Tim’s Tea House Café Taman Melawati

Pertama kali melangkah masuk ke Tim’s Tea House Café rasa tenang sangat mata memandang. Suka dengan hiasan dalaman café bertemakan English Style. 

Layak dikategorikan sebagai Instagram worthy cafes di KL. Konsep moden macam tu. Jangan terkeliru dengan satu lagi café yang berada di bawah pengurusan yang sama iaitu Tim's Teapot Terrace. 

Lokasi kedua-dua café pun berdekatan sahaja. 



Tim’s Tea House Café Taman Melawati

Rancangan awal sebenarnya nak ke Tim's Teapot Terrace tapi tukar plan di saat akhir sebab risau parking tak available jadi kami setuju nak cuba Tim’s Tea House. 

Kiranya Tim's Teapot Terrace café lama dan Tim’s Tea House Café merupakan café baru dan mula beroperasi pada Ogos 2021. 

Kalau nak tahu Tim's Teapot Terrace pernah dan masih viral serta menjadi tumpuan warga maya disebabkan café dia yang aesthetic dan instagrammable. 

Personally bagi aku masuk sini vibe dia rasa macam minum teh di Cameron Highlands. Dekat sini self-service ya, order di kaunter, sebut nombor meja dan nanti makanan akan dihantar ke meja. 

Nak merasa Hi Tea di dekat awan boleh cuba Hi Tea Di Atmosphere 360 Menara Kuala Lumpur


Tims-Tea-House-Cafe



Menu Tim’s Tea House Café Taman Melawati

Semestinya dekat sini menu adalah western food. Ada starter seperti Mushroom dan Brocolli soup. Aneka snacks & pie (calamari rings, fish & chips, Broccoli fritters, chicken pie), Sandwiches (Tuna & chicken). 

Menu utama pula seperti Lasagna, Spaghetti, meatball, dan quiche. Pelbagai pilihan dessert yang boleh buat korang rambang mata dan paling utama pelbagai jenis pilihan Tea. 

Serius teh dia sedap, Tim’s Tea House Café apa yang peminat teh suka. Kalau nak minuman sejuk & selain the boleh cuba Coffee dan Whittard Iced Tea. 

Pilihan Tea (Panas): 

  • English Tea
  • English Rose 
  • Earl Grey
  • Apple & Elderflower
  • Blueberry Rooibos
  • Golden Camomile 
  • Lemon & Ginger
  • Liquories Lemongrass
  • Mango & Bergamot
  • Peppermint 
  • Piccadilly
  • Turkish Apple 
  • Super fruit 
  • Very Berry Crush 


tea-set -tim’s-Tea-House-Café



Pilihan dessert: kebanyakkan cake dia bersaiz mini range price RM13.

  • Chocolate Orange 
  • Victoria Sandwich 
  • Chocolate Truffle 
  • Pandan Gula Melaka
  • Butterscoth Nutty 
  • Rose Pistachio
  • Lemon Buttercream 
  • Scones
  • Lemon Puppyseed
  • Carrot Cake
  • Onde-Onde
  • Biscoff Crepe
  • Bread Butter Pudding
  • Creme Brule
  • Nutella Cheese Tart
  • Burnt Cheese Cake
  • Pavlova
  • Macadamia Cheese Cake
  • Blueberry Tartlet
  • Triple Choc Cheesecake
  • Ferraro Cheesecake




Apa kami Cuba di Tim’s Tea House Café?

Oleh sebab first time, maka kami cuba mushroom soup (RM12.90), Scone (RM6.50), Kek Onde-onde(RM13.00), Hot Chocolate(RM9.90), dan iced Latte(RM11.90). 

Disebabkan suhu pendingin hawa agak tinggi dan terlalu sejuk jadi Mushroom soup bertukar jadi pekat. 

Scone bukanlah scone paling sedap aku pernah makan dan kek Onde-Onde terlalu manis untuk aku. Hot chocolate memang rich dan manis. Iced Latte pula biasa-biasa sahaja. 



menu-tims-tea-cafe



Kemudian for second round, kami cuba Blueberry Rooibos Tea (RM10.90) dan Calamarie Rings (RM15.90). Geram nak cari tea pot dia ni. Berkenan sungguh. 



Roobois-Tea-Tim’s-tea-House-Café



Macam aku nyatakan dekat atas, bagi aku harga dia agak over price and yes kita bayar untuk keselesaan. 

Teh dia memang sedap kena dengan suasana Café. 



calamari-rings



Hasil pembacaan di Google review pula ramai suka Mac & Cheese dan Mushroom Quiche. Kalau tak tahu nak makan apa boleh cuba Afternoon Tea Set sebab dalam tu dah ada savouries/sandwich, scones dan juga sweets dessert.  

Harga untuk afternoon Tea Set ialah RM59 seorang, RM110 untuk dua orang. Set termasuk air Teh, dessert/savoury bergantung kepada stok yang ada. 

Teruja nampak meja sebelah pesan makan dengan kawan-kawan. Boleh tahan meriah. Teringat Hi Tea di Hotel Istana Kuala Lumpur



What to expect? 

Ha ini penting ya. Seperti aku cakap tadi disebabkan orang berebut nak datang kesini jadi café ni selalu penuh terutama waktu tea time. 

Café dia agak cramp, sarat dengan kerusi meja, hiasan dan sofa. 

Digalakkan untuk datang pada hari bekerja, lebih selesa nak lepak lama-lama. Serius kalau datang sini rasa tenang sangat. 

Sesuai dijadikan tempat untuk reunion kawan sekolah, minum petang dengan parent or nak feeling romantic dating dengan husband. 

Dari segi menu pula tiada menu masakan Melayu ya. Masa aku pergi, tak cuba main menu dia jadi tak adil aku komen lebih-lebih. 

Untuk mudahkan korang ke café ni boleh la park kereta di depan Melawati Mall berhampiran restoran 69 Islamic Steak House. Makan Western Food dekat situ pun sedap.  Then jalan kaki je. 

Overall aku suka datang sini sebab rasa tenang sangat. As I said, tempat untuk kita relax. Repeat? Of cos dah ajak suami datang lain kali. 


Kesimpulan 

Sesekali dapat menikmati kehangatan Teh dan luangkan masa bersama yang tersayang di Tim’s Tea House Café Taman Melawati memang seronok. 

Dekorasi yang cantik sedap mata memandang, 


Beg Sekolah SWAN Jenama Dipercayai Berkualiti

Rasa sedikit janggal bila mencari beg sekolah untuk Raudah waktu sekarang ni. Kalau sebelum ni, urusan membeli barang keperluan sekolah dilakukan pada hujung tahun tapi sekarang takwim sekolah dah berubah ya.

Penangan Covid 19 habis bertukar semua perkara. Apa pun lega sesi taklimat kemasukan murid Pra baru je selesai minggu lepas. Jadi dah boleh mula beli kelengkapan persekolahan anak-anak.


Beg Sekolah SWAN Jenama Dipercayai Berkualiti

Paling semangat semestinya Raudah sebab ini adalah pengalaman pertama dia ke sekolah. Hari-hari sibuk tanya bila nak belikan dia beg sekolah, nak beli buku, baju dan kasut.

Dia dah beritahu abah dia senarai barang perlu beli dan dah kongsi juga warna pilihan untuk bag sekolah.

beg-sekolah-swan-easy-pac


Beg Sekolah SWAN Easy Pac with Personalisation

Oleh sebab ini merupakan kali pertama dia ke sekolah secara rasmi jadi aku pun turut sama teruja nak bagi kejutan untuk dia dengan harapan dia akan sukakan sekolah.

Dah beritahu suami nak belikan dia beg sekolah SWAN Easy Pac with Personalisation. Perkara paling aku suka tentang beg sekolah SWAN ni sebab boleh personalise nama dekat beg.

Sekurang-kurangnya risiko beg tertukar tu dah tak perlu risau. Andai kata beg tertinggal dekat mana-mana pun, mudah nak dipulangkan semula kepada Raudah.

Maklumlah pertama kali nak lepaskan dia ke sekolah jadi kena bersedia dengan segala kemungkinan. Tak pasti lah ini perangai Asian Mom atau aku je yang over protective. ahaks.

Untuk abang dia darjah Lima aku belikan Beg Sekolah Troli SWAN Technolite Beroda

 

Beg-galas-swan


Beg Sekolah swan Jenama Dipercayai berkualiti

Jenama SWAN Malaysia memang diakui dan dipercayai serta menjadi pilihan ibu bapa apabila mencari beg sekolah berkualiti tinggi dan tahan lasak.

Rupa-rupanya SWAN Malaysia dah 70 tahun berada di pasaran dan sebab tu dia mampu hasilkan beg mengikut keperluan anak-anak ikut peringkat umur.

Macam SWAN bag Easy Pac with Personalisation, target dia adalah untuk anak-anak yang baru mula bersekolah.

Jadi reka bentuk, ciri-ciri beg lebih sesuai untuk anak-anak tadika dan murid sekolah rendah.  


beg-pra-sekolah


Review Beg Sekolah SWAN Easy Pac with Personalisation


1) Beg Untuk Murid PraSekolah

Suka dengan reka bentuk yang simple dan warna yang ceria. Saiz bag pun sedang molek sesuai & selesa untuk Raudah galas ke sekolah.

Berat beg hanya 600gram sahaja. Sesuai untuk jagaan harian dan murid prasekolah.

 

 

pilihan-design-bag-swan


2) 9 Pilihan Warna & Corak Menarik

Oleh sebab Raudah memang sukakan Unicorn sejak kecil lagi jadi aku dah tak pandang corak lain. Selain Unicorn, tersedia juga corak Bear, Love, Crab, Pink, Blue, Yellow, Dinasour dan Star.

Semua corak dan warna sesuai untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan.

3) Beg diperbuat daripada fabrik berkualiti dan jahitan yang kemas serta straps bahu yang selesa dan tebal.

4) Rasa special sebab boleh tempah khas tulis nama dekat beg dan tak risau beg hilang atau pun tertukar dengan kawan satu kelas. Kalau tak mahu personalised nama pun boleh.

reflective-material-school-bag

5) Suka dengan ciri istimewa bag SWAN ni sebab ada ‘reflective material’ di bahagian straps yang berfungsi bila berada di persekitaran yang gelap.

6) SWAN Malaysia juga beri waranti kerosakan beg selama 6 bulan mengikut terma dan syarat. 

 

Jika berminat nak dapatkan Beg Sekolah SWAN Easy Pac, boleh dapatkan di Kedai Rasmi Shopee SWAN. 

 

Kesimpulan

Semestinya dengan adanya beg sekolah yang cantik, terpampang nama di beg, nampak mewah akan menaikkan lagi semangat anak-anak mahu ke sekolah.

Untuk ibu bapa yang mencari beg untuk anak-anak yang baru mula nak bersekolah, boleh hadiahkan SWAN Bag Easy Pac with Personalisation ni.


Mood Menulis Blog Down, Main Tarik Tali

Entah mana silapnya, mood menulis blog down, hilang entah kemana. Setakat dua bulan pertama di tahun 2022, hanya 13 entri sahaja yang berjaya di terbitkan.

Sibuk tak sepatutnya dijadikan alasan, itu aku sedar. Tapi setiap kali aku on laptop dan buka Word jari macam kaku nak menaip.

Setiap kali idea datang, aku cuba tulis tapi tak banyak. Siap satu perenggan dan aku berhenti. Sambung? Entah bila nak tunggu mood datang. 


Mood Menulis Blog Down, Main Tarik Tali

Jadi buat sementara waktu, aku akan anggap ini perkara normal berlaku kepada semua orang terutama content writer.

Harapnya tak berpanjangan dan aku boleh cepat move on.

 

Fokus Buat Content Instagram

Betul lah orang cakap, mana mungkin kita boleh fokus banyak perkara dalam satu masa. Sepanjang dua bulan pertama ni aku banyak habiskan masa buat content di Instagram. Fokus kongsi tips content marketing.

Berbeza dengan penulisan di blog, buat digital content terutama menggunakan aplikasi memerlukan idea kreatif dan fokus yang tinggi.

Silap diri sendiri, kelemahan aku adalah selalu kalah dengan sikap nak nampak sempurna dalam setiap perkara. Sempurna di mata aku semestinya.

Berbanding dengan penulisan blog, aku lebih banyak menggunakan daya imiginasi tinggi sebab nak selami perasaan menulis sesuatu perkara. 

Aku tak menyesal tapi aku rindu betul nak menulis dengan lancar.


jana-pendapatan-tulis-blog

 


Bukan Masalah Kesihatan Jadi penghalang

Alhamdulillah syukur aku masih sihat segar. Setakat ini kesihatan semuanya baik-baik sahaja, anak dan suami pun sama. Cuma agak risau tentang emak dan keluarga di kampung.

Emosi sedikit terusik bila emak dan abang sekeluarga kontak rapat pesakit COVID19. Oleh sebab emak berisiko tinggi jadi kami adik beradik putuskan nak bawa emak ke bandar dekat dengan kami.

Dengan tujuan lebih mudah nak pantau kesihatan emak dibandingkan kalau di kampung susah pula nak rujuk ke hospital kalau ada apa-apa masalah.

Dah bawa emak buat saringan COVID dan negatif. Jadi lega sangat. Cuma kena pantau risau kesihatan emak. Rindu kampung katanya. Kena la banyak sabar sehingga semua kembali sihat dulu.


Cara-Tukar-Template-Blog



Tukar template blog Sebab Blog Speed

Bulan lepas aku sekali lagi tukar aku template blog, atau lebih tepat guna kembali template blog lama yang aku beli dari saudara HH.

Tukar kembali guna template lama kerana ada sesetengah widget tak berfungsi dan kadar kelajuan blog amatlah mengecewakan.

Sudah cuba kecilkan imej, kurangkan widget tapi masih lambat kalau nak buka blog. Nak baiki tak pandai jadi aku ikut sajalah apa aku tahu.

Lega sebab lepas tukar template kelajuan blog dapat dibaiki. Tak banyak tapi boleh lah puas hati.

Selalu aku akan guna website GTMetrix untuk test blog speed sebab lebih mudah faham apa penerangan dia bagi. Selain tu aku kerap semak performance blog di laman web Website Grader 


Kesimpulan

Bersyukur sangat walaupun mood menulis blog down, asyik main tarik tali tapi aku masih diberikan nikmat sihat, boleh jalani kehidupan seperti biasa dan paling penting masih dikelilingi ahli keluarga tersayang dan sihat.

Jaga diri korang.

 

Food Review - K Fry Urban Korean KL East Mall

Setelah sekian lama simpan hasrat nak makan K Fry Cheesy Fried Chicken Bumbuk, finally tercapai juga hasrat makan di K Fry Urban Korean KL East Mall. 

Pertama kali datang dan tak perlu beratur lama. Memang rezeki sebab kami walk in sahaja pada hari itu. Saja cuba nasib sebenarnya. Kalau tak memang lambat lagi nak cuba. 


Kami sampai sekitar 11 pagi dan menunggu dalam 10 minit kemudian diberikan tempat duduk. Tak lama setengah jam selepas tu orang dah mula penuh dalam restoran dan ada yang beratur panjang dekat luar. 


Jadi kalau korang betul-betul nak makan dekat sini digalakkan untuk buat reservation di laman web K Fry okeh. Takut nanti walk in kena tunggu lama dan kecewa. 



Makan Di K Fry Urban Korean KL East Mall

Tujuan utama datang ke K Fry adalah sebab nak makan Cheesy Fried Chicken Bumbuk mereka yang popular tu. Terliur tengok ramai kongsi di media sosial, cheese yang meleleh dan ditarik panjang menyelaputi ayam goreng. 


Review-KFry-Urban-Korean-KL-East-Mall


Menu Kami Cuba - K Fry Urban Korean 

Restoran K Fry Urban Korean menjadi tumpuan peminat makanan Korea kerana menawarkan hidangan Korea dengan sentuhan moden sesuai dengan selera orang Malaysia. 


Antara menu yang ada yang korang boleh cuba seperti Korean Fried Chicken, K FRY Jjigae (Soup) & Tteokbokki, Myeon (Noodle), dan Rice (Fried Rice, Rice Ball, K Fry Dosirak Series & Jjajang Series) dan bingsoo. 


Banyak lagi sebenarnya. Boleh rujuk menu dekat website. Boleh cuba makan di Restoran Korean Nene Chicken Di Avenue K juga. 


KFry-Chicken-Bumbuk-Honey-Mustard



K Fry Chicken Bumbuk 

Inilah ayam goreng yang disalut cheese tu. Ada tiga pilihan perisa, K'razy Spicy Cheese, Original Cheese & Honey Mustard Cheese. 


Ada dua saiz hidangan, 12 ketul ayam atau boleh minta saiz mini, 6 ketul ayam. Kalau tak mahu makan Chicken Bumbuk boleh cuba Chicken Wings, Snow Cheese dan lain-lain perisa. 


Memandangkan anak-anak tak makan pedas jadi kami pilih Honey Mustard Cheesy Bumbuk. Sedap dan boleh diterima tekak bila makan dengan cheese. 


Pelayan akan bawa makanan beserta kelengkapan yang diperlukan. Dia akan minta permission untuk cairkan keju dan seterusnya salut ayam dengan cheese. 


Jadi silalah nikmati tayangan percuma sambil keluarkan phone untuk rakam. Teruja tengok cheese ditarik tinggi ke udara. 


Once dia dah siap balut sila makan ayam goreng cheese tu dengan segera, sebab kalau dah sejuk agak kurang sedap sebab keju akan keras kejung. 


Boleh minta dia balut ayam tu sikit dahulu dan selebihnya bila korang perlukan boleh panggil pelayan untuk hidangkan sekali lagi. 


ayam-cheese-KFry


Ham & Cheese Rice Ball

Untuk Rice ball, boleh pilih sama ada nak Ham & Cheese atau Anchovies & Tuna. Kalau tak mahu rice ball, boleh order nasi goreng lain. 


Serius tak menyesal pilih Ham & Cheese Rice Ball, kena dengan tekak aku. Next visit nak cuba Tuna pula. 


Oh ya, macam ayam cheese tadi, Rice ball juga akan dibuat dekat meja depan mata pelanggan. Diminta bersabar sebab pelayan akan cuba hancur dan satukan semua bahan dalam satu mangkuk. 


Dia akan kepalkan nasi menjadi bentuk bulat, dan boleh dapat sehingga 12 biji bebola nasi bergantung kepada saiz rice ball. 


Cheese-Ham-Rice-Ball-K Fry


Bulgogi NZ Beef Fries 

Namanya pun fries jadi rasa fries lah ya. Beza nya dekat sini dia upgrade fries tu dia letak bulgogi. Daging yang dimasak dengan kuah sos berwarna putih. 


Aku tak pasti apa tapi lemak berkrim dan sedap. Tapi makan sepinggan fries tu memang banyak lah. Kami order sebab anak-anak, ikut hati aku order side dish lain dah.  


Bulgogi-NZ-Beef-Fries



Premium Bingsoo

Sebelum ni, suami dah janji nak bawa makan bingsoo di Mykori tapi memandangkan dekat sini pun ada Bingsoo jadi senangkan kerja kami makan sebagai dessert of the day. 


Kami pilih Melon Bingsoo, ikut hati aku nak makan Mango. Tapi itulah kan pengorbanan ibu bapa. Selera anak didahulukan. 


Untuk air pula kami minum Apple Fruit tea dan ice water je. Tak tergoda nak cuba air lain. 


Melon-Bingsoo-K Fry-Urban Korean



Review K Fry Urban Korean KL East Mall


Serius dekat sini paling patut dipuji adalah keramahan pekerja-pekerja K Fry Urban Korean KL East Mall. Dari saat kau beratur sehinggalah habis makan, tak habis-habis tanya okay ke tidak. 


Check semua menu pelanggan dah terima atau belum, senyum yang tak lekang dari muka dan ringan tulang hulurkan bantuan contohnya ambilkan gambar. 


Waktu menunggu makanan siap pun tak lama. Premis bersih dan selesa. 


Dari segi rasa makanan Korea tu, berdasarkan menu aku cuba ianya menepati selera aku. Bagi tekak Melayu macam suami aku memang dia akan makan ayam goreng dan tak sentuh rice ball sebab ada rumpai laut dalam tu. 


Dari segi harga agak mahal tapi diterima akal disebabkan saiz hidangan yang boleh dikongsi dua ke tiga orang. Kalau risau terlajak belanja, boleh semak harga dalam menu sebelum makan. 


Boleh cuba makan Ayam Cheese dekat Chicken Plus pun sedap juga, murah sikit harga dia. 


Kesimpulan 

Dah boleh update senarai food hunting, tercapai hasrat nak makan K Fry Cheesy Chicken Bumbuk. Peminat makanan Korea boleh cuba. 


Tempat yang sesuai nak makan bersama kawan dan keluarga.  Sesekali gembirakan hati anak-anak dan sebagai reward untuk diri setelah penat bekerja.