Ramadhan Menu, Iftar Ceria - The Manhattan FISH MARKET (TMFM)

Rodiah Amir

Salam Ramadan yang dah pun masuk hari ke sepuluh. Cepat sungguh masa berlalu. Pencapaian Ramadan kali ni belum ada lagi terlepas sahur.

Harapnya jangan lah eh. Risau kang melepek sampai waktu berbuka. Ahaks. Kesihatan diri baik, Alhamdulillah cuma ada hari-hari yang sakit tekak. Anak-anak semua behave, berjalan lancar.

Cuma puasa kali ni lain sikit sebab ahli keluarga waktu berbuka dah kurang. Ikhwan dah masuk asrama jadi kemeriahan berbuka tu berbeza.

Kurang meriah sebab masing-masing jadi tak kuat makan. Kalau sebelum ni ada je orang tolong habiskan kalau lauk tak habis.


berbuka-the-manhattan-fish-market

 


Ramadhan Menu, Iftar Ceria - The Manhattan FISH MARKET (TMFM)


Masih belum jejak kaki ke bazar sebab memang tiada selera nak keluar. Cuaca begitu panas jadi tak sanggup nak keluar.

Memang hari-hari masak la cerita dia. Tak sempat nak kongsi dekat blog. Emak terpaling busy. Ada je suami beli juadah lain buat tambah-tambah.

Hari tu rezeki Ramadan ke lapan, terima PR Kit dari The Manhattan FISH MARKET. Diaorang tengah promote Ramadhan Menu, Iftar Ceria.


pr-kit-the-manhattan-fish-market

Menu kali ni TMFM buat kelainan masakan melayu moden. Ada plot twist menampilkan hidangan bertema hijau.

Kalau tengok memang sedikit gerun untuk yang tak makan pedas. Rupanya tidak ya. Pedas manja gitu. Diah dapat rasa sendiri dua daripada empat menu.  

 

iftar-ceria-the-manhattan-fish-market


Set Iftar Ceria The Manhattan FISH MARKET


Diah cuba Green Mojo Baked Dory. Warna hijau pekat, sekali imbas macam sambal ayam penyet. Untuk yang tak kuat pedas, jangan risau. Pedas dia masih boleh tolerate.

Ikan Dory dibakar dalam aluminium foil dimasak bersama campuran herba segar. Wangi, isi ikan lembut, tak hanyir. Memang cair dalam mulut.


Green-Mojo-Baked-Dory



Bila makan memang tak rasa muak jadi tak sedar boleh habis sepinggan nasi. Dalam menu Green Mojo Baked Dory, dapat nasi, sayur yang di stim dan Ikan Dory. Hidangan untuk satu pax.

Berlainan dengan menu Baked Spicy Seafood Platter, hidangan untuk dua ke tiga orang. Peringatan menu ni pedas ya. Diah tak kuat pedas jadi masa makan bunyi la soksek tu.

Walaupun pedas, dia sedap ya. Dalam tu ada rocks prawns, mussels, isi dory, hirisan sotong, cendawan shimeji, dan sayur campur.


Baked-Spicy-Seafood-platter

Pilihan kombinasi makanan laut yang sesuai sebab rasa dan tekstur masing-masing menyerlah kan lagi hidangan.

Dia macam takde satu pun yang tenggelam. Faham tak?

 


Review Iftar Ceria The Manhattan FISH MARKET


Kalau nak cuba Set Iftar Ceria boleh la berbuka di The Manhattan FISH MARKET. Untuk yang ada anak kecil, tak makan pedas boleh makan Curry Mayo Fish ‘N Chips Dory atau Shrimp Pasta.

Menu iftar kali ni kena dengan selera Diah. Memang plot twist habis. Sesekali reward diri, cuti masak dan berbuka dekat luar pun seronok kan?

Jadi korang yang suka makan makanan laut, suka makan pedas The Manhattan FISH MARKET adalah tempatnya.