Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan RM77 Dari TNB

Rodiah Amir
0

Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan Dari TNB

Aku terima notis dari TNB yang mengatakan aku bakal menerima bil Elektrik bulan Julai 2020 dan penyata terperinci Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) yang akan dihantar kepada aku melalui pos dalam tempoh tujuh hari.

Rumah aku ni dikategorikan sebagai pelanggan kediaman, dan automatik aku layak menikmati manfaat Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan daripada Kerajaan Malaysia. Butiran bantuan dapat dilihat di dalam bil elektrik nanti. Wah bunyi macam indah sangat kan?

Macam aku yang dah sign up di portal TNB dan download aplikasi myTNB app boleh rujuk untuk tengok bil terkini dan penyata selepas 48 jam. Itu penerangan yang diberikan TNB. Sebelum ni kecoh kan rakyat tidak berpuas hati dengan cara pengiraan bil elektrik yang dikenakan oleh TNB sepanjang tempoh PKP.



Apa dia Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan tu?

BPE adalah pakej bantuan tambahan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia bersama TNB kepada semua pelanggan domestik dalam bentuk manfaat penggunaan elektrik percuma sehingga RM77 sebulan, bersamaan penggunaan elektrik sehingga 300kWj pertama untuk tempoh 3 bulan pelaksanaan PKP (April, Mei, Jun).

Di samping itu, bagi pengguna domestik yang menggunakan elektrik di antara 601 – 900 kWj sebulan akan menikmati diskaun tambahan sebanyak 10% iaitu tambahan 8% daripada kadar diskaun sedia ada sebanyak 2% mulai bulan April 2020 hingga Disember 2020.



Pendek kata, BPE adalah bantuan tambahan yang diberikan secara sekali gus bagi meringankan beban kenaikan bil yang lebih tinggi sepanjang April 2020 hingga Jun 2020 yang dihadapi para pelanggan. Ha gitu.

Bawah ni ada TNB explain tentang kenaikan bil elektrik sepanjang tempoh PKP bermula April sehingga bulan Julai. 



Cara Mohon & Semak Penerima BPE

Seperti yang dinyatakan di atas, semua pelanggan domestik TNB akan menerima BPE yang jumlahnya akan dimasukkan secara sekaligus ke dalam bil bulan Julai 2020. Jadi memang tak perlu untuk mohon mahupun buat semakan ya.

Oleh sebab aku buat bayaran untuk bulan lepas jadi amount aku dikira terlebih bayar. 



Untuk korang yang ada pertanyaan lanjut boleh melayari laman sesawang TNB di www.tnb.com.my/prihatin atau e-mel tnbcareline@tnb.com.my atau menghubungi TNB CareLine di talian 1-300-88-5454 dan kalau nak bertentang mata untuk dapatkan maklumat boleh la mengunjungi mana-mana Kedai Tenaga berhampiran.

Semoga Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat Malaysia dan terima kaish Kerajaan kerana prihatin dengan suara rakyat.



Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan (0)