Makan Nasi Arab di Restoran Paradise Reyan

Peminat nasi arab kena tahu tentang restoran Paradise Reyan ni. Baru-baru ni kami singgah makan nasi arab di Restoran Paradise Reyan yang terletak dalam pasaraya Aeon Big Wangsa Maju. 

Memang tak menyesal cuba sebab semuanya sedap dan kena dengan tekak kami sekeluarga. Jadi kena la hebahkan pada orang lain juga. 

Ikutkan berapa banyak kali dah lalu depan restoran Paradise Reyan sebab dia betul-betul dekat sebelah McDonald. Kalau ke Aeon Big memang akan singgah McDonald untuk makan aiskrim. 

Sebelum ni kami selalu makan nasi arab di Qasar Balqis. Pernah sekali cuba makan di restoran Hadramawt, tapi kurang kena dengan selera. 

Kalau di Shah Alam pula kami akan singgah di Restoran Aroma Hijrah. 


Restoran-Paradise-Reyan


Makan Nasi Arab di Restoran Paradise Reyan

Kali terakhir makan nasi arab dekat Qasar Balqis adalah masa bulan Ramadan yang sudah. Tapi pengalaman kurang seronok sebab restaurant tu full house, jadi servis pun turut terjejas. 

Terus terbantut selera nak makan nasi arab. 

Baru-baru ni terbuka pintu hati nak cuba dan masa tu terliur nak makan Kunafa Cheese. Kan viral Kunafa Cheese dekat Bukit Bintang tu. 


Kunafa-Cheese


Memang tidak lah aku nak beratur ramai-ramai jadi kita cari yang dekat sajalah ya. Lagi satu kalau nak makan Kunafa Cheese tak boleh dibiarkan lama. 

Nanti cheese dia sejuk dah kurang seronok tak dapat tarik-tarik. Lebih prefer makan di tempat yang ada kerusi dan meja. 

Kalau nak tahu Restoran Paradise Reyan ada tiga cawangan sahaja di dalam Malaysia iaitu di Berjaya Times Square Kuala Lumpur, Aeon Big Wangsa Maju dan di Barrington Square Cameron Highlands. 


Menu Makanan Restoran Paradise Reyan

Semestinya menu dia lebih kurang seperti menu di restoran Arab lain. Salad (Tabbouleh, Fattoush, Reyan). Appetizer seperti falafel, Hummus, sambosah, Kibbeh. 

Ada juga Piza, BBQ (kabab, Taoukmix grill), Chicken & lamb (Mandy, Kabsa, Haniz, Maqluba).

menu-Paradise-Reyan

Kalau di Qasar Balqis aku sukakan Shawarma dan Teh Tarik dia, tapi di Paradise Reyan aku suka makan Lamb Arayes. 

Bentuk macam pizza, bulat dan kemudian dipotong menjadi bentuk segi tiga. Dilapisi dengan daging kambing atau pun daging ayam. 


Lagi satu tolong cuba jus buah-buahan sebab memang betul-betul pure. Tak kedekut buah terutama jus tembikai dan jus oren. 


Kenapa aku suka Restoran Paradise Reyan?

Semestinya kalau teringin nasi Arab confirm datang sini sahaja. Dah la dekat dengan rumah, rasa dia tak mengecewakan. 

Selain tu Restoran Paradise Reyan menjaga kebersihan premis, baik sinki mahupun kebersihan lantai. Dapur dia walaupun sedikit terbuka tapi tak ganggu pelanggan dengan bau-bau pelik. 


nasi-arab-sedap


Kerusi meja pun selesa jadi pelanggan boleh makan dengan aman. Penting sangat bagi aku yang ada anak kecil. 

Staff yang layan kami pun ramah walaupun tidak fasih Bahasa Melayu. Memang aku ringan mulut akan cadangkan Restoran Paradise Reyan dekat sesiapa yang nak cari tempat makan nasi arab. 


Kesimpulan

Kami sekeluarga berpuas hati makan Nasi Arab di Restoran Paradise Reyan. Harapnya perniagaan dia semakin maju supaya tak payah susah aku nak makan dekat tempat lain. Kalau korang tinggal berdekatan boleh cuba tapi jangan marah kalau tak kena dengan selera korang ya.  

Hari Dialog Kemenjadian Kualiti Murid Siri 1/2022

Berkesempatan menghadiri hari Dialog Kemenjadian Kualiti Murid (DKKM) di sekolah anak-anak mingu lepas.

Kalau ikut zaman aku menjadi pelajar, hari DKKM ni merupakan hari Ibu bapa hadir ke sekolah untuk menandatangani ‘report card’.

Hari yang paling ditakuti oleh aku termasuk kawan-kawan. Mana tidaknya, segala perihal dan perkembangan pelajar akan diterangkan oleh guru kelas kepada ibu bapa.

Semua aspek akan cikgu terangkan. Mata pelajaran yang lemah perlu diberi perhatian. Takutnya Tuhan je tahu. Kalau boleh hilangkan diri waktu tu mesti aku akan buat.

Selalunya dekat rumah arwah abah akan ingatkan semula apa cikgu pesan. Tidak la emak abah mengamuk, cuma beri nasihat ‘deep’.


report-card-day


Hari Dialog Kemenjadian Kualiti Murid Siri 1/2022

Pada tahun 2019 aku pernah kongsikan tentang Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah yang merupakan kali pertama sekolah Ikhwan buat.

Waktu tu Ikhwan darjah dua, sekarang Ikhwan dah darjah lima. Kiranya tahun 2022 adalah kali kedua murid dinilai mengikut sistem yang baru ni.

Tahun ni lebih meriah sebab aku datang ke sekolah untuk terima laporan untuk Ikhwan dan adik dia, Raudah. 

Pra Sekolah pun ada ya. Aku dulu pergi tadika sebab nak makan dengan kawan-kawan je. Mewarna lepas tu balik rumah.  

Bila menjadi ibu bapa, tugas tu beralih kepada kami pula. Tapi, apa yang berbeza ialah anak aku langsung tak cemas ya.

Sebaliknya aku yang berdebar nak dengar keputusan pencapaian pembelajaran anak-anak. Dasar anak-anak. Entah yakin dia agaknya.


Dialog-Kemenjadian-Kualiti-Murid

Program DKKM tu sekejap je ambil masa, tapi yang lama tu disebabkan kena beratur ambil giliran. Jadi kalau nak siap awal kena datang tepat pada waktu yang sekolah tetapkan.

Kalau tahun sebelum ni program DKKM di buat di bilik darjah, tapi tahun ni sekolah ubah lokasi di dewan sekolah yang lebih luas kawasan dia.

Lebih teratur dan tidak mengganggu sesi penilaian murid-murid. Ibu bapa datang ke bilik darjah dan kemudian bawa anak-anak mengambil giliran di dewan.




Result Kemenjadian Kualiti Murid

Syukur result Ikhwan tidaklah mengecewakan. Alhamdulillah. Masih ada ruang untuk diperbaiki terutama subjek English dan juga subjek Sejarah.

Cikgu pesan dekat dia supaya menjadi contoh kepada adik-adik memandangkan dia anak sulung. Masalah Ikhwan ialah dia terlajak yakin boleh buat. 

Puas hati sangat dengan cara cikgu menilai. Boleh aku simpulkan cikgu letak usaha dan tenaga demi murid-murid.

Dengan bilangan murid yang ramai, subjek berderet dan sistem penilaian yang agak rumit, semua cikgu wajar diberi tepukan sebab dah buat yang terbaik.

Waktu cikgu terangkan keputusan keseluruhan aku kurang faham awalnya. Ambil masa juga nak faham sistem pemarkahan sekarang.

Tapi kalau dibandingkan penerangan oleh pihak sekolah, waktu Ikhwan darjah dua tahun 2019, tahun ini lebih baik. Hari Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah kali pertama aku hadiri.  

Sistem pemarkahan sekolah untuk ujian Sumatif ada Gred Purata, jumlah markah dan purata markah. Lepas tu setiap murid juga dinilai oleh guru kelas melalui pelaporan pentaksiran bilik darjah.

Semua aspek diambil kira seperti kebolehan murid faham apa yang diajar, memberi maklum balas, memahami dan buat rumusan, menghasilkan idea baru dan macam-macam lagi.

Penilaian diberikan mengikut subjek. Aku sebagai ibu ni rasa nak pecah kepala baca setiap penilaian. Tak terbayang tekanan yang murid-murid sekarang kena lalui.

Pencapaian pula di berikan mengikut gred Tahap Penguasaan (TP). Kalau bagus pencapai murid akan diberi TP6 dan begitulah sebaliknya. Berbeza sungguh dengan sistem pendidikan dahulu.


Penilaian Perkembangan Murid PraSekolah

Untuk Pra Sekolah pula, murid dinilai berdasarkan kemahiran murid-murid menguasai komponen yang ditetapkan Kementerian Pendidikan. 

Antara komponen yang dinilai ialah perkembangan fizikal dan penjagaan fizikal, kreativiti dan estetika, ketrampilan diri, subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sains & Matematik awal serta kemanusiaan.

Antara contoh tafsiran: murid boleh respons, mengecam abjad, boleh menghafal surah pendek, boleh lakukakan pergerakan lokomotor, menggunting dan banyak lagi.

Weh macam nak ambil UPSR aku rasa. lol. 

Antara komen yang diterima dari cikgu Raudah ialah dia seorang murid yang matang, bercakap dengan murid tertentu dan bila perlu. 

Mendengar arahan dengan baik dan cuma perlu diberi perhatian sebab Raudah sukakan cabaran dan nak menang. 

Kena fahamkan dia bila gagal dan cara nak deal dengan perasaan kecewa tak dapat apa dia mahu. 


Kesimpulan

Semoga hari Dialog Kemenjadian Kualiti Murid dapat membantu Ibu bapa supaya faham tentang tahap penguasaan anak-anak dan bantu anak-anak terus cemerlang dalam pelajaran.

Sebagai ibu bapa semestinya aku harapkan sistem pendidikan negara tidak menyusahkan anak-anak kita. Faham sangat bila timbul isu murid-murid rasa tak seronok belajar dan tak mahu ke sekolah.

 

Hi Tea Di Atmosphere 360 Menara Kuala Lumpur

Bulan lepas aku ke Menara Kuala Lumpur sebab nak bawa emak Hi Tea di Restoran Berputar Atmosphere 360. 

Kebetulan emak ada temujanji bulanan dengan doktor di Hospital dekat KL. Memang dah jadi kebiasaan memandangkan waktu kerja aku yang flexible jadi aku lah jadi peneman setia emak setiap kali jumpa doktor. 

Idea asal nak bawa emak jalan-jalan sekitar KL dan kemudian adik aku yang bongsu cadangkan minum petang di Atmosphere 360 Menara Kuala Lumpur. 

Hi Tea di Hotel Istana Kuala Lumpur

hi-tea-Atmosphere-360-Menara-KualaLumpur


Hi Tea Di Atmosphere 360 Menara Kuala Lumpur 

Sengaja pilih KL Tower sebab nak bagi emak merasa makan di restoran berputar. Seperti dijangka kami yang excited. Emak cool seperti biasa tapi terpancar wajah kegembiraan emak. 

Memang niat kami adik beradik selagi ada masa, wang dan tenaga nak cipta kenangan dan balas jasa emak. Walau memang tak terbalas pon jasa emak melahirkan dan membesarkan kami. 

Ikutkan ini bukan pengalaman pertama aku makan di restoran Atmosphere 360 Menara ni. Aku dah pernah datang untuk lunch dan sambut anniversary perkahwinan dengan suami. 


Atmosphere-360-Menara-KualaLumpur


Makan malam pula dengan rakan sepejabat. Setiap kali datang sini memang aku teruja. Pemandangan dari atas adalah seluas mata memandang. Cantik SubhanAllah. 

Bagi mereka yang gayat mungkin kurang selesa, cuma jangan berdiri dekat cermin dan pandang ke bawah. Macam emak, nak dekat dengan dinding cermin tu pun seriau. Faktor umur barangkali. 


view-KL-Tower


Buffet Hi Tea Atmosphere 360 Menara Kuala Lumpur

Waktu untuk Hi Tea bermula pada pukul 3.30 sehingga 5.30 petang. Memandangkan urusan di hospital selesai pada pukul satu petang jadi kami cari makanan untuk alas perut. 

Rugi sangat kalau datang dengan perut yang penuh. Balik dulu ke rumah, segarkan diri dan solat Zuhur. 

Jalan pun kurang sesak memandangkan hari bekerja dan urusan nak parking pun mudah sangat. 

Oh ya, segala urusan tempahan adik aku yang buat. Tapi menurut dia, beli sahaja di laman web Klook senang je. 

Tak perlu print apa-apa dan boleh walk in terus ke kaunter. Hanya nyatakan nama dan nanti penjaga kaunter akan bantu. 


harga-buffet-Hi-Tea-Menara-KL


Harga dia boleh rujuk website Klook. Waktu untuk buffet adalah seperti dibawah. Setiap buffet makanan dia berbeza dan waktu dinner la makanan lebih banyak berbanding hi tea. 

Bayaran Hi tea tak termasuk pergi ke KL Tower observation deck ya. Aku dah pernah ke Sky Box & Sky Deck Menara Kuala Lumpur. 

  • Lunch: 12:00pm - 2:30pm
  • Hi-Tea: 3:30 pm - 5:30 pm
  • Dinner: 7:00 pm - 10:00 pm


Menu Buffet Hi Tea Restoran Atmosphere 360 

Kalau ikut website, menu akan ada perubahan setiap hari. Dari segi rasa tidaklah mengecewakan. Makanan jadi sedap sebab makan sambil mata dijamu dengan pemandangan indah. 

Nak menu lengkap boleh rujuk website KL Tower. Aku senaraikan berdasarkan apa aku ingat. 



Appetizer: Pelbagai jenis salad, sandwich, rojak buah.

Snack station: Keropok lekor, spring roll, samosa, wedges. 

Dessert: Pelbagai jenis kek, bubur kacang, jeli, ice cream dan manisan lain. Oh emak paling suka scones dia. 


Noodle yang ada pada hari tu ialah Mi Kari. 

Main course: Nasi ayam, Nasi lemak, Bihun goreng, Roti Nan, Kari, sausage, fillet dan sejenis dengannya. 

Overall aku suka makan dekat sini sebab layanan staff dia semua baik je. 


hi-tea-restoran-berputar


Pening Tak Makan Dekat Restoran Berputar? 

Nama je restoran berputar tapi kita tak rasa pun dia tengah berputar. Kita boleh nampak bahagian tengah buffet bergerak lawan arah dengan bahagian meja makan. 

Jadi kalau dah dapat tempat duduk, pastikan ingat no meja. Apa yang jadi bila kita ambil makanan di meja buffet dekat tengah, selepas kita selesai kedudukan meja makan akan berubah. 


sambut-wedding-anniversary-KLTower


Sebab ianya bergerak dan ambil masa selama 45 minit untuk buat putaran lengkap 360 darjah. Kami makan dalam keadaan tenang dan walaupun hari bekerja restoran agak penuh dengan rakyat tempatan. 

Gambar atas ni adalah contoh setting ada couple datang nak sambut birthday dekat KL Tower. Cantik weh. Rate semua boleh tanya staff dekat kaunter. 

Secara keseluruhan, puas hati dapat bawa emak makan di Restoran Berputar Atmosphere 360. Kenangan manis yang dicipta aku harap dapat kami kenang sampai bila-bila. 

Syukur atas setiap rezeki yang Allah berikan. Alhamdulillah. Nak Hi Tea tapi nak tempat privacy boleh cuba Tim’s Tea House CafĂ© di Taman Melawati

Kebaikan Halia Untuk Kesihatan Wanita

Halia merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan terutama dalam masakan. Dulu sewaktu berpantang memang banyak lah halia emak aku suruh makan. 

Nak keluarkan angin dalam badan katanya. Maka kita turutkan saja walaupun rasa dia awalnya payah betul aku nak telan. 

Rasanya pedas dan mesti akan sedawa lepas makan. Tetapi semakin berusia ni semakin aku menyukai rasa halia. Susah nak diterangkan sebabnya. Faktor umur agaknya.  


kebaikan-halia-untuk-wanita


Kebaikan Halia Untuk Kesihatan Wanita

Seperti yang kita semua tahu banyak sangat kebaikan halia untuk kesihatan. Halia pula bukan ada satu jenis sahaja. 

Ada pelbagai jenis halia yang boleh didapati di negara kita seperti Halia Bentong, Halia Bara, Halia Tanduk Rusa dan banyak lagi. 

Halia memang tidak asing lagi dan merupakan salah satu herba yang popular di Asia Tenggara termasuk Malaysia. 

Antara manfaat halia untuk wanita adalah: 

Halia dapat mengurangkan keradangan dan mengurangkan sakit serta bengkak bagi penghidap osteoarthritis dan rheumatoid arthritis.

  • Bertindak melegakan loya terutama ibu mengandung. 
  • Mengurangkan gejala PMS.
  • Merendahkan paras kolestrol.
  • Menguatkan sistem imun. 
  • Membantu penghadaman. 
  • Mencegah kanser. 
  • Menurunkan berat badan. 
  • Melegakan batuk dan sakit tekak. 


Manfaat Minum Air Halia Bentong 

Diberikan nama Halia Bentong kerana lokasi penanaman halia ni yang terletak di Bentong Pahang. Nama Halia Bentong juga sudah pun dipatenkan oleh kerajaan Malaysia. 

Sama juga dengan Halia Bukit Tinggi. Diberi nama kerana ditanam di kawasan cerun bukit tanah tinggi seperti di Bukit Tinggi dan Janda Baik. 

Kena faham yang Halia Bentong berbeza dari halia biasa kita guna untuk memasak tu. Selain perbezaan dari segi khasiat dan bentuk rasa kedua-duanya juga agak berbeza. 

Baru-baru ni aku berkesempatan mencuba produk minuman botani Halia Bentong tanpa gula iaitu Teh Halia keluaran TYT.


teh-halia


Teh Halia atau Ginger Tea mengandungi ekstrak Halia Bentong yang ditekan sejuk dalam bentuk serbuk dan 100% diperbuat daripada Halia Bentong. 

Tiada bahan pengawet, tiada pewarna tiruan, sesuai diamalkan oleh Vegetarian dan amat mudah larut. 

Selain digunakan sebagai rempah masakan, Teh Halia TYT juga boleh dijadikan sebagai minuman herba dan penggunaan luar. 

Ada tiga jenis perisa iaitu original, serai dan juga kurma merah yang mengandungi pelbagai manfaat untuk kesihatan. 

perisa-teh-halia


Minuman Botani Halia Bentong TYT 

Teh Halia TYT Perisa Original

  • Melegakan sakit senggugut. 
  • Melegakan demam, panas badan dan selesema
  • Membantu melegakan loya dan muntah
  • Melegakan kembung dan cirit birit
  • Meningkatkan metabolisme badan

Teh Halia TYT Perisa Serai

  • Meningkatkan metabolisme badan & membakar lemak
  • Menyahtoksik badan
  • Melancarkan peredaran darah dan menurunkan tekanan darah
  • Melegakan selesema
  • Mengatasi sembelit dan kembung perut

Teh Halia TYT Perisa Kurma Merah

  • Melancarkan peredaran darah dan menguatkan sel darah merah
  • Bagus untuk hati dan menyahtoksik badan
  • Meningkatkan kesihatan penghadaman
  • Menjadikan kulit yang lebih sihat dan awet muda
  • Mengurangkan tekanan dan memperbaiki kualiti tidur

minuman-teh-halia


Produk minuman botani Halia Bentong tanpa gula, Teh Halia TYT tersedia dalam bentuk sachet 15gram (1 kotak ada 8 sachet) dan juga dalam tin 160gram dan 300 gram.

Aku suka jenis sachet sebab senang nak bawa ke mana-mana. Satu sachet satu gelas.  Rasa teh halia ni macam aku sebut di atas, ada rasa-rasa pedas. 

Oleh sebab ianya baik untuk kesihatan jadi aku rajinkan diri nak mencuba. Umur pun semakin meningkat jadi perlu sangat ambil minuman macam ni. 

Lepas minum memang banyak kali aku sedawa. Lega sangat. Untuk anda yang nak dapatkan produk minuman botani Halia Bentong boleh dapatkan di sini