Jeruk Nise Kak Bong Original Kelantan

Akhirnya dapat merasa Jeruk Nise Kelate ni. Masa menaip ni pun kecur air liur terbayang kesedapan dia. Ya ampun asyik la lalu lalang video orang makan jeruk Nise tu terus beli ya.

Jeruk nise atau nama lain Jeruk Nisan (Gula Melaka) yang berwarna perang tu dijadikan kuah untuk merendam jeruk. 

Orang lain mungkin dah pernah makan Jeruk Nise lama dah agaknya tapi ini pertama kali Diah tahu tentang Jeruk Nise.

Jeruk Nise ni terkenal di Kelantan. Apa yang membezakan Jeruk Nise dengan jeruk buah-buahan ialah mereka menggunakan gula melaka atau dikenali gula 'nise' sebagai ramuan utama.


jeruk-nise-kelate




Jeruk Nise Kak Bong Original Kelantan


Selalu makan Jeruk Pak Ali je sebab dulu adik belajar di USM jadi dia selalu la beli. Sekarang ada pilihan kita cuba jeruk dari Pantai Timur pula. 

Sedapnya Jeruk Nise ni kuah dia boleh dihirup dan sedap sangat bila digandingkan dengan buah-buah yang segar. 

Biasanya buah-buahan yang masam dan rangup selalu dijadikan jeruk. Rasa manis gula nise tu kena dengan masam buah. Rasa masam, manis dan masin tu seimbang.


jeruk-buah-kakbong




Beli Jeruk Nise Kelate Secara Online


Diah beli dari seller nama dia Kak Bong. Dapat banyak review bagus jadi berani nak cuba. Beli terus tiga botol dan tak menyesal. 

Diah beli Jeruk Mangga, jeruk anggur dan jeruk Buah Bidara. Jeruk Mangga dah habis malam tadi. Dekat rumah ni, kami semua hantu jeruk kecuali anak nombor dua.


jeruk-mempelam



jeruk-anggur




Antara jeruk lain yang ada ialah asam jawa (celagi), sentul, anggur hijau, mangga, kedondon, cermai, bidara dan kundang. 

Ada dua versi; jeruk manis dan jeruk pedas. Memandangkan Diah tak tahan pedas jadi cuba yang manis. 

Next nak cuba Jeruk Asam Jawa. 



jeruk-nise-buah-bidara




Cara Penyediaan, Ketahanan Jeruk Nise Kak Bong 


Cara penyediaan jeruk Nise untuk rasa buah dan jeruk jadi lebih sedap, kena simpan terlebih dahulu di dalam peti ais. Sedap dimakan bila jeruk sejuk. 

Kalau tak sabar nak tunggu, boleh letak air batu sebelum makan. Kuah jeruk boleh di hirup. Memang sedap. 

Ketahanan Jeruk Nise Kak Bong agak lama. Boleh tahan sehingga tujuh hari pada suhu bilik. Kalau nak tahan lebih lama, kena simpan dalam peti sejuk selepas dibuka. Boleh tahan sehingga dua ke tiga bulan.



Review Jeruk Nise Kak Bong Original Kelantan


Review Jeruk Nise adalah mengikut selera anak tekak sendiri. Jadi minta baca dengan lapang dada. Yelah kan selera semua orang adalah berbeza. 

Apa yang Diah suka, Jeruk Nise Kak Bong Original Kelantan bebas Bahan Pengawet. Mereka tidak menggunakan ibu jeruk dalam resepi. 

Jadi selamat dimakan oleh orang yang ada Gastrik dan ibu mengandung. Kalau perasan, jeruk yang mengandungi ibu jeruk, kalau kita makan mesti ada rasa nak batuk. 

Buah-buahan yang digunakan segar dan rangup. Air gule nise tidak terlalu manis, kuah dia sedang elok. Ada pilihan nak versi pedas atau versi manis. 

Korang nak beli boleh cuba dengan seller ni – dekat Shopee 

Kalau ada akaun TikTok boleh follow dan beli dekat video Diah yang ni.



Berjaya Daftar Penempatan Tingkatan Satu

Semalam selesai uruskan pembelian buku untuk Tingkatan Satu, anak yang sulung. Pengalaman pertama kali anak masuk ke Sekolah Menengah memanglah kelam kabut.

Habis je sesi persekolahan yang sudah, dalam dua minggu pertama cikgu dah kongsikan surat tawaran penempatan tingkatan satu.  

Dalam surat dinyatakan tarikh perlu hadir ke sekolah untuk buat pengesahan penerimaan tawaran. Diberi masa empat hari untuk hadir ke sekolah dan buat pengesahan.

Dijadikan kisah, kami terima dua surat dengan dua tarikh berbeza. Ikut apa guru kelas sampaikan, surat kedua merupakan tarikh terkini. 

Dari side ibu bapa, kita anggap perubahan tu biasa.



Penempatan-Tingkatan-Satu



Berjaya Daftar Penempatan Tingkatan Satu


Rupa-rupanya tidak ya. Bayangkan tarikh sebenar pengesahan adalah mengikut surat tawaran pertama.

Kelam kabut bila dapat tahu, nama anak naik dalam group telegram sokongan sekolah. Kelam kabut hubungi guru di sekolah lama dan dia beri nombor Guru PK HEM sekolah menengah.

In short, selesai pendaftaran dengan bantuan guru pada lewat petang melalui whatsapp. Terlepas pendaftaran rasmi dan kami banyak sangat terlepas maklumat penting.

Antaranya, sesi pembahagian kelas dan aliran murid. Waktu pendaftaran boleh mohon pertukaran, boleh juga berbincang dengan guru dan diberikan juga link Telegram untuk Kumpulan sokongan ibu bapa.

Oh ya, keputusan MRSM hari tu tiada rezeki dia nak belajar dekat situ. Waktu entri ni ditulis Diah masih tak tahu keputusan Sekolah Khusus - Asrama Penuh 


persediaan-sekolah


 


Hari Orentasi Tingkatan Satu


Sedikit terkilan tapi yakin Tuhan aturkan yang terbaik untuk Ikhwan. Banyak sangat Allah tolong. Mudah segala urusan.

Tarikh seterusnya adalah Hari Orentasi Tingkatan Satu. Perlu dihadiri oleh murid dan ibu bapa. Waktu itulah pihak sekolah akan terangkan lebih lanjut tentang aliran kelas.

Tapi untuk murid yang mahu buat permohonan pertukaran kelas kena datang ke sekolah dan serahkan surat rasmi.

Apa-apa keputusan bergantung kepada perbincangan dan budi bicara sekolah. Oleh sebab banyak sangat benda yang kabur kami putuskan untuk berjumpa pihak pentadbiran sekolah.

Alang-alang singgah koperasi untuk beli buku tulis dan buku modul Latihan. Selesai semua urusan kami ke pejabat untuk berjumpa Guru PK HEM.

 


Permohonan Tukar Kelas


Sementara menunggu Hari Orentasi cikgu ada kongsikan senarai nama murid mengikut kedudukan kelas. Ada enam kelas semuanya dan penyusunan berdasarkan murid DLP, murid BYOD dan juga Keputusan UASA.


subjek-tingkatan-satu



Diah kongsikan dekat bawah tapi ini tak lengkap sangat. Simpan sini supaya senang nak rujuk di masa hadapan.


Kelas A = Mata Pelajaran teras + Geografi, Reka Bentuk Teknologi, Pendidikan Seni Visual

Kelas B = Mata Pelajaran teras + Geografi, Asas Sains Komputer, Pendidikan Muzik

Kelas C & D = Mata Pelajaran teras + Geografi, Reka Bentuk Teknologi, Pendidikan Muzik

Kelas E & F = Mata Pelajaran teras + Geografi, Reka Bentuk Teknologi, Pendidikan Seni Visual

 

Nanti dah masuk Tingkatan Empat baru ada pilihan Sains, Teknikal, Akaun, Ekonomi, MPV Perabot, MPV Landskap dan Kemanusiaan.


kelas-sekolah-menengah



Majoriti Ibu bapa nak masukkan anak ke kelas DLP. Ramai ibu bapa yang terpinga-pinga termasuklah Diah. Sekolah Ikhwan sebelum ni bukan DLP juga BYOD jadi nasib dia bergantung semata-mata kepada Keputusan UASA.

Sekolah izinkan buat permohonan tapi semuanya bergantung kepada mesyuarat dan syarat kelayakan kena tengok Keputusan UASA juga.

Sebagai ibu bapa mestilah nak beri yang terbaik untuk anak. Jadi sebelum buat apa-apa keputusan kami putuskan untuk berjumpa dengan PK HEM.

Kami minta pendapat wajar atau tidak untuk Ikhwan mohon ke Kelas DLP. Alhamdulillah kami lega dengar jawapan PK HEM.

 

Minta kawan-kawan yang membaca doakan segala kemudahan buat anakanda Ikhwan Hafeez. Aishh emak jadi emosional kalau melibatkan anak ni. Moga yang baik-baik sahaja semuanya.


Family Day Di Melaka Private Glamping

Lepas balik bercuti Family Day di Melaka Private Glamping, sampai je rumah badan rasa tak selesa. Pening kepala, mula kerap bersin dan tekak rasa perit sangat.

Cuaca di Melaka panas lain macam. Kering dan berangin. Emak kata cuaca panas laut. Yelah kalau dekat rumah panas tapi boleh tahan lagi.

Minggu lepas kami ada Mini Family Day untuk tahun 2024, keluarga sebelah Diah. Mini Family Day sebab ramai juga ahli anggota keluarga tak dapat sertai.

Keluarga besar itu lah isu dia. Ada je halangan. Apa pun Syukur, dari 10 beradik sembilan orang berjaya munculkan diri bersama keluarga masing-masing.

Oh kami sewa satu kawasan tu jadi sangatlah privasi.


Family-Day-Di-Melaka-Private-Glamping

 


Family Day Di Melaka Private Glamping


Setakat ni kalau nak buat gathering besar-besaran kena tunggu Hari Raya. Jadi rancangan seterusnya kita cuba lagi di masa akan datang supaya semua dapat berkumpul.

Rancangan asal kami sepatutnya berkumpul di Terengganu. Nak pergi Pulau. Masing-masing memang suka laut tapi seperti biasa. Kita rancang saja. Tuhan yang bagi keizinan.

Dari tahun lepas dah brainstorm dan cari tempat yang kena dengan poket. Jadi lepas berbincang kami pilih Melaka sebagai tempat bercuti.

Adik cadangkan kami bercuti di Private Glamping Bukit Katil Melaka. Tempat tu baru je dibuka hujung tahun lepas. Tak banyak lagi review tapi setakat kami survey semuanya bagus.


Melaka-Private-Glamping



Melaka Private Glamping Bukit Katil


Siapa sangka, dekat Melaka pun dah ada tempat untuk glamping. Ingat lagi waktu awal-awal dulu glamping mula terkenal, Diah ada tulis tentang glamping.

Vivy Yusof Glamping dengan best friend dia di Pahang. Glamping atau nama lain dia ialah Glamarous Camping. 

Seronoknya Melaka Private Glamping ni dia bina unit bilik / igloo di satu kawasan besar. Ada tiga unit bilik yang bersambung dan lima unit igloo.

2 unit igloo berada dia bahagian atas bilik dan selebihnya di bina atas tanah. Memang cantik. Setiap Igloo disediakan katil Queen size, bilik berhawa dingin, kipas, televisyen, buaian dan puas hati dengan hiasan dalaman.



igloo-Melaka-Private-Glamping



Tiga bilik tu pula lebih besar dari unit Igloo. Disediakan dua buah katil queen, bilik air, televisyen, iron board dan seterika dan berhawa dingin.


bilik-Melaka-Private-Glamping

Kemudahan yang ada seperti pool, kolam jakuzi, bilik karaoke siap playstation dan open kitchen dengan BBQ pit. Disediakan dua bilik air dekat bahagian luar.


facility-Melaka-Private-Glamping

Boleh menampung sehingga 30 orang pengunjung menginap pada satu masa. Memang sesuai untuk buat mini family day, gathering, reunion atau jamuan makan makan.

 

 

Aktiviti Sepanjang Family Day


Kembali pada cerita family day, kami rancang untuk berehat, bersuka ria dan habiskan masa berkualiti sama-sama.

Waktu check in ialah 3.00 petang dan anak-anak memang tak sabar nak terjun pool. Kaum ibu mula menuju ke dapur sediakan makanan. Petang sikit dah mula sediakan bahan-bahan untuk BBQ.


pool-Melaka-Private-Glamping

Memandangkan masa pun singkat je jadi memang elak untuk keluar. Melaka kan terkenal dengan kesesakan lalu lintas. Sayang kalau masa terbuang di atas jalan raya.

Malam tu kami buat BBQ, tukar-tukar hadiah, birthday celebration dan buat beberapa game untuk hiburkan anak-anak. Masak pun ala kadar untuk alas perut sahaja.



Family-Day-game

Masing-masing tunjuk bakat bila masuk bilik karaoke. Bertukar-tukar sesi ikut peringkat umur. Karaoke anak-anak, lepas tu giliran suami bersama ipar duia dan akhir sekali giliran wanita ya.

Ya Allah bersyukur sangat Allah bagi kesempatan kami berkumpul dan buat emak gembira. Siap request next family day ya.

 


Review Melaka Private Glamping Bukit Katil


Review ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi apa yang Diah alami sepanjang dua hari satu malam di Melaka Private Glamping.

Secara keseluruhan Diah amat berpuas hati dengan pengalaman yang kami dapat. Kemudahan lengkap, dekat dengan kedai in case ada barang nak cari.

Pool walaupun kecil tapi okay lah asal ada. Diah stay dalam bilik jadi memang selesa. Tekanan air paip kuat. Kelengkapan seperti tuala, katil dan cadar semua bersih. Ada Netflix.


glamping-di-Melaka-Private-Glamping

room-tour-Melaka-Private-Glamping



Adik cakap keadaan dalam Igloo panas terutama waktu check in ke petang. Memang wajib on kan aircond.

Bagus sebab kemudahan lengkap termasuk Peti Ais, Dapur & Peralatan memasak, Penapis air – COWAY, dan Periuk Nasi.



Family-Day-Melaka-Private-Glamping



Harga Tempahan & Cara Hubungi

Dibawah ni ialah harga yang kami bayar untuk dua hari satu malam. Untuk harga yang tepat elok hubungi mereka sendiri. Kot berubah ada promosi ke.

Berikut adalah harga promosi sempena pembukaan *MELAKA PRIVATE GLAMPING*


*Hari Isnin - Khamis*

RM1488 (2 Hari 1 Malam)

RM2888 (3 Hari 2 Malam)

 

*Hari Jumaat -Ahad & Public Holiday Dan Cuti Sekolah*

RM1988 (2 Hari 1 Malam)

RM3888 (3 Hari 2 Malam)

 

*Untuk weekend mereka hanya terima tempahan guest 3hari 2malam sahaja ya..*

*Makluman mesra bahawa MELAKA PRIVATE GLAMPING hanya memuatkan maximum 25-30 orang sahaja termasuk kanak-kanak*

*Hanya menerima Muslim Guest sahaja*

 

MELAKA Private Glamping

Whatsapp -  60129202025      Facebook

Lot 997, Solok Kampung Teluk, Bukit Katil, 75450 Melaka




Terlalu Sibuk Dengan Rutin Harian

Penat betul ya sekarang. Dengan aktiviti persekolahan anak yang nonstop, setiap minggu ada je perkara harus diselesaikan.

Rasa sibuk ni mula terasa waktu nak mohon SBP dan MRSM. Kemudian sambung dengan peperiksaan, sambutan Hari Kanak-Kanak dekat sekolah, BAP, Hari Akademik dan sekarang jamuan akhir tahun pula.

Dah berusia ni penat bila berbincang dalam group WhatsApp, kena buat keputusan, dan kena siapkan apa yang dipersetujui.

Contoh ini urusan persekolahan anak-anak. Memandangkan Diah full time suri rumah segala hal berkaitan sekolah terletak di bahu Diah.

Suami dah fokus cari rezeki. Sama juga rasanya dengan orang lain kan? Cuma bila bab melibatkan kewangan, perancangan haruslah kita libatkan suami



penat-hidup


 


Terlalu Sibuk Dengan Rutin Harian

 

Bezanya yang jadi front line berhubung dengan pihak sekolah adalah tugas Diah. Suami jadi tukang sokong di belakang.

Di waktu nak cecah 40 tahun ni terasa cepat penat. Perkara simple je, kena fikir menu untuk jamuan sekolah akhir tahun.

Tapi nak beri kata putus nak bawa apa ke sekolah tu ya ampun menangis nak fikir. Tak bawa apa-apa kang rasa kasihan dekat anak.

Saya faham nasihat orang lama bila kata mengandung awal-awal, pulun bersalin di waktu muda supaya nanti tak penat bila berusia.

Lol terasa warga emas betul. Ahaks. Macamana emak ada sepuluh anak menghadap perangai sorang-sorang ya.

Rasanya kami dulu mengikut saja apa emak abah siapkan. Dah siap acuan, tinggal ikut arahan saja. Beza anak sekarang mereka banyak pilihan.

Bila banyak pilihan kena la pilih yang betul-betul.


 

life-hectic




 

Sibuk Tapi Tetap Kena Jaga Diri
 

Walaupun hidup sekarang sentiasa sibuk dengan rutin harian, tapi Diah cuba luangkan masa untuk diri sendiri.

Belajar dari pengalaman sudah. Kalau diri tak gembira, tak cukup tenaga, tiada masa utnuk buat perkara yang kita suka memang porak peranda satu keluarga.

Dulu pernah jadi Diah sentiasa marah-marah dan bad mood. Ya ampun segarang Singa orang cakap. Waktu tu rasa tak ada siapa pun faham kita.

Walhal anak ada je tolong, suami ada je hulur bantuan nak tolong tapi sebab ego dan pengurusan yang lemah diri sendiri dan keluarga jadi mangsa.

Lama kelamaan faham diri dan keperluan. Memang kena ambil supplement bantu untuk boost Kesihatan dan system imun.

Kena keluarkan peluh dan susun atur hidup semampu boleh. Paling mencabar adalah nak latih anak berdikari dan ikut cara kita tetapkan.

 

 

Bila Penat Mengadu Pada Tuhan

Pelajaran terbesar setakat ini ialah bila penat kena mengadu pada Tuhan. Kena berkomunikasi, meluahkan segalanya pada Pencipta. Sebagai Muslim solat memang kena jaga.

Pernah mengadu pada manusia, tapi hasil dia kecewa sebab manusia tak faham manusia yang lain. Kadang-kadang manusia lain pun ada masalah dia kena selesaikan.

Penat kan? Jadi jalan terbaik balik dan sujud pada Tuhan. Selalu doa supaya Tuhan pilih kita dan kerap tegur kita supaya tak lalai.