Persiapan Sambut Bulan Ramadhan

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan 2020. Alhamdulillah tinggal beberapa hari je lagi kita nak sambut Ramadhan. 

Tahun 2020 menjadi Ramadan paling berbeza, semestinya menjadi sejarah satu dunia weh, semuanya kerana COVID. 

Betapa besarnya kuasa Tuhan, sekali bagi ujian habis terlangkup semua. Macamana dengan persediaan Ramadan? 

Panduan & Doa Sambut Ramadan

Masih dalam mood kemurungan tak dapat balik berpuasa dan berbuka bersama keluarga di kampung, atau korang dah move on? Syabas yang dah move on, yang belum sila ambil masa.

Buat diri sendiri walaupun belum kuat tapi kena kuat demi anak-anak terutama anak bujang yang dalam fasa belajar menjaga puasa. 

Puasa paling mencabar sebab kali ni duduk rumah je. Aku jangkakan akan ada drama air mata pening kepala dan sakit perut. Kita tengok sajalah macamana nanti.

Aku sendiri dah mula siapkan mental fizikal untuk sambut Ramadhan. Senarai menu berbuka dan waktu sahur aku dah print dan bakal dirujuk bila tiba masanya. 

Kali ni aku ajak anak dan suami sama-sama fikir. Baru mereka sedar beban kepala otak aku berfikir nak masak apa hari-hari. Bukan mudah ok.

Menu hari pertama puasa tahun lepas 

Menu 30 hari beserta Resepi sepanjang Ramadhan 



Doa Sambut Bulan Ramadan


“Ya Allah berkahilah kami di bulan Rajab dan Sya'ban, serta pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan”
Niat Puasa

Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardu bulan Ramadan pada tahun in Kerana Allah Taala.
Doa Berbuka Puasa

Ya Allah! Bagi Engkau aku berpuasa, dengan Engkau aku beriman, atas rezeki Engkau aku berbuka dan dengan rahmat Engkau wahai Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang


Seorang Mukmin itu wajib berpuasa bila telah cukup 4 syarat wajib iaitu; Islam, Baligh, Berakal & juga Berkuasa. Dulu masa sekolah rendah selalu hafal semua ni, ustazah akan soal sorang-sorang. 

Bila dapat jawab tu perasaan seronok tak terkata. Dah dewasa ni ualngkaji sendiri sajalah. Sampai giliran bersoal jawab dengan anak pula.

Indahnya Islam menyuruh umatnya berpuasa adalah tak lain tak bukan kerana hikmah puasa yang begitu besar. 

Kita diajar supaya berpuasa selama sebulan supaya dapat menanam rasa insaf terhadap golongan miskin dan mereka yang kurang berkemampuan. 

Masa berpuasa lah kita melatih diri cuba memahami erti kelaparan disamping mendidik hati denagn sabar.

Selama sebelas bulan kita manjakan diri dan perut dengan makan tanpa henti, berbeza pada bulan puasa kita berikan rehat secukupnya supaya kita dapat mengekalkan kesihatan yang baik untuk jangka panjang.

Air Viral Di Bulan Puasa ~Tekan SINI!

Dah boleh study dan ingat semula perkara-perkara yang membatalkan puasa. Kalau tak ingat meh aku kongsikan sedikit tentang perkara-perkata yang membatalkan puasa adalah seperti berikut: Sumber Majlis Islam Melaka




Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua tak kira kat mana korang berada. Semoga masing-masing tabah menghadapi dugaan berpuasa diperantauan. 

Marilah kita feeling duduk di oversea dan tak cukup duit nak beli tiket flight balik kampung. Lol.
Semoga wabak ni cepat tamat dan kita semua boleh menjalani kehidupan seperti biasa. 

Doa sangat jangan la ada yang ingkar arahan PKP. Kang semua duduk dekat penjara, penuh pula tempat tahanan dah jadi Kluster penjara pula.

Kita mesti menang dan kita tiada pilihan melainkan untuk menang.

Baca Tentang Boleh Ke Puasa Enam di Sekali kan Dengan Puasa Ganti?


Terima Notis Copyright Claim Di Youtube

Sebelum ni memang aku kurang pendedahan bila orang bercakap pasal copyright claim. Ilmu tu semestinya masih mencari. 

Terjadinya copyright claim, apabila edit video dan kita pilih dan masukan lagu / musik yang ada copyright. 

Kita tak akan tahu kita kena notis copyright sehinggalah kita upload di medium sosial seperti Youtube, Instagram dan juga Facebook. Kalau di platform lain aku tak pasti pula.  

Copyright membawa maksud hak cipta, hak cipta terpelihara dimiliki oleh seseorang yang mencipta karya ataupun konten secara sah mengikut undang-undang


Pengalaman Pertama Terima Notis Copyright Claim di Youtube

Kita boleh dikenakan tindakan undang-undang jika disabitkan mencuri, menggunakan tanpa kebenaran oleh pemilik.

Apa yang berlaku, biasanya kalau edit video dan kemudian muat turun muzik dan guna sebagai bunyi latar belakang video supaya konten jadi lebih menarik dan tak membosankan. 

Jadi bila timbul isu terima notis copyright claim jadi sia-sia je video yang di edit sebab kebarangkalian di muat naik akan dihalang. Ini yang kerap berlaku di Instagram dan Facebook.

Jemput Subscribe Youtube aku ~  Meh sokong sesama kita SINI

Copyright tidak terhad kepada konten muzik sahaja, contoh lain seperti video, filem, gambar,rakaman suara, lukisan, video game dan lain-lain.



Terima Notis Copyright Claim Di Youtube

Aku sedar salah satu video yang aku muat naik di Youtube dikenakan Copyright claim bila aku semak di Youtube Studio secara tak sengaja. 

Video tu ialah video unboxing goodies yang aku dapat semasa aku menghadiri event yang Shopee anjurkan.

Video tu pun pendek je, masih noob masa tu buat video main letak je muzik apa yang ada dan akhirnya selepas setahun aku upload baru sekarang sedar dikenakan Copyright claim. 

Jadi korang yang rajin buat video, sila lah semak restrictions status video masing-masing ya.

Apa yang aku faham, bila kita video kita kena copyright claim oleh Youtube segala adsense earning (monetize jika ada) tidak dapat dijana dan kalau ada akan dibayar kepada pemilik asal. 

Semakin tinggi view sepatutnya tinggi earning kan? Setakat ni aku tak layak lagi nak dapat earning adsense di Youtube jauh lagi jadi tidak lah risau sangat. lol.




Cara-Cara Semak Restrictions Copyright Claim Youtube

Perkara pertama kena buat adalah kena log masuk ke Youtube Studio. Kemudian boleh pergi ke senarai video yang telah dimuatnaik. 

Di bahagian ini korang akan nampak visibility, restrictions, date, views, comment dan juga peratus likes dan juga dislikes video yang korang terima.

Fokus kepada kolum restrictions. Akan terpampang status ‘Copyright Claim’ jika video yang korang muat naik tu kantoi dengan Youtube.

“Copyright Claim – This video was found to contain copyrighted material. As a result, it cannot be monetized by the uploader”

Semestinya Youtube sangat menjaga konten-konten video yang di muat naik.





Copyright Summary and Status

Untuk lebih faham korang boleh rujuk gambar di bawah tentang penerangan berkaitan copyright. Apa yang aku faham, status copyright claim tidak akan beri kesan kepada channel youtube korang dan masih boleh di tonton oleh orang ramai. 

Cuma, ianya akan beri kesan kepada monetization sahaja, atau lebih mudah segala hasil dari iklan akan diberikan kepada pemilik asal sebab korang dah guna hak mereka. lebih kurang begitu la penerangan.

Dalam video yang aku buat tu aku guna lagu Shot Dem (feat Koonta), Youtube juga akan bagi detail kesalahan dan apa perlu dibuat. 

Ada dua pilihan, sama ada untuk tukar lagu yang tiada copyright atau mute kan lagu tersebut. Membisukan video la kiranya.




Pilihan Mute Claimed Song

1 Mute All sound when song plays – Buang terus lagu dan segala bunyi yang ada dalam video
2 Mute song only – buang lagu yang ada copyright tapi masih ada bunyi lain dalam video


Jadi terpulang pada korang nak pilih yang mana ya. Lepas selesai buat pilihan dan tekan submit korang kena tunggu pihak Youtube buat kerja mereka pula. 

Boleh check lepas bebrapa hari status restriction akan bertukar jadi "None". Video kita pula akan mengikut pilihan kita buat tu.


Kesimpulan

Sekian sahaja perkongsian aku tentang Pengalaman Pertama Terima Notis Copyright Claim di Youtube. 

Aku juga dah terangkan tentang apa maksud copyright mengikut kefahaman aku sendiri, cara-cara nak semak video yang ada status restrictions Copyright Claim Youtube, dan apa perlu korang buat untuk bebaskan dari restriction tersebut. 

Semoga sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada korang kat terutama newbie Youtuber macam aku ni. Jumpa lagi di lain entri.

Kontroversi Lagu Versi Cover AISYAH Istri Rosulullah

Aku tengah kemaruk dengar lagu cover Aisyah Istri Rasulullah ni lepas dengar Dato Siti Nurhaliza cover lagu ni dalam aplikasi Smule. 

Sampailah aku buka di Youtube Dato Siti ada kenyataan dari penulis asal lirik lagu cover (nyanyian semula) Aisyah.

Mula-mula macam pelik apa masalah sampai orang bergaduh dan jadi kontroversi di peringkat antarabangsa. Wow sangat. 

Oleh sebab nak tahu cerita sebenar jadi aku pon jadi netizen yang ambil berat hal ehwal semasa. Ok joke.

Kontroversi Lagu Versi Cover AISYAH Istri Rosulullah

Cerita sebenarnya, lagu Cover Aisyah Istri Rasulullah tiba-tiba viral dalam dua minggu lepas di Internet padahal lagu cover ni telah lama dinyanyikan pada tahun 2017. 

Waktu tu lagu ni dinyanyikan oleh saudara Hasbi Haji Muh Ali (Mr Bie) yang merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Kalabakan, Tawau. Dah lama baru nak meletop dah kenapa?

Mr Bie buat parodi lagu Aisyah yang dinyanyikan oleh penyanyi asal (Projector Band, lagu ciptaan Angah Razif), jadi dia tukar lirik dan tajuk jadi Aisyah RA. 

Lirik berkaitan isteri Nabi, Aisyah dan kisah percintaan Nabi. Kemudian, di Indonesia pula lagu parodi Aisyah RA mendapat sambutan dan mereka pula ubah tajuk lagu kepada Aisyah Istri Rasulullah.




Lagu asal dinyanyikan oleh Projector Band, kemudian Lagu Aisyah diparodikan oleh Mr Bie (Tajuk: Aisyah RA) diparodikan di Indonesia (Tajuk: Aisyah Istri Rasulullah)

Boleh baca temuramah Wartawan hmetro dekat bawah ni.

PENULIS lirik lagu nyanyian semula atau versi ‘cover’, Ustaz Hasbi Muh Ali tidak menjangka lagu itu tular sepanjang tempoh dua minggu ini.

Hasbi, 34, yang juga guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Kalabakan, Tawau, Sabah berkata, parodi itu sudah dirakam sejak 2017 lalu beberapa bulan selepas penyanyi asal, Projector Band melancarkan lagu itu.

“Lagu asal ialah Aisyah, tapi saya ubah lirik dan tajuk kepada Aisyah RA. Namun, apabila versi parodi ini mula dinyanyikan semula di Indonesia mereka tukar kepada Aisyah Isteri Rasulullah.

“Tidak menjangka pula lagu ini tular sepanjang dua minggu lepas selepas dinyanyikan sensasi YouTube, MS Muallimah. Malah, 10 lagu dalam carta trending adalah versi nyanyian semula lagu ini.

“Begitu juga selepas dinyanyikan Nissa Sabyan terus menlonjak ke kedudukan nombor satu. Kemudian, beberapa penyanyi tempatan mulai menyanyikan lagu ini, termasuklah Datuk Seri Siti Nurhaliza,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Hasbi, walaupun lirik lagu parodi itu menimbulkan perdebatan dalam kalangan ulama di Indonesia, dirinya tetap bersyukur apabila turut menarik minat orang bukan Islam di sana.

“Isu timbul apabila lirik diterjemahkan ke bahasa Indonesia. Jadi, wujud kekeliruan di situ. Hanya satu pihak saja yang berasakan ia kurang sesuai, selebihnya okay. Malah, Ustaz Abdul Somad juga memberikan komen mengatakan lirik dan bahasa lebih dekat dengan anak muda zaman sekarang.

“Kebanyakan yang menyanyikan semula lagu ini di sana adalah orang bukan Islam. Mereka DM saya minta izin kerana tertarik dengan lirik. Dari situ mereka dapat kenal Rasulullah.

“Pada awal menghasilkan lirik ini, saya merujuk pada sembilan hadis Nabi yang menceritakan sifat Aisyah, perilaku Aisyah terhadap Rasulullah, sikap romantis Rasulullah dan banyak lagi. Dalam masa sama, saya juga bertanya kepada beberapa penulis lirik lagu nasyid,” katanya.

Hasbi yang menggunakan nama Mr Bie di YouTube mula berkecimpung dalam dunia nyanyian semula lagu pada 2010. Dia pernah tular menerusi lagu Ombak Rindu, Sayang (Shae) dan banyak lagi.


Lirik Lagu Parodi Aisyah Istri Rasulullah

Ha lagu ni pun jadi kontroversi bila ada Ulama di Indonesia beri pendapat lirik asal agak kurang sopan. Jadi ada dua versi lirik, versi asal dan versi lebih sopan dan beradap. 

Yelah, kita bukan menyanyi dan bercerita tentang orang biasa. Isteri Nabi kesayangan Umat Islam. Semua kena jaga dan versi sopan lebih sedap di dengar. Masing-masing ada pendapat.


Lirik Asal lagu Parodi AISYAH Istri Rosulullah



Mulia indah cantik berseri
Kulit putih bersih merah dipipimu
Dia Aisyah putri Abu Bakar
Istri Rasulullah

Sungguh sweet Nabi mencintamu
Hingga Nabi minum di bekas bibirmu
Bila marah, Nabi kan bermanja
Mencubit hidungnya

Aisyah…
Romantisnya cintamu dengan Nabi
Dengan baginda kau pernah main lari-lari
Selalu bersama hingga ujung nyawa
Kau disamping Rasulullah…

Aisyah…
Sungguh manis oh sirah kasih cintamu
Bukan persis novel mula benci jadi rindu
Kau istri tercinta Ya Aisyah Humairah…
Rasul sayang, kasih, Rasul cintamu

Mulia indah cantik berseri
Kulit putih bersih merah dipipimu
Dia Aisyah putri Abu Bakar
Istri Rasullallah

Sungguh sweet Nabi mencintamu
Bila lelah Nabi baring di jilbabmu
Seketika kau pula bermanja
Mengikat rambutnya

Aisyah…
Romantisnya cintamu dengan Nabi
Dengan baginda kau pernah main lari-lari
Selalu bersama hingga ujung nyawa
Kau disamping Rasulullah…

Aisyah…
Sungguh manis oh sirah kasih cintamu
Bukan persis novel mula benci jadi rindu
Kau istri tercinta Ya aisyah Humairah…
Rasul sayang, kasih, Rasul cintamu


Lirik AISYAH Istri Rosulullah Cover Versi Sopan / Adab  oleh FaizAlhabib

Mulia indah sejuk berseri..
Cerdas pandai lembut penuh kasih sayang
Beliau Aisyah, putri Abu Bakar
Istri Rasulullah..

Sungguh besar Nabi mencintamu
Hingga Nabi minum di bekas gelasmu
Bila marah.. Nabi kan bermanja
Menghibur hatimu

Aisyah.. Ketulusan cintamu pada Nabi
Dengan Baginda kau selalu tulus berbakti
Selalu bersama.. hingga ujung nyawa
Kau disamping Rasulullah..

Aisyah.. sungguh manis
Oh sirah kasih cintamu..
Jauh dari kisah novel yang sekedar syahdu
Kau istri baginda
Ya Aisyah Humairah
Rasul sayang, kasih Rasul cintamu..

Takkan cukup gambarkan kemuliaanmu
Sosok wanita teladan hingga nanti
Beliau Aisyah, Istri kesayangan
Bagi Rasulullah..

Sungguh sangat besar pengabdianmu
Tiada lelah menemani syiar Nabi
Banyak hadist tlah kau riwayatkan jadi tuntunan kami

Menurut Faiz Alhabib, dia buat gubahan lirik versi ini kami buat bukan untuk "tandingan" dari versi yang ada. 

Namun atas dasar himbauan dari beberapa Ulama di Indonesia, salah satu nya yaitu Buya Yahya. yang menganggab lagu ini bagus, namun penggunaan kalimat nya kurang adab terhadab sayyidah 'Aisyah, kata kata fisik yang terasa kurang sopan untuk mengungkapkan sosok ibunda umat islam dan Istri Nabi Muhammad SAW. 

Maka dengan Versi ini kami mencoba membuat kalimat kalimat yang berbeda dengan harapan semoga Versi ini bisa diterima masyarakat sebagai pembelajaran tentang adab berbahasa terhadap Junjungan kita Nabi dan keluarga Nabi.

 Penyanyi Mana Nyanyi Lagi Sedap?

Ramai sungguh artis nyanyi lagu ni dan semestinya aku ada penyanyi favourite aku. Kalau ikut selera telinga aku macam dekat bawah ni.

1 Khai Bahar dia nyanyi paling sedap di telinga aku, then dia nyanyi guna lirik yang sopan tu. Perghh menusuk sangat. 

2 Penyanyi kesukaan aku sejak dulu lagi Dato Siti Nurhaliza 

3 Aku baru kenal Mohamed Tarek& Mohamed Youssef, nyanyian dalam bahasa Arab gaiz. Amboi sedap. Trending no 9 di Youtube.

4 Suara penyanyi kumpulan Sabyan, Nissa pun power. Mendayu je.


Apa Jadi Dengan Penyanyi Asal, Angah Razif Projector Band?

Weh dalam seronok melayan artis-artis buat cover lagu parodi Aisyah, rasa syahdu bila dengar luahan penyanyi asal, Angah Razif dalam lagu baru dia Aku Yang Tak Dianggap. 

Dalam lirik tu dia kata, lagu dia telah diguna tanpa izin. Sedih bila baca suara hati orang seni ni, penggunaan kata-kata tu padu sangat.




“Nukilan ku ini, hanyalah suara hati dari seorang musician dan aku turut mewakili setiap dari mereka yang senasib denganku.lagu ini aku ciptakan dari hatiku yang paling dalam dan jauh sekali untuk dambarkan puji mahupun mengeji. 

Aku tidak meminta minta.. Hanya cukup dihargai dan dihormati, kerana setiap petikan gitar hanya untuk mengisi beras di guni. Namun, bagi mereka yang menghormati, amat ku sanjung tinggi budi pekertimu dan amat berterima kasih di atas penghargaanmu.”

Tolong support gais. Suara dia memang sedap. Boleh tengok Youtube di di sini 


Lirik Lagu Aku Yang Tak Dianggap

Lagu nyanyian: Angah Razif (Projector Band)
Lagu ciptaan: Angah Razif (Projector Band)

Wang Bukan Yang Aku Kejar
Hanya Mahu Dihargai
Benar Aku Manusia
Yang Punya Hati
Aku Hanya Bicarakan
Tentang Hak Ku Yang Di Ubah
Tanpa
Meminta Keizinanku
Kupunya Keluarga
Yang Hendak Dijaga
Hormati Ku Sebagai Musisi
Kerna Itu Lah Pencarian Rezekiku
Buat Ibuku
Yang Ku Harapkan Budi Bicara Yang
Baik Buat Ku Dan Semua
Jika Ada Yang Tersinggung Hati
Maaf Ku Juga
Insan Tak Sempurna

Aku Hanya Bicarakan
Tentang Hak Ku Yang Di Ubah
Tanpa
Meminta Keizinanku
Kupunya Keluarga
Yang Hendak Dijaga
Hormati Ku Sebagai Musisi
Kerna Itu Lah Pencarian Rezekiku
Buat Ibuku
Yang Ku Harapkan Budi Bicara Yang
Baik Buat Ku Dan Semua
Jika Ada Yang Tersinggung Hati
Maaf Ku Juga
Insan tak sempurna


Lagu sedih ni pon banyak kali aku ulang dengar. Best. Ok selamat mendengar. 

Kena Cuba Tofu Ikan Berkeju FIGO

Kali ini aku nak kongsikan tentang Tofu Ikan Berkeju jenama FIGO. Maaf la korang, aku tengah rajin makan dan memasak. 

Rajin dalam erti kata lain kena masak sebab ada perut perlu di isi baca anak-anak asyik minta makanan.

Pertama kali aku cuba Tofu Ikan Berkeju ni dan aku jatuh cinta habis. Kesukaan aku pada makanan memang tidak berbelah bahagi. 


Sedapnya Tofu Ikan Berkeju, Cheesy Fish Curd FIGO

Gabungan Tofu dan juga keju memang secocok. Tofu kan sifat dia lembut gitu, kena pula dengan keju yang lemak masin. Memang sedap la weh. 

Lagi satu selain keju, dalam tofu ni ada LABU. Ya pertama kali aku jumpa produk ada labu dalam tofu. Ok jakun.

Aku tak pasti ini produk keluaran terbaru FIGO atau tidak, tapi yang beli adalah suami aku. Sebelum ni memang kami jarang beli frozen food, cuma beli bila teringin. 

Oleh sebab nak buat stok semasa PKP suami cuba-cuba beli je sebenarnya.





Ramuan Tofu Ikan Berkeju

Ha semenjak menginjak usia, aku setiap kali beli barang pasti akan semak isi kandungan / ramuan dekat plastik bungkusan. 

Bukan acah-acah bagus ya, tapi dah jadi tabiat sebab anak-anak aku akan tanya asal usul kejadian makanan yang kami beli.

Awal-awal rasa annoyed juga nak menjawab soalan KBKK anak-anak tetapi lama kelamaan melatih kami sebagai ibu bapa untuk semak ramuan sebelum beli. 

Part of parenting skill juga kiranya. Makan sambil belajar yang sebenarnya memang kena buat oleh setiap orang. Tapi aku baru rajin buat. lol.


Satu tip bila semak isi kandungan sesuatu produk, kena tengok apa bahan pertama dia tulis. Bahan pertama adalah bahan paling banyak digunakan dalam sesuatu produk. 

Macam Tofu Ikan Berkeju ni 50% adalah isi ikan, labu 26%, tepung Ubi Kayu 9%, Keju 8% dan lain-lain.

Siapa yang ada alahan dengan susu dan ikan kena ambil perhatian dan jangan pula nak cuba ya. Ianya juga diproses di dalam kilang yang memproses produk yang mempunyai kerang Krustasia, Moluska, Kacang Soya, telur dan juga gandum. 

Jadi hati-hati lah siapa yang nak mencuba. Jadi apa-apa atas tanggungjawab sendiri tau. Teringat Ayam Korea Cheese 



Cadangan Hidangan Menggunakan Tofu Ikan Berkeju

Masa aku menulis bab cadangan hidangan ni air liur dah mula nak keluar. Adoi terbayang kelembutan juga lemak masin keju dan manis buah labu. Selain goreng, korang boleh stim, kacau goreng atau rebus. 

Ni kalau buat Oden Tomyam macam dekat family mart pun mesti sedap ni. Aku hari tu tak sempat nak rebus, semua aku goreng lepas tu berebut makan dengan anak-anak.

Jadi terpulang la kepada minat masing-masing. Sesuai dijadikan hidangan sampingan semasa sarapan pagi atau pun untuk minum petang. 

Ni aku buat review tidak berbayar tau, ikhlas tulis sebab sedap sangat. Jadi FIGO please sponsor aku produk-produk yang sedap okeh.




Pendapat Aku

Eh pasal makanan pun nak kena ada pendapat eh? Mestilah kena bagi pendapat kang dikatakan menggalakan makan makanan tidak berkhasiat. Lol. 

Makanlah dalam kadar sederhana, sebab kita manusia ada nafsu yang kalau nampak mesti nak cuba. normal la tuh.

Seperti yang aku selalu ulang tulis, nak makan apa pun nak buat apa pun semua kena sederhana. Jaga pengambilan makanan, gula dan garam sebab penyakit dia tak kenal usia. 

Lagi satu, sakit bukan terus kena, dia ambil masa. Amalkan gaya hidup sihat, makan secara sederhana dan lebihkan makan sayur dan buah-buahan. 

Jangan lupa senaman. Sebelum terlupa boleh cari produk Figo di pasaraya-pasaraya berdekatan anda.