Bufet Ramadan di Dkayangan Steamboat Shah Alam

By Rodiah Amir - May 26, 2019

Bufet Ramadan di Dkayangan Steamboat Shah Alam | Assalamualaikum. Dah berada di penghujung Ramadan ni semangat nak memasak tu dah semakin pudar. Jadi semalam aku ajak suami berbuka di Dkayangan Steamboat Shah Alam steamboat No 1 di Selangor. Memang kalau teringin nak makan steamboat & grill mesti Dkayangan akan jadi lokasi pilihan. Ini kali ke dua kami makan dekat sini. Harga murah dan banyak pilihan. Makanlah sampai puas. Memang dah dijangka hari Sabtu adalah hari yang penuh dengan pelanggan, tapi tak risau sebab krew Dkayangan non-stop tambah makanan. 

Baca Juga Majlis Reunion di Dkayangan-steamboat-BBQ

Dkayangan Steamboat Shah Alam
Dkayangan Steamboat Shah Alam steamboat No 1 di Selangor 1

Bufet Ramadan Dkayangan Steamboat Shah Alam

Meriahnya bufet Ramadan di Dkayangan Steamboat tahun ni, Dkayangan Steamboat menawarkan hidangan bufet tradisional dengan tema "Salam Citarasa". Semestinya menu yang ditunggu-tunggu ialah Kambing Bakar. Selain dari tu ada live cooking Roti John dan juga Char Kuey Teow Basah. Selain tu ada Nasi Beriani, Nasi Arab, aneka Pastri, bufet steamboat dan banyak lagi. 

steamboat No 1 di Selangor 1
Dkayangan Steamboat Shah Alam steamboat No 1 di Selangor 2

Dkayangan Steamboat
Dkayangan Steamboat Shah Alam steamboat No 1 di Selangor 3

Dkayangan Steamboat Shah Alam
Dkayangan Steamboat Shah Alam steamboat No 1 di Selangor 4


Bufet Ramadan + Live Cooking Station + Steamboat + Grill

🥘 MENU BUFET RAMADAN 
✔ Aneka Seafood
✔ Aneka Steamboat
✔ Aneka Grill
✔Live Cooking Kambing Bakar
✔Live Cooking Roti John
✔Live Cooking Char Kuey Teow Basah
✔Nasi Arab
✔Nasi Beriani
✔Pasta Bolognese
✔Ayam Masak Merah
✔Aneka Masakan Panas
✔Aneka Kek
✔Aneka Kuih Melayu
✔Dessert ABC & Ice cream
✔Aneka buah-buahan & Rojak
✔6 jenis minuman
✔15 jenis sos
✔Sup Tomyam & Ayam
✔Grill and steamboat stove

Dkayangan Steamboat Shah Alam steamboat No 1 di Selangor 5

Dekat sini boleh pilih sama ada nak ayam atau tomyam sebagai kuah rebusan. Kuah tu free refill.  Ada udang besar, kupang, kepah, kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala, pelbagai bebola, sayur-sayuran, aneka mee, fucuk dan banyak lagi. Boleh dimakan bersama sos yang dibuat sendiri oleh Chef seperti Sos Cili Pedas, Sos Thousand Island, Sos Cili Thai, Sos Cili Manis, Sos Bawang Putih, Sos Black Pepper, Sos Yong Tau Foo dan macam-macam lagi.

Dkayangan Steamboat Shah Alam steamboat No 1 di Selangor 6

Dkayangan Steamboat Shah Alam steamboat No 1 di Selangor 7

Diantara menu grill yang disediakan adalah seperti Chicken Mozza, Chicken Castello, The Toretto Meat, Cappucino Meat, The Krusty Crab, Super Prawn, Squidward, Keli Yolanda, Dory Drive, Patin Annabel, Pari Perry, hirisan ikan segar bersama sos Air Asam, Ikan Pari Assam Nyonya yang diperap didalam kertas aluminium, Kepak Ayam BBQ dan juga 12 jenis ais krim termasuk perisa Oreo dan Mint sebagai pencuci mulut.

Dkayangan Steamboat Shah Alam steamboat No 1 di Selangor 8

Dkayangan Steamboat Shah Alam steamboat No 1 di Selangor 9

Harga Bufet Ramadan di Dkayangan Steamboat Shah Alam

Bagi aku harga bufet Ramadan di Dkayangan Steamboat Shah Alam memang layan, memang berpatutan dan sangat-sangat berbaloi dengan bayaran yang di kenakan. Korang berpeluang menikmati lebih 200 hidangan yang menyelerakan termasuk Masakan Panas, Live Cooking Station, Dessert Station, Steamboat & Grill. Hanya RM39.90 untuk dewasa, kanak-kanak 5-12 tahun adalah RM19.50 dan kanak-kanak bawah 4 tahun boleh makan secara percuma.

Dkayangan Steamboat Shah Alam steamboat No 1 di Selangor 10

Dkayangan Steamboat Shah Alam steamboat No 1 di Selangor 11

Dkayangan Steamboat Shah Alam steamboat No 1 di Selangor 12

Dkayangan Steamboat Shah Alam steamboat No 1 di Selangor 13

Dengan ruang makan yang santai, restoran ini boleh menampung sehingga 600 orang dalam satu masa iaitu seramai 300 orang dibahagian dalam dan 450 orang di bahagian ruang terbuka. Digalakkan untuk booking awal untuk memastikan tarikh yang korang nak masih available. Khabarnya, kerana sambutan yang hangat promosi #buffetramadhan diteruskan sehingga 4hb Jun 2019!

Hubungi +0122971091 En.Salleh +0176274015 Pn.Noraida untuk tempahan!

📍Location: 

Sri Acappella, 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
https://g.co/kgs/yVgeAD 

Waze: Dkayangan Steamboat & Grill
(2 mins from Stadium Shah Alam)
Kemudahan surau disediakan!

Dkayangan Steamboat Shah Alam steamboat No 1 di Selangor 14

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. wah... meriahnya... apa pun dah terliur ni...

    ReplyDelete
  2. Harga steambot dia berbaloi dengan aneka juadah tu..

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.