesan menu yang betul-betul teringin saja. Suami awal-awal lagi dah angkat bendera putih. Dia nak minum latte je sebab masih kenyang.



Tapi baguslah selalu sangat terjadi, kalau kami tak habis makan mesti suami yang kena habiskan. Tak elok membazir kan? Suami kata itu punca dia tak kurus-kurus.

Sebelum ni datang sambut birthday Airis Lima tahun 

 

Menu Minum Petang Gula Cakery

Kalau awal-awal dulu Café Gula Cakery ni fokus kepada menu kek dan pastry, lama kelamaan menu dia berkembang seiring dengan permintaan pelanggan.

Peminat dessert kena datang ke sini. Ada pelbagai pilihan kek, pie, tart dan macam-macam lagi manisan ada.


raspberry-pistachio-cake


Apa yang Diah tahu, dekat sini antara signature dessert Gula Cakery ialah Pavlova dan Kek Pandan Gula Melaka.

Pavlova dia meriah dengan buah-buahan, kurang manis dan sedap. Boleh cuba juga Tart Buah Berry. Custard dia yang buat tart dia sedap.

Selain kek dia ada menu barat macam steak tu, ada goreng-goreng tapi agak limit. Kebanyakkan menu dia fusion. Menu Malaysia yang diberi suntikan fusion.

Nasib tak pelik-pelik rasa dia.

 

Review Café Gula Cakery

Review kali ini adalah berdasarkan apa kami makan pada hari kejadian. Tak banyak menu utama yang kami makan memang fokus kepada menu minum petang.

Nampak meja sebelah makan Waffle jadi kami pun pesan menu yang sama. Waffle makan dengan Aiskrim memang gabungan yang tepat.


buttermilk-waffle


Tekstur waffle dia rangup bila di gigit. Makan dengan Callebaut Dark Chocolate Ice Cream yang ending dia ada rasa pahit-pahit.

Lepas ni boleh buat waffle dekat rumah guna Mugen Waffle maker. 

Ikhwan makan burger. Daging burger dia berjus, cukup perasa. Kami dah pernah makan burger crispy pun sedap. Side dish dapat kentang goreng.


BBQ-Beef-bacon-Burger


Portion burger agak besar dan tebal. Boleh kongsi dua orang. Sebelum tu dah ambil kek Rasberry Pistachio.

Pertama kali cuba dan bagi Diah kek agak manis. Terasa kacang Pistachio tapi tidak terlalu kuat walaupun ada ketulan kacang tu dalam kek.




Suka kek dekat sini sebab cream dia tak terlalu manis. Kami pesan juga semangkuk Cheesy Fries Beef bacon.

Kentang goreng yang disiram dengan keju cair dan ditabur dengan hirisan Beef Bacon. Keju agak masin dan mencabar juga kami nak habiskan.


cheesy-fries-beef-bacon


Ketulan beef Bacon tu jadi keras sebab dipotong dadu dan kemudian digoreng. Lain kali memang tak akan repeat order menu ini.

Hazelnut Latte yang suami pesan memang sedap. Bagi peminat kopi macam Diah, akan lagi sedap kalau tak tambah gula.

Strawberry Frape ni tengah promo jadi kami pesan juga sebab sedap. Kalau tak tahu nak minum apa sila pesan Passion Peach Tea.

Sedap ya sebab ada ketulan Peach dalam tu dan memang air pilihan pelanggan rupa-rupanya.


Passion-peach-tea


Harga Makanan Café Gula Cakery

Perkongsian harga makanan sebagai rujukan untuk pembaca yang nak cuba Café Gula Cakery ya. Harga juga berubah dari masa ke semasa.

Harga setiap makanan ada di katalog jadi jangan risau. Rancang sebaik mungkin nak makan apa. Total bil termasuk cukai ialah RM147.30

Strawberry Frape RM9.00

Hot Hazelnut Latte RM14

Passion Peach Tea RM13

Buttermilk Waffle – Single Scop (Callebaut Dark Chocolate) RM20

BBQ Beef Bacon Burger RM35

Cheesy Fries Beef Bacon RM18

Rasberry Pistachio Cake RM18

 

Penutup

Sila ke Café Gula Cakery untuk minum petang dan pasti korang tak menyesal. Ada banyak pilihan dessert yang cantik di mata dan sedap di mulut. Jangan risau café ni ada sijil Halal.

 

Persediaan PKSK Tingkatan 1

Dalam entri sebelum ni Diah ada kongsi tentang Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) untuk Ikhwan memandangkan tahun depan dah masuk Tingkatan Satu.

Dah tutup pun permohonan untuk sesi 2024, dan Ikhwan dah selamat jawab pentaksiran iaitu ujian untuk menilai layak atau tidak murid masuk ke Sekolah Berasrama Penuh.

Anak yang nak menduduki pentaksiran PKSK tapi emak yang lebih tekun study. Ya ampun memang stress ya. Dah macam nak jawab final exam waktu belajar UiTM dulu.

Walaupun cuak dan macam tak cukup masa nak bersiap sedia tapi kena sentiasa berlagak cool supaya Ikhwan tak cuak.

Dia bukan boleh nampak mama kelam kabut. Dia pernah cakap, “mama jangan panik, nanti abang lebik panik”.

Alahai kelakar ye anak.

Update: Alhamdulillah Ikhwan diterima belajar di SBP 

Persediaan-Pentaksiran-PKSK

 

Persediaan PKSK Tingkatan 1

Ok memandangkan ini pengalaman pertama ada anak yang berusia 12 tahun yang nak memohon sekolah Asrama Penuh jadi nak kongsi dekat blog.

Banyak perkara atau pun persediaan perlu ibu bapa tahu sebelum membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus.

Tujuan utama untuk para ibu yang ada anak dan merancang nak masukkan anak ke Sekolah Khusus. Awal masa cikgu beri taklimat asyik lah terfikir apa sekolah khusus.

Masa zaman sekolah dulu, Diah hanya tahu tentang sekolah berasrama Penuh, MRSM, Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional.

Zaman pun berubah, ada beberapa terma pendidikan di ubah dan dinaik taraf. Nak cari perkataan sesuai macam tersekat dekat otak pula.



 

Minta Pendapat Anak Tentang Asrama

Perkara paling utama bila nak buat permohonan ialah pastikan ibu bapa tahu kehendak anak-anak. Adakah anak bersetuju nak masuk sekolah asrama?

Paling banyak kes Diah jumpa adalah ibu bapa sangka anak nak masuk sekolah asrama. Ada yang berani nak luahkan pendapat menolak cadangan ibu bapa.

Tapi ada juga kes, ibu bapa yang buat keputusan untuk anak-anak. Faham sangat bila ada ibu bapa yang teruja dan merasakan itu adalah pilihan terbaik untuk anak.

Walhal kesan dia nanti anak-anak yang akan tanggung. Sebab itu penting sangat untuk bertanya dan berbincang dengan anak.

Cara Diah sendiri, Diah akan senaraikan baik buruk kalau ke asrama. Tak lupa juga minta pendapat Ikhwan dan tanya perancangan dia.

Apa pun sekolah asrama atau sekolah harian, pucuk pangkal adalah pada diri sendiri.


calon-PKSK


Alert Dan Mohon Ikut Tarikh PKSK

Kebiasaan permohonan dibuka secara dalam talian pada bulan Ogos sehingga bulan September. Cikgu dekat sekolah akan beri peringatan terutama Guru Kelas Darjah 6.

Kalau bernasib baik pihak sekolah akan jemput ibu bapa untuk hadiri taklimat di sekolah. Macam kes Ikhwan, sekolah panggil kami dan alang-alang tu ambil laporan pentaksiran juga.

Isi borang dan buat pilihan ikut aliran yang anak suka. Ada tiga pilihan; Sekolah Berasrama Penuh (STEM), Sekolah Berasrama Penuh (Pakej Tahfiz Model Ulul Albab) dan Sekolah Berasrama Penuh (Agama).

Murid juga wajib pilih lokasi untuk menduduki PKSK. Pilihan lokasi berdasarkan pilihan Sekolah. Dia akan beri lokasi yang berdekatan dengan alamat rumah.

Selepas tarikh ditutup ibu bapa kena tunggu pula email dari pihak Kementerian Pendidikan, slip menduduki PKSK akan diberikan.

 

Persediaan Menduduki PKSK Tingkatan Satu

Maklumat lanjut tentang ujian pentaksiran boleh baca dalam email. Maklumat termasuklah tarikh, tempat ujian, tentatif ujian dan segala maklumat penting.

Penting kena bawa MyKad dan juga slip menduduki PKSK. Wajib ya. Jadi jangan lupa. Kalkulator adalah pilihan.

Penting bawa kertas conteng dan kalkulator sebab memang Ikhwan guna. Soalan pula terbahagi kepada penulisan dan PKSK dalam talian.

Ujian penulisan diberi masa 45 minit untuk tulis karangan Bahasa Melayu. Tajuk berkaitan isu semasa dan juga karangan fakta.

Minimum jumlah perkataan ialah 100 patah. Jadi murid kena la jawab lebih dari tu. tak silap mewakili 10% dari markah keseluruhan.


Persediaan-PKSK-Tingkatan-1


PKSK dalam talian pula diberi masa 90 minit. Soalan campuran Matematik, Bahasa Inggeris, Sejarah, Sains, isu semasa dan pengetahuan Am.

Antara soalan paling Ikhwan ingat ialah mengenai penutup air botol mineral. Kan ada warna putih, biru dan hijau.

Dia beria hafal tag pembungkus roti tak keluar pula soalan tu. Jadi boleh bayangkan ya jenis soalan dia macamana.

Beberapa hari sebelum tu Diah dah beli set soalan ramalan, macam soalan spot untuk PKSK. Berdarah otak ya bila baca soalan.

Macam langsung tiada satu soalan yang masuk. Itu kelakar ya. Tapi memang sangat membantu sebab Ikhwan tak terperanjat dan boleh agak soalan memang mencabar.

Ikhwan kata setiap murid dapat set soalan yang berbeza jadi tiada isu meniru. Bayangkan soalan penulisan ada tiga tajuk kena pilih satu sahaja.

Antara tajuk, cara-cara menjaga kesihatan, risiko perniagaan, dan kepentingan mempelajari sejarah. Ha kau memang banyak goreng la dia.

 

Penutup

Apa paling penting persediaan perlu tahu sebelum buat Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) adalah sediakan mental dan kesungguhan. Kita cuba saja, kalau ada rezeki Alhamdulillah.

Tapi kalau tak berjaya anggap saja itu adalah pengalaman dan pendedahan. Selamat berjaya untuk anak-anak yang mohon PKSK.