Sambut Birthday Di Rumah Kopi Tangkak

Bulan paling dinanti setiap tahun iaitu Bulan November. Selain aku sendiri sambut birthday pada 13 haribulan, emak tersayang dan kakak juga lahir pada bulan yang sama iaitu 27 dan 10 November. 

Jadi lebih meriah sebab semua ahli keluarga akan ingat tarikh tu sebab kebiasaan kami akan bincang tentang sambutan dan cari hadiah untuk emak. 

Berbeza dengan tahun sudah, birthday aku kali ini jatuh pada hari Ahad dan kebetulan kami balik Melaka pada hari Sabtu sebab ada perkahwinan anak saudara sebelah suami. 


Sambut-Birthday-Rumah-Kopi-Tangkak


Sambut Birthday Di Rumah Kopi Tangkak

Oleh sebab Rumah Kopi Tangkak tak jauh dari rumah mentua semestinya kena food hunting jawabnya. Suami yang paling teruja sebab dia jumpa video makan Rumah Kopi Tangkak di TikTok. 

Jadi seruan untuk peniaga terutama F&B, guna sehabis baik free marketing di media sosial seperti TikTok untuk iklankan perniagaan anda. 

Nama je Rumah Kopi tapi menu utama dia bukan kopi. Dekorasi hiasan dalaman café adalah berkonsepkan moden, minimalis dan Instagram able. 

Masih kekalkan konsep yang sama, sambut birthday maksudnya keluar makan sedap dan gembirakan hati. Hadiah? Setiap bulan ada je hadiah suami berikan. 

Aku memang elak shopping hadiah untuk birthday sebab ianya memenatkan. Sebab apa tau, nak angkut tiga orang budak kecil dan kena perah otak nak pilih hadiah terbaik memang perlu banyak tenaga. 

Itu kalau tanya pendapat aku. Suami akan tanya apa aku nak dan jawapan paling mudah aku boleh bagi, beli je apa saja atau bagi duit biar aku beli sendiri. Ahaks. 

Aku memang jenis simple. Hadiah bukan bermaksud benda mahal. Belikan aku aiskrim pun aku anggap hadiah. Kira halal je sebab suami selalu beri aku apa aku nak. 


Sambut birthday Airis Kek Jiha Bakery  |  Sambut birthday Raudah dekat Café Richiamo Coffee |   Sambut birthday Ikhwan dekat Swensens Melawati Mall


Celebrate-Birthday-Rumah-Kopi-Tangkak


Tempat Menarik Sambut Birthday – Rumah Kopi Tangkak

Rumah Kopi Tangkak boleh masuk senarai tempat menarik sambut birthday di Melaka walaupun alamat dia ialah dalam negeri Johor. Lokasi dia dekat yakmat dengan Jasin, sempadan je weh. 

Selain lokasi dia yang dekat, harga dia berpatutan dan paling utama makanan dia semua sedap. Disediakan khas oleh tukang masak yang berpengalaman. 

Boleh tengok dari persembahan makanan yang dihidangkan kepada pelanggan. Bukan cikai-cikai dan bahan yang digunakan pun berkualiti. 

Bagi aku Cef dia tahu apa dia masak dan air tangan dia tu terasa. Orang kata masak dari hati. portion dia pun besar dan banyak. 

Staff dia ramah je nak layan pelanggan. Tempat dia bersih, cantik sangat bila tangkap gambar sebab lighting dia cukup. Jadi gambar ko jadi cantik dalam camera. 

Satu je kekurangan ialah banyak lalat terbang dekat meja. Aku tak faham kenapa lalat tu ada. Awalnya sedikit terganggu tapi kami halau sekadar termampu sahaja. 

Lupa pula nak bagi feedback pada staff. Sumpah kami sibuk memuji makanan, berborak, tangkap gambar. Pendek kata semua orang gembira. 



Menu Rumah Kopi Tangkak

Awalnya aku ingat menu utama dekat sini semestinya berkaitan dengan kopi tapi tidak ya. Menu dkeat sini kebanyakkan adalah Western Food. 

Jangan risau banyak juga pilihan selera rakyat Malaysia yang sukakan nasi. Kami makan ramai-ramai jadi dapatlah merasa pelbagai jenis menu. 

Aku rate berdasarkan selera aku, kalau nak lebih tepat korang kena datang sendiri rasa okay. Menu Rumah Kopi Tangkak yang kami cuba: 

Kuewteow Goreng Rumah Kopi abang Ipar punya. Aku tak rasa tapi presentation dia not bad. 

Nasi Goreng Rumah Kampung Rumah Kopi untuk anak buah. Nasi dia banyak, cukup rencah dan pedas. Kena dengan selera aku. 

Lagi sorang makan Chicken Chop Alle Vongole. Hidangan combo ni dihidangkan bersama pasta goreng cili padi. Pedas dan sedap. 


chicken-chop-Rumah-Kopi-Tangkak


Nasi lemak Chicken Chop untuk suami. Chicken Chop antara menu aku paling suka. Ayam dia rangup disalut dengan cereal dan tidak berminyak. Dihidangkan dengan sambal untuk nasi dan sos cendawan untuk Chicken Chop. 

Nasi lemak Chicken Chop ni seperti makan dua makanan berbeza tapi satu nama. Hidangan nasi lemak lengkap dengan telur rebus, timun dan kacang. 

Side dish untuk Chicken Chop pula ada kentang goreng. Confirm kenyang. 


nasi-lemak-chicken-chop-Rumah-Kopi-Tangkak


Cabonara Meatball untuk Airis dan Raudah. Menu wajib kalau makan dekat Western Restaurant. Kuah dia creamy, tak muak pun. Meatball dia juicy dan tak rasa macam frozen meatball. 


Biras aku makan Salmon Grill Alle Vongole. Nama punya la canggih rupanya Alle Vongole ialah pasta yang digoreng dengan cili padi. Rupa dia macam Aglio Olio tapi lagi sedap sebab kena dengan tekak Melayu. 

Sos putih dia sedap. Hidangan paling aku puas hati dapat rasa. Kalau datang lagi confirm aku order Salmon. Cef dia pandai masak ya, tak overcook. 

Rasa lemak Salmon tu makan bersama sos Putih dan pasta pedas cili api jadi tak muak. 



Anak bujang aku si Ikhwan makan Strip Beef Steak. Malangnya steak dia overcook. Keras dan kepingan steak agak nipis. Rasa tak berbaloi sebab antara hidangan yang agak mahal dalam menu. 



Aku pula cuba Lamb Grill. Terima nasib yang sama sebab Lamb dipotong agak nipis. Jadi liat. Tapi masih mampu dimakan. Side dish dapat dua scoop mash potato. Elok dia bagi coleslaw baru tak muak. 

Pilihan minuman pun banyak dan sedap. Overall kami puas hati. Jumlah bil tidak termasuk kek premium ialah RM 220.30. 


Kejutan Sempena Birthday 

Abang Ipar sekeluarga turut sertai food hunting kali ini. Dah boleh agak, Biras aku nak buat kejutan nyanyi lagu birthday dan belikan kek. 

Jadi sebagai tanda hormat, kita pura-pura tak tahu ada surprise. Kelakar bila fikir. Paling penting anak-anak yang paling teruja. 

Dekat sini ada disediakan kek iaitu Premium Cake tapi aku lupa nak ambil gambar. Ada burnt cheese cake, red velvet cake dan chocolate cake. 

Kek dia sedap dan berharga RM49.90 untuk saiz 8 inci ke lebih eh? Aku tak pasti saiz dia tapi cukup untuk 8 orang makan. 

Jadi memang aku sarankan sangat untuk datang ke Rumah Kopi Tangkak. Berbaloi dari semua segi. Rasa, portion, kualiti, harga, bersih dan staff dia friendly. 

Nak tengok review lain boleh jenguk media sosial Rumah Kopi Tangkak. By the way dia ada dua kedai tau. Lagi satu kedai berhadapan dengan kedai ada sign board yang aku pergi ni. 

Dia buat dua tempat sebab ramai customer datang dan tak cukup tempat. Ikut dalam TikTok, kedai lagi satu lebih cantik decorations dia. 

Apa pun aku bersyukur masih dipanjangkan usia oleh Allah. Moga aku lebih rajin nak beramal dan sentiasa lakukakan kebaikan. 


Kotak Komen Blog Hilang Versi Mobile View

Buat ke sekian kali terjadi lagi masalah kotak komen blog versi mobile view hilang, dia tak keluar. Rasa nak marah ya. Pembaca tak boleh nak comment nak tinggal jejak.  

Setakat ini kalau pembaca nak tinggalkan comment menggunakan laptop atau desktop memang tiada masalah.

Kotak komen tidak muncul dan terdapat masalah dengan konfigurasi (setting) penyemak imbas untuk log masuk. Tidak pasti adakah ianya merupakan masalah template blog mahupun browser.


kotak-komen-blog-hilang-versi-mobile-view


Kotak Komen Blog Hilang Versi Mobile View

Ikut hasil carian ada juga blogger lain yang mengalami nasib yang sama. Setakat ni belum jumpa solusi. Geram juga sebenarnya.

Salah satu option yang aku baca kena betulkan konfigurasi chrome. Kena tetapkan “allow all cookies” di security setting.

Masalahnya adalah untuk setting chrome di laptop aku berjaya jumpa tapi versi mobile entah mana perginya. Lama aku telek, end up aku bosan aku tinggalkan saja.

Macam dekat bawah ni, kotak comment jadi macam tu. Bila tekan Log masuk dengan Google dia keluar la error tu. 

Kotak-Komen-Blog-Hilang


Tidak dapat masuk untuk mengulas kata kau. 
Kotak-Komen-Blog-ada-masalah


 

Siapa Boleh Comment Di Blog?

Buat masa sekarang, untuk blog Rodiah Amir aku tetapkan hanya benarkan user dengan google account sahaja yang boleh comment. Tak lain tak bukan nak elak comment spam semestinya.

Bila timbul masalah macam ni aku terpaksa tukar kepada konfigurasi sesiapa sahaja boleh comment, malangnya fungsi itu pun ada masalah.

Apa yang jadi ialah selepas pembaca masukkan URL terus keluar error dan tak boleh masukkan komen. Entah apa yang merasuki blog.

Jadi aku tetapkan kembali setting comment hanya benarkan gmail user sahaja. Oh ya sebelum ni blog aku pernah hadapi Masalah Thumbnail Post Tidak Keluar Di Recent Post

 

Tukar Template Blog

Setakat ini aku belum terfikir lagi nak tukar template lain. Template blog ni aku baru guna bulan Ogos yang lepas. Setakat ni aku suka dengan performance blog. Tak kan nak tukar lagi?

Kalau lah nak tukar template tu sekelip mata sahaja boleh siap, pasti hari-hari aku tukar. Tapi sebaliknya.

Checklist Tukar Template Blog

Untuk kawan-kawan dan juga reader lain yang baca blog ni tapi mengalami kesukaran nak comment, nak tinggalkan jejak aku minta maaf sangat-sangat.

Terima kasih atas sokongan anda semua. Moga Allah balas yang baik-baik. Insha Allah dari masa ke semasa aku akan baiki dan tetap mencari penyelesaian. 

Cara Buat Roti Boy Cheese Guna Roti Gardenia

Jangan tak tahu sekarang dah boleh buat roti Boy dekat rumah je. Paling seronok tak perlu susah payah nak uli doh.

Hanya perlu guna roti Gardenia dah boleh buat roti Boy cheese untuk minum petang atau bila teringin nak makan.

Kreatif betul orang Malaysia. Resepi Roti Boy Cheese versi Milo ini dikongsikan oleh @buatoranglapo di TikTok dan dapat lebih 58 ribu likes.


cara-buat-Roti-Boy-Cheese-Guna-Roti-Gardenia


Cara Buat Roti Boy Cheese Guna Roti Gardenia

Kalau nak buat roti boy macam dekat kedai tu hanya perlu gantikan nescaffe dalam resepi. Anak-anak dan suami suka versi Roti Boy Milo.

Paling utama nak buat roti Boy ni tak makan masa yang lama. Hanya lebih kurang 10 minit tempoh penyediaan dan 20 minit lepas tu dah boleh di makan.

Bayangkan aku yang tak pandai sangat memasak ni pun boleh buat, anda mesti boleh juga. 

 



Resepi Roti Boy Cheese Guna Roti Gardenia

Jom aku tunjukkan cara nak buat roti boy cheese guna roti gardenia dan bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

8 keping roti Gradenia

Marjerin/ mentega

4 keping cedar cheese / mozzarella

3 sudu milo / 1 paket milo 3 in 1

3 sudu air suam

2 sudu Margerin/ mentega

3 sudu gula

1 biji telur

6 sudu tepung gandum

 

Sapukan mentega pada roti di bahagian dalam. Letak kepingan cheese dan kemudian kapitkan. Potong menjadi dua bahagian dan letak ke tepi.

Nak lagi cheesy boleh tambah lebih banyak cheese dan gantikan dengan Mozarella cheese boleh buat cheese tarik.


cara-buat-Roti-Boy-Cheese-Guna-Roti-Gardenia


Ambil mangkuk kecil masukkan milo dan kacau dengan air panas. Kacau sebati dan ketepikan. Boleh ganti dengan nescaffe kalau nak versi roti Boy original. 

Ambil mangkuk lain dan masukkan marjerin dan gula kemudian gaul sebati. Lepas tu masukkan telur dan kacau lagi.


Cara-Buat-Roti-Boy-Cheese

Kemudian masukkan pula aduan milo tadi dan kacau lagi. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sehingga adunan tidak berketul.


Roti-Boy -cheese-Guna-Roti-Gardenia


Masukkan adunan ke dalam piping bag. Paipkan ke atas roti. Ikut kreativiti nak buat corak apa sekalipun.


Roti-Boy-Cheese-Homemade


Panaskan oven.

Bakar roti pada suhu 160c selama 20 minit. Nak roti garing boleh panjangkan masa.

Siap untuk dihidangkan.

 

Selamat mencuba. Resepi yang sangat mudah dicuba. Anak-anak pun suka. Paling penting mengenyangkan.  

Boleh cuba resepi Roti Gardenia Celup Tepung Bestari kalau tekak tak suka makan manis. 

Terima Critical Security Alert Google Email

Baru-baru ni aku terima notifikasi e-mail dari pihak Google berkenaan Critical security alert. Alert atau amaran yang dimaksudkan ialah berkenaan keselamatan akaun yang berada pada tahap yang krtitikal.

Awalnya memang cuak, risau kalau akaun Gmail aku diceroboh atau lebih teruk di ambil alih oleh hackers. Menangis tak berlagu la jawabnya.

Google dapat kesan ada beberapa kata laluan (password) yang aku simpan ditemui dalam talian. Juga membawa maksud kata laluan aku terdedah. Itu apa aku faham.

 

Google-critical-security-alert

Terima Critical Security Alert Google Email

Dalam e-mail tersebut diterangkan bahawa terdapat beberapa kata laluan yang aku simpan ditemui dalam pelanggaran data (data breach).

Punca data breach adalah daripada website dan juga aplikasi yang aku pernah guna. Bersyukur sangat akaun google aku tidak terjejas.

Jadi untuk tujuan keselamatan, Google Password Manager sarankan untuk aku tukar kata laluan secepat mungkin.

Lepas sisasat rupanya kata laluan untuk website Pizza Hut yang terkesan. Jadi aku kena tukar kata laluan.

 

Data-breach-Pizza Hut

Notis Amaran Pencerobohan Kata Laluan Critical Security Alert

Macamana boleh berlaku pencerobohan kata laluan? Data breach?

Soalan atas ni agak teknikal jadi bukan kepakaran aku nak jawab. Apa boleh aku rumuskan, di sebalik kecanggihan teknologi pastinya ada juga sisi hitam dia.  

Biasanya kalau guna Chrome bila kita log masuk akaun atau aplikasi, kita masukkan kata laluan pasti ada notifikasi tawarkan untuk simpan kata laluan.

Dulu aku suka minta chrome untuk save supaya aku tak perlu hafal kata laluan setiap kali nak log masuk. Jenuh lah kan semua kata laluan nak ingat.

Tapi itu dulu la. Bila semakin banyak membaca, banyak pendedahan dan tahu sangat-sangat bahaya kalau kita simpan kata laluan dalam talian.

Banyak je ruang yang boleh scammer, hacker buat kerja. Ikutkan ini kes kedua melibatkan pencerobohan akaun atas talian.

Kali pertama kes duit hilangdalam akaun Bank Muamalat. Semenjak kes tu aku jadi paranoid dan kurang percaya dengan sistem sedia ada.

Kejadian yang berlaku betul-betul buka mata aku yang semua kita ada tak semestinya akan jadi milik kita.

 

Google Password Manager, Urus Kata Laluan

Google Password Manager ni merupakan ciri yang disediakan oleh Google untuk mengurus kata laluan dan menyenangkan pihak pengguna supaya tak payah susah nak hafal kata laluan.

Pada asasnya, ianya dianggap selamat untuk digunakan. Tetapi untuk memastikan kata laluan anda selamat, anda perlu cipta kata laluan yang kukuh.

Kukuh yang dimaksudkan adalah kombinasi nombor dan huruf, huruf besar, huruf kecil dan juga simbol.

Pernah baca juga sebaiknya kena tukar kata laluan setiap tiga bulan, dan aku rasa ada ramai je yang tukar kata laluan secara kerap. Tahniah.

 

Google-Password-Manager

Apa Perlu Buat Bila Terima Critical Security Alert

Log masuk ke google akaun. Kalau buka Chrome di bahagian atas kanan klik icon profile anda, kemudian pilih “Manage your Google Account”.

Klik Security, cari Signing in to Google – app password atau yang berkaitan. Anda boleh See, delete, edit, or export a password.

Boleh semak juga di tab AutoFill. 

Ada dua pilihan: nak terus simpan password dekat Chrome tapi tukar kata laluan atau padam terus dari Google Password Manager.

Lepas tukar kata laluan untuk wesite Pizza hut aku ambil keputusan untuk tidak lagi simpan password di Google Password Manager.

Kita kembali kepada cara yang lama, simpan dalam buku nota. Walaupun agak leceh tapi aku lebih selesa.

Macamana data aku boleh breach aku pun tak tahu. Cuma sebagai pengguna, yang ruginya adalah kita. Jadi jangan ambil mudah dan sentiasa berwas pada.

 

Warning-data-breach


Kesimpulan

Bagusnya Gmail sangat peka dan pantas bertindak hantar Critical security alert kepada pengguna. Google Password Manager merupakan tool yang effektif jika kita gunakan dengan betul. Selain daripada cipta kata laluan yang kukuh, turn on juga 2-step verification sebagai langkah keselamatan tambahan.