Biskut Raya 2024, Mini Cream Puff Crispy

Baru-baru ni Diah ada beli biskut yang asyik lah lalu Lalang dekat FYP TikTok. Katanya bakal menjadi salah satu biskut raya popular tahun ni. 

Biskut Raya, Mini Cream Puff Crispy nama dia. Biasa yang Diah pernah makan cream puff tekstur dia lembut, dalam tu orang letak custard. 

Tapi cream puff yang ni jenis rangup. Filling custard diganti dengan coklat cair pelbagai perisa. Bila dah rasa baru faham kenapa biskut ni orang hype sangat. 

Dia nak kata manis sangat tidak la, masih boleh telan. Nak kata tak manis, masih rasa manis. Gitu.


crispy-creampuff

 



Biskut Raya 2024, Mini Cream Puff Crispy 

Kalau nak samakan tekstur dan juga rasa ada persamaan sedikit dengan biskut Meringue Kisses tu. Tapi bezanya mini cream puff ni ada isi dekat dalam. 

Jenis biskut yang kalau makan dua tiga ketul tak rasa bersalah. Kalau tak control sebalang boleh habis ya. Pertama kali tengok waktu dalam Live, penjual Tengah prepare untuk postage. 

Sambil dia buat kerja sambil tu dia tunjuk biskut ni. Memang menjadi teknik menjual sambil buat kerja tu ya. Tak hard selling sangat tapi dalam masa sama buat orang terliur. 


crispy-creampuff-sedap




Mira Cookies - Mini Cream Puff Crispy Perisa Strawberry 

Ada dua penjual yang Diah beli. Penjual pertama Diah dah cuba dan beli Cream Puff Crispy Perisa Strawberry. 

Kalau nak cuba  Boleh beli dekat Shopee, Klik sini. 


mira-cookies



Bersyukur sangat biskut ni menepati kehendak selera anak tekak kami satu keluarga. Kami dapat biskut rangup, keadaan elok tak pecah sebab penjual bungkus dengan elok. 

Dia letak dalam kotak dan bungkus dengan bubble wrap. Masa buka tu masing-masing berebut nak makan lebih ya. 

Makan benda manis mana boleh sekaligus. Nanti hilang nikmat kesedapan biskut. Jadi kita sebagai emak ni kawal la anak-anak sambil menahan diri juga lol. 

Tapi yang sebenarnya kan biskut ni tak sempat sampai hari raya. Dah habis. Nanti dah habis biskut raya boleh repeat. 


review-crispy-creampuff

Menu Buka Puasa Kari Kepala Ikan

Sepatutnya entri ni dah lama keluar rupanya sangkut bila nak masukkan gambar. Jadi maafin gue. ahaks. Benda pun dah tulis kita post jelah eh. 

Sangat lah last minute perancangan, makan Kari Kepala Ikan sebagai menu buka puasa untuk Ramadan hari ke 24 hari.

Sedar tak sedar dah tinggal beberapa hari je Ramadan bakal meninggalkan kita. Cepat sungguh waktu berlalu. 


buka-puasa


Rancangan awal nak berbuka dekat luar sebab rasa tepu sangat nak memasak. Suami yang ajak keluar sebab dia rindu nak makan Nasi Kandar. 

Kalau hari biasa, setiap hari Jumaat akan makan Nasi Kandar sebab kedai dekat dengan masjid dan servis laju. 




Menu Buka Puasa Kari Kepala Ikan


Malas nak pergi mall sebab tak mahu bersesak dengan orang jadi macam biasa cari kedai selalu makan. 

Ini kali kedua kami berbuka di Restoran Kari Kepala Ikan Melawati. Kami sampai agak lambat. Sekitar jam 6.30 petang. 




Waktu tu meja dah ada yang reserved tapi masih belum penuh. Sampai je kedai, terus tengok lauk untuk Nasi Kandar. 

Memandangkan suami sebelum ni pernah cakap teringin nak cuba Kari Kepala Ikan maka hari ni kita tunaikan hasrat dia. 

Selesai pilih Kepala Ikan kami pilih meja. 


menu-buka-puasa




Kari Kepala Ikan Campur Mangga Muda


Selain Kepala Ikan kami pesan juga Kangkung Goreng Belacan dan Chicken Salted Egg untuk anak-anak. Kari tu tak pedas pun, sedang elok je. 


ayam-salted-egg


Kuah kari dia memang pekat, kari tanpa santan. Terasa rempah dan melekat dekat jari ya walaupun dah basuh guna sabun. 

Kuah dia agak masam dan baru hari ni perasan, tukang masak campur mangga muda di dalam kari. Memang patut rasa masam teramat. 


kari-kepala-ikan


Isi mangga tu dah lembik jadi rasa masam tu bercampur dengan kuah kari. Memang resepi dia agaknya supaya tak muak makan. 



Selesai Puasa Ramadan Ke 24


Selesai makan, kami semua tersandar kekenyangan. Nampak la muka suami puas hati. Langsung tiada rungutan, maksudnya kena la dengan selera dia. 

Kalau ikut selera Diah, tak kena sangat tapi masih tahap boleh makan. Terima sajalah kan kepelbagaian rasa makanan. 

Alhamdulillah hari ke 24 Ramadan berjaya puasa dan semua berjalan lancar. Kesihatan masih terjaga dengan izin Allah. 

Semoga dapat bertemu lagi di Ramadan yang akan datang. InshaAllah. 


Nama Domain Blog Tamat Tempoh

Urut dada bila baca email reminder dari NetKL. Email mesra pengguna yang nak ingatkan tarikh nama domain blog bakal tamat tempoh pada Isnin, May 13, 2024.

Harga domain naik lagi ya. Kali pertama subscribe nak naik taraf domain dari hanyalahdihati.blogspot.com kepada https://www.rodiahamir.com/ adalah pada 13 May 2018.

Sekejap sangat masa berlalu. Dah nak masuk tahun ke tujuh. Kalau dulu mula dengan bayaran sebanyak RM45 setahun.

Sekarang di tahun 2024 dah kena bayar RM60 untuk tempoh domain aktif selama setahun. Mana ada yang maintain je ye tak?


domain-name-expiring-soon



 

Nama Domain Blog Tamat Tempoh

 

Itulah orang kata kan, semua harga barang naik jadi apa yang turun? Tiada ya. Jadi rakyat haruslah redha dan lapang dada je.

Sekarang kena buat pilihan sama ada nak teruskan guna nama domain yang sekarang www.rodiahamir.com atau kalau tak sambung akan jadi rodiahamir.blogspot.com

Ingat lagi dulu, ambil masa yang lama juga sebelum buat keputusan nak tukar domain blog - aku kongsi dekat sini. 

Ikut apa yang diterangkan dalam email, jika biarkan sehingga tamat tempoh dan tidak dibayar, pemilik mempunyai tempoh tangguh selama 20 hari untuk memperbaharuinya.


domain-bill




Jika tidak ataupun terlepas tarikh penting tu, berkemungkinan tinggi selepas itu, anda akan kehilangan domain ini.

Orang akan beli dan kemudian akan buat tawaran kepada umum dengan harga lebih mahal. Jadi sebelum menyesal fikir dengan mendalam.

 


Nama Blog Ada Nilai Sentimental  

Ingat lagi waktu awal-awal menulis dulu bukan niat apa pun. Blog jadi diari online sebab tu banyak entri curahan rasa hati.

Malu okay bila baca penulisan masa muda-muda baru nak kenal dunia. Tapi tak menyesal sebab banyak sangat kenangan dengan blog ni.

Memang ada nilai sentimental tersendiri. Banyak pengalaman dan kenangan yang diabadikan dalam blog. Dengan blog ni jugalah dapat merasa hadiri acara atas nama penulis blog.

Dapat kenal ramai kawan-kawan dan kenal dunia luar dari perspektif berbeza. Walaupun tak banyak mana pengalaman tu, tapi tetap seronok. Kepuasan tu yang penting. 



Review Servis NetKL

Dah nak masuk tahun ke tujuh dengan NetKL semestinya aku puas hati dengan servis yang diberikan. Sepanjang apa yang aku ingat memang tak pernah lalui pengalaman server / domain down. 

Paling suka setiap kali ada masalah, open ticket dan submit kepada mereka dengan sepantas kilat diaorang reply. 


netkl-domain-service



Tidak la kita ditinggalkan survive sendiri. Penting sebab aku ni bukan lah arif bab teknikal jadi kita yakin mereka sentiasa untuk bantu kita. 

Ini review / ulasan tidak berbayar ya. Kita tulis berdasarkan pengalaman sendiri je. Korang yang belum ada domain sendiri, boleh follow tutorial Cara beli domain di NetKL 



Kesimpulan

Sekarang trend menulis, sebab menulis tu agak lari dari landasan. Komitmen juga bertambah jadi nak luangkan masa menulis pun tak banyak. 

Kita tengok macam mana nanti. Nak renew domain atau tidak. Bincang dengan suami dulu lah kan. Ahaks.

Kalau korang renew domain atau tidak? Kalau tidak kenapa ya?

 

Cerita Raya Kami 2024

Ikutkan memang dah tawar hati nak menulis dekat blog. Sakit hati punya pasal pageview macam tettt. Tapi disebabkan Raya ni peristiwa penting banyak berlaku dalam hidup jadi gagahkan diri menulis.

Selamat Hari raya korang! Tahun 2024 giliran beraya di kampung halaman tercinta di Pahang. Tahun ni seronok sangat sebab dapat balik awal dan berpuasa dengan emak agak lama.

Kami balik ke Pahang hari Ahad, sengaja sebab nak elak kesesakan lebuh raya. Raya pula jatuh pada hari Rabu.

Pagi raya ketiga kami balik Melaka. Tahun lepas kami Raya di Melaka dulu. 


ucapan-selamat-hari-raya


 

Cerita Raya Kami 2024


Memang nikmat sangat dapat berbuka dengan emak di kampung, walaupun cuaca panas nak kojol ya. Waktu terasa begitu lambat berlalu, jadi dugaan puasa tu berkali-kali ganda.

Balik awal jadi sempat tolong kemas rumah, angkat dan buang perabot lama, mop lantai dan keluar beli barang masak juadah raya.


raya-temerloh


Tahun ni giliran kami adik beradik (kecuali kakak nombor empat) beraya di Pahang. Jadi memang penuh rumah.

Dengan anak saudara yang semuanya dah semakin besar, semua dah nak sama saiz dengan pakcik dan makcik diaorang.

 

 

Masak Menu Raya Sama-Sama


Sepanjang berada di kampung, kami banyak kali ulang alik ke bandar top up bahan-bahan tak cukup. Nak harapkan kedai dekat kawasan rumah tak cukup lengkap.

Alhamdulillah semua berjalan lancar. Menu raya pertama; Nasi Ayam, ketupat, Rendang Daging dan Rendang Ayam Pencen.

Semua ada tugas masing-masing. Awal-awal dah bincang dan setuju tentang pembahagian tugas. Dua orang in charge satu menu.


raya-di-kampung


Rendang Daging dan Rendang Ayam Pencen kami masak malam raya lepas dengar pengumuman raya. Nasi ayam tu kami masak pagi raya.

Kakak Ipar bawa balik Kuah Kacang, rendang itik, dan lontong. Memang meriah dengan makanan. 

Tengah sibuk Bersiap, pagi raya kami dikejutkan dengan berita pemergian pakcik sebelah arwah abah. Meninggal disebabkan serangan jantung.




Selesai Solat Raya, salam raya, alas perut apa yang perlu kami balik kampung untuk melawat. Arwah selamat dikebumikan selepas solat Zohor.


menziarah-kubur


 

Kenangan Raya 2024


Tahun ni sedaya upaya cipta kenangan sebanyak mungkin dengan emak. Entah siapa akan pergi dulu. Sekurang-kurangnya kami semua dah berusaha.


salam-hari-raya


Cipta kenangan sementara masih ada. Kami ambil giliran minta maaf, bergambar dan buat ucapan selamat hari raya.

Anak-anak paling gembira sebab dapat banyak duit raya dan berkumpul jumpa sepupu-sepupu diaorang. Memang jadi drama tak nak balik rumah bila dah seronok dekat kampung.

Raya kedua baru kami beraya balik ke kampung sebelah emak. 


balik-kampung


Raya ketiga tu, elok pagi selepas sarapan kami bertolak ke Melaka. Risau jalan penuh dengan manusia. Alhamdulillah tak sangkut dalam kesesakan.

Sabtu kami balik KL semula sebab hari Ahad dah kena hantar Ikhwan balik asrama. Betul Keputusan kami balik awal sehari sebab hari Ahad dan Isnin ramai sangkut jem.

Oh hari Sabtu tu kami masuk dari Tol Ayer Keroh dan keluar ikut exit Senawang. Itupun anak-anak tak tahan nak ke tandas.

Kemudian sambung perjalanan ambil highway LEKAS. Ikut Cheras, kereta banyak tapi masih bergerak lancar.

Balik tu masing-masing kelaparan, kami tapau nasi ayam

Sedap gila.