Senarai Kedai Makan Di Melawati Mall

Tadi baca keywords search dekat dashboard blog ada yang mencari senarai kedai makan dalam Melawati Mall. 

Ada juga mencari resepi kek coklat kukus, brownies viral dan juga review Diah tentang Air fryer Amgo. 

Amboi semuanya pasal makanan, terserlah ciri-ciri kuat makan Diah di situ. Kali ni Diah nak kongsikan senarai kedai makan yang boleh korang cuba di Melawati Mall. 



Senarai Kedai Makan Di Melawati Mall 


Untuk yang belum pernah jejak kan kaki ke sini, Melawati Mall terletak di Taman Melawati, kira-kira 20 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur 

Mudah nak datang sini sebab dekat dan banyak pengangkutan awam. Waktu artikel ini ditulis, Melawati Mall baru sahaja setahun dibuka. 

Memandangkan Melawati Mall ni dekat sangat dengan rumah secara automatiknya mall ni menjadi tempat kesukaan kami sekeluarga. 

Banyak pilihan tempat makan, mall ni kids friendly, toilet bersih, lift cantik dan transparent serta makanan dia sedap. Dah ada panggung wayang dan tempat main ice skating untuk kanak-kanak. 

Nak cari hadiah, hiasan rumah boleh ke DEKKO



Burger-banjir-makan-culture



Senarai Kedai Makan 



Banyak pilihan yang ada dan ikut selera masing-masing. Ada Western, Thailand, Korean Food, Japanese Food dan pendek kata memenuhi selera tekak Orang Asia la. 

Kalau tak nak makan for lunch or dinner boleh cari kopi dan kedai dessert pun ada. Boleh cuba Chizu-cafe-cheese-drink



Absolute Thai Street Food (LG)


Jangan keliru restoren Absolute Thai Street Food berbeza dengan Absolute Thai Food tau. makanan dan konsep masih sama cuma beza dia ialah ada sesetengah menu macam Ikan Siakap stim tu tiada dalam list menu di Absolute Thai Street Food.  

Kiranya menu Absolute Thai Street Food lebih ringkas. Yang suka kan tomyam, somtan, Miang Kam boleh makan di sini. Oh favourite kami ialah ayam pandan. Restoran yang seangkatan dengan dia ialah, Tigerlily Thai restaurant (L3) dan Johnny Steamboat (L3).



Food Empire (L3)


Kalau KLCC ada food court RASA dan SIGNATURE, di Melawati Mall pula ada Food Empire. Diah tak pernah makan di sini tapi memang meriah orang masuk setiap kali ke sana. 

Yang memang rutin asal makan kena makan nasi boleh terus ke Chicken Rice Shop (L3) atau pun Makan Culture (L3). Portion dia besar dan berbaloi untuk cuba. 

Suka menu nasi goreng dia sedap.  Diah pernah cerita tentang Makan Culture Boleh juga cuba Santai Penyet (L3) dan Baby nyonya (L3). 



steak-makan-culture




Kalau tak selera nak makan nasi tapi nak makan mee boleh ke Ah Cheng Laksa (L3), Mee Tarik Warisan Asli (L3) atau Boat Noddle(LG). Boleh cuba makan di Swensens.

Untuk hidangan western boleh cuba NY Steak Shack (L3), Carl’s Jr. (LG), Marry Brown, Pizza Hut (L3), The Manhattan Fish Market (L3), Wayback Burgers (L3) atau pun Tony Roma’s (L3). 

Restoren western favourite semestinya NY Steak Shack.




Korean & Japanese Restoren

Teringin nak ubah angin dan semangat KPop menebal dalam diri boleh cuba hidangan Korean & Japanese restoran. 

Boleh makan di Mr. Dakgalbi (L3), Tenderfresh / Chicken Plus (L3), Sopoong (L3), Seoul garden (L3), atau pun Hey Suhsi (L3). Diah suka makan ayam goreng cheese di Chicken Plus.




Chicken-Plus




Kesimpulan 

Keseluruhan nya Diah suka ke Melawati Mall sebab banyak pilihan untuk makan. Ada juga restoren yang Diah tak senaraikan kat sini dan mungkin ada yang dah bertambah. 

Maaf untuk kekurangan info. Nanti kalau Diah ke sana lagi Diah update. Ada yang dah ke Melawati Mall? Awak suka restoran mana? Boleh Diah cuba pulak. 

Mamaway Antibacterial Seamless Best Maternity Bra

Pemilihan bra yang betul amat lah penting terutama bagi wanita hamil dan juga ibu yang menyusu kan anak kerana payudara mengalami perubahan saiz sepanjang tempoh ini. 

Jangan pandang remeh kerana kegagalan memilih maternity bra yang menyokong dan mengampu payudara akan menyebabkan payudara menjadi kendur. 


Mamaway Antibacterial Seamless Best Maternity Bra 


Baru-baru ni Diah berpeluang mencuba Mamaway Antibacterial seamless maternity Bra yang di reka khas untuk para ibu yang menyusukan anak dan juga bakal ibu. 

Bra ni boleh dipakai bukan sahaja ketika hamil malah sepanjang tempoh penyusuan anak. 


Most Popular Maternity Bra


Review Mamaway Antibacterial Seamless Best Maternity Bra


Sepanjang Diah pakai Mamaway seamless maternity bra ni sejujurnya Diah suka kan material nya yang sejuk dan kebolehan bra ni meregang secara maksimum. Memang sangat elastik. 

Dapat rasa perbezaan, terutama bila payudara penuh dengan susu, tidak la rasa lemas untuk bernafas. Golongan ibu yang meriah dengan susu badan mesti faham apa yang Diah maksudkan. 

Lagi satu, bila pakai bra ni ia nya tidak mencengkam kulit dan memberi keselesaan yang maksimum. Tak heran kalau berpeluh dalam cuaca panas. Pakai bra tapi tidak terasa sebab dia melekap dengan baik. 

Diah juga suka kan pad bra ni sebab kebanyakkan pad bra yang ada di pasaran berbentuk bulat kan? Berbeza dengan Mamaway Seamless bra ni pad dia berbentuk tirus (buah Pear) dan ikut bentuk payudara. 

Pad tu terletak walau pun kita banyak bergerak. Nak cuci pun senang hanya guna tangan. 




Best Maternity Bra and Best Breastfeeding Bra


Mamaway Bra telah memenangi anugerah Most Popular Maternity Bra dari Mother & Baby Magazine Awards pada tahun 2015 di Australia. Memang layak lah bra ni mendapat pengiktirafan sebagai best maternity bra dan breatfeeding bra kerana ciri-ciri yang terdapat pada bra ini sendiri.

Most Popular Maternity Bra
Menang Most Popular Maternity Bra dari Mother & Baby Magazine Awards pada tahun 2015




Ciri-Ciri Mamaway Antibacterial Seamless Bra



#1 Best Breastfeeding Bra

Semasa hamil, payudara akan mengembang dan perlu kerap tukar saiz bra dari masa ke semasa. 


Bagusnya Mamaway Seamless Maternity Bra kerana cup nya yang menyokong perubahan saiz bentuk payudara wanita ketika hamil dan juga menyusukan anak. 

Cup ni boleh meregang dan menyokong sehingga 3 saiz cup bra. Jadi tak perlu beli bra baru bila dah bersalin. Jimat dekat situ. 




#2 Material Antibakteria & Tidak Berbau

Mamaway Seamless Maternity Bra ni mesra dan selamat untuk bayi kerana diperbuat daripada material yang anti-bakteria. 

Dah tak risau tentang jangkitan penyakit bila anak menyusu. Selain itu, Diah suka sebab bra ni tak mudah berbau walau pun berlaku kebocoran susu. 

Jadi selesa nak di pakai sehingga petang. Tahu kan bra kena di tukar setiap hari dan tidak boleh di pakai sehingga 24jam. 




#3 Mamaway Seamless Maternity Bra mempunyai 4 set cangkuk di belakang nya supaya stabil dan dapat menampung perubahan payudara serta klip atas untuk mudah di buka semasa penyusuan. 




Cara Pemakaian Bra Yang Betul 

  • Pastikan bra tidak terlalu ketat atau terlalu longgar. Dapatkan saiz bra yang tepat dengan mengukur saiz badan dan saiz cup anda.
  • Bahagian tengah bra seharusnya terletak rata. 
  • Pilih cup yang betul dengan saiz payudara anda. Cup yang muat sempurna dapat menyokong dan mengampu serta tidak menekan payudara. 
  • Lilitan bawah bra seharusnya tidak terangkat dan melekap elok pada badan. 
  • Tali bahu bra juga tidak boleh menekan atau menggelongsor dari bahu. 


Nak Beli Dekat Mana?



Untuk pembelian Mamaway Antibacterial Seamless Bra dan barangan penyusuan yang lain anda boleh rujuk laman sesawang mereka seperti di bawah. Sekarang tengah ada promosi dan boleh jimat banyak kalau beli. 







Kesimpulan Mamaway Antibacterial Seamless Bra


Kesimpulan yang Diah dapat selepas mencuba mamaway bra ni memang layak la yang bra ni mendapat jolokan best breastfeeding bra dan best maternity bra sebab memang terbukti selesa dipakai, tidak berbau dan mempunyai regangan yang maksimum. 

Diah mencadangkan bra ni kepada semua ibu mengandung dan juga menyusukan anak. Pilih lah bra yang sesuai demi keselesaan dan kesihatan kita.


Resepi Kek Coklat Kukus Lembap Sukatan Cawan

Baru berkesempatan berkongsi resepi kek coklat kukus sukatan cawan ni dekat blog. Yang teringin macam Diah kena cuba buat sebab kalau ikut resepi kek coklat kukus ni hanya ambil masa 30 minit sahaja dan boleh di makan. 

Kalau nak meniaga kek coklat pun boleh guna resepi ni juga sebab ringkas dan bahan-bahan dia pun murah. 

Resepi Kek Coklat Kukus Lembap Sukatan Cawan


Apa yang seronoknya nak buat kek coklat ni tak perlu guna blender tapi hanya perlu menggunakan whisk atau senduk sahaja.



Kek Coklat Kukus mudah


Kek Coklat Kukus Lembap Sukatan Cawan

Sebelum ni Diah pernah cuba buat resepi kek coklat tapi versi bakar, dan Diah lebih suka kan kek coklat yang versi kukus sebab kek jadi lebih lembut. 

Lagi satu, kalau kek Diah memang prefer kek yang letak minyak dan bukan butter. Lain woo rasa dia. Tapi terpulang ikut selera masing-masing ya.


Resepi Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan

Bahan-bahan Kek Coklat Kukus

1 cawan tepung gandum
1 cawan minyak
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
2 biji telur
1 sudu baking powder
1 sudu baking soda
1 sudu essence vanila

Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan


Campur minyak, serbuk koko dan tepung gandum dan kacau sampai sebati menggunakan guna whisk atau senduk. Kemudian masuk kan Baking soda dan juga baking powder. Kacau lagi.



Seterusnya masuk kan susu cair dan juga essence vanila dan teruskan kacau supaya sebati.


Selepas sebati dan adunan tidak berketul, masuk kan pula telur dan juga gula dan kacau lagi sehingga betul-betul sebati. 



Diah guna kan bekas plastik dadih yang bersaiz kecil tu dan untuk satu adunan kek kukus ni boleh dapat dalam 17 bekas. Tuang adunan hanya separuh atau suku sahaja kalau nak letak topping. 

Kek ni akan kembang dengan jayanya. Kukus kek dalam anggaran 20 minit. Siap. 




Tips Resepi Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan

  • Tuang adunan separuh je sebab nanti kek akan naik.
  • Diah letak susu pekat dan gula separuh cawan sahaja dan kek rasa pahit-pahit coklat tapi masih sedap. 
  • Nak kukus pasti kan air telah mendidih baru letak kan pengukus. Kukus dengan api sederhana. 



Kesimpulan

Kongsi resepi kek pun ada kesimpulan kau. Resepi kek coklat kukus sukatan cawan ni sesuai untuk beginner yang baru acah-acah nak belajar buat kek dan menjadi.

Lepas ni tak la panik kalau anak beritahu last minute kena bawa juadah untuk jamuan dekat sekolah. Terus buat kek coklat kukus sukatan cawan yang super moist ni. Nak nampak mewah tuang la coklat ganache atas kek. Confirm menawan. 

Selamat Mencuba.



Resepi Petola Goreng Garing ala Mamak

Petola ni salah satu sayur kegemaran Diah sekeluarga. Selalu beli petola mesti masak air tumis udang kering di masak bersama fucuk kering dan suun. 

Makan dengan nasi putih dan sambal kicap. Bertambah lah nasi. Sebab dah selalu sangat masak petola tumis air maka mencari lah menu lain yang berasaskan petola. 


Resepi Petola Goreng


Resepi Petola Goreng Garing ala Mamak


Selain masak tumis air, Diah suka masak Petola Goreng Garing ala Mamak. Kalau selalu makan dekat mamak mesti ada peria goreng atau petola goreng tepung garing tu kan? 

Sebab ter inspirasi dengan restoren mamak la maka terhasilnya Resepi Petola Goreng Garing ala Mamak ni. 

Masa mula-mula buat dulu selalu tak jadi rangup. Pelik jugak kenapa mamak tu buat rangup je. Lepas beberapa kali adjust baru la faham teknik nak maintain petola ni garing. 

Sebelum Diah dedahkan apa tips dia, Diah terangkan dulu resepi dia. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Petola Goreng Garing ala Mamak adalah seperti berikut. 

Hanya tiga bahan mudah iaitu, petola, tepung goreng Bestari dan sedikit air. Apa yang perlu dibuat hanyalah bancuhkan tepung goreng Bestari dengan sedikit air sejuk. 

Kemudian salutkan adunan tadi dengan petola yang di kupas kulitnya dan dihiris nipis. 



Tips Petola Goreng Garing ala Mamak


Tips penting di sini ialah, sebelum salutkan petola pastikan minyak yang digunakan untuk menggoreng betul-betul panas. 

Bila minyak dah betul-betul panas baru salutkan petola. Kalau salut kan petola terlalu awal, petola akan ber air dan hasilnya petola tidak akan garing. Ulang langkah yang sama sehingga siap.

Tips kedua ialah goreng dalam minyak yang panas dan api besar. Masa menggoreng jangan la sibuk nak membasuh kain atau tonton televisyen pula ya. 

In sha Allah kalau ikut tips yang Diah kongsi petola yang di goreng akan kekal garing. 

Untuk cadangan, Petola goreng garing ni sedap di makan dengan nasi beriani, kuah kari dan dalca. Lepas tu ada ayam goreng. Memang terbaik. 

Nak makan dengan nasi putih pun tiada masalah. In sha Allah kalau ada tips-tips lain yang menarik akan Diah kongsikan lagi nanti. 

Selamat mencuba.