Buka puasa di Laman Kayangan Shah Alam, Citarasa Dua Sempadan

Rodiah Amir
1

Buka puasa di Laman Kayangan Shah Alam, Citarasa Dua Sempadan 

Meneruskan tradisi seperti tahun-tahun sebelumnya, sekali lagi Laman Kayangan telah mengadakan majlis prebiu bufet Ramadan khas untuk rakan-rakan media dan para pelanggan untuk tahun 2019. 

Majlis telah diadakan diadakan pada 15 Mac lepas dan berlangsung dengan meriahnya di Laman Kayangan, Shah Alam. Untung sungguh mereka yang hadir menjadi antara yang terawal dapat menikmati juadah istimewa dan lazat yang akan dihidangkan pada bufet Ramadan pada tahun ini.

Laman Kayangan Shah Alam

Menu Bufet Ramadan Laman Kayangan Shah Alam 2019


Kalau nak tahu Thaiyani Chicken, Pattani Grilled Beef dan Laksa Ikan Sekoq merupakan antara ‘signature dish’ yang bakal menjadi tarikan utama pengunjung yang datang berbuka puasa di Laman Kayangan nanti. Ni baru je sebahagian dari menu utama tau, khabarnya terdapat lebih kurang 80 menu yang akan disediakan di buffet Ramadan di Laman Kayangan sepanjang Ramadan ini.






Istimewanya menu-menu yang dipilih adalah merupakan menu-menu popular dari Utara semenanjung Malaysia hingga ke Selatan Thailand yang pastinya akan membuat pengunjung rambang mata.





 

 

Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan, Tuan Haji Azhar bin Haji Baharin dan turut dimeriahkan dengan kehadiran pengacara terkenal tanahair iaitu Adriana Adnan. Tetamu yang hadir pada majlis ini dianggarkan seramai 400 orang dan mereka turut dihiburkan dengan alunan muzik ghazal yang merdu dan segar.



 


 


 


 


Harga Pakej Bufet Ramadhan Laman Kayangan Shah Alam


Berikut merupakan harga pakej Ramadhan untuk individu dan juga korporat yang ditawarkan oleh Laman Kayangan Shah Alam bagi tahun 2019. Kalau nak nikmati harga jimat kena dapatkan harga early bird sehingga 28 April ni tau. 
Harga Bufet Ramadan 2019

Early Bird ( pembelian awal sehingga 28 April 2019 )

RM 59 Dewasa
RM 35 Kanak-kanak dan warga emas

Harga Normal

RM 69 Dewasa
RM 39 Kanak-kanak / warga emas





Pakej Korporat 

1. BELI 50 MEJA 

PERCUMA:
5 MEJA 
5 PAX
5 SETTING MEJA VIP
500 CENDERAHATI ISTIMEWA
5 HAMPER
1 BACKDROP 10’X10’
PENGGUNAAN PA SYSTEM & PROJECTOR
DISKAUN 15% UNTUK PEMBELIAN BERIKUTNYA.

2. BELI 40 MEJA

PERCUMA: -
4 MEJA
5 PAX
4 SETTING MEJA VIP
400 CENDERAHATI ISTIMEWA
4 HAMPER
1 BACKDROP 10’X10’
PENGGUNAAN PROJECTOR DAN PA SYSTEM
DISKAUN 15% UNTUK PEMBELIAN BERIKUTNYA

3. BELI 30 MEJA

PERCUMA: -
3 MEJA
5 PAX
3 SETTING MEJA VIP
3 HAMPER RAYA
1 BACKDROP 10’X10’
PENGGUNAAN PROJECTOR DAN PA SYSTEM
DISKAUN 15% UNTUK PEMBELIAN BERIKUTNYA

4. BELI 20 MEJA

PERCUMA: -
2 MEJA
5 PAX
2 SETTING MEJA VIP
PENGGUNAAN PROJECTOR DAN PA SYSTEM
DISKAUN 15% UNTUK PEMBELIAN BERIKUTNYA

5. BELI 10 MEJA

PERCUMA: -
1 MEJA
5 PAX
DISKAUN 15% UNTUK PEMBELIAN BERIKUTNYA

Tempahan Dan Pertanyaan

Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi 

En Azahari
019-2331351

Pn Hasmal
019-2503090 / 012-2533973

Follow di Facebook: Buffet Ramadhan Malaysia


Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan