Buka Puasa - Restoran Kari Kepala Ikan Taman Melawati

Rodiah Amir
7

Ikutkan ini merupakan kali kedua kami buka puasa di luar. Kali ini berbuka empat orang je di tempat biasa kami makan.

Restoran Kari Kepala Ikan Taman Melawati. Selain lokasi yang dekat dengan rumah, kami suka sebab restoran ni bersih dan makanan dia sedap.

Memang kalau makanan sedap biasanya dekat situ je lah kami akan pergi selalu sampai lah jumpa kedai sedap yang lain.

Pekerja dekat situ memang dah cam muka kami anak beranak. Selalu datang makan roti canai dan sate. Paling suka dekat sini tandas bersih dan ada surau.

 

selamat-berbuka



Buka Puasa - Restoran Kari Kepala Ikan Taman Melawati

 

Petang tadi hantar Ikhwan balik asrama. Sebelum tu singgah Aeon untuk cari bakul baju dan beberapa barang keperluan dia.

Alhamdulillah sepanjang bulan Ramadan, SMSS beri kebenaran untuk pelajar balik setiap kali hujung minggu. Lepas raya mungkin sebulan sekali rasanya.


berbuka-dekat-luar


Makin kurus anak bujang sebab katanya makanan dekat asrama kurang kena dengan selera dia. Jadi dia telan mana yang boleh saja.

Next kena cari sos atau kicap dalam paket kecil mudah dia nak bawa ke dewan makan.

 


Menu Buka Puasa Hari Ke – 13


Macam biasa kami pesan menu selalu kami makan. Alhamdulillah semua sedap. Walaupun bulan puasa tapi tidak mengecewakan.

Kalau makan di Restoran Kari Kepala Ikan Taman Melawati, ada pilihan nak makan Nasi Kandar atau masakan panas.

Kami lebih suka masakan panas. Anak bongsu nak roti telur. Menu buka puasa hari ke – 13; Salted Egg Chicken, Tomyam Seafood, Telur Dadar.


buka-puasa-day-13


Air pula pesan dua je; Apple Asam Boi dengan Teh O Ais. Memang bawa air kosong dari rumah. Masing-masing tersandar kekenyangan.

Restoran hampir penuh dengan pelanggan dan mujur lah servis laju. Agaknya hujung minggu, semua cuti memasak.


buka-puasa-menu


Setakat hari ini, Tomyam Seafood kedai ni belum pernah kecewakan selera kami. Sup Kambing Mamak pun sama. 

Oh Sup Kambing ada pilihan nak makan dengan roti atau nasi. 

 

tomyam-seafood

Selesai makan, buat bayaran terus pecut balik rumah. Dekat restoran ada je disediakan surau tapi lebih selesa solat dekat rumah.

Alhamdulillah. Selesai puasa hari ke – 13. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki untuk terus beramal ibadat.

Catat Ulasan

7Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Belum pernah try sejak dah tukar jadi Restoran KKI ni. Dulu selalu makan situ, masa kedai tomyam dulu... Tak ingat dah nama pun 🤭

    BalasPadam
  2. singgah sini jap.. lamaa tak jenguk blog..hehehe.. #sapulamansawang hehehe

    BalasPadam
  3. nampak sedapp
    oh restorzn ni
    kena tunggu lepas ramadhan blh try

    BalasPadam
  4. nampak menyelerakan menu dia. terus terliur. hihihih

    BalasPadam
  5. menarik tgk salted egg chicken tu..yela lebih selesa solat kt umh dh dkt kn

    BalasPadam
  6. Ya Allah sedaaaap . Saya catat dulu tempatnya kak, mana tau rezeki bisa makan di sana juga. Suami sukaaaa sangat kepala ikan. Kalo saya tertarik kari kambingnya 🤤🤤

    BalasPadam
Catat Ulasan