Terima Notis Copyright Claim Di Youtube

Rodiah Amir
Sebelum ni memang aku kurang pendedahan bila orang bercakap pasal copyright claim. Ilmu tu semestinya masih mencari. 

Terjadinya copyright claim, apabila edit video dan kita pilih dan masukan lagu / musik yang ada copyright. 

Kita tak akan tahu kita kena notis copyright sehinggalah kita upload di medium sosial seperti Youtube, Instagram dan juga Facebook. Kalau di platform lain aku tak pasti pula.  

Copyright membawa maksud hak cipta, hak cipta terpelihara dimiliki oleh seseorang yang mencipta karya ataupun konten secara sah mengikut undang-undang


Pengalaman Pertama Terima Notis Copyright Claim di Youtube

Kita boleh dikenakan tindakan undang-undang jika disabitkan mencuri, menggunakan tanpa kebenaran oleh pemilik.

Apa yang berlaku, biasanya kalau edit video dan kemudian muat turun muzik dan guna sebagai bunyi latar belakang video supaya konten jadi lebih menarik dan tak membosankan. 

Jadi bila timbul isu terima notis copyright claim jadi sia-sia je video yang di edit sebab kebarangkalian di muat naik akan dihalang. Ini yang kerap berlaku di Instagram dan Facebook.

Jemput Subscribe Youtube aku ~  Meh sokong sesama kita SINI

Copyright tidak terhad kepada konten muzik sahaja, contoh lain seperti video, filem, gambar,rakaman suara, lukisan, video game dan lain-lain.



Terima Notis Copyright Claim Di Youtube

Aku sedar salah satu video yang aku muat naik di Youtube dikenakan Copyright claim bila aku semak di Youtube Studio secara tak sengaja. 

Video tu ialah video unboxing goodies yang aku dapat semasa aku menghadiri event yang Shopee anjurkan.

Video tu pun pendek je, masih noob masa tu buat video main letak je muzik apa yang ada dan akhirnya selepas setahun aku upload baru sekarang sedar dikenakan Copyright claim. 

Jadi korang yang rajin buat video, sila lah semak restrictions status video masing-masing ya.

Apa yang aku faham, bila kita video kita kena copyright claim oleh Youtube segala adsense earning (monetize jika ada) tidak dapat dijana dan kalau ada akan dibayar kepada pemilik asal. 

Semakin tinggi view sepatutnya tinggi earning kan? Setakat ni aku tak layak lagi nak dapat earning adsense di Youtube jauh lagi jadi tidak lah risau sangat. lol.




Cara-Cara Semak Restrictions Copyright Claim Youtube

Perkara pertama kena buat adalah kena log masuk ke Youtube Studio. Kemudian boleh pergi ke senarai video yang telah dimuatnaik. 

Di bahagian ini korang akan nampak visibility, restrictions, date, views, comment dan juga peratus likes dan juga dislikes video yang korang terima.

Fokus kepada kolum restrictions. Akan terpampang status ‘Copyright Claim’ jika video yang korang muat naik tu kantoi dengan Youtube.

“Copyright Claim – This video was found to contain copyrighted material. As a result, it cannot be monetized by the uploader”

Semestinya Youtube sangat menjaga konten-konten video yang di muat naik.





Copyright Summary and Status

Untuk lebih faham korang boleh rujuk gambar di bawah tentang penerangan berkaitan copyright. Apa yang aku faham, status copyright claim tidak akan beri kesan kepada channel youtube korang dan masih boleh di tonton oleh orang ramai. 

Cuma, ianya akan beri kesan kepada monetization sahaja, atau lebih mudah segala hasil dari iklan akan diberikan kepada pemilik asal sebab korang dah guna hak mereka. lebih kurang begitu la penerangan.

Dalam video yang aku buat tu aku guna lagu Shot Dem (feat Koonta), Youtube juga akan bagi detail kesalahan dan apa perlu dibuat. 

Ada dua pilihan, sama ada untuk tukar lagu yang tiada copyright atau mute kan lagu tersebut. Membisukan video la kiranya.




Pilihan Mute Claimed Song

1 Mute All sound when song plays – Buang terus lagu dan segala bunyi yang ada dalam video
2 Mute song only – buang lagu yang ada copyright tapi masih ada bunyi lain dalam video


Jadi terpulang pada korang nak pilih yang mana ya. Lepas selesai buat pilihan dan tekan submit korang kena tunggu pihak Youtube buat kerja mereka pula. 

Boleh check lepas bebrapa hari status restriction akan bertukar jadi "None". Video kita pula akan mengikut pilihan kita buat tu.


Kesimpulan

Sekian sahaja perkongsian aku tentang Pengalaman Pertama Terima Notis Copyright Claim di Youtube. 

Aku juga dah terangkan tentang apa maksud copyright mengikut kefahaman aku sendiri, cara-cara nak semak video yang ada status restrictions Copyright Claim Youtube, dan apa perlu korang buat untuk bebaskan dari restriction tersebut. 

Semoga sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada korang kat terutama newbie Youtuber macam aku ni. Jumpa lagi di lain entri.