Antara Sebab Perlu Beri Susu Ibu Selepas Bayi Lahir

Sepanjang aku mengandung dan melahirkan anak, aku bersyukur dikelilingi oleh orang-orang yang menyokong pemberian susu ibu kepada bayi. 

Aku memang berdoa dan tanam cita-cita nak susukan anak sehingga dua tahun. Alhamdulillah diperkenankan.

Dekat tempat kerja pun, kami ramai-ramai akan berkumpul buat stok susu masa waktu rehat. Kelakar bila ingat semula kenangan tu.

Dulu aku selalu tengok drama ada babak melahirkan anak, mesti doktor akan terus letak bayi ke pangkuan atau dada ibu sebaik sahaja bayi lahir. 

Masa tu wondering sangat kenapa la kena buat semua tu. Masa ketiga-tiga anak aku lahir pun perkara sama doktor buat.

Antara Sebab Perlu Beri Susu Ibu Selepas Bayi Lahir

Korang yang pernah melahirkan anak pun mesti alami benda yang sama kan? Untuk yang belum merasa peluang tu dan nak tahu kenapa bayi diletakan ke pangkuan ibu sejurus dilahirkan, sebenarnya adalah untuk tujuan ‘bonding’ antara ibu dan anak.

Itu merupakan sentuhan pertama diantara ibu dan juga anak dan moment penting yang membantu proses penyusuan bayi. Kira sesi pengenalan ibu dan anak la.
 

Khasiat Susu Ibu


10 Sebab Penting Perlu Beri Susu Ibu

Perlu ke beri susu sebaik sahaja bayi lahir? Ini 10 sebab kenapa pentingnya perlu beri susu kepada bayi sejurus dia lahir.

  1. Sentuhan kulit ke kulit sejurus selepas lahir membantu penyusuan.
  2. Menggalakkan jalinan kasih sayang anak & ibu
  3. Pemberian susu awal (kolostrum) menguatkan sistem imun anak
  4. Bahaya pemberian susu gentian selain susu ibu
  5. Bayi tidak mahu menghisap susu ibu kerana susu gentian telah mengenyangkan
  6. Susu ibu lambat terhasil keraan kurang rangsangan
  7. Bayi tidak dapat kolostrum
  8. Bayi akan keliru puting sekiranya diberikan melalui botol
  9. Ibu boleh mengalami bengkak payudara yang menyakitkan
  10. Ibu sukar memulakan penyusuan dan berkemungkinan berhenti menyusu


Susu Ibu pilihan terbaik untuk anak serta susu ibu mempunyai lebih kebaikan terhadap keperluan bayi. Antara kelebihan anak yang menyusu susu ibu adalah mempunyai IQ Tinggi, Antibodi tinggi melawan penyakit, mengurangkan risiko obesiti & diabetes, jangkitan telinga, cirit-birit, & pneumonia. 

Susu Ibu juga mudah dihadam dan engkap kesemua nutrient yang diperlukan untuk pembesaran anak-anak.

Kepentingan susu Ibu Selepas Bayi Lahir

Peranan Suami


Sokongan suami dalam menjayakan penyusuan suami:
  • Menyokong isteri menyusukan bayi dengan susu ibu
  • Mendapatkan bantuan jika ibu mengalami masalah penyusuan.
  • Menyediakan keperluan isteri dan bayi
  • Membantu kerja rumah, mengurangkan stress isteri dan pastikan isteri dapat rehat yang secukupnya
  • Sendawakan anak apabila sudah kenyang menyusu
  • Mengeratkan kasih sayang anak dengan mandikan anak, tukar lampin, bermain dengan anak dan sebagainya.
Baca Juga ~ Rawatan Bengkak Susu

Perbandingan susu ibu dan susu formula

Susu ibu mengandungi: antibodi, hormone, antivirus, anti alahan, anti-parasit, faktor tumbesaran, enzim, mineral, vitamin, lemak, DHA / ARA, karbohidrat, Protein, Air

VS

Susu formula: mineral, vitamin, lemak, DHA / ARA, karbohidrat, Protein, Air

Semoga semua ibu dan bakal ibu di luar sana dimurahkan rezeki dan berpeluang untuk menyusukan anak. Semoga apa jua usaha yang kita lakukan mendapat redha Allah.


Celebrate Birthday di Swensens Melawati Mall

Kali pertama makan di Swensens adalah masa celebrate birthday Ikhwan yang ke lapan tahun. Agak lambat berkongsi sambutan ringkas birthday anak bujang dekat blog. 

Dekat Facebook pun tak kongsi. Waktu ni sibuk betul kami dengan urusan keluarga dan juga waktu ni juga mak masuk hospital.

Mood nak celebrate birthday dan makan-makan pun tiada. Tak sampai hati nak bersuka ria bila mak tak sihat. Tapi sekarang Alhamdulillah mak beransur pulih.

Celebrate Birthday di Swensens Melawati Mall

Alhamdulillah kami celebrate birthday Ikhwan simple sangat, no balloon and no cake. Kek pon sebab mama je yang suka. Bersyukur Ikhwan tak meminta. In sya Allah nanti ada rezeki lebih boleh la repeat ulang belanja.
 

Celebrate Birthday


Celebrate Birthday Lapan Tahun Ikhwan Hafeez

So far dia suka dan puas hati. Tarikh lahir Ikhwan jatuh pada 1 September 2011. Tahun ni genap dia berusia lapan tahun. Lapan tahun jugalah kami menjadi ibu bapa.

Perangai Ikhwan Hafeez menurun dari aku. Waktu birthday, tak perlu ada hadiah atau ucapan, cukup belanja makan makanan kesukaan dah boleh tersenyum lebar. 

Jadi kami ke Swensens cawangan Melawati Mall. Kebetulan masa kami ke sana pelanggan agak kurang jadi dapat makan dengan tenang.


Celebrate Birthday & Makan Ice Cream Swensens

Oleh sebab anak bujang tak minat sangat makan kek jadi kami tukar kepada Ice cream. Haruslah cari restoran atau café yang ada dessert sedap.

Lepas banyak kali mundar mandir, kami sepakat nak cuba makan di Swensens. Swensens memang terkenal dengan dessert terutama ice cream dia yang sedap. Boleh pilih ice cream scope atau ice cream cake.

Kami order makanan cukup-cukup je memandangkan pertama kali cuba. Risau membazir dan tak menepati selera anak beranak. Kami order medium pizza, ayam goreng, spaghetti blognese, soup & bread then ice cream.
 

Celebrate Birthday Anak di Swensen Melawati Mall


Tak cukup ok. Mungkin perut kami lapar dan bagi aku portion makanan dekat Swensens agak kecil. Kid menu dia memang sesuai untuk seorang kanak-kanak sahaja. 

Jadi korang yang nak makan dekat sini sila la order sorang satu. Dari segi harga, aku rasa agak mahal. Aku boleh dapat lebih kalau makan dekat restoran lain. Tapi, makanan dia semua sedap.

Selain menu aku sebut dekat atas ada banyak lagi menu menarik korang boleh cuba dekat Swensens. Mungkin boleh cuba yang lain di lain hari. Paling penting, birthday boy puas hati makan dan celebrate birthday dekat sini.


Doa Untuk Anak


Mama & abah doakan Ikhwan Hafeez menjadi anak berguna, anak soleh dan berjaya dunia akhirat. Semoga membesar dengan sihat dan kenang jasa ibu bapa.

Lapan tahun yang lepas, di Syawal ketiga aku lahirkan dia tanpa banyak masalah. Tempoh berpantang juga satu nikmat bila dia tak meragam langsung. 

Tidur dan bangun untuk menyusu. Semoga kami ibu bapa dapat jadi BFF dia selamanya.

Surah Al-Baqarah Ayat 128

“Rabbana waj alna muslimaini laka wamin dzurriyatinaa ummatan muslimatan laka wa arinaa manaa sinakaa watub alaina. Innaka anta tawwabur rahiim.”

Maksudnya:

"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani"

Ikutkan hati tak mahu lepas kan dia, nak suruh dia jadi anak kecil aku selamanya. Tapi, mana mungkin. Weh sedih. Nak stop sebelum mengalir air mata.

Selamat Hari lahir Anak Mama. Sentiasa nombor satu di hati mama.


Lelaki Pedofil Mati Ditikam Dalam Penjara

Lelaki Pedofil Mati Ditikam Dalam Penjara

Pertama kali aku baca kisah lelaki pedofil yang jadikan Malaysia sebagai lubuk dia cari mangsa adalah dekat Twitter. Mengucap panjang bila baca thread panjang berjela tentang aktiviti paedophilia dia. Mengalir juga air mata dan serius aku mual.

Lega bila baca lelaki pedofil ni dah mati. Dosa tak aku rasa begitu? Nak cakap padan muka tak sampai hati. Tapi ibu bapa dah boleh tarik nafas lega sebab lelaki ni telah ditemui mati ditikam dan meninggal dunia dalam selnya di penjara.

Ini baru satu. Masih banyak lagi pedofil dekat luar sana tu.

Pedofilia ialah sejenis gangguan psikologi di mana individu dewasa atau atau remaja yang lebih tua tertarik secara seksual atau eksklusif kepada kanak-kanak yang belum baligh (prepubescent). Orang yang mempunyai pedofilia melakukan seks dengan kanak-kanak atau menggunakan kanak-kanak untuk seks.


Rasanya ramai akan berterima kasih kepada pembunuh tu. Nauzubillah. Aku bukan baik tapi aku simpati juga pengakhiran dia begitu. Kuasa Allah kan, ada lah hikmah Allah aturkan perjalanan dia sebegitu rupa.

Terbayang wajah-wajah anak tak berdosa, anak-anak yang jadi mangsa dan perlu bantuan orang dewasa tapi tak tahu nak minta pertolongan macamana.

Lelaki Cabul Kanak-Kanak Malaysia Mati Ditikam Dalam Penjara


Biodata Lelaki Pedofil Warga Britain


Nama: Richard Huckle
Umur: 33 Tahun
Warganegara: Britain
  • Lelaki ni tengah menjalani hukuman penjara di East Yorkshire, England kerana kesalahannya melakukan pencabulan dan gangguan seksual terhadap ratusan kanak-kanak di seluruh dunia termasuklah di Malaysia.
  • Dia terlibat dalam kes pencabulan ke atas lebih 200 kanak-kanak di Malaysia dan Kemboja.
  • Ditikam oleh rakan banduan yang menggunakan pisau buatan sendiri. Keterangan lanjut tentang senjata tajam masih belum dikenal pasti.
  • Masa umur 19 tahun dia pernah menjadi menjadi jurugambar bebas semasa berada di Kuala Lumpur dan pernah menjadi seorang guru Bahasa Inggeris dan sukarelawan Kristian.
  • Paling keji, dia tak pilih mangsa malah bangga bila dapat mencabul bayi dan kanak-kanak dari umur 6 bulan hingga 12 tahun dalam tempoh 9 tahun antara tahun 2006 dan 2014.
  • Sepanjang tempoh itu juga lebih 20, 000 gambar dan video penderaan seksual yang ditemui oleh pasukan penyiasat di dalam komputer ribanya semasa di lapangan Terbang Gatwick, Australia pada tahun 2014.
  • Richard Huckle telah menggunakan video dan gambar-gambar lucah tersebut sebagai sumber pendapatannya di laman web tersembunyi atau nama lain dark web.
  • Dia juga mengumpul 60 muka surat manual ‘Pedofilia dan Kemiskinan: Panduan Cinta Kanak-Kanak’, menerangkan bagaimana cara untuk memilih mangsa dan cara mengelakkan pengesanan.
  • Dia berkeinginan untuk mewujudkan ‘Panduan Wiki Pedo’.
  • Selepas mengaku bersalah di Old Bailey kepada 71 kesalahan seksual termasuk merogol berganda. Dia kemudian menulis surat kepada mahkamah dan menyalahkan tentang kematangan dalam dirinya serta ‘nafsu jahat telah menarik dirinya ke jalan yang gelap’.

Lelaki Pedofil Cabul Kanak-Kanak Malaysia


Peranan Kita Fahami Isu Pedofilia

Sejauh mana kita faham peranan kita sebagai pelindung kepada anak-anak yang tak berdosa ni? Anak kita pemimpin kita di masa depan. Peranan ibu bapa, peranan guru dan masyarakat. Allahuakbar besar sungguh tanggungjawab kita.

Aku masih lagi menyumpah segala perbuatan jijik dia. Paling tak tahan boleh dia tulis surat dan salahkan dia tak matang? Salahkan nafsu? Amboi mudah betul nak lepaskan diri. Mungkin pembunuh Richard Huckle ni rasa jijik sangat dengan jenayah yang dia lakukan. Tu tak tahan terus tikam tu.

Aku sedih, serius kecewa. Malaysia yang kita diami ni antara target pesalah pedofil. Kenapa Malaysia? Tak cukup hebat ke undang-undang kita? Sebagai ibu bapa perkara ini yang aku takutkan. Masyarakat kita ni tinggi budi pekerti dan dalam bab hormati dan percaya orang luar memang aku salute.

Kita mudah taksub dan rasa orang luar adalah hebat dan baik. Tiada sebarang prejudis. Ini aku cakap berdasarkan pengalaman dan persekitaran aku. Mungkin berbeza dengan korang. Dulu kalau ada Bangsa asing masuk kampung tak kisah apa tujuan (biasanya guna tiket sebagai pendidik) akan disanjung tinggi. Hormat tu bukan biasa-biasa. Muliakan tetamu konsepnya.

Kurang Pendedahan Tentang Pedofilia

Aku nak tegaskan yang kita kurang sangat pendedahan tentang Pedofilia. Dilahirkan dalam masyarakat yang pandang ke Timur, yang memang terkenal dengan adat, budaya dan tinggi budi bahasa macam Malaysia, topik seks termasuklah pencabulan kanak-kanak ni satu isu yang sangat sensitif.

Malu kalau dibincangkan. Satu kesalahan kalau menjadi topik perbualan seharian. Tak payah fikir jauh, tanya diri dan keluarga, sejauh mana kita kenal maksud pedofilia? Apa perlu kita buat nak kenal pasti Pedofil? Adakah kita dan keluarga menjadi sasaran penjenayah ni?

Aku berharap sangat, kesedaran tentang isu pedofilia seiring dengan kecanggihan teknologi, ilmu dan info yang boleh kita dapat di hujung jari. Sedarlah masyarakat, ibu bapa. Kita ini pelindung anak-anak kita. Kalau bukan kita siapa lagi.

Aku masih dan sedang belajar tentang sex education. Walaupun sukar kena buat juga sebab anak-anak semakin membesar. Tak sanggup aku nak biarkan mereka belajar dari Internet. Langkah pertama untuk kita semua, tambah dan upgrade ilmu ibu bapa.

Jarang sangat aku tak emosi kalau menulis jika melibatkan hal anak-anak. Ditambah pula kalau kesalahan itu berpunca dari kita. Lalai, sikap tak ambil peduli dan kita ni banyak fikir ‘tak sangka’. Dah sampai masa untuk jadi generasi bijak ilmu, masyarakat peka, prihatin dan berkasih sayang.

Allahuakbar. Rindu Rasul. Rindu kasih sayang Baginda terhadap umatnya.

Sumber: The Sun, Independent Uk, OhBulan


5 Sebab Kenapa Bahaya Buat Aksi Baby Standing

Aku tak pasti ibu bapa lain tapi aku sangat-sangat tak bersetuju ada ibu bapa yang suka sangat buat aksi baby standing dekat anak mereka. 

Ala aksi baby berdiri atas tangan bapa. Kononnya untuk nampak kehebatan dapat imbang anak. Biasanya yang buat aksi baby standing ni adalah golongan bapa yang suka bersukan dan ada otot ketak-ketak. 

Nak tunjuk betapa hebatnya kot sebab boleh buat baby berdiri dengan sebelah tangan. Hoi gila la kau. Aku tengok ngeri je.

Bahaya Buat Aksi Baby Standing, Lima Sebab Anda Perlu Tahu

Kecoh kan ada selebriti yang buat aksi baby standing anak perempuan dia yang baru berusia empat bulan. 

Sebelum ni dia pernah buat pada anak lelaki yang sulong. Masa tu mungkin kesedaran masyarakat agak kurang jadi isu keselamatan di diamkan sahaja.


Kenapa Bahaya Buat Aksi Baby Standing


Bahaya Buat Aksi Baby Standing

Betul, anak mereka memang la hak mereka tapi isu keselamatan jangan lah di pandang ringan. Orang tua selalu pesan kan, malang itu tidak berbau. 

Bukan senang isteri nak mengandung dan melahirkan anak. Kalau jadi apa-apa kan menyesal tak sudah. Nauzubillah.

Teguran Public Health Malaysia di Facebook dalam perkongsian aksi mengundang padah baby standing, adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat tentang bahaya aksi tersebut kepada bayi. 

Aksi baby standing adalah perbuatan memaksa bayi untuk berdiri sedangkan otot dan tulangnya masih belum cukup kuat. 

Melakukan aksi sebegini akan mengakibatkan tekanan kepada tulang kaki dan lutut , menyebabkan risiko tulang kaki membengkok. 

Sekiranya bayi terjatuh, jisim kepala yang lebih berat akibatkan bayi jatuh dalam posisi terjunam. Kecederaan kepala yang serius boleh berlaku.
  • Selain daripada penerangan di atas, antara sebab lain yang dikongsikan adalah seperti berikut:
  • Risiko terjatuh dengan kecederaan kepala.
  • Risiko terjatuh dan patah tulang serta kecederaan lain.
  • kaki yang masih belum kuat akan memberi tekanan pada lutut bayi dan membahayakan.
  • Risiko tulang kaki membengkok.
  • Mengganggu perkembangan penting fungsi motor bayi.

Jangan Ambil Remeh

Menjadi ibu bapa bukan satu tugas mudah. Jangan ambil remeh dan janganlah terlalu taksub hendak tunjukan pada dunia kita ibu bapa yang hebat dengan memaksa anak-anak melakukan perkara luar biasa. 

Beri peluang pada mereka untuk membesar dengan sihat. Pesanan ini adalah untuk semua ibu bapa dekat luar sana. Anak-anak kita tanggungjawab kita.

Bayangkan perkara buruk yang terjadi andai kata kita leka tentang menjaga keselamatan anak-anak. Mampukah kita untuk jawab persoalan anak kelak bila dia bertanyakan hak mereka? 

Jaminan keselamatan yang memang hak mereka.


Tentang Public Health Malaysia

Apa Itu Public Health?

Public Health atau Kesihatan awam merupakan AKAR kepada sistem Kesihatan di Dunia. PUBLIC HEALTH memberi penekanan kepada PERLINDUNGAN, PENCEGAHAN & PROMOSI kepada cara hidup sikar kepada KOMUNITI. 

Jika Doktor di hospital memberi khidmat dalam merawat pesakit, doktor. PUBLIC HEALTH berperanan untuk MENCEGAH masyarakat agar di hindari dari penyakit dan kecederaan.

Menggunakan Faecbook sebagai platform untuk menyampaikan maklumat mengenai perkembangan dan isu berkaitan kesihatan awam serta menfokus kepada PENCEGAHAN, PERLINDUNGAN, PROMOSI Kesihatan.


KFC Value Bowls Eat Like A Boss

Sebenarnya KFC dah lama jual KFC Value Bowls tau, aku je baru terpengaruh dan taksub dengan salah satu Value Bowls lepas adik aku beli dan makan depan aku. 

Lepas cuba aku terus ketagih. Kejamnya KFC buat aku begini. Memandangkan aku peminat setia KFC haruslah aku memberi sepatah dua kata tentang KFC Value Bowls mengikut anak tekak aku.


KFC Value Bowls Eat Like A Boss

Selera kita mungkin berbeza jadi jangan percaya bulat-bulat kalau aku kata aku suka gila rasa dia atau rasa dia kurang power di tekak aku. 

Sebaiknya korang beli dan nilai sendiri ok? Ye aku tahu, makan fast food tidak elok ya, sila kawal diri dan jaga kesihatan korang.



KFC Value Bowls Eat Like A Boss Loaded Potato Bowl


KFC Value Bowls Eat Like A Boss, Kau Ada?

Menu KFC Value Bowls Eat Like A Boss ni ada empat pilihan menu yang boleh korang cuba. Setakat ni aku masih dan setia dengan menu KFC Value Bowls Eat Like A Boss, Loaded Potato Bowl. 

Selain tu ada Original Go Bowl, Loaded Go Bowl dan last but not least Curry Lava Rice Bowl.



Original Go Bowl

Harga Original Go Bowl adalah RM3.90 dan bersaiz kecil sesuai untuk alas perut. Ada fries dan ketulan ayam rangup (crunchy Zinger chunks) dan dilimpahi oleh kuah whipped potato serta ditabur dengan chili flakes.


Loaded Go Bowl

Lebih kurang je sama dengan Original Go Bowl tapi beza hanya sos iaitu creamy mayonnaise and KFC's signature Cheezy sauce. Peminat Cheese akan pilih bowl ni. Ada crunchy Zinger chunks & fries.



Loaded Potato Bowl

Satu-satunya bowl yang aku dah cuba dua kali, aku memang suka mashed potato jadi setakat ni, loded potato bowl menjadi kegemaran aku. 

Serius penuh dengan mashed potato, jagung manis, ketulan ayam Zinger dan di tambah dengan Cheezy sauce and mayonnaise memang kombinasi terbaik. Boleh dikongsi berdua. Harga RM6.90.
 

KFC Value Bowls Eat

KFC Value Bowls  Loaded Potato Bowl


Curry Lava Rice Bowl

Satu-satunya bowl yang ada nasi guys. KFC memang memahami Malaysian yang suka kan nasi. 

Curry Lava Rice Bowl ni adalah bowl yang suami aku seram nak beli risau kari dia tak best. Tapi aku akan try juga in future. Nanti aku share sedap ke tak eh.

Sila lah serbu KFC berhampiran anda. Sila jangan menangis kalau berat anda bertambah, selera anda membuak-buak lepas cuba KFC Value Bowls ni ok. 


Tip Diet Yang Betul Untuk Kuruskan Badan

Tip Diet Yang Betul Untuk Kuruskan Badan

Jom jujur, berapa kali ayat dah diet tapi tak kurus pun keluar dari mulut masing-masing? ke aku je membebel tak kurus ni? 
Selalu aku akan dapat feedback yang tak menyenangkan bila aku suarakan keinginan aku nak kurus.

“Nak kurus bahagian mana lagi? Nak kecil mana lagi weh, kau kurus la”

Serius aku rasa terhina. Dengan ketinggian aku hanya 152cm, berat yang ideal sepatutnya tak lebih 45kg. Aku ni dah terlajak ok, terlajak. Itu sebab aku concern sangat nak kurus selain daripada memang nak kurus untuk sihat.

Secara luaran memang la tak nampak lemak aku yang berlipat itu, tapi yang tersembunyi tu mana orang nak tahu. kah kah kah.

Aku sempat kurus sekejap dan dapat berat idaman masa habis pantang anak ketiga. Lepas beberapa bulan berat aku semakin bertambah sebab aku addict susu pekat manis. 

Badan aku memang pantang dengan susu pekat manis, cepat je mengembang. Apa pun mula dengan kira BMI korang normal atau tidak. 


Cara Nak kuruskan Badan

Jenis-Jenis Diet

Hasil tinjauan terhadap orang sekeliling dan juga pembacaan aku, rupa-rupanya ada banyak jenis diet yang orang buat untuk kurus. Kalau selama ni aku familiar dengan diet Atkins je. 

Selain diet Atkins, ada Diet Keto, Diet Paleo, Diet Mediterranean dan Diet KKM. Ini 5 jenis diet beserta contoh supaya korang lebih faham. 

Sila jangan terperanjat kalau korang pun macam aku baru tahu. Malaysia kan suka ikut trend, jadi diet pon ikut perubahan masa dan trend terkini. 

Majority orang yang aku kenal amalkan diet Atkins, ada yang berjaya dan ada yang buat ikut musim. Sebelum aku teruskan membebel, aku hanya berkongsi apa aku baca. 

Kalau korang nak mengamalkan mana-mana diet sila lah berjumpa doktor dan ambil nasihat pemakanan. Semak dulu tahap kesihatan terutama, kolestrol, gula, darah dan jantung anda.

Kena Ingat Tujuan Asal Diet

Diet bermaksud makan dengan seimbang. Kena ada buah, sayur, protein dan juga karbohidrat. Kena kurang kan manis, masin dan lemak. Untuk aku yang dah berusia 30-an ni memang sangat-sangat perlu menjaga pemakanan.

Jadi bila orang tu cakap dia nak diet kena faham dia nak jaga / kawal pemakanan bukan sekadar nak kurus tapi nak fit dan sihat.

Peringatan untuk diri aku juga, kena faham betul-betul tujuan untuk diet, sebab bila tiada tujuan mula la rancangan diet tu ke laut dalam. Sesat. Kena faham kepentingan diet dan apa manfaat kita dapat baru lah semangat tu ada.


Cara Nak Kurus Dengan Diet Yang Betul

Kebiasaanya kalau diet mesti kita diet sorang-sorang kan? Contoh dalam keluarga, selalunya yang ada kesedaran nak kurangkan berat badan cuma ibu. 

Bukanlah kata semua tapi majoriti. Sebaiknya, satu keluarga kena jaga pemakanan.

Nasihat aku kalau nak jaga pemakanan kita kena faham dulu tabiat atau rutin kita. Betul tak corak pemakanan kita amalkan selama ni? 



Kementerian Kesihatan Malaysia adalah rujukan paling tepat kalau korang nak rujuk dan dapatkan info makanan sihat.

Please jangan ambil mudah dengan makan ubat tapi belajar cara yang betul untuk kurus. Jangan mudah terpedaya dan paling penting sebanyak mana kawalan pemakanan kepentingan senaman dalam kehidupan mesti diutamakan juga. Nak kurus nak sihat kena selalu positif dan bahagia.

Tahun depan dah masuk 2020 pun, aku berdoa sangat bila usia semakin menginjak tua, aku akan terus sihat tubuh badan dan tak susahkan pasangan atau anak-anak nak jaga aku. kita tak tahu apa akan berlaku masa depan kan? Masa sihat ini lah kita ambil kesempatan.

Selamat kurus kawan-kawan.


Resepi Bihun Sup Simple Mak Mertua

Aku tak pernah sangka akan suka bihun sup simple yang mak mertua aku masak untuk cucu-cucu dia. Kebiasaan kalau balik kampung siapkan sarapan keluarga, mak mertua mesti akan buat dua versi. 

Satu pedas dan satu tak pedas khas untuk cucu. Rajin la hai. Contoh kalau pagi tu menu adalah bihun, jadi akan ada bihun goreng pedas untuk orang dewasa dan bihun sup simple untuk cucu-cucu.

Resepi Bihun Sup Simple Mak Mertua

Entah apa mak mertua letak semua sedap je dekat tekak aku. Aku kagum bihun tu masih sedap sebab mak mertua tak guna ajinomoto pun. 

Masa awal-awal kahwin agak lambat juga aku nak faham cara mak mertua aku masak. Dasar selow. Kahkahkahkah.


Resepi Bihun Sup Simple


Berbalik kepada resepi bihun sup simple, memang mak mertua akan tumis bahan rencah, masukan sayur dan fish cake, telur dan campur sekali bihun dalam kuali. 

Tapi serius bihun tu tak la benyek. Dia tak la selembik yang aku sangka. Jadi nice je nak gigit. Entah apa petua mak mertua guna, bihun sup tu mesti ada kuah. Aku pernah cuba tapi tak tahan lama, habis sup tu meresap dalam bihun.


Cara mak mertua masak bihun sup simple seperti berikut:

  • Setengah Peket Bihun
  • Tiga ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • Belacan
  • Fish cake
  • Sawi
  • Satu biji telur
  • Garam
  • Air


Resepi Bihun Sup Simple Diet

Cara-cara memasaknya:

  • Tumbuk halus bawang putih dan bawang merah. Masukan juga sedikit belacan dan hancurkan. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk tadi.
  • Setelah naik bau, masukan pula fish cake dan goreng seketika. Masukan air secukupnya untuk dijadikan kuah.
  • Biarkan kuah menggelegak kemudian pecahkan telur. Perasakan dengan garam. Kemudian, masukan Sawi yang telah dipotong kecil.
  • Akhir sekali masukan bihun dan kacau sehingga bihun lembik. Masukan bihun bila kuah betul-betul menggelegak. Tutup api dan boleh dihidangkan.
  • Masa pertama kali nampak mak mertua buat memang pelik lah. Lama-lama jadi favourite anak beranak. Bihun juga boleh digantikan dengan mee kuning. Sesuai untuk anak-anak kecil yang tak makan pedas.


Selamat mencuba.




Cara Membuat Wanpaku Sandwhich - Resepi

Meriah sana sini orang bercakap pasal Wanpaku Sandwhich. Oleh sebab tak nak kalah, maka gigih google what is Wanpaku Sandwhich. 

Rupa-rupanya Wanpaku Sandwhich dah popular sejak tahun lepas, kenapa dekat Malaysia baru nak viral? Cis. Masa tengok Wandpaku Sandwhich memang banyak versi, paling suka sebab ianya berwarna-warni di Aidilfitri kau.

Semestinya Wanpaku Sandwhich ni banyak jenis, tapi yang pastinya persamaan mereka adalah sandwhich ni berbentuk segi empat dan penuh dengan isi, sayur mayur dan kurang pasti versi sebenar dia adakah untuk sihat atau tidak.

Cara Membuat Wanpaku Sandwhich - Resepi

Apa maksud Wanpaku?

Masa mula-mula dengar nama Wanpaku aku ingat nama orang lol. Begitu sadis kan? Kahkahkah rupa-rupanya Wanpaku adalah Sandwhich yang berasal dari Jepun. 

Orang putih juga turut teruja meniru Wanpaku. Sebut Wanpaku bunyi “vangpaku”

“Wanpaku dalam bahasa Jepun membawa maksud naughtiness atau nakal, biasanya digunakan untuk menggambarkan lelaki muda yang aktif secara fizikal”


resepi Wanpaku Sandwhich

*credit image to justonecookbook

Kalau tengok saiz Wanpaku Sandwhich memang agak besar dan penuh dengan isi. Ada yang buat lapisan sayur dan ayam, ada yang lagi kreatif tambah tahu goreng dan telur rebu. 

Ada yang buat versi sihat dan kurus langsung tak letak apa-apa sos mahupun bahan perasa. Bagus makan sandwich ni sebab banyak sayur. Baik untuk kesihatan badan & kecantikan kulit.

Paling tertarik cara susunan sayur dan segala isi yang disusun dalam sandwhich tu. Bila potong dia nampak cantik sangat. 

Dari segi saiz sesuai sangat untuk perut Malaysian yang kuat makan. So far aku tak la sampai teruja nak merasa.

Sandwhich Wanpaku Mula Viral


Aku rasa rakyat Malaysia memang cepat teruja dan suka sangat mencuba terutama bab makanan. harapnya Sandwhich Wanpaku versi sihat ni akan tersebar secara meluas dan dapat tukar cara pemakanan kita.

Segan weh bila baca graf Malaysia paling tinggi kes obesiti di Asia. Syahdu rasa bila dengar budak sekolah rendah dah kena kencing manis. 

Nak salahkan siapa budak semuda itu kena penyakit berbahaya? Sendiri mau ingat la kan.

Resepi Sandwhich Wanpaku


Resepi Sandwhich Wanpaku boleh dibuat dalam banyak versi. Terpulang ikut kesukaan korang. Boleh letak segala sayur dan sos kesukaan masing-masing. Antara sayur yang dicadangkan:

  • Asparagus
  • Avocado
  • Bayam
  • kubis
  • Tuna
  • Wortel
  • Tomato ceri
  • Timun
  • ham,
  • ayam belanda
  • Edamame
  • Telur (direbus / digoreng)
  • Ayam panggang

*Boleh rujuk Blog justonecookbook.com untuk versi Wanpaku Sandwhich Non Halal. Sila adjust bahan-bahan ikut kesukaan.

Antara yang dicadangkan untuk mendapatkan Sandwhich Wanpaku yang cantik dan sihat korang kena ikut tip macam dekat bawah ni:

  1. Pilih Empat atau lima bahan yang mempunyai warna yang berbeza dan menarik mata memandang sebagai contoh sayur dan protein yang mempunyai warna merah, oren, kuning, hijau, ungu dan putih.
  2. Susunan bahan-bahan amatlah penting supaya Sandwhich kukuh, tidak serabut dan kemas bila dipotong. Susun bahan mengikut ketebalan. Mula dengan bahan yang nipis di bahagian bawah seperti salad, bahan bersaiz tebal seperti telur rebus di bahagian tengah dan seterusnya bahan yang lebih flexible seperti hirisan lobak di bahagian atas.
  3. Cara balutan Wanpaku Sandwhich mestilah kemas dan ketat kalau tak mesti habis berterabur masa nak potong. Boleh tengok website di bawah ni aku kongsi cara dia lipat.


Semoga Wanpaku Sandwhich versi sihat akan terus tersebar dengan jayanya. Selamat mencuba untuk korang yang teringin nak rasa. Aku masih setia dengan Sandwhich dekat Subway sebab mudah tunjuk dengan jari je.


Review ArtBox Malaysia 2019


Review ArtBox Malaysia 2019

Bulan lepas aku sempat ke ArtBox Malaysia yang bertempat di Sunway City Kuala Lumpur, Outdoor Open Air Carpark atau lebih tepat lagi, betul-betul dekat dengan Sunway Pyramid mall tu. Ini merupakan kali pertama aku join ArtBox. Kalau tak silap aku, 2019 adalah tahun kedua ArtBox diadakan. 

Menurut penganjur, Artbox ni mendapat inspirasi dari Pasar Malam dekat Bangkok tu. Kalau korang pernah ke Pasar Malam Bangkok, dekat sana memang meriah dengan makanan, musik dan juga jualan barang-barang yang cute dan rare.


Tahniah Artbox Malaysia di atas penganjuran Karnival Artbox yang memang happening. Sebelum tu, aku ada buat give away dekat Instagram aku. Memandangkan aku dapat dua pass extra jadi aku berbesar hati kongsi dengan kawan-kawan dekat Instagram. Tahniah korang yang menang.

Terima kasih Shopee Malaysia sebab sponsor rodiahamir.com dan kawan-kawan ke ArtBox Malaysia 2019. Aku dapat pass ke viewing deck yang hanya orang tertentu je boleh naik serta empat cocktail dari booth Shopee. Khas Shopee sediakan untuk pengunjung bertuah.


8 Perkara Menarik Tentang ArtBox Malaysia

Apa yang menarik di Artbox Malaysia?

Meh sini aku cerita apa yang menarik dekat ArtBox ni. Mula dibuka seawal jam tiga petang sehingga 10.00malam. Datang awal supaya korang boleh enjoy apa yang ditawarkan dekat sini.

ArtBox Malaysia 2019

#1 Tarikan utama ArtBox adalah makanan dan juga sangat insta worthy sebab banyak port cantik untuk ambil gambar.

#2 Ada persembahan daripada artis-artis tempatan, jadi korang boleh lepak santai dengan kawan-kawan sambil makan dan duduk atau berbaring. Serius weh, kerusi, buaian dan beanie disediakan. Memang syiok habis.

ArtBox Malaysia


#3 Selingan aktiviti daripada vendor yang turut serta seperti Shopee, FoodPanda, Celcom, Sunway, Boost, La Cremeria dan menawarkan hadiah menarik untuk pengunjung yang sporting untuk turut serta dalam game yang disediakan.

#4 Salah satu tarikan utama di ArtBox ini adalah makanan yang dijual dekat sini. Kalau korang yang jenis suka mencuba makanan-makanan baru terutama dessert dekat sini lah tempatnya. Makanan Thai, corndog cheese viral, ice cream, burger dan banyak lagi. Pendek kata makanan hipster

ArtBox Malaysia

#5 Selain makanan, dekat ArtBox ada jual pakaian, aksesori telefon, barang perhiasan rumah, bag, kasut, dan barang-barang cute macam frame gambar, lukisan dan banyak lagi. Eh cantik lah rambang mata.

#6 Khas untuk mereka yang ada pass masuk korang boleh tangkap gambar dekat viewing deck yang disediakan. Dari atas boleh selfie dan tangkap gambar cantik.

ArtBox Malaysia X Shopee


#7 Vendor seperti seperti Shopee, FoodPanda, Celcom, Sunway, Boost, La Cremeria, dan banyak lagi aku tak sempat nak jenguk masa tu semuanya tawarkan hadiah menarik dan sesuai untuk korang dapatkan maklumat lanjut tentang aplikasi mereka.

ArtBox Malaysia X FoodPanda

#8 Untuk yang suka ambil gambar, banyak angle cantik terutama waktu malam dengan lampu-lampu yang dipasang. Serius cun.

Overall pengalaman ke ArtBox Malaysia memang menyeronokan. Dapat habiskan quality time dengan family, makan makanan sedap dan paling penting create moment bersama-sama. Semoga tahun depan dapat datang lagi.

Mungkin untuk penambahbaikan untuk event tahun depan, ArtBox Malaysia boleh banyakkan lagi gerai makanan Halal, sistem pembayaran yang fleksibel, boleh tambah kipas atau fikirkan tentang pengaliran udara sebab Malaysia memang panas dan jemput lebih ramai selebriti dan selitkan informative talk.


Utusan Melayu Dah Tutup, 9 Oktober 2019

Sedih pula bila baca Utusan Melayu secara rasmi dah tutup pada 9 Oktober 2019. Menurut pengerusi eksekutifnya Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir, langkah penutupan Utusan terpaksa diambil oleh kerana syarikat tidak lagi mampu meneruskan perniagaan.

Bukan setakat tak mampu nak jana keuntungan tapi juga gagal nak bayar gaji pekerja. Ahli Lembaga Pengarah ambil keputusan untuk memberhentikan operasi berkuat kuasa pada Rabu, 9 Oktober 2019. Hari ini lah hari nya.

Utusan Melayu Dah Tutup, 9 Oktober 2019

Sedih rasa. Walaupun tak terkait secara langsung tapi sebagai salah seorang pelanggan syarikat Utusan ni rasa hiba juga bila syarikat dah gulung tikar. Teringat kembali zaman aku kerja dulu, bila syarikat mula goyah dan tak mampu bertahan.

Perasaan paling hiba bila baca memorandum dari CEO. Segala usaha, tenaga dan idea kita salurkan untuk selamatkan syarikat tapi masih belum mencukupi. Kun Fayakun.


Memorandum Penutupan Utusan Melayu Dah Tutup, 9 Oktober 2019

Memorandum Pekeliling Penutupan Utusan Melayu

Sayu hati bila membaca memorandum pekeliling penutupan Utusan Melayu ni. Menjadi penerbitan akhbar yang tertua di Malaysia tidak melambangkan kekuatan sebuah syarikat. 

Dengan peredaran zaman dan kecanggihan teknologi, pengguna lebih selesa dan memilih membaca secara dalam talian berbanding hardcopy.

Salam takziah untuk semua pekerja yang terlibat. Sesungguhnya pasti ada rezeki kalian di tempat lain. satu pintu tertutup percayalah masih banyak lagi pintu di buka.

Masih segar dalam otak bila terima nota dari HR department untuk kemas meja kerja, ambil barang peribadi, dan kena kembalikan segala harta syarikat yang ada pada aku sebelum keluar dari syarikat. Masih utuh memori tu.

Semoga kesedihan berlalu pergi. Entah apa pula selepas ini kan? Pengganti Utusan Melayu? Mungkin. Selamat tinggal Utusan Melayu. Dalam sedar atau tidak banyak kenangan membesar bersama syarikat penerbitan akhbar yang tertua di Malaysia. 

Dari kecik kot aku dah suka dengan KOSMO walaupun ada masa aku annoyed sangat dengan tajuk akhbar dia. Kenangan. 

Tempat Makan Seafood Best Di Melaka

As usual kalau rindu nak makan seafood dan celup tepung tepi pantai memang kena makan seafood dekat Melaka. Nak ke Terengganu jauh sangat. Jadi Melaka lah destinasi paling dekat KL.

Weekend sudah aku ajak suami lepas rindu makan seafood di Perkampungan ikan Bakar Terapung, Umbai Baru Melaka. Perjalanan lebih kurang satu jam dari Jasin, dan ni favourite place kami satu keluarga.

Dah beberapa kali makan dekat sini. Suka dengan rasa, layanan, dan paling penting orang tak ramai sangat sebab aku akan pastikan kami sampai sekitar 6 petang. Jadi tak perlu berebut.

Tempat Makan Seafood Best Di Melaka


Kalau ikut pengalaman kami pernah makan dengan kawan-kawan di Ikan Bakar Parameswara juga di Melaka, memang agak serik sebab sentiasa full house, kena berebut dan amatlah tak selesa.


Dari segi rasa masakan kena dengan selera sebab mak mertua tak complaint apa pun. Lega. Mak mertua agak strict dalam pemilihan kedai makan. Seram noks. 



Restoran Ikan Bakar Klasik Melaka



Restoran Ikan Bakar Klasik Umbai


Korang boleh waze lokasi Ikan Bakar Klasik Umbai guna alamat dekat bawah ni sebab takut salah tempat pula. Banyak je restoran seafood yang best, beza nya penuh dengan pelanggan dan aku elak sangat kena beratur lama. Tak sanggup.

Restoran Ikan Bakar Klasik Umbai
No 16, Perkampungan Ikan Bakar Terapung,
Umbai Baru, 77,300 Melaka

Tel: 019-6812882


Dekat sini ada banyak pilihan seafood dan pelbagai jenis masakan yang ditawarkan. Terpulang nak bakar, celup tepung, masak tiga rasa, sweet sour, steam dan banyak lagi. Kami pilih ikan Siakap masak tiga rasa, sotong goreng tepung, kerang rebus, udang goreng butter dan juga Sepahat goreng sambal.

Korang ada option nak makan dengan nasi putih atau nasi lemak bungkus. Aku berjaya makan dua bungkus kecil nasi lemak. Ikut nafsu. Kah kah kah lepas tu menyesal.

Kami order terus satu jug air limau untuk empat dewasa dan dua kanak-kanak. Semuanya cukup-cukup je dan paling penting tak membazir. Total untuk semua ialah RM 178.00 which is aku rasa berbaloi dengan layanan, kebersihan dan seafood dia semua fresh. 

Staycation Melaka  |  The Straits Hotel And Suites Melaka  |   Estadia Hotel Melaka   |


Nasi Lemak Restoran Ikan Bakar Klasik Melaka



Shopping Kuih Muih Tradisional

Paling utama moment dan kenangan bawa mak dan ayah mertua ke sini. Apalah sangat nak bandingkan wang ringgit dengan jasa mak ayah besarkan suami aku. Alhamdulillah, sebelum balik sempat shopping dodol panas, dan asam. 

Mak mertua shopping kuih tradisional Melaka macam kuih Peneram dan kuih apa tah aku tak kenal. Walaupun mak dan ayah mertua anak jati Melaka, tapi sekalipun aku tak pernah tengok mereka makan cencaluk. 

Pelik weh sebab aku ingat Melaka sinonim dengan Cencaluk. Kalau belacan yes, every dish mak mertua masak mesti belacan akan dimasukan. Trust me rasa dia lagi sedap.


Restoran Ikan Bakar Klasik Melaka Waktu Malam



Untuk korang yang teringin nak makan Seafood sedap area Melaka, please come to Restoran Ikan Bakar Klasik Umbai. Aku tak dibayar pun promote tempat ni tapi oleh sebab aku suka makan dekat sini aku bagi 4.5/ 5 bintang.

Pekerja-pekerja di sini sangat mesra, welcome guest dan open for suggestion. Bila orang layan kau dan always say terima kasih automatic kau jadi seronok dan enjoy the moment. Syukur ya Allah masih ada peluang kami cipta kenangan manis dengan mak dan ayah mertua. 

Bawah ni adalah harga bil kami makan malam tu. Bagi aku okay lah dengan apa yang kami dapat. 
Kami ada cuba tempat baru yang kami bagi rating tinggi juga - Ikan Bakar Rosedi. Ala sedapnya sotong celup tepung dia. 


Harga makan Ikan Bakar Klasik Melaka



Beausiti By Simpysiti Beautessence

Beausiti By Simpysiti Beautessence

Buat pertama kalinya Dato Siti Nurhaliza secara esklusif telah melancarkan rangkaian terbaru produk SimplySiti iaitu BeauSiti.  Produk pertama BeauSiti dari SimplySiti ini iaitu BeautEssence, merupakan solusi kecantikan holistik.

Apa sebenarnya kecantikan holistik ni? Ha kalau nak tahu kecantikan holistik merujuk kepada kecantikan secara menyeluruh. Luar dan dalam.

Bukan sahaja cantik secara luaran tapi juga merangkumi kecantikan dalaman. Dari hujung rambut sehingga lah hujung kaki. Produk BeauSiti sesuai untuk wanita yang sibuk dengan aktiviti seharian dan wanita yang ingin menjaga penampilan tak kira suri rumah mahupun wanita bekerjaya.

Wanita mana yang tak nak cantik kan?

Beausiti By Simpysiti Beautessence Untuk Kecantikan Holistik


Pelancaran BeauSiti oleh Dato Sri Siti Nurhaliza


BeauSiti by SimpySiti – Beautessence adalah minuman botani diformulasi oleh para penyelidik dari Pusat Inovasi Teknologi Manisan, Institut Sains dan Teknologi, UKM berdasarkan sokongan dan bukti-bukti kajian saintifik dan diuji oleh SIRIM (No:R048/19/B19/B19/33) dan UNIPEQ UKM, makmal yang diiktiraf berpiawaian antarabangsa.

Pengambilan harian Beautessence memberi manfaat 365 hari yang meremajakan serta memperbaharui sel, dan membuang toksin. 

Rumusan uniknya menawarkan manfaat kecantikan holistic untuk kulit, badan, meningkatkan keintiman, sistem imun dan menyokong kesihatan menyeluruh. Beautessence – Solusi kecantikan holistic.

Bagaimana Beautessence berfungsi?

Antara kandungan utamanya ialah Botani Roselle, Kacip Fatimah dan juga Aloe Vera. Beautessence dengan Phyto Nutrient-C+ dan penggunaan Nutri-Lock Technology.

Phyto nutrient c - gabungan sinergi bahan aktif yang memberi manfaat optimum.
Nutri-lock Technology – sistem penyerapan efisyen yang membawa bahan aktif ke sel secara efektif.

Efek pencerahan Wajah

Menurut Vitro assay study, no rujukan SIRIM (No:R048/19/B19/B19/33 & No:R049/19/B19/B19/33). BeauSiti by SimplySiti – Beautessence terbukti dalam memberi efek kepada pencerahan wajah.

The study – skin lightening properties evaluation by measuring the inhibiton against tyrosinase enzyme activity. The assay was design to substantiate to screen the ability to inhibit tyrosinase activity at the same time reduce the production of melanin.

Beautessence juga tinggi Antioksida dan kaya Vitamin C. Diperbuat dari buah-buahan dan sayuran seperti Kiwi, Brokoli, Mangga, Anggur, Tomato, Oren dan juga blackberry.

BeauSiti by SimpySiti – Beautessence formulation has been verified and validated through International Standard Accredited Laboratories tested by SIRIM and UNIPEQ UKM for following analysis:

Microbiological Analysis.
Chemical Analysis
Nutritional Analysis
Antioxidant Analysis

*100% proven Free from Steroid, Alcohol and Porcine DNA.

Beausiti By Simpysiti Beautessence X Shopee

*credit IG Beausitiofficial
Kelebihan BeauSiti by SimpySiti – Beautessence
  • Mengandungi antioksidan polifenol tinggi untuk kecantikan kulit.
  • Membantu melambatkan proses penuaan.
  • Membantu meningkatkan keanjalan aset wanita.
  • Mengawal keguguran rambut.
  • Mengandungi serat untuk melancarkan pencernaan bagi mengawal berat badan.
  • Meningkatkan sistem imun.
  • Gabungan phytonutrient harian yang efektif.
  • Menyokong kesihatan secara menyeluruh.

*Mendapat Sijil Halal, di uji oleh UNIPEQ UKM, kelulusan MESTI.

Harga: RM125 semenanjung | RM138 Sabah Sarawak