K-Drama Backstreet Rookie Tamat Juga Akhirnya

Drama Backstreet Rookie Dah Tamat

Akhirnya tamat juga K-drama Backstreet Rookie. Dah lama aku tinggalkan K-Drama sebenarnya, mula suka cerita ni sebab genre dia Romantic Comedy sebab tu terus setia melekat tengok. 

Masa episod awal aku tengok di iQIYI, lepas episod ke berapa tah kena subscribe iQIYI baru boleh tengok. Oleh sebab ramai je yang upload di YouTube maka tonton di channel Youtube sahajalah.

Hero dan heroin cerita Backstreet Rookie ni dua-dua comel. Sepadan je rasa. Oleh sebab cerita ni tentang budak sekolah yang jatuh cinta dengan lelaki dewasa jadi drama ni tidak la over dengan adegan 18SX. Kira bersih sebab bebas adegan cium.



Ketagih Tonton Cerita Korea

Dulu ye memang aku ketagih tengok drama Korea terutama waktu aku belajar Degree dekat Shah Alam. Weh aku sanggup bersengkang mata tak tidur malam tengok K-Drama. 

Begitu gigih dan losernya aku habiskan hari cuti depan laptop dan tak keluar makan. Tapi itu dulu lah, semakin meningkat usia aku dah tak boleh tonton lama-lama.

Habis jahanam emosi dan kesihatan. Pernah aku cuba ulang tabiat buruk ni lepas bersalin anak ke dua, memang lepas tu aku tak sihat. Makan masa dua tiga hari juga aku nak kembali cergas. Lepas peristiwa tu terus insaf. Masih tengok K-Drama tapi berpada-pada.

Pasangan Kekasih Ji Chang-Wook & Kim Yoo-Jung

Aku suka watak yang dibawakan oleh Kim Yoo-Jung. Walaupun dia masih muda dan sepatutnya belajar tapi cara pembawaan diri dan tanggungjawab untuk jaga adik dia tu aku suka. 

Paling penting dia berjaya lakonkan aksi martial art yang nampak real. Tak kekok pun dia berlawan. Tidak la heroin cerita ni nampak gedik.




Selalunya apa yang berlaku dalam K-Drama lain, watak hero mesti bertubuh sasa, terselit babak hero berlawan mempertahankan heroin. Tapi kelakarnya dalam drama ni, memang harapkan si Kim Yoo-Jung tu jelah yang berlawan. 

Cuma, aku harap kalau ada sambungan Backstreet Rookie musim ke dua, biar ada lebih banyak adegan si Ji Chang-Wook menjadi lebih tegas dan tackle Kim Yoo-Jung. Ending dia macam terlalu awal.


Watak Sampingan Gila-Gila Eum Moon-Suk & Seo Ye-Hwa

Selain watak utama, watak sampingan iaitu kawan baik hero & heroin memang sangat-sangat membantu menjadikan jalan cerita drama ni lebih kelakar. Semangat setia kawan, kasih sayang, sentiasa bila kawan perlukan bantuan berjaya ditonjolkan.

Oleh sebab cerita berkisar tentang remaja yang belum habis sekolah jadi kurang lah adegan pertelingkahan di pejabat. Mesej nilai murni disampaikan secara santai dan enjoy je tengok sampai final episode.


Review Drama Korea Backstreet Rookie

Khabarnya drama ini berdasarkan webtoon, Convenience Store Saet-byul yang berkisar tentang remaja perempuan yang jatuh hati dengan pengurus kedai runcit 24 jam. 

Kalau dekat Malaysia macam budak sekolah menengah jatuh cinta dengan pekerja 7-11. Bezanya dalam drama Backstreet Rookie, hero heroin kacak dan comel.

Awal-awal drama ni ditayangkan mendapat kecaman sebab dia highlight remaja bawah umur bercinta dengan lelaki dewasa dan macam-macam lagi isu la. Surprisingly, makin lama semakin ramai peminat suka drama ni.

Berbaloi ke tengok drama Backstreet Rookie?

Kalau korang suka drama yang fresh, ringan dan genre romantik komedi, happy ending maka sesuai sangat korang tengok. Aku sejenis yang tak suka cerita yang berat sebab kehidupan aku yang nyata dah memang sarat dengan emosi. Gituh.

 credit gambar: koreandrama.org

Jenn Ortho Mid Valley Megamall: Periksa Kesihatan Kaki Secara Percuma

Aku ke JennOrtho beberapa hari lepas untuk buat pemeriksaan kaki lepas tengok promosi pemeriksaan kaki percuma di Facebook mereka. 

Ini merupakan pengalaman pertama aku dan awalnya memang aku agak cuak. 

Oleh sebab aku selalu rasa tak selesa dan sakit di bahagian tumit ketika berjalan jadi aku beranikan diri untuk buat pemeriksaan kaki.

Hasil pemeriksaan kaki yang dibuat di JennOrtho amat memeranjatkan ya. Baru lah aku tahu yang kaki aku sebenarnya tidak normal. 

Jenn Ortho Mid Valley Megamall: Periksa Kesihatan Kaki Secara Percuma

Setelah melakukan pemeriksaan kaki di Jenn Ortho, rupa-rupanya saiz kaki kanan dan juga kaki kiri aku tidak sama dan kaki kiri low arch, Omg.

Berdasarkan laporan analisis yang diterangkan oleh staff Jenn Ortho, baru lah aku faham tentang lengkungan (Arch) dan juga jenis tapak kaki aku. 

Paling penting akhirnya aku tahu punca-punca kaki dan tumit aku sakit.





Untuk makluman, JennOrtho telah dibuka pada Jun 2020 di tingkat Dua, di pusat membeli belah Mid Valley Megamall menawarkan rawatan dan juga penyelesaian menyeluruh yang melibatkan produk ortotik, penjagaan kaki serta penjagaan kesihatan bagi dewasa dan juga kanak-kanak.

Ortotik - Bidang yang melibatkan sains dan seni dalam perawatan pesakit melalui penggunaan ortosis.

* Ortosis Alat yang dipasang pada bahagian luar anggota manusia bagi mengubahsuai struktur dan fungsi ciri-ciri sistem skeletal dan neuromuscular. (International Society of Prosthetic & Ortotic (ISPO))


Punca-Punca Sakit Tapak Kaki

Masalah sakit kaki tidak muncul dalam masa satu hari dan ianya dipengaruhi oleh gaya hidup dan cara seseorang menjaga kesihatan kaki. 

Perlu di ingat juga yang setiap orang mempunyai tapak kaki yang berbeza-beza. Antara punca-punca jika korang sering sakit tapak kaki adalah seperti berikut:

  • Berat badan berlebihan atau masalah obesiti.
  • Bagi mereka yang selalu bersukan dengan terlampau aktif juga mempunyai risiko tinggi untuk mendapat sakit pada tapak kaki.
  • Memakai kasut tinggi dalam jangka masa yang lama kerana ia menyebabkan tekanan pada tapak kaki ditumpukan pada bahagian jari kaki.
  • Penggunaan kasut yang tidak sesuai boleh sebabkan tekanan tidak dapat disebarkan dengan sama rata dipermukaan tapak kaki.



Punca-punca inilah yang akan menyebabkan sakit tulang belakang, keletihan kaki, sakit tumit, sakit lutut, sakit pinggul, ketidakstabilan pergelangan kaki dna banyak lagi dalam masa jangka panjang. 

Antara sakit tumit yang sering terjadi ialah, Plantar Fasciitis, Heel Spur, Flat Feet, Severe Pronated Feet, dan High Art Feet.


Pemeriksaan Kaki Percuma di Jenn Ortho

Sebab itu penting untuk korang buat pemeriksaan kaki dan kenal pasti jenis tapak kaki anda. Secara amnya ada lima jenis tapak kaki iaitu normal, pronated, flat, severe flat, high art. 

Jika korang datang ke Jenn Ortho, sila lah buat pemeriksaan kaki terlebih dahulu dan rawatan akan dicadangkan berdasarkan laporan analisis masing-masing.



Penting juga untuk tahu saiz lengkung tapak kaki (arch) kerana lengkungan memberi sokongan kepada badan semasa kita bergerak. 

Sekiranya lengkungan tapak kaki sangat tinggi atau rata, ia boleh menyebabkan tekanan pada otot dan sendi anda, terutamanya jika anda terlibat dalam aktiviti sukan lasak, atau jika anda berdiri untuk jangka masa panjang sewaktu bekerja.





Apa yang berlaku ialah ketinggian lengkungan akan mempengaruhi cara pergerakan kaki kita. 

Sekiranya lengkungan anda terlalu tinggi atau tidak cukup tinggi, kemungkinan besar kita akan menggunakan bahagian kaki secara berlebihan, dan penggunaan berlebihan boleh menyebabkan kecederaan. 

Itu yang berlaku pada kaki kiri aku sekarang.





Bayangkan kita berjalan dan melakukan aktiviti lasak dan bersukan tapi tak beri perlindungan kaki yang betul dan dalam diam menyebabkan kecederaan pada badan. 

Aduh sakitnya. Akibatnya ada yang mula rasa sakit di usia muda dan lebih teruk bila usia semakin meningkat.


JennOrtho 3D Medical Orthotics Custom (Sol ortotik Custom 3D)

JennOrtho menawarkan penyelesaian 3D Medical Orthotics custom (Sol ortotik Custom 3D) yang memberi sokongan kaki yang direka khas untuk menyokong kaki anda dengan betul berdasarkan keperluan kaki korang. 

3D Medical Orthotics custom akan membantu memperbetulkan cara anda berdiri dan berjalan dan korang boleh guna sehingga lima tahun. 

Bagi aku memang berbaloi. Sol ortotik ada juga yang ready-made ya.





Selain daripada itu, ini adalah masa terbaik untuk korang kunjungi Jenn Ortho Mid Valley kerana banyak promosi menarik sedang berlangsung:
  • Pemeriksaan kaki secara PERCUMA
  • Konsultansi secara PERCUMA bersama Dr. Edmund (Setiap hari Ahad, pukul 2 sehingga 5 petang)
  • Jualan Pembukaan Store Diskaun sehingga 50% untuk kasut Ortotik dan juga custom ortotik



Latar Belakang Dr Edmund Lee

Dr Edmund Lee merupakan profesional perubatan yang sangat dihormati; berpengetahuan dalam bidang ortotik dan prostetik. 

Beliau berjaya mendapat banyak pengiktirafan kerana kemahirannya dalam rawatan diagnostik, kemampuan merancang ortotik & prostetik kepada pesakit yang cedera dan mengalami gangguan neurologi.





Dato Dr Edmund K H Lee, DIMP AMP, PKT, Phd (USA) Bsc (Kepujian)
Ahli Ortotis & Prostetik Berdaftar Negeri (UK)
Pakar Klinikal dalam Biomekanik Kaki (AUS)
Mengkhususkan diri dalam Foot Manipulation & Lower Limb Dry Needling (AUS)

Minat khasnya adalah dalam bidang Foot & Ankle Biomechanics and Scoliosis Management.
  • Ahli British Association of Prosthetist and Orthotist (BAPO)
  • Ahli Persatuan Pedorthic Footwear Association
  • Ahli Persatuan Prescription Foot Orthotic Laboratory Association (PFOLA)
  • Ahli Persatuan International Society of Prosthetics & Orthotics (ISPO)
  • Ahli Persatuan Australian Pedorthic Medical Grade Footwear Association

Jadi nasihat aku untuk korang yang ada rasa sakit-sakit kaki, tumit, lutut, tulang belakang dan lain-lain sila datang ke Jenn Ortho di Mid Valley Megamall ni. 

Jangan pandang remeh dan dalam masa yang sama terus menerus amalkan penjagaan kaki yang sihat, pilih kasut yang betul. 

Nak tahu maklumat lanjut berkaitan promosi boleh tengok laman sosial JennOrtho dibawah:

Instagram                |                  Facebook

JennOrtho

Alamat: JennOrtho, S011 2nd Floor, Mid Valley Megamall.
Waktu Operasi: 10:00 Pagi hingga 10:00 malam



PG Mall: Jualan Mega 8.8 Sale, Shopping Secara Online

Semenjak PKP lagi ramai sungguh rakyat Malaysia yang terjebak dengan shopping online.  Aku pun tak terkecuali. 

Bila kerajaan mula kawal pergerakan rakyat akibat COVID ni jadi nak shopping macam kebiasaan tu agak terhad. 

Kalau korang kaki shopping dan suka membeli belah secara dalam talian, meh aku nak kongsikan satu platform online yang menawarkan pelbagai barangan keperluan iaitu PG Mall.

PG Mall: Jualan Mega 8.8 Sale, Shopping Secara Online

Aku pun tahu tentang PG Mall ni lepas tengok kawan-kawan update status shopping online di sana. Tak mahu ketinggalan aku pun buat sedikit research tentang PG Mall. 

Kena la jadi pengguna yang bijak, buat perbandingan harga dan tengok diskaun yang ditawarkan.




Apa PG Mall tu?


PG Mall ni merupakan platform beli belah atas talian yang dikendalikan oleh PG Mall Sdn Bhd (836625-K) dan disokong oleh Public Gold Marketing Sdn Bhd. 

PG Mall merupakan platform e-dagang Msia No.1 yang ditubuhkan sejak 2017 dan satu-satunya platform e-dagang tempatan di Malaysia. Jadi ayuh tunjuk semangat sokong syarikat tempatan okeh. 

PG Mall juga disenaraikan sebagai laman web e-dagang 3 teratas di laporan wawasan Iprice  

Antara barangan yang terdapat di PG Mall ialah seperti Elektronik, Fesyen, Buku, Rumah & Gaya Hidup, Makanan & Minuman, Sukan & Rekreasi, Kanak-Kanak & Bayi, Kesihatan & Kecantikan, Automatif dan E-Baucer. 

Untuk pembayaran pula, PG Mall menerima e-wallet dan payment gateway.

Pendek kata semua yang korang perlukan ada di PG Mall. Harga pun mampu beli. Barangan yang menarik perhatian aku adalah emas. 

Weh korang boleh beli emas secara online di PG Mall dan tunggu je emas sampai depan pintu rumah. Bab keselamatan pula jangan risau warranty serta terma dan syarat ada jika berlaku apa-apa yang tidak dingini. 


Jualan Mega 8.8 Pre Sale Sempena Bulan Kemerdekaan

Bulan Ogos merupakan bulan istimewa untuk semua rakyat Malaysia. Tidak ketinggalan untuk menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan, PG Mall berbesar hati melancarkan Jualan Mega 8.8  Pre Sale bermula 3 sehingga 7 Ogos 2020

Jualan Mega 8.8 – Pre Sale menawarkan Daily Flash Deals serendah RM8 dan menawarkan diskaun menarik khas untuk pelanggan baru dan pelanggan setia PG Mall.

PG Mall menawarkan RM5 off dengan pembelian minimum RM38 untuk pengguna baru sahaja. Dan RM15 off dengan minimum pembelian RM88 untuk semua pengguna PG Mall. 


Jualan Mega 8.8 PG Mall

Khas sempena Jualan Mega 8.8, PG Mall menawarkan diskaun 8% untuk barangan terpilih dan korang boleh jimat dengan diskaun sehingga RM88 dengan pembelian minimum sebanyak RM188. 

Untuk pengguna baru boleh nikmati diskaun RM 5 dengan perbelanjaan pembelian minimum RM38. 

Manakala untuk semua pengguna (baru & lama) boleh nikmati tawaran diskaun diskaun Rm15 dengan perbelanjaan pembelian minimum RM 88. 




Tawaran Untuk Pelanggan Maybank QRPay

Khas untuk pelanggan Maybank, korang boleh menikmati penjimatan hebat secara eksklusif dengan Maybank QRPay bila buat bayaran. 

Dapatkan DISKAUN RM5 apabila anda membeli-belah di PGMall atau MAE sah sehingga 31 Julai 2020. Gunakan kod promo: FLASH

Selain menawarkan barang-barang berkualiti dan pelbagai kepada pengguna, PG Mall juga bermatlamat untuk menyediakan platform perniagaan yang efisien untuk peniaga mempelbagaikan portfoilio perniagaan mereka dari perspektif global.

PG Mall mengalu-alukan peniaga baru yang ingin berniaga secara atas talian untuk menyertai mereka dalam usaha merubah dunia e-dagangan, juga bagi pelanggan untuk membeli-belah atas talian di Malaysia.

Jadi tunggu apa lagi. Dah boleh survey dan rancang apa nak beli sempena jualan Mega 8.8 yang akan datang ni. Selamat membeli belah. 

Untuk tahu lebih lanjut dan tahu promosi yang sedang berlangsung boleh follow laman sosial PG Mall seperti di bawah:


    Facebook       |         Instagram

Sebaik-Baik Doa Adalah Doa Di Hari Arafah, Jom Doa

Hari Arafah atau Hari Wukuf adalah kemuncak ibadah Haji. Amalan yang dianjurkan semasa hari Arafah ialah berdoa. 

Seperti yang kita tahu, doa itu adalah senjata orang Islam dan sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah. Tahniah juga untuk mereka yang berpuasa sunat Hari Arafah kerana menghidupkan Hari Arafah. 

Sebaik-Baik Doa Adalah Doa Di Hari Arafah

Ia merupakan waktu berdoa yang paling mustajab dan yang paling dekat untuk dimakbulkan. Ini diriwayatkan dalam beberapa hadis sahih, antaranya ialah:

“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah, “لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”.

(Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu)."

(Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)



Doa Hari Arafah

“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.” (Hadis diriwayatkan oleh Malik)

Wukuf pada hari Arafah dan doa mustajab ini adalah khusus kepada jemaah haji yang berada di sana di mana amalan ini bermula selepas gelincir matahari pada 9 Zulhijjah sehingga tenggelam matahari waktu maghrib.

Walaupun wukuf dan doa mustajab adalah #khususiyyat (perkara yang dikhususkan) untuk jemaah haji yang berada di Arafah, bagi umat Islam yang tidak mengerjakan ibadah haji, mereka boleh mengambil peluang dan kelebihan hari wukuf di Arafah.

Boleh berdoa di tempat masing-masing sepanjang tempoh tersebut, berdasarkan zon waktu di tempat masing-masing, tanpa menghadkan tempoh berdoa kepada jam atau masa yang tertentu, bahkan digalakkan berdoa sepanjang tempoh berwukuf itu. Ini kerana tiada dalil khusus yang menghadkannya.

Selain itu, umat Islam juga digalakkan untuk berpuasa pada hari Arafah sepertimana yang diriwayatkan dalam sebuah hadith:

“Sesungguhnya Nabi SAW bersabda, berpuasa pada hari Arafah dihitung oleh Allah dengan meluputkan dosa setahun yang telah lalu dan dosa pada tahun akan datang.” (Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)

|  30 Doa Harian Di Bulan Ramadan  |


Senarai Doa Hari Arafah

Ya Allah, Kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar. Selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.

Ya Allah, Masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan orang yang beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (SAW).

Ya Allah, Masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (SAW), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

Ya Allah, Selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
Ya Allah, Satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata keranaMu.

Ya Allah, Sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

Ya Allah, Terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

Ya Allah, Apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi.

Ya Allah, Kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

Ya Allah, Masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari ArashMu.

Ya Allah, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaanMu, kehebatanMu dan kekuasaanMu.

Ya Allah, Tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan NabiMu (SAW).

Ya Allah, Ampunilah aku dan tingkatkanlah kurniaan Rahmat dan RezekiMu.

Ya Allah, Berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

Ya Allah, Sucikan niatku hanya untukMu semata-mata dan lindungilah aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk-nunjuk dan mengungkit-ngungkit nikmat.

Ya Allah Penciptaku dan Tuhanku, Jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

Ya Allah, Jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepadaMu dan kepada ibu bapaku.
Ya Allah, Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

Ya Allah, Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

Ya Allah, Tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja amal dan Sadakatul Jariah.

Ya Allah, Berkatilah hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

Ya Allah, Lindungilah aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

Ya Allah, Berkatilah hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dariMu Ya Allah.

Ya Allah, Tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepadaMu.

Ya Allah, Selamatkan aku dari kemunafikan.

Ya Allah, Izinkan aku dan suamiku/isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu.

Ya Allah, Lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

Ya Allah, Ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

Ya Allah, Aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kekufuran, putus asa, salah laku dan syirik.

Ya Allah, Berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.



Sumber: JAKIM


Cara Dapatkan Bantuan Keganasan Rumah Tangga

Semakin menjadi-jadi pula kes keganasan rumah tangga semenjak dua menjak ni. Ramai tertekan dengan keadaan ekonomi dan masing-masing gagal nak kawal emosi. 

Terperanjat bila terbaca berita tentang selebriti Youtuber masakan Malaysia yang terkenal juga menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Mungkin bagi dia itu hanya perselisihan faham dalam perkahwinan sebab khabarnya laporan polis terhadap suami dia telah pun ditarik balik. Kita doakan yang terbaik sahaja. 

Cara Dapatkan Bantuan Keganasan Rumah Tangga

Pagi ini aku terbaca lagi, tentang keganasan rumah tangga melalui status Facebook Uncle Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) yang sangat aktif dalam melakukan kerja amal.




Seperti biasa, wanita dipukul suami dan lebih perit disaksikan oleh anak-anak. Setelah lebih 14 tahun bertahan dipukul suami dan mendatangkan kecederaan kepada diri akhirnya wanita ini lari bersama empat orang anaknya.


Hancur luluh aku baca kisah macam ni. Wanita terbabit dibelasah sehingga pipi pecah sehingga perlu di jahit dan kaki kanan patah. Anak-anak juga jadi mangsa dan dipukul. Bayangkan kudrat orang lelaki memukul wanita dan anak kecil. Kejam betul manusia.

Kalau ikut perkongsian Uncle Kentang, lelaki tu sudah ditangkap polis. Masa aku menaip ni darah aku naik sampai ke kepala, aku ketap gigi rapat-rapat. Aku doakan Tuhan saja beri hukuman kepada lelaki tiada otak tu.





Bagaimanakah Caranya Untuk Melaporkan Kes Keganasan Rumahtangga?

Aku kongsikan cara untuk dapatkan bantuan bagi mangsa keganasan rumah tangga. Kalau bukan korang atau korang kenal sesiapa sahaja yang menjadi mangsa tolonglah mereka. Sebarkan maklumat kepada yang memerlukan. Jasa baik korang hanya Tuhan je dapat membalasnya.

Mangsa keganasan rumahtangga boleh melaporkan kejadian keganasan terhadapnya ke: Boleh juga rujuk Jabatan Kebajikan Masyarakat

  • Balai Polis yang berhampiran atau pengaduan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan yang berhampiran. 
  • Menghubungi Talian Kasih 15999
  • Merujuk terus ke hospital yang berhampiran sekiranya dicederakan


Contoh-contoh Keganasan Rumah tangga perlu korang tahu:

  1. Sengaja / cuba meletakkan mangsa dalam ketakutan
  2. Mencederakan secara fizikal
  3. Memaksa / mengancam melakukan perbuatan seksual
  4. Mengurung / menahan tanpa kerelaan
  5. Khianat / merosakkan harta dengan niat menyebabkan kesedihan / kegusaran.



Kebanyakkan kisah yang aku jumpa dan banyak ditayangkan dalam drama ialah apabila pasangan terlalu sayang dan takut untuk bertindak. Wanita biasanya lembut hati dan beri peluang dengan harapan agar suami akan berubah satu hari nanti.

Hari berganti minggu, bulan bertukar tahun tapi perangai baran suami masih sama. Ada yang nekad, terus ambil keputusan untuk hentikan keganasan yang berlaku, tapi ada juga yang ambil masa untuk kumpul keberanian.

Walau apa jua keputusan aku doakan supaya urusan mereka yang di uji ni dipermudahkan. Sesetengah wanita bertahan kerana dalam otak dia mengimpikan keluarga yang bahagia dan sempurna. 

Bertahan juga kerana tak mahu anak hidup tanpa kasih sayang seorang bapa, ada juga yang malu kalau bergelar janda dan ada juga yang tak mahu digelar isteri derhaka.

Apa jua alasan, apa jua tindakan banyakkan berdoa, minta nasihat dan bantuan. Langkah pertama adalah rujuk kepada keluarga terdekat. Kadang kita tak nampak apa yang di depan mata jadi keluarga lah yang akan bantu kita. Kalau segan boleh juga rujuk ke pejabat agama.

JACK ‘n JILL CREAM-O Meraikan Rakyat Malaysia Yang ‘Ekstra O-Some’


Cream-O seru rakyat Malaysia untuk sama-sama mengenang jasa pejuang barisan hadapan yang ‘Ekstra O-Some’

Bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang akan datang, JACK ‘n JILL Cream-O memeriahkan sambutan kali ini dengan menzahirkan penghargaan kepada wira dan wirawati negara yang ‘Ekstra O-Some’, iaitu pejuang barisan hadapan kita.

Sebagai pembuka tirai kepada sambutan ini, JACK 'n JILL Cream-O telah mengaturkan satu kejutan istimewa untuk barisan penunggang penghantaran yang jasanya tidak ternilai di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Awal minggu ini, apa yang sepatutnya tugasan harian menghantar makanan kepada pelanggan bertukar luar biasa buat seramai 100 penunggang foodpanda

Setibanya di lokasi masing-masing, mereka terkaget apabila mendapati makanan yang ditempah itu sebenarnya adalah untuk diri mereka!



Kejutan Hadiah Kit Terima Kasih Cream-O ‘Ekstra O-Some’


Lebih manis lagi, penunggang penghantaran ini juga dihadiahkan dengan kit terima kasih Cream-O ‘Ekstra O-Some’, yang mengandungi beberapa paket Cream-O yang lazat serta satu set fon kepala Bluetooth untuk memudahkan penghantaran mereka agar selamat dan cekap.


Sambutan mengenang jasa Cream-O ‘Ekstra O-Some’ akan sampai ke kemuncaknya pada Hari Malaysia dengan satu video penghargaan yang dihasilkan melalui kerjasama dengan penyanyi dan pencipta lagu terkemuka, Ismail Izzani.

Di sepanjang bulan Ogos, JACK ‘n JILL Cream-O menyeru semua rakyat Malaysia untuk menyampaikan penghargaan kepada barisan petugas hadapan dengan menghantar gambar diri kreatif bersama nota terima kasih dalam apa jua bahasa.

Sebanyak 63 karya akan disenarai pendek dan ditampilkan dalam kompilasi video penghargaan yang akan disiarkan pada 16 September 2020. 

Kesemua penyertaan yang terpilih itu akan diberikan cenderahati edisi terhad serta satu jemputan ekslusif untuk bertemu Ismail Izzani secara dalam talian.




“Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, sememangnya hebat sekali melihat seluruh rakyat Malaysia menonjolkan semangat kekitaan yang begitu utuh di saat kita mengharungi salah satu cabaran terbesar dalam hidup kita. 

Pejuang barisan hadapan kami telah memainkan peranan yang sangat penting dan sebagai sebuah syarikat yang telah menjadi sebahagian daripada fabrik Malaysia selama bertahun-tahun, kami diilhamkan oleh dedikasi, pengorbanan dan perkhidmatan mereka.

Kempen Cream-O ‘Ekstra O-Some’ adalah cara kita menzahirkan penghargaan kepada pejuang barisan hadapan kita yang bukan sahaja telah mengabdikan diri, malah pada masa yang sama juga telah mendorong semua rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat untuk sama-sama meraikan semangat kesepakatan, kasih sayang dan perkongsian.

“Kami berharap orang ramai akan turut serta bersama Cream-O untuk mengenang jasa wira-wirawati negara bersempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia ini,”

Emmanuel B. Puno, Naib Presiden Kanan (SVP) URC Snack Foods Indonesia, Malaysia, Indonesia dan Singapura.




Biskut sandwic Cream-O adalah pilihan terbaik untuk 'Menjadikan Kehidupan Seharian Anda O-Some' (Make Everyday O-Some). Padat dengan pelbagai perisa krim yang kaya dan enak, setiap gigitan biskut sandwic Cream-O memberikan rasa hebat dan sekaligus menjadikan hari anda lebih meriah. 

Bersempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, pelanggan-pelanggan di seluruh negara akan menikmati tambahan 15% biskut percuma dalam setiap pek Cream-O 132g dan Cream O-Tart 120g.



Untuk maklumat lanjut, silar layari Facebook Cream-O Malaysia

Cara Penyertaan Zahirkan Penghargaan Kepada Pejuang Barisan Hadapan  


Sertai Jack ‘N Jill Cream-O Dan Zahirkan Penghargaan Anda Kepada Pejuang Barisan Hadapan  
Rebutlah peluang untuk karya anda dipilih dan ditampilkan dalam kompilasi video penghargaan khas kami dan menangi sesi pertemuan secara dalam talian eksklusif bersama Ismail Izzani, serta memorabilia bertandatangan:

Langkah 1       
  
Beli JACK ‘n JILL Cream-O dan/atau Magic bernilai RM5 dan ke atas dalam satu resit. Tarikh pembelian sah hendaklah di antara 1 Ogos 2020 hingga 31 Ogos 2020.

Langkah 2      
   
WhatsApp resit, , dan gambar anda dengan mesej penghargaan kepada ‘frontliners’

Langkah 3

Jawab soalan dan hantar ke +6011-5500 1878: “Pek Promosi Cream-O PERCUMA 15% terdapat dalam 4 variasi – Ya/Tidak?”

Mudah je kan? Selamat Mencuba.


Cara Mudah Disinfeksi Rumah Menggunakan Pembasmi Kuman Kleenso

Memang aku sokong sangat setiap rakyat Malaysia wajib disinfeksi rumah masing-masing sebab kes baru COVID19 mendadak naik secara tiba-tiba. 

Disinfeksi rumah adalah salah satu cara kita membasmi kuman yang tak nampak dengan mata kasar.
Aku dah standby pembasmi kuman, KLEENSO Kills Germs Disinfectant supaya mudah aku nak sembur semua benda dalam rumah terutama apabila suami balik kerja, bila kami keluar beli barang hatta terima parcel dari posmen pun aku sembur. Perghh puas hati weh dapat disinfeksi sendiri.


Baru je nak lega setelah diberi kebebasan bergerak dan anak-anak pun dah ke sekolah tapi rupanya sekejap sahaja. Ku sangka panas hingga ke petang rupanya gerimis di tengah hari. 

Cara Disinfeksi Rumah Menggunakan Pembasmi Kuman Kleenso


Ha begitu kau. Dek kerana kes baru COVID19 semakin laju je bercambah maka aku gigih merajinkan diri untuk spray bahagian yang kerap disentuh seperti tombol pintu dan suis dengan menggunakan KLEENSO Kills Germs Disinfectant.

Dalam keadaan yang tak menentu dan wujudnya manusia yang kurang bertanggungjawab aku jadi paranoid sebab anak-anak aku masih kecil dan tergolong dalam golongan yang berisiko tinggi dijangkiti. 

Nauzubillah, jadi apa aku boleh buat ialah sedaya upaya untuk jaga kebersihan, kerap basuh tangan serta elak dari bersesak di tempat awam.

Cara Mudah Disinfeksi Rumah Yang Betul Ikut Panduan KKM

Cara untuk disinfeksi rumah yang dicadangkan KKM adalah sangat mudah sebenarnya dan boleh dilakukan oleh semua orang. Nak baca lebih lanjut, korang boleh rujuk di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kerajaan dah lakukan tugas mereka untuk disinfeksi tempat awam maka kita sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab buatlah bahagian kita untuk disinfeksi rumah masing-masing. 

Aku percaya kalau semua lakukan bahagian masing-masing in sha Allah keadaan COVID19 ni akan terkawal.

Kalau korang kurang yakin untuk disinfeksi sendiri, banyak je syarikat swasta dia luar sana yang menawarkan perkhidmatan disinfeksi rumah dan pejabat, sediakan duit sahaja. 
Tapi untuk jangka masa panjang elok sangat untuk kita belajar disinfeksi sendiri.

Mengapa Menggunakan KLEENSO Kills Germs Disinfectant?

Oleh sebab aku tak selesa dan sedikit berkira nak labur duit upah untuk orang datang disinfeksi rumah maka aku buat setakat yang aku mampu. Masih lagi ikut SOP yang ditetapkan KKM aku menggunakan produk dari Kleenso untuk pastikan rumah bebas kuman. 

Pembasmi kuman, KLEENSO Kills Germs Disinfectant 500ml dilengkapi dengan muncung semburan untuk kemudahan korang.

Seperti yang kita tahu kalau di kawasan yang kritikal seperti hospital dan juga rumah pesakit COVID19 cecair pembasmi kuman yang mereka gunakan mempunyai kandungan alkohol yang tinggi. 

Hanya mereka yang terlatih sahaja dibenarkan untuk mengendalikan pembasmi kuman kerana ciri-ciri kimianya yang menghakis dan perlu memakai peralatan pelindung seperti sarung tangan. 

Lebih-lebih lagi, pembasmi kuman ini mahal dan dilarang dijual dalam talian kerana sangat mudah terbakar.

Sebaliknya, KLEENSO Kills Germs Disinfectant pula direka untuk kegunaan umum dan harian dan ianya selamat digunakan di kawasan awam serta harganya juga berpatutan.

Ujian makmal luaran yang dilakukan pada KLEENSO Kills Germs Disinfectant mendedahkan bahawa apabila ia digunakan pada permukaan yang mengandungi 94 kumpulan kuman yang berlainan, ia berjaya menghilangkan semua kuman ini. 

Ini membuktikan keberkesanan Pembasmi Kuman Kleenso Kills.


Cara-Cara Disinfeksi Rumah (Permukaan, Pakaian & Peralatan)

Cara-cara nak disinfeksi seperti yang disarankan oleh KKM pun mudah sahaja:
  1. Menggunakan bahan pembasmi kuman yang berkesan menghapuskan kuman.  
  2. Sebelum anda mengelapkan bahan atau ruang tersebut dengan menggunakan bahan pencuci, anda disarankan membersihkan dengan menggunakan air serta sabun diikuti dengan bahan pencuci antikuman.
  3. Semburkan Kleenso Kills Germs Disinfection ke permukaan untuk membasmi kuman dan lap permukaannya bersih dengan kain selepas sepuluh minit.
  4. Kleenso Kills Germs Disinfection juga boleh digunakan bagi barang-barang berasaskan kain dan direndam. Ia juga boleh digunakan untuk mengelap lantai, dengan membersihkannya dengan larutan yang terdiri dari satu cawan Kleenso Kills Germs Disinfection dicampur dengan empat liter air.
  5. Buka tingkap anda bagi menggalakan pengaliran udara.


Cara Penggunaan KLEENSO Kills Germs Disinfectant?

Terdapat beberapa cara untuk menggunakan Kleenso Kills Germs Disinfektan dengan berkesan:

Pembersihan Umum:

Sapukan KLEENSO Kills Germs Disinfectant dengan kain atau span secara langsung di permukaan yang dimaksudkan atau semburkan pembasmi kuman di permukaan. Biarkan permukaan selama sepuluh minit, kemudian lap permukaan dengan kain lembap yang bersih.

Untuk Permukaan Yang Mungkin Berhubung Dengan Makanan:

Lap permukaan yang diingini dan kemudian bilas dengan air bersih.

Membersih Lantai:

Campurkan 1 cawan KLEENSO Kills Germs Disinfectant dengan 4 liter air dan bersihkan lantai menggunakan kain/mop.  

Tandas:

Tuang ½ cawan Kleenso Membunuh Kuman Pembasmi kuman di bahagian dalam tandas dan pelek mangkuk tandas. Kemudian berus kawasan dengan bersih sebelum disiram dengan air.

Untuk Pakaian:

Campurkan 2 penutup KLEENSO Kills Germs Disinfectant dengan 2 liter air. Rendam kain dalam larutan selama 3 minit. Kemudian, bilas dengan air dan biarkan hingga kering.


Dimana Nak Beli Kleenso Kills Germs Disinfection?

Korang boleh dapatkan produk Kleenso dalam dua saiz iaitu 500ml dan juga 4 Liter. Boleh beli secara online di laman web Kleenso atau boleh beli dari peruncit tempatan termasuk Parkson, MR DIY, TF Mart dan Family Store.

Facebook: https://www.facebook.com/KleensoResources/     |    Online Store: http://kleenso.my/

Aku pernah guna Kleenso Serai Wangi untuk halau cicak & lipas. 

Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan RM77 Dari TNB


Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan Dari TNB

Aku terima notis dari TNB yang mengatakan aku bakal menerima bil Elektrik bulan Julai 2020 dan penyata terperinci Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) yang akan dihantar kepada aku melalui pos dalam tempoh tujuh hari.

Rumah aku ni dikategorikan sebagai pelanggan kediaman, dan automatik aku layak menikmati manfaat Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan daripada Kerajaan Malaysia. Butiran bantuan dapat dilihat di dalam bil elektrik nanti. Wah bunyi macam indah sangat kan?

Macam aku yang dah sign up di portal TNB dan download aplikasi myTNB app boleh rujuk untuk tengok bil terkini dan penyata selepas 48 jam. Itu penerangan yang diberikan TNB. Sebelum ni kecoh kan rakyat tidak berpuas hati dengan cara pengiraan bil elektrik yang dikenakan oleh TNB sepanjang tempoh PKP.

Ustaz Ebit Liew Buka 10 Pasar Raya Harga Murah Tawar Peluang Pekerjaan

Dengan tagline “Saudaraku Murah”, Ustaz Ebit Liew bakal membuka 10 cawangan Pasar Raya beliau bermula 18 Julai ini. 

Didoakan urusan Grand Opening pasar raya Elewsmart berjalan lancar dan confirm ramai akan serbu sebab harga barang-barang semasa pembukaan tu nanti khabarnya tersangatlah murah.

Sudah lama Ustaz Ebit Liew war-warkan impian dia untuk membina pasar raya (Elewsmart) yang menjual harga barang murah dan mampu dibeli oleh semua orang terutama mereka yang berpendapatan rendah dan golongan miskin. Murni betul niat beliau dan akhirnya impian beliau tercapai.

Aku mula aktif follow Youtube Ustaz Ebit Liew semasa tempoh PKP hari tu. Masa tu semua orang tertekan dan tak dapat keluar bekerja, ustaz turun padang beri bantuan hampir ke seluruh Malaysia. 


Ustaz Ebit Liew Buka 10 Pasar Raya Harga Murah Tawar Peluang Pekerjaan

Ustaz juga mendekati golongan gelandangan dan fakir miskin. Pendek kata video ustaz memang menyentuh jiwa. 

Berdasarkan pengalaman itulah beliau berhasrat untuk buka Elewsmart yang menjual barang-barang murah kepada mereka yang berpendapatan rendah.

Kerja Dakwah Ustaz - SINI



Grand Opening Pasar Raya Ustaz Ebit Liew, Elewsmart

Dikhabarkan Grand opening cawangan Bandar Baru Bangi bakal diadakan pada 18 Julai, di ikuti dengan Grand Opening di cawangan Kajang pada 19 Julai. 

Orang-orang Bangi dan Kajang yang tinggal berhampiran boleh lah ambil peluang dan support Elewsmart.

Untuk cawangan lain masih lagi belum diumumkan tarikh rasmi dan dijangka dibuka untuk orang ramai minggu berikutnya. 

Cawangan Elewsmart yang terdekat dengan aku ialah Sri Gombak, untuk datang pada hari pembukaan mungkin tidak lah sebab aku beri peluang untuk mereka yang lebih memerlukan. Teringin nak tengok dan sokong ustaz Ebit.

Sempena Grand Opening Elewsmart, korang boleh beli barang serendah RM0.10 iaitu Ais Krim Cornetto. 

Antara barang-barang lain yang dijual pada harga promosi RM0.90, adalah seperti Kicap Kipas Udang, Maggi Tom Yam Nestle, Biskut Chipsmore pek kecil, Susu Pekat Manis Dairy Champ. 



Rahsia Ustaz Ebit Lew Kaya Berjaya & Bimbing Keluarga Bahagia

Aku memang admire gila cara ustaz tackle keluarga dan orang sekeliling dalam hidup beliau. 

Masya Allah seronok tengok cara dia menyantuni anak isteri dan orang-orang yang perlu bantuan. Riak muka sikit pun tak pernah riak walaupun dah kaya dan berjaya.

Biodata & Rahsia Kejayaan Ustaz Ebit Lew Kaya & Berjaya

Awalnya Ustaz Ebit giat dalam memberi ceramah, motivasi, seminar melalui Transform Training & Consultancy. 

Program Keluarga Sunah tu program ustaz lah. Awal tahun hari tu aku dah plan nak join tapi tak lama lepas tu COVID19 menyerang. Melepas.




Selain tu Ustaz juga ada menerbitkan buku (Transform Publication). Sudah banyak buku beliau tulis  dan agak familiar aku selalu dengar ialah “Isteriku Bidadari”. Sweet sangat. 

Buku-buku lain termasuklah, 11 Amalan Memiliki Kekayaan, Tangisan Umat, Perjalanan Hidayah Umat, Menelusuri Cinta dan Saya Cuma Posmen”.

Walaupun ustaz sibuk dengan kerja dakwah dan memberi ceramah tapi ustaz juga ada buka butik pakaian di bawah jenama Elews Design Boutique. 

Masya Allah hebatnya. Ustaz Ebit juga ada membuka Kafe Restoran – Paramount Coffee House. Ada tiga cawangan yang terletak di Lembah Klang iaitu, Paramount Coffee House Bandar Baru Bangi, 

Paramount Coffee House Shah Alam Selangor, dan Paramount Coffee House Putrajaya. One day nak kena jejakkan kaki ke café ustaz. Aaminn.

Kejayaan terbaru ustaz yang menjadi idola ramai dan supaya lebih ramai menjadikan ustaz sebagai ikutan adalah pembukaan Pasar Raya – Elews Mart Sdn Bhd.


Senarai Lokasi Elewsmart

Dibawah merupakan senarai beserta alamat lengkap 10 cawangan pasar raya Ustaz Ebit Liew (Elewsmart)

  1. Cyberjaya - No. 99 & 100, Biz Avenue 2, Persiaran Cyber Point Barat, 63000 Cyberjaya, Selangor
  2. Kajang - No 23G & 25G, Jalan TTDI Grove 7/1, Taman TTDI Grove, 43000 Kajang, Selangor
  3. Cheras - No 73-G & 73A-G, Jalan Dataran Cheras 4, Dataran Perniagaan Cheras 43200 Cheras, Selangor.
  4. Sri Gombak - No 1-G, Jalan Prima SG 1, Prima Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor.
  5. Jalan Gombak - No 43A-G, Plaza KLTS, Blok B, Jalan Gombak,53000 Kuala Lumpur
  6. Sungai Buloh - No 21-G, Jalan Dataran Villa Putra 1, Dataran Villa Putra, 47000 Sungai Buloh, Selangor
  7. Petaling Jaya - Unit A-G-13 & A-G-13A (Ground Floor), Pelangi Square, Persiaran Surian, 47810 Petaling Jaya
  8. Bandar Baru Bangi - No 20, Jalan Medan Pusat 2C, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
  9. Shah Alam - No 6, Jalan 22/1, Persiaran Jubli Perak, Seksyen 22, 40300 Shah Alam, Selangor
  10. Subang - 29, Jalan Dinar D U3/D, Taman Subang Perdana, 40150 Shah Alam, Selangor


Jadi untuk korang yang ada tinggal berdekatan boleh la singgah dan membeli belah di Elewsmart sebagai tanda sokongan kepada Ustaz Ebit Liew dalam kerja dakwah yang beliau dan team buat. 

Semoga segala amal baik dibalas oleh Tuhan. Jangan lupa, tarikh Grand Opening Elewsmart bermula 18 Julai, Sabtu ini. Amalkan penjarakan sosial, jaga diri, keluar tak payah bawa anak kecil. Bahaya.