Ustaz Ebit Liew Buka 10 Pasar Raya Harga Murah Tawar Peluang Pekerjaan

Dengan tagline “Saudaraku Murah”, Ustaz Ebit Liew bakal membuka 10 cawangan Pasar Raya beliau bermula 18 Julai ini. Didoakan urusan Grand Opening pasar raya Elewsmart berjalan lancar dan confirm ramai akan serbu sebab harga barang-barang semasa pembukaan tu nanti khabarnya tersangatlah murah.

Sudah lama Ustaz Ebit Liew war-warkan impian dia untuk membina pasar raya (Elewsmart) yang menjual harga barang murah dan mampu dibeli oleh semua orang terutama mereka yang berpendapatan rendah dan golongan miskin. Murni betul niat beliau dan akhirnya impian beliau tercapai.

Aku mula aktif follow Youtube Ustaz Ebit Liew semasa tempoh PKP hari tu. Masa tu semua orang tertekan dan tak dapat keluar bekerja, ustaz turun padang beri bantuan hampir ke seluruh Malaysia. Ustaz juga mendekati golongan gelandangan dan fakir miskin. Pendek kata video ustaz memang menyentuh jiwa. Berdasarkan pengalaman itulah beliau berhasrat untuk buka Elewsmart yang menjual barang-barang murah kepada mereka yang berpendapatan rendah.

Kerja Dakwah Ustaz - SINI



Grand Opening Pasar Raya Ustaz Ebit Liew, Elewsmart

Dikhabarkan Grand opening cawangan Bandar Baru Bangi bakal diadakan pada 18 Julai, di ikuti dengan Grand Opening di cawangan Kajang pada 19 Julai. Orang-orang Bangi dan Kajang yang tinggal berhampiran boleh lah ambil peluang dan support Elewsmart.

Untuk cawangan lain masih lagi belum diumumkan tarikh rasmi dan dijangka dibuka untuk orang ramai minggu berikutnya. Cawangan Elewsmart yang terdekat dengan aku ialah Sri Gombak, untuk datang pada hari pembukaan mungkin tidak lah sebab aku beri peluang untuk mereka yang lebih memerlukan. Teringin nak tengok dan sokong ustaz Ebit.

Sempena Grand Opening Elewsmart, korang boleh beli barang serendah RM0.10 iaitu Ais Krim Cornetto. Antara barang-barang lain yang dijual pada harga promosi RM0.90, adalah seperti Kicap Kipas Udang, Maggi Tom Yam Nestle, Biskut Chipsmore pek kecil, Susu Pekat Manis Dairy Champ. 


Rahsia Ustaz Ebit Lew Kaya Berjaya & Bimbing Keluarga Bahagia

Aku memang admire gila cara ustaz tackle keluarga dan orang sekeliling dalam hidup beliau. Masya Allah seronok tengok cara dia menyantuni anak isteri dan orang-orang yang perlu bantuan. Riak muka sikit pun tak pernah riak walaupun dah kaya dan berjaya.

Biodata & Rahsia Kejayaan Ustaz Ebit Lew Kaya & Berjaya

Awalnya Ustaz Ebit giat dalam memberi ceramah, motivasi, seminar melalui Transform Training & Consultancy. Program Keluarga Sunah tu program ustaz lah. Awal tahun hari tu aku dah plan nak join tapi tak lama lepas tu COVID19 menyerang. Melepas.



Selain tu Ustaz juga ada menerbitkan buku (Transform Publication). Sudah banyak buku beliau tulis  dan agak familiar aku selalu dengar ialah “Isteriku Bidadari”. Sweet sangat. Buku-buku lain termasuklah, 11 Amalan Memiliki Kekayaan, Tangisan Umat, Perjalanan Hidayah Umat, Menelusuri Cinta dan Saya Cuma Posmen”.

Walaupun ustaz sibuk dengan kerja dakwah dan memberi ceramah tapi ustaz juga ada buka butik pakaian di bawah jenama Elews Design Boutique. Masya Allah hebatnya. Ustaz Ebit juga ada membuka Kafe Restoran – Paramount Coffee House. Ada tiga cawangan yang terletak di Lembah Klang iaitu, Paramount Coffee House Bandar Baru Bangi, Paramount Coffee House Shah Alam Selangor, dan Paramount Coffee House Putrajaya. One day nak kena jejakkan kaki ke café ustaz. Aaminn.

Kejayaan terbaru ustaz yang menjadi idola ramai dan supaya lebih ramai menjadikan ustaz sebagai ikutan adalah pembukaan Pasar Raya – Elews Mart Sdn Bhd.

Senarai Lokasi Elewsmart

Dibawah merupakan senarai beserta alamat lengkap 10 cawangan pasar raya Ustaz Ebit Liew (Elewsmart)

  1. Cyberjaya - No. 99 & 100, Biz Avenue 2, Persiaran Cyber Point Barat, 63000 Cyberjaya, Selangor
  2. Kajang - No 23G & 25G, Jalan TTDI Grove 7/1, Taman TTDI Grove, 43000 Kajang, Selangor
  3. Cheras - No 73-G & 73A-G, Jalan Dataran Cheras 4, Dataran Perniagaan Cheras 43200 Cheras, Selangor.
  4. Sri Gombak - No 1-G, Jalan Prima SG 1, Prima Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor.
  5. Jalan Gombak - No 43A-G, Plaza KLTS, Blok B, Jalan Gombak,53000 Kuala Lumpur
  6. Sungai Buloh - No 21-G, Jalan Dataran Villa Putra 1, Dataran Villa Putra, 47000 Sungai Buloh, Selangor
  7. Petaling Jaya - Unit A-G-13 & A-G-13A (Ground Floor), Pelangi Square, Persiaran Surian, 47810 Petaling Jaya
  8. Bandar Baru Bangi - No 20, Jalan Medan Pusat 2C, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
  9. Shah Alam - No 6, Jalan 22/1, Persiaran Jubli Perak, Seksyen 22, 40300 Shah Alam, Selangor
  10. Subang - 29, Jalan Dinar D U3/D, Taman Subang Perdana, 40150 Shah Alam, Selangor


Jadi untuk korang yang ada tinggal berdekatan boleh la singgah dan membeli belah di Elewsmart sebagai tanda sokongan kepada Ustaz Ebit Liew dalam kerja dakwah yang beliau dan team buat. Semoga segala amal baik dibalas oleh Tuhan. Jangan lupa, tarikh Grand Opening Elewsmart bermula 18 Julai, Sabtu ini. Amalkan penjarakan sosial, jaga diri, keluar tak payah bawa anak kecil. Bahaya.



1 Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. alhamdulillah.. tahniah ustaz ebit.. dilah pun suka follow UEL ni.. cara dia mendekati org tu lain kan.. semoga ramai lagi orang boleh jadi mcm UEL ni.. nanti buka la kat JB pulak ye UEL..haha

    BalasPadam

Catat Komen

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Lebih baharu Lebih lama