Audelia Naturals Essential Oil, Mummy's Rescue Kit

Audelia Naturals Essential Oil, Mummy's Rescue Kit 

Zaman sekarang dah ramai ibu bapa mula faham tentang manfaat essential oil untuk kesihatan anak-anak.  

Ibu bapa yang memilih untuk guna essential oil ni bukanlah bermaksud mereka tidak mengamalkan ubat hospital, tapi mereka percaya yang essential oil membantu dalam proses penyembuhan. 

Dengan keadaan cuaca sekarang yang panas terik, tabiat makanan yang buruk dan jarang melakukan senaman menyebabkan kita mudah sangat jatuh sakit terutama anak-anak yang sedang membesar. 

Hari demi hari semakin ramai memilih essential oil, tapi berapa ramai yang aware tentang essential oil? 

Kali ni Diah nak kongsikan macamana Audelia Naturals Essential Oil, Mummy's Rescue Kit ni membantu meringankan tugas seorang ibu. 



Audelia Naturals Mummy's Rescue Kit
Audelia Naturals Essential Oil, Mummy's Rescue Kit

Apa Itu Essential Oil? 

Essential oil bukanlah sejenis ubat tapi ianya merupakan terapi menggunakan minyak untuk mengurangkan tekanan dan memberi ketenangan. 

Essential oil dihasilkan dari pelbagai bahagian tumbuhan seperti bunga-bunga,daun,dahan,batang, dan juga kulit. 

Minyak akan terhasil dari proses steaming dalam bentuk cecair pekat yang mempunyai bau yang sangat kuat. Minyak inilah yang dipercayai mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. 

Selalu kalau kita sesak nafas atau pening kepala kita mesti sapu minyak angin kan? Atau kita lenguh kita akan sapu minyak panas. 

Memang tak hilangkan demam tapi ianya membantu emosi kita jadi lebih tenang dan kita dapat berehat dengan baik. Bila dapat rehat yang cukup baru la badan cepat sembuh. 

Ha itu lah peranan essential oil ni. 



10 Kebaikan Essential Oil 

1. Membantu meningkatkan sistem imun dan melawan penyakit ~ Audelia Naturals IMMUNITY (Immunity Booster)

2. Membantu proses penghadaman. ~ Audelia Naturals TUMMY (Soothing Tummy Oil)

3. Meningkatkan keupayaan anda untuk memberi tumpuan dan tumpuan.

4. Membantu anda berehat dan mengurangkan tahap tekanan anda. ~ Audelia Naturals BEDTIME (Calming Sleeping Oil)

5. Minyak essential digunakan secara perubatan bagi membunuh bakteria, kulat dan virus. ~ Audelia Naturals SNIFFLES (Congestion Relief)

6. Penyelidikan menunjukkan kebanyakan virus, bakteria dan kulat boleh mati bila berhadapan dengan minyak ini.

7. Merangsang pertumbuhan tisu baru dan saraf. Selain itu, ia membawa oksigen dan nutrien ke dalam sel tubuh.

8. Bantu membuang karbon dioksida, toksin dan sisa lain dari badan. 

9.Aroma minyak ini membantu mengimbangi frekuensi elektrik otak yang membolehkannya berfungsi lebih optimum dan efisien. 

10. Apabila minyak ini dihidu, kompenen tertentu dalamnya bantu melepaskan gangguan emosi.

Sumber my.theasianparent.com/




Set Audelia Naturals Essential Oil, Mummy's Rescue Kit

Kandungan bahan-bahan yang terdapat dalam Audelia Naturals Essential Oil terbukti secara dermatologi selamat untuk kanak-kanak. 

Terdapat empat jenis essential oil dalam set Audelia Naturals, Mummy's Rescue Kit iaitu IMMUNITY (Immunity Booster), TUMMY (Soothing Tummy Oil), BEDTIME (Calming Sleeping Oil), dan juga SNIFFLES (Congestion Relief). 

Apa yang best tentang Audelia Naturals Essential Oil ini ialah ianya merupakan set lengkap yang memahami keperluan anak anda. 

Bukan sahaja bermanfaat untuk anak-anak tapi ianya juga idea yang sesuai jika anda ingin hadiahkan kepada yang tersayang. 

Cute sangat set ni didatangkan dalam kotak dan ada lukisan binatang comel dengan warna pastel yang pasti menarik minat kanak-kanak. 


Harga satu set (4 Essential Oil) RM149 dan jika dibeli berasingan hanyalah RM39 satu botol. Lagi jimat beli empat terus ya. 

IMMUNITY (Immunity Booster) – Membantu meingkatkan sistem imun tubuh dan melawan jangkitan kuman berbahaya. Cara penggunaan: Hanya sapukan di tapak kaki pada setiap malam.



Set Audelia Naturals Essential Oil


TUMMY (Soothing Tummy Oil) – Membantu masalah kembung perut. Cara penggunaan: Hanya sapukan di tapak kaki dan perut. 


TUMMY (Soothing Tummy Oil) Set Audelia Naturals Essential Oil


BEDTIME (Calming Sleeping Oil) – Membantu masalah sukar tidur dan anak meragam. Cara penggunaan: Hanya sapukan di tapak kaki dan tulang belakang sebelum tidur. 


Set Audelia Naturals Essential Oil


SNIFFLES (Congestion Relief) – Membantu masalah sukar bernafas, batuk dan selesema. Cara penggunaan: Hanya sapukan di dada dan belakang badan bila perlu.  


Set Audelia Naturals Essential Oil



Cara Penggunaan Essential Oil Untuk Bayi

1. Anda seharusnya berhati-hati sebelum menggunakan apa jua produk kepada bayi sebagai langkah berjaga-jaga. 
2. Jangan terus sapu Essential Oil pada kulit bayi sebaliknya, pakai minyak bunga matahari dan minyak kelapa terlebih dahulu. 
3. Lakukan patch test sebelum menggunakan Essential Oil. Boleh calitkan dalam jumlah yang kecil pada betis atau lengan untuk pastikan kulit bayi tidak sensitif. 
4. Jangan gunakan Essential Oil yang boleh memberi alahan pada kulit seperti thyme, oregano, citronella, cinnamon, bay, cumin, lemongrass, lemon verbena.
5. Simpan Essential Oil di tempat yang selamat dan dingin. 
6. Elak diffusers aromatherapy essential jika bayi anda penghidap asma.



Testimoni Audelia Naturals Essential Oil, Mummy's Rescue Kit

Testimoni

Set Audelia Naturals Essential Oil

Set Audelia Naturals Essential Oil


Dimana nak dapatkan Audelia Naturals Essential Oil, Mummy's Rescue Kit?

Boleh Hubungi Team Audelia di talian +601160962576 atau nak baca tentang testimoni dan juga info lain Website mereka. 

3 Cara Mudah Atasi Premenstrual Syndrome (PMS)

Assalamualaikum. Diah sedang mengalami Premenstrual Syndrome (PMS) iaitu sindrom yang tak asing lagi dikalangan perempuan bila period just around the corner. 

Alahai seksanya sebab mood automatik compang camping, asyik la kembung perut dan loya lepas tu asyik mengulang pergi ke tandas. Korang macam tu juga tak? 

Ke korang steady je sambut period datang. Biasanya seminggu sebelum tarikh period hampir, akan bermula lah derita PMS ni. Tapi normal ke PMS ni? 

3 Cara Mudah Atasi Premenstrual Syndrome (PMS) 

Diah nak kongsikan 3 Cara Mudah Atasi Premenstrual Syndrome (PMS). 

Premenstrual Syndrome (PMS)
PMS 


Apakah yang dimaksudkan dengan PMS?

PMS merujuk kepada sindrom sebelum menstruasi atau juga dikenali sebagai PMT iaitu ketegangan sebelum menstruasi. Benda ni normal berlaku kepada perempuan. 

Selain daripada badan dan payudara sakit, seorang perempuan juga akan mengalami kecelaruan emosi sebab estrogen yang dihasilkan sedang turun naik. Estrogen tu apa korang google la ek.

Bila badan sakit dia akan mengganggu emosi juga. Itu antara sebab kenapa perempuan boleh tiba-tiba marah, menangis lepas bergelak ketawa, mengidam makanan manis dan macam-macam lagi la. Waktu ni kita tak dapat baca Quran jadi sebaiknya penuhkan diri dengan zikir harian supaya emosi lebih terjaga. 


Sindrom Premenstrual Syndrome (PMS)


PMS vs PMDD

Lain orang lain tau sindrom yang dihadapi. Diah pernah terbaca, ada sebilangan wanita tapi dalam jumlah yang kecil la mengalami penderitaan emosi yang melampau sehingga memerlukan bantuan perubatan. 

Bila dah berlaku ke tahap itu, ianya dinamakan sebagai kecelaruan disforia sebelum menstruasi atau PMDD. 

Ia boleh mengakibatkan serangan panik, kemurungan dan kemarahan melampau, malah boleh menimbulkan kecenderungan untuk membunuh diri. Seram kan? 

Jadi, lepas ni jika ada kawan-kawan atau ahli keluarga kita yang mengalami perubahan emosi setiap bulan kita kena la peka dan bantu dengan apa yang kita mampu. 

Ahli perubatan menasihatkan PMDD tidak boleh ditangani secara sendirian. Kena dapatkan bantuan. Jadi jangan malu ya. Kesihatan kita yang lebih utama. 


What to do PMS

3 Cara Mudah Atasi PMS


1. Elakkan Pengambilan Kafein, Alkohol Dan Rokok

Peminat kopi macam Diah memang agak sukar nak kurangkan pengambilan kafein dalam kehidupan seharian. Tapi bila selalu sangat ambil, emosi akan naik turun jadi memang kena paksa diri untuk jauhi kafein. 

Diah perasan bila lebihkan minum air masak otak jadi lebih tenang bila nak buat keputusan. Ingat tau, kafein bukan sahaja ada dalam kopi tapi juga dalam coklat, teh dan Milo. 

Cuma jumlah kafein je yang berbeza. Masa PMS juga sila lah kurangkan alkohol dan rokok. 


2. Lakukan Senaman Dan Amalkan Gaya Hidup Aktif

Pilih senaman yang dapat buat anda rasa tenang. Urutan, Tai Chi, dan meditasi seperti yoga dicadangkan kerana dapat membantu mengurangkan rasa tertekan dan menangani perubahan emosi. 

Agak-agak tak tenang anda boleh cuba menari Zumba ke, Poco-poco, atau zapin. Eh!


3. Pilihan Makanan

Ambil sayur-sayuran Hijau, Vitamin D, pisang, kekacang, daging merah, dan minum banyak air masak. Jangan skip makan dan makan ikut masa. 

Elakkan pengambilan gula yang berlebihan. Maklumlah masa PMS la kita akan mula craving makanan manis macam kek dan coklat. Kalau teringin sangat ambil dalam jumlah yang kecil, buat lepas hajat. 

Memang perempuan dilahirkan untuk menjadi kuat. Dari kecil diuji dengan sakit datang bulan, alahan mengandung, sakit bersalin dan macam-macam lagi. 

PMS hanyalah sebahagian kecil dari ujian kesakitan yang Allah berikan. Jangan malu dan takut untuk dapatkan rawatan selanjutnya jika gejala yang lebih teruk jadi pada anda. 

Cari doktor pakar dan minta nasihat melalui saluran yang betul. 

Status Halal Meatball Kottbullar IKEA

Sejak semalam tular tentang status halal meatball Kottbullar yang dijual dekat IKEA Batu Kawan. Kalau nak tahu daging Kotbullar ni ialah produk bebola daging yang digunakan oleh IKEA dalam menu makanan Sweeden yang mereka jual.

Bukan IKEA Batu Kawan je, semua IKEA dekat Malaysia la guna Daging Kottbullar ni. 
Puncanya berlaku salah faham dan kesilapan pada paparan skrin digital di kaunter jualan IKEA Batu Kawan. 

Agaknya dia terambil paparan skrin untuk pasaran Sweeden tu yang guna daging khinzir dalam pembuatan meatball tu.

Status Halal Meatball Kottbullar IKEA 

Maka pagi ni meriah lah dekat group Whatsapp dan segala media sosial menyebarkan gambar-gambar meatball yang dikatakan haram tu. 

Bagusnya media sosial ni dia dapat sebarkan informasi sekelip mata je. Kalau betul cara guna memang banyak la manfaat dia.  

Seperti biasa bila ada isu Halal Haram ni rakyat Malaysia akan cepat panik. Masing-masing cepat nak marah je tanpa siasat betul-betul. 


Status Halal Meatball Kottbullar IKEA Batu Kawan

Status Halal Meatball Kottbullar IKEA Batu Kawan Penang

Kepada peminat meatball IKEA anda jangan susah hati risau termakan benda haram sebab dah keluar surat khabar pun yang pihak IKEA dengan jelasnya mengesahkan yang Meatball Kottbullar IKEA adalah halal. 

Semestinya daging lembu halal digunakan dalam pembuatan meatball yang dijual. Dah boleh pergi makan meatball ye kawan-kawan. 

Alhamdulillah setelah berita yang salah ditularkan mujur ada saudara Idham Putra yang ulas status ni di Facebook dia. Semoga dapat buka mata terutama mereka yang suka menjatuhkan hukum tanpa selidik dan yang suka sebar tanpa sahihkan maklumat yang dia ada. 


IKEA Tak Mohon Sijil Halal JAKIM?

Untuk isu memohon status halal di JAKIM, kita kena faham apa produk utama IKEA. IKEA ni jual perabot. Jual perabot memang tak perlu minta status Halal lah. 

Untuk produk lain pula semuanya dia ambil dari syarikat lain. Dalam bab makanan pula, IKEA kena la beli dari syarikat yang mendapat sijil halal dan bebola daging yang dijual oleh IKEA dikeluarkan oleh Macfood Services Sdn Bhd yang memegang sijil Halal dari JAKIM. 


Meatball Kottbullar IKEA
Utusan sahkan status Halal

Meatball Kottbullar IKEA
Comment Saudara Idham Putra di Facebook



Status Halal



Penerangan Ustaz Abdullah Khairi Tentang Status Halal IKEA


Bila isu dah jadi kecoh macam ni, perkara ni turut mendapat perhatian dari ustaz Abdullah Khairi salah seorang penceramah yang bersuara lantang dan kuat buat lawak yang aku suka dalam Malaysia. Jenis tak takut kalau nak sound sesiapa. 

Ustaz ada sebut dalam video di Instagram dia yang dia puas hati dengan penerangan pihak IKEA bila ditanya tentang status Halal ni. Ustaz mestilah bagi green light berdasarkan ilmu yang dia ada kan? 



Ustaz Abdullah Khairi  response Status Halal Meatball Kottbullar IKEA



Hebatnya netizen ni siap persendakan ustaz dan tanya soalan yang aku rasa memang kurang adap. Mana la letaknya akal ya. Mesti ada batas untuk setiap benda, hormat ibu bapa, hormat guru, hormat kepada para ilmuan dan banyak lagi la. 

Memang tak hairan kenapa generasi anak muda sekarang biadap. Tengok saja perangai yang tua ni. Memalukan. Kalau sungguh tak bersetuju dengan pendapat ustaz atau sesiapa saja, lebih elok tegur dengan cara yang lebih sopan. 





Apa pun pihak IKEA, ustaz dan mereka yang terlibat dah pun memberikan penerangan yang lengkap. Harapnya isu halal haram ni mendapat perhatian pihak berwajib dan come out dengan solution yang memudahkan pengguna Muslim. 

Terjawab lah sudah yang Meatball Kottbullar IKEA adalah HALAL dan boleh la makan tanpa was-was.


Bangi Wonderland Theme Park & Resort, Betul Ke Best?

Oleh sebab asyik tertanya-tanya betul ke Bangi Wonderland Theme Park & Resort ni best atau tak, akhirnya persoalan tu terjawab jua saat kami sekeluarga berjaya jejakan kaki ke sini. 

Memang sengaja masukan dalam senarai wishlist tahun 2019, jika ada rezeki kami nak cuba semua theme park yang ada dalam Malaysia.


Bangi Wonderland Theme Park & Resort, Betul Ke Best? 

Bila sebut nak ke Bangi Wonderland, semestinya anak-anak yang paling teruja. Kalau korang tanya betul ke best? Bagi aku yang dah bergelar mak ni memang enjoy sangat walaupun mandi sambil berpanas. 

Panas disebabkan cuaca dan panas hati sebab anak tak mahu balik. Punya la seronok mandi manda dekat Bangi Wonderland Theme Park & Resort ni. 



Best ke Bangi Wonderland Theme Park & Resort



Lokasi Bangi Wonderland Theme Park & Resort


Nak mudah datang sini anda hanya perlu waze sahaja Bangi Wonderland Theme Park & Resort. Ambil masa lebih kurang satu jam kalau dari Kuala Lumpur. 

Kalau ikut Lebuhraya PLUS boleh keluar di simpang Bandar Bukit Mahkota. 

Boleh parking dalam bangunan yang disediakan dan anda akan dikenakan bayaran parking RM6. Seperti kebanyakan theme park yang lain, anda tak dibenarkan untuk membawa makanan dan beg anda akan di periksa di pintu masuk. 

Kemudahan asas seperti surau, baby room, bilik persalinan, locker dan lain-lain ada disediakan. Surau dia agak besar dan selesa. Bilik persalinan pula bersih dan cleaner dekat sini pantas buat kerja.


Bangi Wonderland Theme Park & Resort Games

Harga Tiket Bangi Wonderland Theme Park & Resort


Kena rajin ikuti laman media sosial Bangi Wonderland sebab mereka banyak buat promosi dan bagi potongan harga yang bagus. 

Bangi Wonderland Theme Park & Resort

Kebanyakan masa kami habis melayan anak-anak di Kids Adventure. Memang banyak slides untuk dicuba dan bagusnya ada krew yang akan pantau keselamatan sebelum anak-anak masuk ke dalam slides. 

Cuma yang kurang seronok, Kids Adventure ni dipenuhi oleh golongan remaja yang turut teruja nak bermain di kawasan anak-anak ni. 


Bangi Wonderland Theme Park & Resort memang seronok



age of pirates Bangi Wonderland Theme Park & Resort

kids adventure Bangi Wonderland Theme Park & Resort



Untuk yang datang bersama keluarga boleh menyewa Cabana yang disediakan atau boleh berehat di public area berbumbung betul-betul di tepi kawasan Kids Adventure. 

Ada kerusi dan meja disediakan untuk pengunjung berehat dan makan. 




Dah penat mandi manda boleh beli makanan dekat café berhampiran dan harga makanan dekat sini agak berpatutan. 

Kami beli set nasi ayam beserta air pada harga RM13. Sedap dan kuantiti agak banyak. Lepas alas perut sambung lagi main air. 

Anda perlu berjalan sedikit untuk ke kawasan permainan air untuk orang dewasa. Diah tak berpeluang nak cuba slide yang ada tapi kalau tengok reaksi pengunjung dekat situ memang enjoy habis. 

Semakin berusia semakin tinggi perasaan seram dan gayat dalam diri. Alasan sangat kan? Dinasihatkan untuk yang penakut kena ajak kawan-kawan supaya dapat cuba sama-sama. 

Dah ramai-ramai baru tak malu kalau menangis atau menjerit macam orang gila. Tak gitu?  




insane racer & the fall Bangi Wonderland Theme Park & Resort


magic funnel Bangi Wonderland Theme Park & Resort



Bangi Wonderland Theme Park & Resort

Kesimpulan 

Secara keseluruhan, Bangi Wonderland Theme Park & Resort memang best untuk anda yang ada anak kecil, sukakan cabaran, juga untuk mereka pentingkan kebersihan dan keselesaan. 

Berbaloi luangkan masa dengan keluarga. 

Oleh sebab Bangi Wonderland Theme Park & Resort memenuhi kriteria yang Diah nak maka tempat ni bakal di repeat pada masa akan datang. Anda patut datang dan nilaikan sendiri ya.  




SAFI Expert Solution Terbukti Mengurangkan Masalah Kulit

Mempunyai kulit muka yang sihat dan bebas cela memang menjadi idaman setiap wanita. Masalah bintik hitam akibat penjagaan muka yang salah, amalan pemakanan yang tidak betul dan gaya hidup menyumbang kepada masalah kulit muka yang lebih teruk. 

Kebiasaanya masalah bintik hitam terjadi kepada remaja atau wanita dewasa. Manakala pigmentasi dan kulit berkedut pula sering terjadi terjadi kepada wanita yang lebih berusia. 

SAFI Expert Solution Terbukti Mengurangkan Masalah Kulit

Peka dengan masalah tersebut, kini SAFI tampil dengan produk SAFI Expert Solution yang terbukti secara klinikal untuk mengurangkan masalah kulit seperti bintik hitam dan pigmentasi dalam masa dua minggu. 


Rangkaian Set Penjagaan Wajah SAFI Expert Solution

SAFI Expert Solution Terbukti Mengurangkan Bintik Hitam Dan Pigmentasi Dalam Dua Minggu

Apa sebenarnya Punca bintik-bintik hitam? Bagaimana terjadinya bintik hitam di muka boleh disebabkan oleh banyak perkara. 

Bagi remaja dan wanita dewasa, masalah bintik hitam disebabkan oleh keadaan kulit yang terlalu berminyak dan menyebabkan liang pori tersumbat. 

Bila tak dicuci dengan produk dan cara yang betul maka bintik hitam terus berleluasa. Stres sangat. Lagi parah bila jari gatal nak korek bintik-bintik hitam yang timbul dan akhirnya tinggalkan kesan parut di muka. 

Diah pun salah seoarang yang suka korek jerawat bila menghadap cermin. Dah jadi macam ketagihan. Sila jangan tiru ok, tak elok. 

Selain keadaan kulit muka yang berminyak, faktor lain seperti pemakaian alat solek yang yang tak sesuai dengan jenis kulit, sering terdedah kepada sinaran UV dan secara berlebihan, serta faktor hormon juga menyumbang kepada masalah bintik hitam.  



SAFI Expert Solution Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation

SAFI Expert Solution Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation


Prihatin dengan keperluan wanita masa kini, SAFI yang terkenal dengan produk penjagaan wajah yang dipercayai sejak dulu lagi kini tampil dengan produk terbaru mereka iaitu SAFI Expert Solution Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation yang didatangkan dengan 2 step multi-action ampoule system. 

Tapi apa sebenarnya 2 step multi-action ampoule system tu? 

SAFI Expert Solution Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation dirumus dengan bahan aktif yang sangat berkhasiat menggunakan DN Age Technology dipercayai dapat menembusi dengan cepat ke lapisan kulit untuk memerangi bintik hitam, membekalkan kelembapan pada kulit wajah dan menggalakkan pembaharuan kulit. 

Ianya juga terbukti secara klinikal dapat memudarkan parut dalam masa 2 minggu, memperbaiki skin tone dan menjadikan kulit muka lebih anjal.



Cara Penggunaan Set SAFI Expert Solution Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation:

Step 1 - Renewal Hydra Complex

Titiskan ampoules secukupnya di tapak tangan kemudian sapukan keseluruh muka sehingga menyerap sepenuhnya. Kemudian teruskan ke langkah ke dua.  


Step 2 - Supreme Anti Sports Complex 

Titiskan ampoules secukupnya di tapak tangan kemudian sapukan keseluruh muka dengan urutan ke atas.  

Disarankan untuk dipakai dua kali sehari pada waktu pagi dan malam. 


SAFI Expert Solution Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation


SAFI Expert Solution Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation juga mengandungi 5% Mandelic Acid yang amat baik untuk menghilangkan kesan parut di wajah, merawat pigmentasi, menghapuskan jeragat dan sesuai untuk mereka terutama yang berkulit sensitif. 

Dicadangkan supaya menggunakan SAFI Expert Solution Intensive Ampoules Pigmentation secara konsisten untuk dapat kesan yang di inginkan. 

Terbukti secara klinikal: 85.7% pigmentasi berkurang, 100% kulit baru tumbuh,100% kulit lebih anjal, 100% setuju tona kulit dibaiki, 91.7% 'Luminosity'


Milk Drop Serum & Bio Skin Moisturiser


SAFI Expert Solution Milk Drop Serum Anti Dehydrated Skin 


SAFI Expert Solution Milk Drop Serum Anti Dehydrated Skin (Botol Hitam) dirumus dengan menggunakan NMF Activator Technology & Ultra-Micro Hyaluronic Acid dan melembapkan kulit secara intensif. 

  1. 280% rangsangan kelembapan segera 
  2. Bekalan kelembapan tanpa henti selama 72 jam 
  3. 92.5 %(invitro test) menguatkan dan membaiki keanjalan kulit 
  4. Mencerahkan kulit dalam masa 1 bulan

Cara Penggunaan Milk Drop Serum Anti Dehydrated Skin:

Langkah 1: Sapu di kulit wajah dan tengkuk yang telah dibersihkan. 

Langkah 2: Urut dengan lembut secara membulat sehingga ia menjadi titisan susu dan menyerap ke dalam kulit. 


SAFI Expert Solution
 

SAFI Expert Solution Bio Skin Moisturiser Anti Photo Ageing Lines

Fungsi utama SAFI Expert Solution Bio Skin Moisturiser Anti Photo Ageing Lines (Botol Putih) adalah untuk memberikan perlindungan kepada kulit wajah dengan menapis lebih 90% sinaran UV, radikal bebas dan juga bahan-bahan yang berbahaya yang terdapat dalam udara. 

Dirumus dengan Liquid Crystal Technology, yang menggalakan peptida amino untuk meningkatkan ketumpatan serat kulit dan menghilangkan kedutan. Hasilnya kulit lebih sihat berseri dan lebih anjal.

 Diah akan gunakan SAFI Expert Solution Bio Skin Moisturiser Anti Photo Ageing Lines sebelum keluar rumah. Maklumlah cuaca sekarang sangat-sangat panas dan krim ni memang membantu. best sangat. 


Cara Penggunaan Bio Skin Moisturiser Anti Photo Ageing Lines:

Langkah 1: Sapu di kulit wajah dan tengkuk yang telah dibersihkan. 

Langkah 2: Urut dengan lembut sehingga ia menyerap ke dalam kulit.

Seperti produk SAFI yang lain, rangkaian set penjagaan SAFI Expert Solution ini juga adalah bebas bahan kimia berbahaya:
NO Mineral Oil
NO Alcohol
NO Silicone
NO Paraben
NO Animal Testing



Cara Mendapatkan SAFI Expert Solution 

Untuk info selanjutnya boleh layari laman sesawang SAFI http://safi.com.my/

Sinopsis drama Encik Imam Ekspres

Lepas tengok iklan drama Encik Imam Ekspres jadi tak sabar tunggu episod seterusnya. 

Drama terbaru Astro ni dah pun mula ditayangkan sejak minggu lepas dan semakin mendapat perhatian peminat-peminat drama yang bawa genre Romantik komedi macam ni. 

Diah suka kan drama ringan macam ni dan harapnya drama ni happy ending la. 

Seperti biasa Astro suka menerbitkan drama adaptasi novel yang tajuk asalnya ialah Dia... Encik Imam Ekspres, hasil tulisan Cik Tet. Boleh cari novel ni dekat pasaran yang dijual pada harga RM28.00. 


Pelakon drama Encik Imam Ekspres


Drama Encik Imam Ekspres | Slot MegaDrama Astro Ria 

Drama Encik Imam Ekspres ada 14 episod kesemuanya (why so pendek..why) dan mula ditayangkan sejak 11 Mac lepas setiap hari Isnin sehingga Khamis jam 10:00 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD. 

Pelakon utama untuk drama ni ialah Nelydia Senrose dan Fikry Ibrahim serta dibantu oleh pelakon hebat lain seperti Isaac Iman, Ben Amir, Nafiz Muaz, Ruzana Ibrahim, Elisya Sandha, Sherry Ibrahim, Faiz Nor, Anne Abdullah, Badrul Muhayat, Raja Azmi, Daler Yusuf, dan Adrianna Qasmia.


Watak utama drama Encik Imam Ekspres


Bagi Diah antara tarikan utama Diah jadi tertarik nak tengok drama ni adalah karakter yang dibawa oleh Fikry Ibrahim yang kelakar dan lakonan Nelydia Senrose yang bersahaja dan tak gedik. 

Lakonan budak kecik si Isaac Iman tu pun menjadi dan comel pulak tu. 



 

Sinopsis Drama Encik Imam Ekspres

Diya (lakonan Nelydia Senrose) pulang ke Malaysia setelah lama menghilangkan diri apabila pertunangannya dibatalkan oleh Iyad (lakonan Ben Amir). 

Diya menumpang dirumah rakannya, Atun yang juga adik kepada Iyad dan Ajim (lakonan Fikry Ibrahim). 

Diya pulang bersama Atun (lakonan Elisya Sandha) ke kampung untuk majlis aqiqah anak Myza dan bertemu semula dengan keluarga angkatnya.



Isaac Iman Pelakon drama Encik Imam Ekspres

 
Sementara itu, Ajim selalu menghantar anak angkatnya, Awish (lakonan adik Isaac Iman) ke rumah keluarganya. 

Dengan kehadiran Diya, hidup Awish lebih bermakna sehingga mahu memanggilnya Umi, menyebabkan Ajim lebih tekad untuk rapat dengan Diya. 

Iyad yang mengetahui kepulangan Diya juga pulang ke kampung. Kepulangan Iyad, membuat Ajim kekok tetapi tidak menghalangnya untuk mendekati Diya.

Sinopsis Novel drama Encik Imam Ekspres
Novel Dia..Encik Imam Ekspres

Sinopsis Novel Encik Imam Ekspres

Pertama kali bertentang mata, ada rasa aneh menjengah hati kedua-duanya. Namun rasa yang terbit terpaksa disembunyikan di sudut hati yang paling dalam kerana si dia itu bakal menjadi milik orang. 

Tiga tahun berlalu, kedua-dua hati itu ditemukan kembali. Masing-masing dengan lara di hati lantaran kesakitan yang ditinggalkan insan tersayang. 

Cinta kembali mengetuk hati kedua-duanya. Bagi Diyana Aqilah, rasa cinta itu perlu dilawan. Bimbang kalau hati bakal dilukai lagi.

Namun, bagi Engku Razil pula, peluang yang muncul takkan dilepaskan lagi begitu sahaja. Cukuplah tiga tahun dia memendam rasa. 

Kehadiran si cilik, Sarah Akisya yang comel dengan pelatnya melancarkan lagi misi memikat Engku Razil.

“Sebab Kisya aje?”~ Diya “Sebab… hati abang juga inginkan Umi Kisya ada di sini. Hati abang cakap, jangan sesekali lepaskan Umi Kisya pergi dari sini.” ~ Engku Razil

Ketika hati sudah bersedia untuk menerima, sebuah musibah mula menguji kedua-duanya. Lain yang diimpikan, lain yang berlaku. 

Walaupun mereka bersatu, namun rasa kecewa di hati mengatasi segala-galanya hingga Diya ambil keputusan untuk menjauh.

Cinta itu memang sudah lama ada. Rindu itu juga sudah lama memekar. Tapi bila acap kali diuji, hati Diya jadi nanar!

“Abang dah tiupkan penawar yang paling mujarab untuk luka di jari isteri abang ni. Cuma abang tak pasti, penawar yang sama akan berjaya untuk mengubati luka di hati Diya. 

Tapi abang takkan berputus asa. Abang akan terus mencari dan terus merawat sehingga luka di hati isteri abang ni sembuh tanpa tinggal segaris parut.” ~ Engku Razil.

Mampukah Encik Imam Ekspres merawat luka di hatinya sekali gus melenyapkan semua rasa kecewa yang ada? Ataupun perhubungan mereka bakal berakhir sepantas ia bermula.

Bawa Anak Ke The Shore Oceanarium Melaka

The Shore Oceanarium Melaka

Minggu sudah Diah bawa anak-anak bercuti ke The Shore Oceanarium Melaka. Pertama kali jejakkan kaki ke sini walaupun suami orang Melaka. Tempat ni sesuai sangat untuk seisi keluarga terutama untuk mereka yang ada anak-anak yang masih bersekolah.

The Shore Ocenarium Melaka ni terletak di tingkat dua di dalam bangunan The Shore Shopping Gallery. Korang boleh parking kereta di dalam bangunan dan ianya adalah PERCUMA. Jimat duit parking.

Waktu operasi adalah bermula pada jam 10.30 pagi sehingga jam 9.00malam. Bermula bulan Mac 2019, pakej istimewa ditawarkan kepada pengunjung iaitu korang hanya perlu membayar RM40 (dewasa) RM30 (kanak-kanak) bagi kemasukan dua tempat iaitu The Shore Oceanarium dan Taman Interaktif Virtual Reality (VR) & Augmented Reality (AR). 


The Shore Ocenarium

Tarikan The Shore Oceanarium Melaka

Lepas beli tiket anda akan diberikan cermin mata 3D, token untuk aktiviti di ARVR, dan juga set soalan (kuiz). 

Apa yang menarik dekat sini adalah korang berpeluang untuk mendapat hadiah dari The Shore Ocenarium jika berjaya menjawab kesemua solan dalam kuiz yang mereka berikan. 

Boleh cari jawapan sambil berseronok dekat dalam tu. Kira belajar sambil berhibur konsepnya. 


The Shore Ocenarium Melaka

Jujurnya, ini kali pertama Diah menjejakan kaki ke sini dan sangat kagum dengan apa yang The Shore Oceanarium Melaka tawarkan. Memang sesuai dengan award yang mereka menang iaitu Award Winning Tourist Attraction. Antara benda menarik dekat The Shore Ocenarium ni adalah seperti: 

Ocean Journey 

Anda berpeluang untuk tengok hidupan laut depan mata yang memang jarang la nak dapat tengok dekat luar dan paling best dapat sentuh binatang seperti Ikan Yu Pasir (Bamboo Shark), Bintang Pasir (Starfish), Belangkas (Hosreshoe Crab), Umang-Umang (Hermit Crab), Landak Laut (Sea Urch), Ikan Pari (Stingray), Gamat Laut (Sea Cucumber), dan Ikan Buntal. 

Ocean life

Staff dekat sini sangat ramah dalam melayan pertanyaan pengunjung dan mereka akan terangkan tentang spesis-spesis yang disebutkan dekat atas tadi. Binatang dekat sini semuanya manja weh, suka je bila orang usap-usap dia terutama ikan buntal.

Jangan pegang ikan buntal bila kembangkan badan sebab itu tandanya dia tak selesa dan tak rasa selamat. Bahaya untuk manusia. 

Dah sampai Melaka tak sah kalau tak makan Seafood dekat sana - Tempat Makan Seafood Best Di Melaka

Big aquarium in The Shore Ocenarium Melaka

Magical Vacuum Aquarium (MVA)

Kalau ikut hukum Fizik, air akan mengalir keluar dari tangki yang berisi air melalui mana-mana lubang di tengah-tengah tangka air. Walau bagaimanapun aquarium MVA ni mempunyai reka bentuk vakum khas dan unik, mengabaikan hukum fizikal graviti. Jadi air tak mengalir keluar pun. 

Kagum sekejap air tak tumpah. Apa yang best anda boleh masukan tangan dan biar ikan-ikan dekat dalam tu menggigit tangan anda macam yang selalu orang buat dekat Fish Spa tu. Tak sakit pun, geli ada lah. 

Magical Aquarium in The Shore Ocenarium Melaka

Jungle Quest 

Bahagian ini dipamerkan haiwan reptilia seperti ular bersaiz kecil, cicak, labah-labah dan juga dapat tengok koleksi serangga seperti rama-rama. 

River Terapin 

Di River Terapin pula anda boleh tengok koleksi kura-kura dan ikan yang pelik seperti West African Lungwish yang suka tanam diri dalam lumpur kering. Nak tahu lebih kena datang dan tengok sendiri. 

Ocean Theatre 

Dah penat berjalan boleh berehat dan tengok teater tentang hidupan laut di hadapan aquarium besar di Ocean Theatre (8 in 1 Cinema 3D Plus). Masa ni la kena guna cermin mata 3D yang diberikan tu. Bila duduk di kerusi tu nanti akan rasa efek seperti gegaran, tiupan angin, semburan air, buih, bunyi dan banyak lagi kesan khas. 

Berhadapan dengan tempat duduk tu ialah aquarium besar yang ada banyak ikan-ikan yang saiz dia lebih besar dari manusia. Setiap jam 11.00 pagi dan 3.00 petang akan ada pertunjukan dan juga fish feeding.

Sepanjang laluan dari satu bahagian ke bahagian lain dikelilingi aquarium yang ada pelbagai spesis ikan. Kiri kanan dan atas kepala pun ada aquarium tau. 
Sebut pasal ikan, teringat makan asam pedas dekat Berkat Salam.


Ocean Theatre

Sea Shell Museum 

Semua koleksi cengkerang laut disatukan disini untuk sesi pembelajaran. Dari saiz yang kecil sehinggalah yang bersaiz besar dan pelbagai bentuk. 

Sea Shell Museum in The Shore Ocenarium Melaka

Shark Quest

Jangan ketinggalan untuk cuba Virtual Shark Cage untuk rasai sendiri pengalaman berada dalam sangkar dan diserang jerung. Kan ada kalau di laut untuk sesi diving tawarkan berada dalam sangkar untuk tengok jerung kan? 
Ha dekat sini anda boleh rasai sendiri macamana diserang jerung secara virtual.

Sangkar jerung ni mempunyai kesan bergetar & imej serta bunyi yang mengejutkan. Perempuan mengandung, yang ada sakit jantung atau masalah kesihatan serius tidak digalakkan untuk mencuba. Kanak-kanak pula dinasihatkan ditemani oleh orang dewasa. 



Fish Feeding Frenzy

Anda boleh beli makanan ikan semasa di kaunter tiket dan Fish Feeding Frenzy ni merupakan kawasan terakhir sebelum anda melangkah keluar dari The Shore Oceanarium.

Terdahulu kolam ni merupakan kawasan untuk penyu tetapi atas sebab tertentu ianya diganti kan dengan pelbagai jenis ikan. Dijangkakan akan dipenuhi dengan penyu semula pada tahun ini. 


Fish Feeding Frenzy


Interactive Zone & Augmented Reality 

Dekat sini disediakan banyak mesin yang dilengkapi dengan teknologi augmented reality dan juga interactive Zone. Bahasa mudah nak faham ialah dia sejenis mesin yang capture gambar dan ada efek-efek bila kita buat pergerakan.

Jadi pengunjung boleh tangkap gambar atau ambil video beserta efek yang menarik. 



Bagi pendapat Diah, sebagai seorang ibu yang punyai anak-anak yang sedang membesar, lawatan ke The Shore Oceanarium amatlah berbaloi kerana ianya merupakan tempat yang sesuai untuk anak-anak menambah ilmu pengetahuan dan berseronok.

Persekitaran yang selesa, bersih dan sesuai untuk semua peringkat umur. 

Sebelum balik jangan lupa singgah di kedai cenderahati dan beli buah tangan sebagai tanda kenang-kenangan. Harga pun berpatutan. 


Waze: The Shore Oceanarium , Jalan Persisiran Bunga Raya, Kampung Bunga Paya Pantai, 75100 Melaka

Review Filem - Sinopsis Filem Pengembaraan Geng Upin Ipin

Les’ Copaque Production Sdn. Bhd kembali lagi dengan kisah pengembaraan Geng Upin Ipin, kali ni dengan naskah terbaru mereka Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal. 

Trailer filem ni dah pun mendapat lebih dua juta view dekat YouTube. Gila ah, lagi teruja nak tunggu cerita ni keluar. So far filem 3D dari Les’ Copaque Production belum pernah mengecewakan. 

Diah yang dah jadi mak orang pun excited nak tengok apatah lagi anak-anak yang hari-hari asyik ulang tengok Upin Ipin dekat tv. 


Sinopsis Filem Pengembaraan Geng Upin Ipin 

Kali ni filem pengembaraan Geng Upin Ipin mengisahkan kembar comel Upin dan Ipin bersama-sama kawan-kawan mereka Ehsan, Fizi, Mail, Jarjit, Mei Mei, dan Susanti dalam usaha mereka menyelamatkan kerajaan fantasi Inderaloka dari kekejaman Raja Bersiong. 

Semuanya bermula apabila Upin, Ipin dan kawan-kawan terjumpa sebilah keris misteri yang membawa mereka memasuki kerajaan tersebut. 

Ketika mencari jalan pulang, mereka dibebani dengan tanggungjawab untuk mengembalikan kegemilangan kerajaan itu seperti sediakala. 

Dengan bantuan Mat Jenin dan Belalang, Upin, Ipin, dan kawan-kawan perlu melalui pelbagai dugaan dan cabaran dalam filem pengembaraan aksi penuh magis dan lucu yang dihasilkan oleh Les’ Copaque Production Sdn. Bhd.


Sinopsis filem Pengembaraan Geng Upin Ipin Keris Siamang Tunggal


Anda tengok dulu sinopsis trailer dia. Tahniah Les’ Copaque Production.

Sempat Diah menjenguk laman website Golden Screen Cinema tadi, dah bermula pun promosi filem ni. Baru awal bulan dia dah mula hebahkan. 

Tapi memang itu pun strategi yang penting, kena la war-warkan baru la terjual laris filem ni. Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal akan mula ditayangkan di Golden Screen Cinema seluruh Malaysia bermula pada 21 Mac 2019, Khamis. 

Memang kena plan movie date dengan anak-anak soon. Nak suruh suami jaga baby. Hahahahah. 

Dari mana Upin Ipin dapat Duit Sara kehidupan? 


Pengembaraan Geng Upin Ipin Keris Siamang Tunggal


Ada satu twitter viral mempersoalkan macamana Upin Ipin ada duit makan ayam hari-hari, minum susu dua kali sehari dan siapa yang bekerja dalam keluarga mereka. kelakar ok. 

Ramai lah yang respon dengan soalan paling penting ni. nak tergelak pun ada. Katanya Opah dah tua, duduk rumah je. larat ke Opah nak keluar bekerja? 

Upin dan Ipin pula masih tadika dari dulu hingga sekarang tak tamat-tamat lagi. Kak Rose apatah lagi, masih lagi sekolah menengah. 

Jadi ramailah yang bantu selesaikan kekeliruan yang timbul. Orang Malaysia memang kreatif, senak perut baca teori-teori yang keluar. 

1. Opah dapat pencen arwah suami dia.


2. Khabarnya mak ayah Upin Ipin dan Kak Rose ni meninggal lama dah disebabkan kemalangan jalan raya. 


Ayah mereka ialah seorang tentera dan lepas kematian ayah mereka, duit pencen / insuran telah disumbangkan kepada mereka. 


3. Rumah yang dibeli oleh ayah Upin Ipin telah dilindungi insuran jadi secara automatik hutang dilupuskan setelah kematian dia. Jadi mereka sewakan rumah tu untuk menjana pendapatan. 


4. Kak Ros menghantar nasi lemak bungkus untuk dijual di kedai Uncle Muthu, bukan tu je dia pernah suruh Upin Ipin jual biskut semperit dan ambil upah menjahit. 

Opah pula masak ayam golek dan minta Uncle Muthu jualkan dan jualan ayam golek mendapat sambutan yang baik dari orang kampung. 


5. Upin dan Ipin banyak terlibat dengan drama dan juga iklan. Siap jadi duta produk. Memang kaya la kan. 

6. Kak Ros dan Opah rajin berkebun. Jimat duit tak perlu beli sayur. Menjadi pula tanaman mereka. 


Jadi jom sama-sama meriahkan panggung 21 Mac ni. Kita sokong filem tempatan dengan harapan dapat dikenali oleh orang luar. 

Nanti senang nak melancong dekat luar negara sebut je nama Upin Ipin mesti dapat diskaun masa bercuti. Dah kau kenapa melalut sampai ke situ. Apa pun selamat menonton. 


Upin Ipin Keris Siamang Tunggal bermula 21 mac 2019