Boleh Ke Puasa Enam di Sekali kan Dengan Puasa Ganti?

Assalamualaikum. Bila masuk bulan Syawal ni ramai lah ambil kesempatan untuk buat puasa enam sebab bahang puasa masih membara. 

Kebanyakan wanita la yang ambil peluang sebab dah bercuti masa Ramadan dan nak ganti tu memang bercinta sangat.

Kalau buat lambat-lambat peluang nak ganti puasa tu makin tipis dan semakin tinggi cabaranya. Selalu orang akan tanya “boleh ke puasa enam di sekali kan dengan puasa ganti”. 

Kadang-kadang dah tahu jawapan dia tapi masih lagi nak tanya. Risau salah hukum pulak. Aku la tu. 


Boleh Ke Puasa Enam di Sekali kan Dengan Puasa Ganti?


Selain dari niat nak dapat pahala lebih dengan puasa sunat di bulan Syawal, puasa Enam juga salah satu cara untuk hentikan sekejap pesta makanan yang kita asyik duk hadap bermula satu Syawal hari tu. 

Bayangkan berapa banyak makanan sedap (baca: berlemak, tinggi kolestrol, tinggi gula dan garam) yang kita dah telan.

Confirmed banyak dari biasa kan? Mana ada beraya rumah orang tapi makan selain menu raya kan? Jadi dengan puasa Enam lah kita kawal semula badan dan selera makan kita. Kena sayang badan. 




Niat Puasa Enam Beserta Puasa Ganti


Dalam keluarga aku, kalau bab persoalan hukum agama aku akan rujuk dua orang akak aku sebab diaorang lepasan Agama. Mudah la sedikit nak tanya dan kurang malu. 
Masa duduk berborak kunyah maruku sempat la dapatkan jawapan nak puasa sekali gus ni. 


Hukum Puasa Enam disekali kan dengan Puasa Ganti 

Alhamdulillah ikut pandangan Ulama majoriti membenarkan puasa enam disekalikan dengan puasa ganti. Jadi tiada masalah nak ganti dan berpuasa Enam dalam satu masa. 

Aku suka rujuk lama web Mufti Wilayah kalau nak dapatkan keterangan lanjut. Rujuk http://www.muftiwp.gov.my aku kongsikan kesimpulan Mufti beri tapi aku galakan korang pergi baca artikel penuh untuk elak segala salah faham ok. 

Kesimpulannya, mengikut pendapat yang muktamad, afdhal seseorang itu menjadikan puasa qadha berasingan dengan puasa 6 pada bulan syawal. 

Namun begitu, menyatukan puasa qadha dengan puasa enam itu tetap diharuskan dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya mengikut pendapat yang dhaif. 

Namun begitu, menyegerakan qadha puasa itu adalah sikap yang terpuji dan dituntut oleh syarak terutama kepada sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur yang dibenarkan syarak. Semoga kita termasuk bersama-sama dengan orang bertaqwa.


Persoalan ganti puasa dah clear jadi jom lah kita sama-sama ganti puasa. Dapatkan balik berat badan masa puasa hari tu. Mujur tak terlajak jauh walhal dah telan bergelen air gula dan banyak ketupat dan rendang. 


Cerita Raya Kami 2019

Cerita Raya Kami 2019  

Assalamualaikum. Selamat Hari Raya. Alhamdulillah setelah berhempas pulas satu bulan berpuasa, akhirnya Syawal disambut dengan jayanya. Raya tahun ni beraya di belah keluarga suami dahulu di Melaka dan hari raya ke tiga baru balik ke Pahang. Buat julung kalinya, keluarga di Melaka tak keluar beraya.

Semua sanak saudara serbu rumah mertua memandangkan ayah mertua adalah anak sulong dan mak antara anak yang paling tua dan masih hidup. Raya aku kali ni memang kebanyakan masa adalah di dapur dan memasak. Macam biasa la kan. Tapi tahun ni paling sibuk rasanya.



Raya Pertama di Melaka 2019

Aku sampai dari KL sehari sebelum Raya. Bertolak dari rumah pukul 9.30 pagi dan pukul 11.30 pagi aku dah sampai di rumah mertua. Perjalanan paling smooth setakat ni. Rasanya sebab semua dah balik awal jadi highway pun lengang.

Aktiviti raya pada hari pertama kami seperti biasa, bermaaf-maafan, tangkap gambar, bagi duit raya dan terima kunjungan tetamu. Malam Raya kami sibuk masak rendang, masak lodeh, rebus ketupat, dan sediakan pinggan mangkuk.

Dah jadi tradisi, setiap kali Raya mesti abang ipar akan beli sate dan bakar panas-panas untuk dihidangkan untuk tetamu. Memang meriah walaupun sedikit penat. Memang tak ada peluang nak pakai smart kalau kena kipas sate. Jadi, aku lebih rela duduk bahagian dapur refill makanan. Bijak kan? Masa raya ni lah semua ambil kesempatan berkunjung ke rumah saudara. Meriah teruk, 

Raya Ketiga di Pahang

Raya masih diteruskan walaupun Raya ke tiga baru aku balik ke Pahang. Memang tahun ni giliran aku dan adik beradik lain beraya bersama keluarga mertua. Jadi Raya pertama hanya ada dua orang abang aku yang temankan mak. Raya ke tiga baru penuh rumah.

Masih meriah sebab Raya ke tiga kami masak Nasi Bukhari dan laksa Utara. Oleh sebab dah raya ke tiga kami sempat beraya di rumah adik arwah abah je di Felda Bukit Mendi. Itu pun sebuah rumah je. Kurang mood nak beraya sebab badan penat memasak. 

Secara rasminya kami tak ada gambar satu keluarga pakai baju raya sebelah Pahang. Tema Baju Raya sebelah Melaka ialah purple dan Raya di Pahang kami pakai warna Biru. Stress mak! Sempat tangkap gambar bersama suami je. Nak tangkap gambar satu keluarga macam nak berperang. 

Tradisi Bergambar Bersama di Hari Raya 


Dah jadi tradisi masa hari Raya la kami akan pastikan ada gambar bersama. Bayangkan kalau semua ada. Sepuluh beradik hanya seorang yang bujang. Ditambah dengan anak-anak memang kecoh jadinya sesi bergambar. Tak pelik kalau ambil masa sejam untuk siap tangkap gambar keluarga. kahkahkah.

Dalam gambar ada tiga beradik yang tak ada. Adik bawah aku, anak ke tujuh tak dapat balik raya sebab kena bertugas. Nasib kerja Jururawat begitulah. Lagi dua orang dah balik ke sarang masing-masing. 


Ahamdulillah masih lagi diberi peluang beraya bersama mak dan mertua dalam keadaan sederhana. Masing-masing dah dewasa nak hargai setiap detik yang ada. Bersyukur sangat dengan nikmat Allah beri. Semoga diberi kesempatan nak berpuasa dan beraya pada tahun hadapan.

Apa cerita raya korang? Harapnya yang indah-indah sahaja ya. Selamat Hari Raya. 

Review Telefilem Wakaf Dosa

Assalamualaikum. Korang ada tengok tak telefilem 'Wakaf Dosa' lakonan Dato Rosyam Nor, Izzue Islam, Farahdhiya, Sweet Qismina? Memang merembes air mata aku masa ayah dia meninggal dunia tu. 

Cerita ni aku rasa memang tepat sangat nak gambarkan apa yang sedang berlaku dalam masyarakat kita masa sekarang. Fitnah dan dosa tu dah jadi biasa. Sedihnya. 

Untuk korang yang terlepas tengok korang boleh tengok di Tonton.my atau pun YouTube TV3. Aku sangat-sangat setuju kalau korang tengok Telefilem Wakaf Dosa ni sebab ianya memang sarat dengan pengajaran. 


Tonton Telefilem Wakaf Dosa, Kisah Realiti Zaman Sekarang


Lakonan Dato Rosyam Nor memang tak perlu dipertikaikan lagi lah. Memang berjaya bawa watak yang dibenci oleh keluarga. Lagi satu pelakon yang aku rasa berbakat sangat ialah Sweet Qismina. 

Aku memang suka watak dia bawak. Dia dah berlakon banyak cerita dan aku memang minat dia dari dia berlakon cerita Elly & Epit tu lagi. Paling penting tak gedik. 


Tonton Telefilem Wakaf Dosa


Sinopsis Telefilem Wakaf Dosa 

Bakri Zain seorang pelakon banyak merangkul anugerah dan rezekinya tidak pernah putus. Dalam masa yang sama Danial Muhaimin seorang pelakon terkenal yang mula mencemburui Bakri apabila sering dibanding-bandingkan. 

Daniel bertambah marah apabila festival filem terpaksa menarik keluar namanya dan memilih Bakri Zain sebagai calon untuk kategori pelakon lelaki terbaik. 

Puteri Najwa merupakan anak sulung Bakri kini dan sedang mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Najwa ingin mengejar impiannya menyambung pelajaran di Universiti Al Azhar. 

Berbeza dengan kejayaan ayahnya yang lebih menjurus ke ‘Dunya’, Najwa pula menjadikan ‘Akhirat’ sebagai titiannya untuk ke syurga. Namun, Najwa tidak pernah sesekali meragui atau ‘judgemental’ pada ayahnya.

Suatu hari, sebuah video skandal seks Bakri Zain bersama dua orang perempuan viral di media sosial. Bakri terduduk dan terkelu apabila mendapat tahu tentang video itu. 

Bakri puas berfikir siapa yang sanggup memfitnah dan menganiayainya. Itu merupakan titik permulaan kehancuran ‘Bakri Zain’. 

Bakri mula tersedar yang dirinya jauh daripada Allah. Baginya agama itu adalah sekadar tanggungjawab terhadap keluarga sahaja tapi bukan untuk dirinya. Bakri akhirnya meninggal dunia akibat kemurungan berpanjangan. 

Sejak kejadian itu Daniel orang yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah dengan menyebar video palsu itu mula dihantui perasaan bersalah dan tidak tenang. Daniel akhirnya bertemu dengan keluarga Bakri dan mengaku kesalahanya namun segalanya telah terlambat.


Pengajaran Dari Telefilem Wakaf Dosa

Korang tonton sendiri la cerita ni, memang geram je bila kena fitnah dan pedihnya anak-anak dan isteri percaya fitnah berbanding keluarga sendiri. Sampai ayah dia mati pun anak dan isteri dia masih percaya ayah dia bersalah. 

Bila dah tahu kebenaran baru nak meraung dan menyesal, Tak pasti la mak dia tu meninggal atau sekadar jatuh pengsan. 

Pengajaran lain aku dapat ialah berkaitan depresi. Depresi bukan mainan dan ianya masalah yang serius. Masa seseorang tu depresi la dia amat perlukan sokongan keluarga dan orang terdekat. Please jangan biarkan mereka yang alami depresi bersendirian. 


Warning message - Earnings At Risk Account Google AdSense

Warning message, Earnings At Risk Account Google AdSense


Dapat warning dari google AdSense yang earnings at risk sebab blog aku tak ada ads.txt file. Aku bukanlah faham sangat apa yang dimaksudkan dengan warning tu tapi kalau ikut pemahaman aku kena letak ads.txt dekat blog untuk beri kita lebih kuasa untuk kawal siapa yang dibenarkan meletakan iklan di laman web korang dan membantu mencegah inventori palsu. (Ayat google translate)

Earnings At Risk Account Google AdSense

Quick Update Before Long Holiday For Hari Raya!

Assalamualaikum. A quick update sebelum bercuti Raya. Tak pasti lagi akan ada entri sepanjang Raya sebab satu draf pun tak prepare. 

Ramadan kali ni paling terasa cepat berlalu. Setengah bulan berlalu begitu sahaja kerana di uji dengan kesihatan yang tak menentu. 


Batuk paling teruk dan lama aku rasakan. Dan Ramadan kali ni banyak ponteng sebab susu drop teruk sangat.

Mula-mula nak biarkan je dan teruskan puasa, tapi bila anak mula crancky, melalak, berkepit 24 jam sebab perut tak penuh aku jadi tak senang duduk. 

Walaupun anak dah mula makan makanan lain tapi tetap juga nak susu. Jadi aku cuba selang seli puasa.

 





Random Post | Quick Update Before Long Holiday For Hari Raya!

Kalau ikutkan tiga hari lagi kita nak Raya. Ramai juga kawan-kawan dah pulang ke kampung halaman masing-masing. 

Aku macam biasa, setiap tahun tak kira giliran rumah sendiri atau mertua mesti akan balik sehari sebelum Raya. Kebiasaan suami akan apply cuti selepas Raya. 

Korang raya mana tahun ni? Aku Raya pertama akan beraya di Jasin. Raya ketiga baru balik ke Pahang. 



Persiapan Hari Raya Satu Keluarga

Tahun ni persiapan untuk Raya satu keluarga rasanya paling mencabar. Paling susah nak cari saiz baju yang paling kecik untuk si Airis Safiya. 

Umur dah cecah setahun empat bulan tapi badan tak begitu selari dengan usia. Maka terpaksa la belikan gaun yang sesuai ikut tema. 

Tema kami Raya pertama adalah warna Ungu. Suami beli Kurta sebab baju Melayu dah banyak. Tahun ni teringin  nak pakai baju Kebarung. 

Oleh sebab kekangan saiz dan pilihan kami tak sedondon sangat pun. Asalkan ada warna ungu kira ON saja lah. Well, baju Raya pertama adalah Kurung Riau. 

Raya Pahang pula kami beli baju Biru. Juga masih tidak sedondon ya. ahhahaha. Suami dan anak pakai Kemeja Batik Biru, aku beli kebarung batik juga ada warna biru tapi corak berbeza. Arghh seteres beli baju je. 

Tempat shopping baju Raya pun berbeza-beza untuk satu keluarga. Baju Raya anak dan isteri beli di Kenanga, Baju Suami beli di Parkson Festival City, tudung Raya di Aeon Big Wangsamaju, 

Baju basahan juga beli di Parkson Festival City, baju basahan suami di Padini dan kasut di pelbagai kedai. Anak-anak je beli kasut. Aku malas sebab kasut Bata masih elok. Bila rosak baru beli lah. 



Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Sebelum Ramadan yang mulia melabuhkan tirai, aku harap kita semua sempat capai apa sahaja target yang telah kita tetapkan. Tahniah mana yang berjaya. 

Aku walaupun tak semua tercapai tapi Alhamdulillah aku puas hati. Ada bahagian yang perlu aku improve in sya Allah aku improve. 


Ramadan yang menggembirakan bagi aku. Semoga dapat bertemu Ramadan di tahun hadapan. 


Selamat Hari Raya 

Maaf Zahir Batin!

Jack ‘N Jill Calbee Snek Untuk Kaki Wayang

Hanya dengan makan Jack ‘N Jill Calbee korang berpeluang untuk memenangi tiket ke Universal Studios Singapore, pass masuk ke ruang akses TGV Beanie, tiket eksklusif tayangan perdana dan banyak lagi. 

Peminat snek Jack ‘n Jill harus lah rebut peluang ni. Snek kentang baru Jack ‘n Jill Calbee kini bukan sahaja menawarkan para peminat snek peluang untuk merasai keenakan kerepek kentang tahap luar biasa malahan peluang menikmati pengalaman menonton filem yang esklusif. 

Jack ‘N Jill Calbee Snek Untuk Kaki Wayang 


Jun ini, Jack ‘n Jill Calbee bakal memikat hati setiap kaki wayang dengan hadiah-hadiah peraduan yang diilhamkan daripada tayangan filem, berserta promosi jualan di pasar raya dan tayangan perdana eksklusif pada awal Julai nanti.




Tiga Variasi Perisa Terbaru Jack ‘N Jill Calbee


Pelancaran Jack ‘n Jill Calbee di Malaysia bulan Januari lalu merupakan hasil usaha sama di antara URC Snack Foods Malaysia yang terkenal dengan jenama "Jack ‘n Jill", dan "Calbee" yang merupakan pengeluar rangkaian kerepek kentang terkemuka di Jepun. 

Sejak dilancarkan, keluaran tiga variasi perisa terbaru Jack ‘n Jill Calbee iaitu Classic Salted, Smokey BBQ dan Flamin’ Chilli telah mendapatkan sambutan yang menggalakkan dari peminat snek. Emmanuel B. Puno, SVP URC Indonesia, Malaysia dan Singapura berkata "2019 dijangka menjadi tahun untuk filem ‘blockbuster’. 

Memandangkan para penonton wayang dan video sentiasa menginginkan snek berkualiti serta enak dimakan, kami berharap Jack ‘n Jill Calbee akan menjadi pilihan utama snek yang dinikmati ketika menonton filem kegemaran mereka.”




Cara Menyertai Peraduan Jack ‘N Jill Calbee


Jack ‘n Jill Calbee akan memberikan tiket TGV Beanie kepada 200 pemenang bertuah bagi menikmati pengalaman eksklusif sewaktu menonton filem, serta Hadiah Utama yang merupakan pakej percutian ke Universal Studio Singapura untuk 2 orang. 

Untuk menyertai peraduan ini dan berpeluang memenangi hadiah tersebut, peminat snek kentang hanya perlu membeli Jack ‘n Jill Calbee bernilai RM8 dan tag nama seorang rakan baik di bahagian komen Facebook peraduan Jack ‘n Jill Calbee.


Movie Premiere Night” Jack ‘N Jill Calbee

Pada awal Julai nanti, Jack 'n Jill Calbee juga akan menganjurkan “Movie Premiere Night” dengan tayangan eksklusif filem adiwira di IMAX TGV One Utama, di mana penggemar snek kentang yang dijemput akan menikmati sesi menonton wayang yang mengagumkan. 

Bagi menebus tiket ke “Movie Premiere Night” Jack ‘n Jill Calbee, peminat snek boleh mengunjungi lokasi promosi Jack ‘n Jill Calbee di pasaraya Aeon sekitar Lembah Klang yang terpilih. 

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila rujuk di talian yang tertera di bawah, atau layari laman 



Tentang URC Snack Foods (M) Sdn Bhd

URC Snack Foods (Malaysia) Sdn. Bhd., ialah sebuah anak syarikat Universal Robina Corporation dari Filipina, yang mengilang dan mengedar Kerepek Kentang Jack ‘n Jill yang popular di Malaysia. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1982 dan memulakan operasi komersial pada 1984. 

Sejak itu, URC telah berjaya mengembangkan produknya daripada sekadar berasaskan kerepek kentang kepada pelbagai snek makanan lain yang berada di bawah penjenamaan Jack ‘n Jill. 

Di antara makanan snek yang dihasilkan termasuklah jenama “Roller Coaster”, “Potato Chips”, “Jigs”, “Corn Curls” dan “Chiz King“. Selain itu, URC turut menghasilkan produk-produk lain seperti coklat “Cloud 9” dan “NIPS”, biskut “Cream-O” dan “Magic”, serta gula-gula “Cloud 9” dan “Dynamite”. URC Malaysia juga mengeksport produknya ke 15 buah negara di Asia Pasifik dan Timur Tengah. 


Tentang Calbee Foods Co. Ltd

CALBEE, Inc. merupakan pengeluar dan pengedar makanan snek dan bijiran terkemuka Jepun. Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 1949 dan mula membangunkan teknologi bagi menghasilkan produk biskut tawar tepung gandum pada 1955. 

Syarikat ini telah memperluaskan produk dan pasarannya ke Amerika Syarikat pada tahun 1970, seterusnya diikuti dengan Thailand, Hong Kong, dan China. Kini Calbee, telah dikenali di seluruh dunia dengan mengusahakan produk-produk yang unik menggunakan sistem kawalan yang bermutu tinggi bagi menjamin makanan yang berkualiti, selamat, lazat dan menyeronokkan untuk pengguna di seluruh dunia.

Lagu Raya 2019, Seru Hari Lebaran Duet Syamel & Ernie

Lagu Raya 2019, Seru Hari Lebaran Duet Syamel & Ernie

Assalamualaikum. Korang dah dengar lagu Raya 2019? Ala lagu duet Syamel & Ernie tu. First time dengar hari tu terus terpikat sebab dia ala-ala etnik kreatif gitu. Lembut je Ernie ni menyanyi. Dah memang aku suka gandingan duet #syanie ni.  Tajuk lagu ni ialah Seru Hari Lebaran. Bila dengar rasa Old Skoll gilos. Rasa nak menari tarian Melayu pun ada juga. Korang tengok sendiri la muzik video dia.

Ucapan Hari Raya

Dah tak lama lagi nak raya kan? Jadi aku ambil kesempatan menyusun sepuluh jari memohon maaf andai ada terkasar bahasa tersilap kata dan segala kelemahan aku berkongsi dalam blog yang mungkin mengguris hati korang. Maaf ya. 

Selamat beraya dan jaga kesihatan. 

Tajuk Lagu: Seru Hari Lebaran 

Artis: Syamel & Ernie

Lirik

Seru lebaran merdu dilangit
Membelai jiwa di subuh hening
Dalam kasih ku menunggu
Saat manis kau dan aku

Setiap kali raya menjelma
Syukur aku pada yang Esa
Kerna masih kita bertemu
Di pagi raya penuh syahdu

Chorus
Ramadhan yang pergi  menguji kita
Betapa nikmatnya erti bersama
Lebaran yang suci mengajar kita
Syukuri nikmat yang tuhan berikan

Di pagi syawal yang mulia ini
Maniskan senyuman tuluskan hati
Bersaksi lebaran yang suci ini
Berjanjilah kita hidup semati

#syanie raya duet #seruharilebaran

Resepi Roti Jala, Juadah Berbuka Puasa

Assalamualaikum. Aku tengah rajin berkongsi resepi makanan di blog memandangkan kita sedang berpuasa. 

Baru-baru ni aku teringin nak makan roti jala dan kebetulan salah satu menu berbuka pada hari tu ialah kari ayam. 

Resepi Roti Jala, Juadah Berbuka Puasa 

Dah alang-alang, terus la google resepi roti jala. Ini cubaan pertama aku buat roti jala. Tak sangka mudah je nak buat. 


Resepi Roti Jala mudah

Resepi Roti Jala


Acuan roti jala ni dah lama aku beli. Memang stand by dekat rumah untuk situasi yang macam ni la. tiba-tiba teringin. Aku tidak mengandung ya. Hahahaha. 

Apa yang aku belajar buat roti jala ni hanya perlukan kesabaran. Sebab dia buat satu demi satu. Lepas tu cara ko bentuk kan corak jala tu dan cara melipat juga penting. 

Salah arah maka jadi lah roti jala terburai. Alah tapi tak susah lah. Confirm korang boleh buat jugak. 
Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk buat Roti Jala:

3 cawan tepung gandum
3 cawan air
½ cawan minyak
1 biji telur
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning - aku buat versi pink pastel



Cara membuat:

Masukan kesemua bahan di atas ke dalam blender dan kacau dengan sudu. Kemudian blend sehingga semuanya sebati. 

Tapis bancuhan dengan penapis. Masukkan ke dalam botol acuan. 

Goreng tanpa minyak di atas non-stick pan. Buat la bentuk jala secara garis empat segi (sila google) atau bulat-bulat macam aku buat. 

Siap. 


Kalau buat roti jala sebagai menu berbuka elak masak di saat akhir sebab kalau makan roti jala sekali makan atleast 3 keping. 

Boleh berebut tarik rambut kalau tak cukup. Pepandai la korang timing masa. Aku cakap sebab hari tu aku buat 30 minit sebelum berbuka dan memang habis sekelip mata. 

Tak pepasal berbuka dekat dapur sambil buat roti jala. Selamat mencuba. 


Boleh Ke Kita Bunuh Cicak?

Assalamualaikum. Dulu masa kecil, arwah abah selalu tolong buatkan lastik untuk melastik cicak dekat rumah. Ala lastik yang di buat dari getah tu. 

Memang padu kalau kena. Memang pantang kalau nampak cicak kami adik beradik berebut nak lastik ok. Sampai satu tahap cicak memang takut nak masuk rumah. 

Boleh Ke Kita Bunuh Cicak?

Arwah abah memang pantang betul dengan cicak. Puncanya dulu arwah abah tengah duduk dekat tengah rumah lepas tu elok je cicak lepas hajat jatuh atas badan, menjerit la abah marah. 

Kelakar kalau ulang semula. Alhamdulillah merasa juga kenangan tu. Dah duduk rumah sendiri ni dan ada anak sendiri memang tradisi memburu cicak mengalir turun menurun. 

Salah satu aktiviti yang eratkan kasih sayang keluarga. Lol. 

Hukum Bunuh Cicak?



Kisah Cicak Dan Nabi Ibrahim

Nabi menyuruh kita membunuh cicak adalah kerana cicak dikaitkan dengan kisah Nabi Ibrahim. Sewaktu Nabi Ibrahim dibakar, semua binatang cuba memadamkan api kecuali cicak. 

Cicak pula menghembus bagi memarakkan lagi api itu. (Direkodkan oleh Ibnu Kathir dalam kitabnya, Al Bidayah Wa Nihayah). Kiranya cicak adalah haiwan yang bersubahat nak membunuh Nabi Ibrahim.

Hukum Bunuh Cicak

Kerana hadis di atas la menjelaskan yang hukum membunuh cicak itu adalah sunat. Jika dibuat (bunuh) akan mendapat pahala dan tidak berdosa jika tidak melakukannya. 

Namun, ia tidak dikaitkan dengan membunuh cicak pada hari Jumaat mahu pun mana-mana hari. Maksudnya tiada hari yang khusus nak bunuh cicak ya. 

Walaupun hukum membunuh cicak ni sunat dan dapat pahala tapi janganlah kita sengaja nak menganiaya dia. 

Cara nak bunuh pun jangan sampai cicak tu terseksa. Indah kan Islam. Banyak hadis berkenaan hukum membunuh cicak, antaranya: 

“Sesungguhnya Nabi menyuruh membunuh cicak (direkodkan oleh Muslim daripada Ummu Syarik)”
“Sesungguhnya Nabi menyuruh membunuh cicak dan menamakannya sebagai Fiwaisiq (penjahat kecil) (direkodkan oleh Muslim daripada Amir bin Saad daripada ayahnya)”

“Sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan, dituliskan untuknya 100 kebajikan. Membunuhnya dengan dua pukulan, dituliskan untuknya kebajikan kurang daripada yang pertama dan membunuhnya dengan tiga pukulan, kebajikannya kurang daripada yang kedua. (dilaporkan oleh Abi Hurairah dalam Shaih Muslim dalam kitab Qatul Haiyyat)”

Segala perkongsian di atas aku rujuk beberapa sumber yang aku nyatakan dekat atas. Kalau ada salah dan silap boleh la commen untuk penambah baikan. 

Rasa seronok dapat berkongsi ilmu walaupun sedikit. Semoga amalan menyemarakan ilmu terus mekar di hati kita semua. wassalam. 

Resepi Biskut Florentine

Assalamualaikum. Alhamdulillah, biskut raya pertama, Biskut Florentine atau nama lain dia Crunchy Caramel Almond Cookies dah siap buat sebekas. 

Lol baru sebekas dah kecoh kan? Hahahaha. Sebenarnya itu pon sebab kakak aku pesan suruh buatkan untuk dia.

Resepi Biskut Florentine 

Kira ni sesi warm up sebelum meneruskan kehidupan buat biskut raya untuk tahun 2019. Biskut Florentine adalah antara biskut mahal yang dijual dan paling cepat habis dimakan. 

Oleh sebab serik beli dan habis maka mari lah sama-sama belajar buat. Tak susah pun. Dalam 15 minit dah siap.


Cara Buat Biskut Florentine


Bahan utama adalah Tepung florenta yang memang dah banyak kedai bakery jual dan juga pelbagai jenis kekacang pilihan yang korang suka. 

Terpulang pada kesukaan masing-masing. Semakin banyak kekacang semakin mahal la harga biskut Florentine korang. Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan dan cara nak buat.
 




Bahan-Bahan:

100gm Kuaci
100gm Kuaci Biji Labu
100gm Badam Keping
100gm Tepung Florenta
10gm Bijan Hitam (aku tak letak sebab malas)




Cara-cara:

Sangai di dalam kuali semua bahan-bahan kecuali bijan hitam, atau masukan ke dalam oven selama 5 minit pada suhu 160c.

Campurkan kesemua bahan-bahan kecuali Bijan hitam dan gaulkan. Ratakan bahan-bahan yang digaul ke dalam dulang pembakar. Sila lapik dulang dengan kertas pelapik. Ratakan bahan-bahan sehingga sekata dan sama tebal. 

Bakar biskut pada suhu 160c selama 10 minit atau sehingga keperangan. Potong biskut sebaik sahaja keluar dari oven. Potong semasa biskut masih panas.

Siap! Selamat mencuba.




*Aku ada terbaca versi Resepi Biskut Florentine yang dicelup dengan coklat. Belum pernah cuba, tapi mesti bertambah manis sebab resepi yang aku cuba ni pun memang dah sedia manis. 

Music Video Lagu Raya Hael Husaini- Bersyukur Seadanya Kelakar Gila

Assalamualaikum. Selamat Hari Raya guys. Wah awal kan? Sebenarnya aku baru lepas tengok muzik video Hael Husaini. 

Memang buat hal la dia ni. Kelakar gila. Nak mampos aku gelak depan laptop. Kreatif la weh idea dia. Geram je aku tengok penari-penari dia. Kalau depan aku mesti aku join sekali. Hahahhaa. 


Music Video Lagu Raya Hael Husaini - Bersyukur Seadanya


Music Video Hael Husaini - Bersyukur Seadanya Kelakar Gila


Sekarang tengah top dekat YouTube dan aku harap dapat trending jadi no 1 hendaknya. Lirik dia pon bagus, ada mesej. 

Pendek kata pendekatan dia nak suruh anak muda suka lagu Malaysia bagi aku berjaya. Lagu fresh, lirik ada nilai, catchy. 

Lepas ni mesti ada challenge menari sambil pegang ayam. Tak pun ada la pegang binatang lain nanti. Kucing ke. Orang Malaysia kan kreatif. 


Lagu Raya Hael Husaini- Bersyukur Seadanya Kelakar Gila


Bersyukur Seadanya Kelakar Gila


Semoga semakin ramailah artis Malaysia melahirkan lagu-lagu berkualiti, yang beri mesej dan pengajaran yang baik.

Paling penting tak perlu model perempuan yang seksi untuk buat sesuatu lagu tu popular. You Go Hael Husaini!



Lirik Lagu Raya Bersyukur Seadanya


VERSE1
Wahai Semua insan
Takbir berkumandang akhir Ramadhan
Bersiap sedia
pulang ke desa
menyambut raya

Wahai semua insan
Berjabat tangan bersama semua
pinta ampun maaf
pada mereka
jernihkan sengketa

PRECHO
Hati gembira 
berjumpa semua sanak saudara 
pagi raya

Sedih terasa
mengenang pada insan yang dulu 
kini tiada

CHORUS
Selamat hari raya
Selamat hari raya
Sambut sederhana biarlah
Bersyukur seadanya

Selamat hari raya
Selamat hari raya
Bahagiakan keluarga
Bersyukur seadanya

VERSE 2
wahai semua insan
ingat ingat bila nak berbelanja
sedikit tak apa
Barpada pada
bersyukur nikmatnya

PRECHO
Hati gembira 
berjumpa semua sanak saudara 
pagi raya

Sedih terasa
mengenang pada insan yang dulu 
kini tiada

CHORUS
Selamat hari raya
Selamat hari raya
Sambut sederhana biarlah
Bersyukur seadanya

Selamat hari raya
Selamat hari raya
Bahagiakan keluarga
Bersyukur seadanya

Selamat hari raya
Bersyukur seadanya
(Selamat hari raya
Bersyukur seadanya)

Selamat hari raya
Bersyukur seadanya
(Selamat hari raya
Bersyukur seadanya)

CHORUS
Selamat hari raya
Selamat hari raya
Sambut sederhana biarlah
Bersyukur seadanya

Selamat hari raya
Selamat hari raya
Bahagiakan keluarga
Bersyukur seadanya

Bahagiakan keluarga
Bersyukur seadanya

Bufet Ramadan di Dkayangan Steamboat Shah Alam

Semalam aku ajak suami berbuka di Dkayangan Steamboat Shah Alam steamboat No 1 di Selangor. Dah berada di penghujung Ramadan ni semangat nak memasak tu dah semakin pudar. 

Memang kalau teringin nak makan steamboat & grill mesti Dkayangan akan jadi lokasi pilihan. Ini kali ke dua kami makan dekat sini.

Bufet Ramadan di Dkayangan Steamboat Shah Alam 


Harga murah dan banyak pilihan. Makanlah sampai puas. Memang dah dijangka hari Sabtu adalah hari yang penuh dengan pelanggan, tapi tak risau sebab krew Dkayangan non-stop tambah makanan. 

Baca Juga Majlis Reunion di Dkayangan-steamboat-BBQ


Dkayangan Steamboat Shah Alam


Bufet Ramadan Dkayangan Steamboat Shah Alam


Meriahnya bufet Ramadan di Dkayangan Steamboat tahun ni, Dkayangan Steamboat menawarkan hidangan bufet tradisional dengan tema "Salam Citarasa". 

Semestinya menu yang ditunggu-tunggu ialah Kambing Bakar. Selain dari tu ada live cooking Roti John dan juga Char Kuey Teow Basah. Selain tu ada Nasi Beriani, Nasi Arab, aneka Pastri, bufet steamboat dan banyak lagi. 


steamboat No 1 di Selangor 1


Dkayangan Steamboat


Dkayangan Steamboat Shah Alam



Bufet Ramadan + Live Cooking Station + Steamboat + Grill


🥘 MENU BUFET RAMADAN 
✔ Aneka Seafood
✔ Aneka Steamboat
✔ Aneka Grill
✔Live Cooking Kambing Bakar
✔Live Cooking Roti John
✔Live Cooking Char Kuey Teow Basah
✔Nasi Arab
✔Nasi Beriani
✔Pasta Bolognese
✔Ayam Masak Merah
✔Aneka Masakan Panas
✔Aneka Kek
✔Aneka Kuih Melayu
✔Dessert ABC & Ice cream
✔Aneka buah-buahan & Rojak
✔6 jenis minuman
✔15 jenis sos
✔Sup Tomyam & Ayam
✔Grill and steamboat stove





Dekat sini boleh pilih sama ada nak ayam atau tomyam sebagai kuah rebusan. Kuah tu free refill.  Ada udang besar, kupang, kepah, kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala, pelbagai bebola, sayur-sayuran, aneka mee, fucuk dan banyak lagi. 

Boleh dimakan bersama sos yang dibuat sendiri oleh Chef seperti Sos Cili Pedas, Sos Thousand Island, Sos Cili Thai, Sos Cili Manis, Sos Bawang Putih, Sos Black Pepper, Sos Yong Tau Foo dan macam-macam lagi.





Diantara menu grill yang disediakan adalah seperti Chicken Mozza, Chicken Castello, The Toretto Meat, Cappucino Meat, The Krusty Crab, Super Prawn, Squidward, Keli Yolanda, Dory Drive, Patin Annabel, Pari Perry, hirisan ikan segar bersama sos Air Asam, 

Ikan Pari Assam Nyonya yang diperap didalam kertas aluminium, Kepak Ayam BBQ dan juga 12 jenis ais krim termasuk perisa Oreo dan Mint sebagai pencuci mulut.






 

Harga Bufet Ramadan di Dkayangan Steamboat Shah Alam

Bagi aku harga bufet Ramadan di Dkayangan Steamboat Shah Alam memang layan, memang berpatutan dan sangat-sangat berbaloi dengan bayaran yang di kenakan. 

Korang berpeluang menikmati lebih 200 hidangan yang menyelerakan termasuk Masakan Panas, Live Cooking Station, Dessert Station, Steamboat & Grill. 

Hanya RM39.90 untuk dewasa, kanak-kanak 5-12 tahun adalah RM19.50 dan kanak-kanak bawah 4 tahun boleh makan secara percuma.









Dengan ruang makan yang santai, restoran ini boleh menampung sehingga 600 orang dalam satu masa iaitu seramai 300 orang dibahagian dalam dan 450 orang di bahagian ruang terbuka. 

Digalakkan untuk booking awal untuk memastikan tarikh yang korang nak masih available. Khabarnya, kerana sambutan yang hangat promosi #buffetramadhan diteruskan sehingga 4hb Jun 2019

Hubungi +0122971091 En.Salleh +0176274015 Pn.Noraida untuk tempahan!

📍Location: 

Sri Acappella, 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
https://g.co/kgs/yVgeAD 

Waze: Dkayangan Steamboat & Grill
(2 mins from Stadium Shah Alam)
Kemudahan surau disediakan!

Buka Puasa Di NY Steak Shack Melawati Mall

Assalamualaikum. Dah masuk Ramadan yang hujung-hujung ni dah tak berapa rajin nak memasak. Kebetulan hari minggu yang lepas aku keluar beli baju raya di Melawati Mall. 

Alang-alang dekat luar terus ajak suami berbuka dekat NY Steak Shack. Lega, suami ikut kan saja kehendak isteri. 


Buka Puasa Di NY Steak Shack Melawati Mall


Kebetulan hari yang kami pergi tu tengah berlangsung promosi beli satu percuma satu untuk Sizzling Steaks. 

Memang terus pesan yang tu. Masa tengah pilih menu memang masing-masing ingatkan jangan over pesan takut membazir. 

Tapi rupa-rupanya suami secara tak sengaja pesan menu appertizer. Memang meriah la, penuh meja. Makan sambil tundukan mua sebab risau orang tuduh buruk lantak. Lol. 



NY Steak Shack Melawati Mall

 

Masa kami pesan makanan, Staff NY Steak Shack advise untuk buat full payment kalau nak dapat food cepat. 

Mujur kami book cepat sebab NY Steak Shack full house. Ada meja di belakang kami pukul 8.15 baru makanan dia sampai. Mungkin dia pun lambat buat pesanan agaknya. 


Menu Buka Puasa Kami Di NY Steak Shack Melawati Mall


Kami berpuas hati dengan bayaran yang dikenakan setanding dengan kualiti makanan yang dihidangkan. 

Memang aku anak beranak kalau bab makan memang payah nak berkira. Selagi boleh makan kita makan lah ye. 

Aku pesan Sizzling Steaks yang tengah promosi tu, Ikhwan nak makan burger dan kami tambah appertiser (ada cendawan goreng, meatball dan isi ayam). 

Total ialah RM123.00 termasuk air yang boleh refill banyak kali. Bersyukur sangat anak-anak behave masa makan. 

Tiada sesi sudu garpu terpelanting, tiada adegan air tumpah mahupun jerit jeritan. Tandanya anak-anak suka makanan dekat situ la kan? 





Walaupun tak sengaja pesan menu ni tapi appertiser (Chicken Fillet, fried mushroom, Meatball) paling kami anak beranak berebut makan. 

Semua dalam tu sedap bila cicah dengan sos ala thousand island dia tu. Korang patut cuba kalau datang sini. 

Kalau tanya favourite menu dekat sini aku akan recommend burger dia. Sedap weh.  Untuk side order sila ambil pumpkin rice dia, pun sedap juga. 






Sizzling Steak NY Steak Shack Melawati Mall

 


 

Cawangan NY Steak Shack


Selaian Melawati Mall, untuk korang yang nak cuba NY Steak Shack ni boleh cuba di beberapa cawangan lain seperti di Sunway Velocity, Sunway Pyramid, IOI City Mall, Subang Parade dan juga AEON Mall Shah Alam.