Kamera Handphone Problem

Selepas dua bulan menahan diri, bertahan guna kamera 0.5 untuk rekod video, akhirnya aku beli juga telefon baru. Hujung Oktober lepas aku ke Celcom Centre. Stress dia tak yah cakap lah kan. Terganggu juga aktiviti bila telefon rosak.

Dengan telefon itulah aku catat banyak kenangan. Hampir empat tahun juga dia berjasa. Berbaloi sebab aku guna untuk edit konten personal dan affiliate. Sayang betul nak lepaskan.  Kalau bukan sebab lens aku rasa aku masih bertahan guna ip12pro tu sampai sekarang.

Handphone Rosak - Masalah Kamera Blur

Setiap kali aku ambil gambar atau video, kamera belakang akan jadi blur. So terpaksa la aku guna kamera 0.5. front camera masih berfungsi tapi faham-faham sajalah tak berapa nak sharp kalau guna front camera. Nak pula kalau ambil gambar waktu malam. Memang syahdu.

Bila aku sembang dengan ChatGPT hari tu, dia explain kemungkinan besar telefon aku kena masalah autofocus/OIS (Optical Image Stabilization). Bila jatuh atau terhentak, sistem tu boleh rosak dan buat kamera sentiasa kabur. Ikutkan cara aku guna memang logik berlaku.

Handphone-rosak-kamera-blur


Dilema Nak Baiki atau Tukar Baru

Lama juga aku ambil masa fikir. Telefon bukan murah dan aku memang jenis beli untuk pakai lama. Bila aku kira kos untuk baiki lens, rasa tak berbaloi. Jadi aku decide untuk upgrade terus.

Memang dari dulu setiap kali tukar telefon memang aku prefer untuk subscribe dengan telco. Dari dulu lagi pengguna setia Celcom. Semenjak dia bergabung dengan Digi aku rasa dia tak perform weh. Entah. Tapi sebab malas nak tukar aku stay jelah.

Aku ke Celcom Centre untuk urusan pembelian. Alang-alang tu aku tukar juga pakej internet rumah. Aku dah terminateUnifi sebab hari tu aku renovate rumah. Malas nak serabut nak relocate semua tu aku cari WiFi lain.

Cabaran Transfer Data

Benda paling aku tak suka bila guna phone baru kena transfer data ke phone baru. Dugaan hari tu aku cuba hampir sepuluh kali tapi tak berjaya. Berapa banyak tutorial dekat youtube dan tiktok aku rujuk tapi tak membuahkan hasil. Hari yang aku plan nak ke Celcom Centre untuk minta tolong, aku cuba di saat terakhir baru berjaya.  

Nak elak sebarang kejadian tidak di ingini, tips untuk iphone kalau nak mudah proses transfer data korang kena pastikan kedua-dua telefon telah di update dengan IOS terkini. Kalau tak, dia sangat berpotensi gagal. Jadi jangan tunggu telefon tu kritikal baru nak ganti dengan telefon baru kecuali korang tak kisah kalau data hilang.

screen-protector


Aksesori Wajib - Screen Protector & Phone Case

Untuk aksesori, aku beli online dekat Shopee je. Sekarang mudah sebab ada installer kit, tak payah kedai pun boleh. Boleh buat sendiri dekat rumah.

Screen Protector Hybrid Polymer (X.One)

Aku pilih jenis hybrid polymer sebab ikut review, dia tahan lasak dan tak mudah retak.
(Beli dekat sini!)

Phone Case Anti-Jatuh (X.One)

Phone case ni aku teliti sikit sebab aku ni tangan bukan jenis berhati-hati. Terpengaruh tengok seller campak telefon dari tempat tinggi tapi tak jahanam. Review pun okay, jadi aku beli brand yang sama.
(beli dekat sini! )

 

iphone-rosak-kamera-blur

Sekarang aku baru guna handphone ni sebulan lebih. Alhamdulillah proses smooth je. Semoga dapat berkhidmat lebih lama berbanding telefon yang lama. amin.

Tak Semua Orang Akan Suka Kita

Validation: Tak Semua Orang Suka Kita

Realiti yang pahit nak ditelan bila mula faham tentang validation. Tak semua orang akan suka kita, dan itu bukanlah satu kegagalan melainkan itu merupakan hakikat hidup yang perlu diterima dengan lapang dada.

Bukan mudah, tapi yakinlah proses untuk terima realiti dengan lapang dada tu memerlukan masa. Jujurnya sampai sekarang aku masih belajar untuk redha dan berlapang dada.

 

Bila Kita Sedar Kita Tak Akan Jadi Watak Baik Dalam Semua Cerita

Bila dah berada pada umur sekarang, satu perkara yang aku sangat yakin, kita memang tak mungkin akan disukai oleh semua orang. Mustahil. Mana mungkin kita akan sentiasa dapat jadi watak baik dalam kehidupan semua orang.

validation-penting


Alasan paling kuat ialah masing-masing punya definisi “suka” dan “baik” yang berbeza. Semestinya berlainan setiap individu. Kita tak lahir dengan acuan sama. Kan kita semua Tuhan ciptakan berbeza-beza. Unik setiap satu. Tuhan jadikan kita satu-satunya di dunia.

 

Terlalu Mencuba Untuk Disukai

Dulu, aku pernah jadi orang yang terlalu sibuk nak pastikan semua orang suka aku. Bunyi macam gila, tapi itu lah yang aku buat. Lama-lama, aku letih dan sedar benda tu tak berbaloi. Terasa kurang cerdik pun ada.

Sakit sebenarnya bila diri terlalu mencuba. Aku terlalu keras dengan diri sendiri. Lama baru aku sedar dan faham. Salah satu perkara yang paling meninggalkan kesan ialah bila kita bukan pilihan pertama. Bila orang letakkan kita bukan dalam keutamaan mereka. Hujung-hujung cerita, sikap terlalu mencuba untuk disukai tu makan diri sendiri.

validation-tak-semua-orang-suka-kita


 

Pilih Untuk Letak Usaha Pada Orang Yang Layak

Dan dari situ aku belajar banyak benda, bukan semua orang akan nampak nilai kita. Bukan semua orang akan menghargai usaha yang kita letak. Penat ya jadi manusia. Slow-slow aku hanya letak usaha pada orang yang berusaha untuk aku. Baru adil.

Akhirnya, kita cuma perlu jadi versi terbaik diri sendiri. Yang tenang, yang jujur, yang tak perlu validation sesiapa. Susah tapi asalkan kita tak putus asa.

 

Cara Terminate Unifi Online Je

Kalau korang tengah pening nak terminate UniFi tapi tak tahu nak mula dari mana, aku faham sangat. Aku pun dulu fikir kena pergi TMpoint, isi borang, tunggu giliran bagai. Rupanya boleh terminate UniFi online je, dan prosesnya tak serumit yang disangka.

Sebelum buat keputusan terminate, aku sempat minta pandangan adik aku juga. Kebetulan dia pun baru je terminate UniFi secara online. Dia cakap kalau nak cepat dan senang urus, boleh je pergi cawangan TMpoint terus. Tapi sebab aku malas nak keluar dan lebih suka urus dari rumah, aku pilih jalan kedua, terminate UniFi online je.


Terminate UniFi Online 2025

Jadi ni aku kongsikan pengalaman sebenar aku terminate UniFi pada tahun 2025, lengkap dengan tarikh dan langkah-langkah yang aku buat sendiri. Apa aku kongsi ni ikut pengalaman aku sendiri ya. Oh ya, sebelum ni aku terminate Astro melalui panggilan telefon je

Tarikh Penting Langgan Sampai Terminate

  • 26 Oktober 2020 – Mula langgan UniFi.
  • 25 Ogos 2025 – Buat keputusan nak terminate sebab nak pindah rumah sementara (rumah tengah renovate).
  • 27 Ogos 2025 – Hantar email permohonan termination.
  • 29 Ogos 2025 – Terima balasan pertama dari UniFi.
  • 8 September 2025 – Buat follow-up sebab tak dapat call pengesahan.
  • 10 September 2025 – Terima balasan kedua dari UniFi.
  • 11 September 2025 – Terima panggilan pengesahan termination.

Akaun sah ditamatkan selepas proses 28–30 hari.

cara-terminate-unifi-online


Kenapa Aku Terminate UniFi?

Sebenarnya aku sayang juga nak terminate sebab dah pakai sejak 2020 tanpa masalah besar. Sepanjang masa tu juga aku pernah kongsi juga kenapa aku Tukar Kabel Copper UniFi Ke Fiber.

Tapi disebabkan rumah aku tengah renovate dan kami kena pindah ke rumah sewa sementara (jangkaan dalam dua bulan). Pilihan yang ada ialah relocate atau kena cari alternatif lain menggantikan UniFi.

Nak relocate UniFi ke rumah sementara terasa menyusahkan, tambah pula ada caj pindah. Jadi selepas fikir panjang, aku ambil keputusan paling praktikal; terminate dan cari pengganti UniFi.

 

1. Call Customer Service

Aku call UniFi Customer Service (100), untuk tanya prosedur nak terminate. Bercakap dengan Encik Hakim, pegawai yang bantu aku dari awal. Dia bagitahu proses termination kena buat melalui email rasmi, bukan terus melalui panggilan.

Minta aku hantar email rasmi ke help@unifi.com.my bersama beberapa dokumen: 

  1. Termination request report number (no request).
  2. Salinan kad pengenalan (depan & belakang).
  3. Penyata bank (untuk refund jika ada lebihan bayaran).

 

2. Hantar Email Permohonan Terminate

Tapi aku tak terus hantar hari sama sebab sibuk dengan urusan pindah. Jadi aku email semua dokumen pada 27 Ogos 2025. Lewat dua hari dari tarikh aku call. 


cara-terminate-unifi


 

3. Selesaikan Bil Tertunggak

Sebelum hantar email, aku dah jelaskan semua bil tertunggak supaya tak ganggu proses terminate. Ini penting sebab kalau ada baki belum bayar, permohonan terminate akan tergantung. Aku semak terus guna UniFi app.

 

4. Customer Support UniFi Balas

Dua hari lepas tu (29 Ogos 2025), UniFi balas emel aku. Dalam balasan tu, mereka bagitahu permohonan aku dah dihantar ke pasukan khas untuk tindakan lanjut, dan akaun akan ditamatkan dalam 28–30 hari selepas notis diterima. Mereka juga beritahu akan buat panggilan pengesahan dalam masa 7 hari dari nombor: +60320217930

 

5.Tak Terima Panggilan Pengesahan, Follow-Up

Aku tunggu seminggu macam yang diberitahu, tapi tak ada sebarang panggilan pun dari pihak termination team. Jadi pada 8 September 2025, aku hantar follow up email. Lepas seminggu, aku tunggu-tunggu tapi tak ada siapa pun call. Jadi aku email follow-up pada 8 September 2025. Ringkas je ayat aku tapi tegas.


6. Customer Support UniFi Balas Lagi

Macam biasa, dua hari kemudian (10 September), mereka balas semula:

“The termination process is currently in progress. During this period (28–30 days), the account must remain active and all bills must be cleared.”

Maksudnya proses memang berjalan, cuma ambil masa. Aku pula jenis tak penyabar. Yelah nanti kalau aku kena bayar lebihan caj memang tak mahu lah aku.

 

7. Terima panggilan Dari UniFi Support

Akhirnya 11 September 2025, pihak UniFi call aku untuk pengesahan akhir. Staff cuma nak tahu sebab termination dan bagi sedikit penerangan. Dia ada juga offer alternatif (pindah lokasi atau downgrade pelan), tapi tiada unsur paksaan. 

Aku jelaskan aku terminate sebab nak berpindah dan dia faham. Alhamdulillah proses berjalan lancar tanpa drama. Syukur sangat sebab tak payah beratur kat TMpoint pun.


Tips Untuk Korang Yang Nak Terminate UniFi Online

  1. Pastikan bil tiada tunggakan. Kalau tak, sistem akan hold permohonan.
  2. Simpan semua rujukan dan screenshot emel. Berguna kalau perlu follow up.
  3. Kalau tak dapat call dalam 7 hari, follow up sendiri. Kadang sistem delay.
  4. Sabar. Proses ambil masa lebih kurang sebulan untuk lengkap.


Kesimpulan

Untuk aku, proses terminate UniFi secara online ni tak susah pun, cuma kena sabar tunggu respon dan call pengesahan. Pastikan semua bil dah dibayar dan dokumen lengkap masa email,  itu yang paling penting.

Kalau nak cepat, boleh juga terus ke TM Point terdekat, tapi bagi aku, buat online pun dah cukup senang.

 

Nota kecil: Aku kongsi ni ikut pengalaman sendiri je masa terminate UniFi tahun 2025. Cara atau tempoh mungkin berbeza ikut situasi dan polisi semasa. Jadi elok juga semak dulu dengan pihak UniFi, ya.

 

Keropok Inang- Inang Beras Pulut

Kudapan - Keropok Inang-Inang

Agak-agak kalau tanya anak-anak zaman sekarang, kenal tak keropok inang-inang? Jangan cakap orang, aku sendiri dulu pun panggil inang-inang ni “keropok beras kering”. Selalunya aku jumpa bila balik kampung ke Melaka. 

Dekat sana masih banyak dijual. Mesti akan singgah gerai kraft atau tepi jalan yang jual makanan tradisional. Dalam banyak-banyak jenis kerepek dan kuih, yang ni mesti aku beli juga. Bentuknya bulat nipis, keras waktu mentah tapi bila digoreng, terus kembang dan rangup. 

Keropok ni memang rangup dan boleh buat jadi ketagih. Rasa dia tawar je tau tapi itu lah yang sedap dikunyah. Aku paling suka celup dengan air Teh O suam. Pelik tapi benar. 

Keropok-Inang-Inang-Beras-Pulut

Asal Usul dan Cara Buat

Inang-inang ni sebenarnya kuih tradisional masyarakat Melayu, terkenal di Melaka dan juga beberapa negeri lain di Pantai Timur. Ia dibuat daripada beras pulut, sedikit garam, dan pewarna makanan. Cara penyediaannya pun agak unik, beras pulut tu perlu direndam, dikukus, kemudian dicampur dengan sagu sebelum dibentuk dan dijemur sampai betul-betul kering.

Lepas tu barulah boleh digoreng dan dimakan , ada versi putih, kuning, hijau, malah ada juga versi mini berwarna-warni yang nampak comel sangat. Selain beras pulut ada juga versi yang dibuat daripada sagu. Bentuk dan rasa lebih kurang sama.

Inang-Inang


Kenangan Masa Kecil

Yang best pasal keropok inang-inang ni bukan sekadar rasanya yang rangup, tapi kenangan yang tercipta.  Setiap kali makan, terbayang balik zaman kecil dulu, pergi pasar tani dengan emak. Berborak dengan uwan yang menjual. Kuih orang tua-tua.

Kalau jumpa mesti akan beli. Biasanya di gerai tepi jalan, pasar tani, atau kedai kraftangan tradisional. Jadi setiap kali balik Melaka mesti akan borong banyak-banyak. Kalau anak-anak sekarang rasa, mungkin diorang pelik sebab rupa dia lain daripada jajan moden.

 

Keropok-Inang-Inang

Beli Online Je Sekarang

Yang menariknya, sekarang keropok inang-inang ni dah senang nak dapat. Tak perlu tunggu balik kampung pun. Ramai peniaga tempatan dah jual secara online, siap ada versi ready-to-fry dan juga yang dah siap goreng.

Kalau nak cuba, aku jumpa penjual di Shopee. Ada yang datang dalam warna asli, ada juga versi pelangi yang nampak cantik bila digoreng. Serius, sesuai sangat untuk kudapan petang sambil minum teh o panas.

 

Kesimpulan

Walaupun nampak sederhana, keropok inang-inang ni sebenarnya simbol warisan makanan tradisional kita. Dalam setiap kepingan kecil tu ada rasa nostalgia, kesabaran, dan kreativiti orang dulu-dulu. Jadi, kalau jumpa jangan lepaskan peluang untuk beli dan kenalkan semula pada anak-anak. Kadang-kadang, nostalgia sekeping inang-inang pun boleh buat kita rindu zaman dulu.