Indobowl Café untuk Peminat Indomie

Peminat Indomie mesti dah tahu tentang cafe Indobowl ni kan? Buat masa sekarang ada dua cawangan cafe yang menyediakan menu yang berasaskan Indomie yang sedap tu. 

Indobowl Cafe di Sungai Besi dan juga satu lagi cawangan nya di SS15 Subang Selangor. Mereka yang berdekatan boleh singgah. 

Indobowl Café untuk Peminat Indomie 

Cafe ni mendapat sambutan hangat daripada peminat Indomie sebab menyajikan menu-menu popular jenama mi segera Indomie.

Hari tu Diah dan rakan-rakan telah berkesempatan merasai menu popular Indomie. Nak tahu apa yang sedap kena la teruskan membaca. 


Indomie Sungai Besi


Tarikan Tiga Jenis Sambal Indomie Indonesia


Selain dikenali dengan hidangan indomie, Indobowl Café juga terkenal kerana sambal Indomie Indonesia. 

Yang sukakan makanan pedas terutama yang jenis sambal macam ni, makanan di Indobowl Café ni memang untuk anda.


Indobowl Café SS15 Subang


Rasa sambal yang pedas, manis dan memikat. Ada tiga jenis sambal yang tersedia iaitu sambal merah, sambal hijau dan sambal Matah. 

Sambal-sambal ni sedap di makan bersama indomie mahupun nasi. Bagi Diah ketiga-tiga sambal ni sedap dan ada peminatnya tersendiri. Ikut tekak Diah sukakan sambal hijau.


Menu di Indobowl Café Sungai Besi


Signature Menu Indomie Indobowl Café


Diah telah dijamu dengan beberapa jenis hidangan yang merupakan signature menu di Indobowl Café Sungai Besi. 

Menu yang dimaksudkan ialah Indomie Cheesy Chicken Chop, Indomie Salted Egg Chicken dan Mumbo Jumbo Seafood Soto. 

Portion Mumbo Jumbo Seafood Soto yang besar sesuai dimakan bersama kawan-kawan dan ahli keluarga. Makan ramai-ramai lebih meriah. 




Mumbo Jumbo Seafood Soto

Bila tengok je Mumbo Jumbo Seafood Soto ni rasa nak menangis terbayangkan keenakkan dia. Sup dia harum tau memang membuka selera. Rasa dia pula masam-masin pedas. 

Portion dia sesuai untuk di makan 2-3 orang. Mumbo Jumbo Seafood ni meriah dengan binatang laut seperti udang dan sotong. Makan ni ramai-ramai memang seronok.


Signature menu Indobowl Café Sungai Besi


Indomie Salted Egg Chicken

Khabarnya Indomie Salted Egg Chicken adalah menu yang paling laris dan digemari oleh pelanggan Indobowl Café Sungai Besi. Bila Diah sendiri cuba baru faham kenapa ramai yang suka kan menu ni. 

Rasa dia seakan-akan rasa prawn salted egg tapi ni versi daging ayam la. Di cadangkan untuk cuba juga dan sesuai untuk orang yang tak makan pedas.


Indobowl Cafe


Cheesy Chicken Chop

Cheesy Chicken Chop telah memenangi tempat pertama di hati Diah pada hari tu. Diah makan banyak betul cheesey chicken chop tu siap minta orang sebelah punya. 

Rasa dia memang lemak berkrim. Bila sebut cheesy mesti risau muak kan? Jangan risau, korang minta je sambal makan dengan cheesy chicken chop tu. 

Boleh habis semangkuk. Sesuai juga untuk anak-anak sebab dia tak pedas at all. 


Indomie Cafe


Café Konsep Layan Diri

Indobowl Café Sungai Besi cuba ketengah kan konsep layan diri dan sediakan tempat makan yang santai. Café ni bersih dan hiasan dalaman dia pun menarik. 

Dari segi lokasi memang mudah nak jumpa. Café ni sesuai untuk seisi keluarga dan juga sesuai untuk yang datang berkumpulan.


Indobowl Café Sungai Besi


Signatutre Menu Indobowl Café Sungai Besi



Kesimpulan 

Secara keseluruhannya Diah suka kan Indobowl Café Sungai Besi dan pasti akan datang lagi. Makanan yang sedap dan yang penting sesuai untuk anak-anak Diah yang tak tahan pedas, susun atur café yang selesa dan semestinya bersih dan harga yang Diah rasa berpatutan. 

Anda patut datang dan rasa sendiri makanan dekat Indobowl Café Sungai Besi baru korang akan faham. Tak susah nak cari Indobowl Café Sungai Besi, boleh google atau Waze sahaja guna alamat di bawah: 


Indobowl Café Sungai Besi,
72, Jalan Tasik Utama 7, Lake Fields, Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Dibuka pada pukul 11.00 Pagi sehingga 10.30 Malam


Indobowl Café SS15
66, Jalan SS 15/4c, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Dibuka pada pukul 11.00 Pagi sehingga 10.30 Malam

Senarai Kedai Makan Di Melawati Mall

Tadi baca keywords search dekat dashboard blog ada yang mencari senarai kedai makan dalam Melawati Mall. 

Ada juga mencari resepi kek coklat kukus, brownies viral dan juga review Diah tentang Air fryer Amgo. 

Amboi semuanya pasal makanan, terserlah ciri-ciri kuat makan Diah di situ. Kali ni Diah nak kongsikan senarai kedai makan yang boleh korang cuba di Melawati Mall. 



Senarai Kedai Makan Di Melawati Mall 


Untuk yang belum pernah jejak kan kaki ke sini, Melawati Mall terletak di Taman Melawati, kira-kira 20 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur 

Mudah nak datang sini sebab dekat dan banyak pengangkutan awam. Waktu artikel ini ditulis, Melawati Mall baru sahaja setahun dibuka. 

Memandangkan Melawati Mall ni dekat sangat dengan rumah secara automatiknya mall ni menjadi tempat kesukaan kami sekeluarga. 

Banyak pilihan tempat makan, mall ni kids friendly, toilet bersih, lift cantik dan transparent serta makanan dia sedap. Dah ada panggung wayang dan tempat main ice skating untuk kanak-kanak. 

Nak cari hadiah, hiasan rumah boleh ke DEKKO



Burger-banjir-makan-culture



Senarai Kedai Makan 



Banyak pilihan yang ada dan ikut selera masing-masing. Ada Western, Thailand, Korean Food, Japanese Food dan pendek kata memenuhi selera tekak Orang Asia la. 

Kalau tak nak makan for lunch or dinner boleh cari kopi dan kedai dessert pun ada. Boleh cuba Chizu-cafe-cheese-drink



Absolute Thai Street Food (LG)


Jangan keliru restoren Absolute Thai Street Food berbeza dengan Absolute Thai Food tau. makanan dan konsep masih sama cuma beza dia ialah ada sesetengah menu macam Ikan Siakap stim tu tiada dalam list menu di Absolute Thai Street Food.  

Kiranya menu Absolute Thai Street Food lebih ringkas. Yang suka kan tomyam, somtan, Miang Kam boleh makan di sini. Oh favourite kami ialah ayam pandan. Restoran yang seangkatan dengan dia ialah, Tigerlily Thai restaurant (L3) dan Johnny Steamboat (L3).



Food Empire (L3)


Kalau KLCC ada food court RASA dan SIGNATURE, di Melawati Mall pula ada Food Empire. Diah tak pernah makan di sini tapi memang meriah orang masuk setiap kali ke sana. 

Yang memang rutin asal makan kena makan nasi boleh terus ke Chicken Rice Shop (L3) atau pun Makan Culture (L3). Portion dia besar dan berbaloi untuk cuba. 

Suka menu nasi goreng dia sedap.  Diah pernah cerita tentang Makan Culture Boleh juga cuba Santai Penyet (L3) dan Baby nyonya (L3). 



steak-makan-culture




Kalau tak selera nak makan nasi tapi nak makan mee boleh ke Ah Cheng Laksa (L3), Mee Tarik Warisan Asli (L3) atau Boat Noddle(LG). Boleh cuba makan di Swensens.

Untuk hidangan western boleh cuba NY Steak Shack (L3), Carl’s Jr. (LG), Marry Brown, Pizza Hut (L3), The Manhattan Fish Market (L3), Wayback Burgers (L3) atau pun Tony Roma’s (L3). 

Restoren western favourite semestinya NY Steak Shack.




Korean & Japanese Restoren

Teringin nak ubah angin dan semangat KPop menebal dalam diri boleh cuba hidangan Korean & Japanese restoran. 

Boleh makan di Mr. Dakgalbi (L3), Tenderfresh / Chicken Plus (L3), Sopoong (L3), Seoul garden (L3), atau pun Hey Suhsi (L3). Diah suka makan ayam goreng cheese di Chicken Plus.




Chicken-Plus




Kesimpulan 

Keseluruhan nya Diah suka ke Melawati Mall sebab banyak pilihan untuk makan. Ada juga restoren yang Diah tak senaraikan kat sini dan mungkin ada yang dah bertambah. 

Maaf untuk kekurangan info. Nanti kalau Diah ke sana lagi Diah update. Ada yang dah ke Melawati Mall? Awak suka restoran mana? Boleh Diah cuba pulak. 

Mamaway Antibacterial Seamless Best Maternity Bra

Pemilihan bra yang betul amat lah penting terutama bagi wanita hamil dan juga ibu yang menyusu kan anak kerana payudara mengalami perubahan saiz sepanjang tempoh ini. 

Jangan pandang remeh kerana kegagalan memilih maternity bra yang menyokong dan mengampu payudara akan menyebabkan payudara menjadi kendur. 


Mamaway Antibacterial Seamless Best Maternity Bra 


Baru-baru ni Diah berpeluang mencuba Mamaway Antibacterial seamless maternity Bra yang di reka khas untuk para ibu yang menyusukan anak dan juga bakal ibu. 

Bra ni boleh dipakai bukan sahaja ketika hamil malah sepanjang tempoh penyusuan anak. 


Most Popular Maternity Bra


Review Mamaway Antibacterial Seamless Best Maternity Bra


Sepanjang Diah pakai Mamaway seamless maternity bra ni sejujurnya Diah suka kan material nya yang sejuk dan kebolehan bra ni meregang secara maksimum. Memang sangat elastik. 

Dapat rasa perbezaan, terutama bila payudara penuh dengan susu, tidak la rasa lemas untuk bernafas. Golongan ibu yang meriah dengan susu badan mesti faham apa yang Diah maksudkan. 

Lagi satu, bila pakai bra ni ia nya tidak mencengkam kulit dan memberi keselesaan yang maksimum. Tak heran kalau berpeluh dalam cuaca panas. Pakai bra tapi tidak terasa sebab dia melekap dengan baik. 

Diah juga suka kan pad bra ni sebab kebanyakkan pad bra yang ada di pasaran berbentuk bulat kan? Berbeza dengan Mamaway Seamless bra ni pad dia berbentuk tirus (buah Pear) dan ikut bentuk payudara. 

Pad tu terletak walau pun kita banyak bergerak. Nak cuci pun senang hanya guna tangan. 




Best Maternity Bra and Best Breastfeeding Bra


Mamaway Bra telah memenangi anugerah Most Popular Maternity Bra dari Mother & Baby Magazine Awards pada tahun 2015 di Australia. Memang layak lah bra ni mendapat pengiktirafan sebagai best maternity bra dan breatfeeding bra kerana ciri-ciri yang terdapat pada bra ini sendiri.

Most Popular Maternity Bra
Menang Most Popular Maternity Bra dari Mother & Baby Magazine Awards pada tahun 2015




Ciri-Ciri Mamaway Antibacterial Seamless Bra



#1 Best Breastfeeding Bra

Semasa hamil, payudara akan mengembang dan perlu kerap tukar saiz bra dari masa ke semasa. 


Bagusnya Mamaway Seamless Maternity Bra kerana cup nya yang menyokong perubahan saiz bentuk payudara wanita ketika hamil dan juga menyusukan anak. 

Cup ni boleh meregang dan menyokong sehingga 3 saiz cup bra. Jadi tak perlu beli bra baru bila dah bersalin. Jimat dekat situ. 




#2 Material Antibakteria & Tidak Berbau

Mamaway Seamless Maternity Bra ni mesra dan selamat untuk bayi kerana diperbuat daripada material yang anti-bakteria. 

Dah tak risau tentang jangkitan penyakit bila anak menyusu. Selain itu, Diah suka sebab bra ni tak mudah berbau walau pun berlaku kebocoran susu. 

Jadi selesa nak di pakai sehingga petang. Tahu kan bra kena di tukar setiap hari dan tidak boleh di pakai sehingga 24jam. 




#3 Mamaway Seamless Maternity Bra mempunyai 4 set cangkuk di belakang nya supaya stabil dan dapat menampung perubahan payudara serta klip atas untuk mudah di buka semasa penyusuan. 




Cara Pemakaian Bra Yang Betul 

  • Pastikan bra tidak terlalu ketat atau terlalu longgar. Dapatkan saiz bra yang tepat dengan mengukur saiz badan dan saiz cup anda.
  • Bahagian tengah bra seharusnya terletak rata. 
  • Pilih cup yang betul dengan saiz payudara anda. Cup yang muat sempurna dapat menyokong dan mengampu serta tidak menekan payudara. 
  • Lilitan bawah bra seharusnya tidak terangkat dan melekap elok pada badan. 
  • Tali bahu bra juga tidak boleh menekan atau menggelongsor dari bahu. 


Nak Beli Dekat Mana?



Untuk pembelian Mamaway Antibacterial Seamless Bra dan barangan penyusuan yang lain anda boleh rujuk laman sesawang mereka seperti di bawah. Sekarang tengah ada promosi dan boleh jimat banyak kalau beli. 







Kesimpulan Mamaway Antibacterial Seamless Bra


Kesimpulan yang Diah dapat selepas mencuba mamaway bra ni memang layak la yang bra ni mendapat jolokan best breastfeeding bra dan best maternity bra sebab memang terbukti selesa dipakai, tidak berbau dan mempunyai regangan yang maksimum. 

Diah mencadangkan bra ni kepada semua ibu mengandung dan juga menyusukan anak. Pilih lah bra yang sesuai demi keselesaan dan kesihatan kita.


Resepi Kek Coklat Kukus Lembap Sukatan Cawan

Baru berkesempatan berkongsi resepi kek coklat kukus sukatan cawan ni dekat blog. Yang teringin macam Diah kena cuba buat sebab kalau ikut resepi kek coklat kukus ni hanya ambil masa 30 minit sahaja dan boleh di makan. 

Kalau nak meniaga kek coklat pun boleh guna resepi ni juga sebab ringkas dan bahan-bahan dia pun murah. 

Resepi Kek Coklat Kukus Lembap Sukatan Cawan


Apa yang seronoknya nak buat kek coklat ni tak perlu guna blender tapi hanya perlu menggunakan whisk atau senduk sahaja.



Kek Coklat Kukus mudah


Kek Coklat Kukus Lembap Sukatan Cawan

Sebelum ni Diah pernah cuba buat resepi kek coklat tapi versi bakar, dan Diah lebih suka kan kek coklat yang versi kukus sebab kek jadi lebih lembut. 

Lagi satu, kalau kek Diah memang prefer kek yang letak minyak dan bukan butter. Lain woo rasa dia. Tapi terpulang ikut selera masing-masing ya.


Resepi Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan

Bahan-bahan Kek Coklat Kukus

1 cawan tepung gandum
1 cawan minyak
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
2 biji telur
1 sudu baking powder
1 sudu baking soda
1 sudu essence vanila

Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan


Campur minyak, serbuk koko dan tepung gandum dan kacau sampai sebati menggunakan guna whisk atau senduk. Kemudian masuk kan Baking soda dan juga baking powder. Kacau lagi.



Seterusnya masuk kan susu cair dan juga essence vanila dan teruskan kacau supaya sebati.


Selepas sebati dan adunan tidak berketul, masuk kan pula telur dan juga gula dan kacau lagi sehingga betul-betul sebati. 



Diah guna kan bekas plastik dadih yang bersaiz kecil tu dan untuk satu adunan kek kukus ni boleh dapat dalam 17 bekas. Tuang adunan hanya separuh atau suku sahaja kalau nak letak topping. 

Kek ni akan kembang dengan jayanya. Kukus kek dalam anggaran 20 minit. Siap. 




Tips Resepi Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan

  • Tuang adunan separuh je sebab nanti kek akan naik.
  • Diah letak susu pekat dan gula separuh cawan sahaja dan kek rasa pahit-pahit coklat tapi masih sedap. 
  • Nak kukus pasti kan air telah mendidih baru letak kan pengukus. Kukus dengan api sederhana. 



Kesimpulan

Kongsi resepi kek pun ada kesimpulan kau. Resepi kek coklat kukus sukatan cawan ni sesuai untuk beginner yang baru acah-acah nak belajar buat kek dan menjadi.

Lepas ni tak la panik kalau anak beritahu last minute kena bawa juadah untuk jamuan dekat sekolah. Terus buat kek coklat kukus sukatan cawan yang super moist ni. Nak nampak mewah tuang la coklat ganache atas kek. Confirm menawan. 

Selamat Mencuba.