Mencari Idea Menulis Entri Berkualiti?

Rodiah Amir
5

Assalamualaikum. Dah seminggu lebih otak aku duk berfikir nak cerita apa dekat blog. Dapat idea tapi tak pasti sesuai atau tidak untuk menulis. 

Sudahnya taip padam taip padam lepas tu shut down laptop. Payah sungguh nak hasilkan entri berkualiti. 

Baru faham bila orang cakap, kesusahan tu adalah sebahagian dari learning process. Pembelajaran. Jadi mari la kita sama-sama fahamkan learning process yang ini. 

Mencari Idea Menulis Entri Berkualiti? 

Ke aku sorang je terperangkap dalam permasalahan mencari entri berkualiti ni? Apa Yang Dimaksudkan Dengan Entri Berkualiti?

Bagi aku mudah je kalau nak kenal entri tu berkualiti atau tidak, kalau pembaca ‘dapat’ sesuatu lepas habis baca maksudnya ia entri yang ada nilai. 

Bila ada nilai ianya dah termasuk sebagai entri berkualiti. Alangkah indah kalau semudah itu nak hasilkan entri berkualiti. Kahkahkah.

Bak kata Saudara Hasrul Hassan dalam entri dia tentang entri berkualiti, entri berkualiti ni bukan sahaja mendapat tempat di hati pengunjung dan pencari maklumat menerusi enjin carian, tetapi merupakan salah satu cara kita mengimarahkan budaya ilmu pengetahuan baik lagi berkat dunia akhirat. Banyak kali juga dia buat perkongsian tentang entri berkualiti ni boleh google ya. 



Menulis Entri Berkualiti


Cukup Ke Sekadar Entri Yang Berkualiti?


Rasanya zaman sekarang dah banyak lambakan bahan bacaan baik di dalam majalah, buku, mahupun bahan bacaan berbentuk softcopy ada di pasaran yang penuh dengan entri-entri yang bagus untuk pembaca. 

Tapi, dalam banyak-banyak tu pembaca akan memilih bahan bacaan yang ada gaya Bahasa tersusun, santai dan bijak nak pikat hati untuk terus membaca. Bayangkan bahan bacaan yang dipersembahkan sebiji macam buku teks waktu zaman sekolah dahulu? 

Agak-agak ramai ke akan membaca? Kalau ko bagi aku buku teks memang akan jadi tukun je lah. 


Entri Berkualiti


Empat Ciri Entri Yang Berkualiti


#1 Penulisan bergaya santai tetapi berinformatif. Selalu sangat aku jumpa penulisan yang ilmiah dan aku akan baca separuh jalan sebab bosan. Paling teruk aku tertidur.

#2 Reader Friendly. Bagi aku, entri yang berkualiti bilamana penulis cuba meletakan diri dalam sesuatu keadaan. Jadi penceritaan tu akan jadi lebih ikhlas dan menarik.

#3 Entri berkualiti juga pasti ada rujukan tertentu. Sumber rujukan mestilah valid dan tepat dengan isu yang kita kupas. Sebaiknya buat research dan fahamkan serta buat nota untuk memudahkan kita olah semula sumber tersebut. tapi awas, jangan tersalah olah pula. 

#4 Lengkap, tepat dan terkini. Entri yang berkualiti juga bermaksud entri yang lengkap dengan informasi berkaitan dan semestinya maklumat yang disampaikan haruslah tepat dan terkini. 
Terkini dalam erti kata relevant pada masa korang buat entri tersebut la. Memang kena elak sangat dari buat perkongsian tapi sampaikan fakta yang tak tepat. Bahaya boleh jadi fitnah tau. 


Sebenarnya kalau di ikutkan banyak lagi perkara-perkara penting yang perlu diambil kira untuk jadikan entri kita sebagai entri berkualiti. Paling penting kena banyakan membaca dan banyakan menulis supaya setiap penulisan kita jadi menarik untuk dibaca. 

Jadi, jomla sama-sama kita budayakan menulis dan menghasilkan entri yang dapat memberi manfaat untuk sesiapa sahaja yang membaca. Kira kita rancang penuhkan bakul akhirat. In sya Allah. 


Tags

Catat Ulasan

5Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. nice sharing.. sy masih dlm proses membuat entri berkualiti...

    BalasPadam
  2. aa kan. kadang ada juga sekadar nak mengisi tarikh untuk ada entry. tapi tanpa sedar entry tu jugak yang banyak orang cari, kiranya informative la kot. alhamdulillah.

    BalasPadam
  3. Setuju dengan entri.. Cik Ash masih dalam pembelajaran untuk tulis entri yang berkualiti

    BalasPadam
  4. Setuju banyak2.

    Hehe jemput blogwalking blog saya :) ♡

    BalasPadam
  5. Jarang2 fikirkan kualiti.
    Tulis daripada pengalaman sendiri aje.

    BalasPadam
Catat Ulasan