Resepi Oden Steamboat Ala Family Mart Confirm Sedap

Akhirnya setelah cuba banyak resepi, aku berjaya buat kuah oden yang sebijik rasa kuah oden Family Mart mengikut rasa tekak aku. Penting sebab aku suka Oden yang dijual di Family Mart. 

Gembira tu tak usah cakap lah. Paling penting aku guna satu paket perencah tomyam sahaja dan memang jimat. Versi kuah oden harga jimat lah kiranya.

Kali ketiga aku buat dan kali ni buat sebab suami request nak makan. Kalau dia minta repeat menu yang aku masak maksudnya sedap lah di tekak beliau. 

Kalau beli Oden di Family Mart memang tak cukup ye semangkuk. Jadi jom lah buat sendiri. 


Resepi-Oden-Steamboat-Ala-Family-Mart


Resepi Kuah Oden Ala Family Mart

Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat kuah oden yang super ohsem semestinya kena ada bahan-bahan dibawah:

  • 1 paket Perencah Tomyam Segera Mak Nyonya (200gram)
  • 1 batang serai
  • Setengah biji Bawang Holand
  • Beberapa helai daun purut
  • Satu paket Figo Steamboat Choice
  • Sedikit Gula
  • 500ml air
  • Cendawan
  • Tomato
  • Sedikit minyak untuk tumisan
  • Daun bawang & Daun Ketumbar untuk hiasan
Antara bahan penyumbang yang aku rasa buat kuah oden aku jadi sedap ialah serai dan juga daun limau purut. 

Cara Memasak

Mudah sahaja cara untuk sediakan kuah Oden ni.

  1. Panaskan sedikit minyak dan masukkan hirisan bawang Holand dan masak sehingga keperangan.
  2. Masukkan perencah tomyam dan biar seketika.
  3. Kemudian masukkan air dan biar mendidih. Kalau suka kuah yang agak cair tambahkan air.
  4. Setelah kuah mendidih, masukkan bahan-bahan stimbot. Biarkan mendidih dan bahan stimbot betul-betul masak.
  5. Aku suka letak cendawan dan tomato. Kalau tak mahu pon tak apa.
  6. Masukkan sedikit gula dan adjust rasa ikut selera sendiri.
  7. Akhir sekali taburkan daun bawang dan daun ketumbar.

Siap.

Resepi-Oden-viral



Tak sia-sia aku guna perencah tomyam jenama Mak Nyonya. Aku beli di Aeon Big Wangsamaju berharga RM5.40. Aku dah pernah cuba perencah tomyam jenama lain tapi hasil tak sama. 

Kenangan betul aku sakit perut cirit birit makan oden masa mengandung. 


Resepi-Oden-Steamboat-perencah-tomyam-maknyonya


Untuk pilihan stimbot pula aku suka Steamboat Choice jenama Figo (5in1). Ada macam-macam pilihan dan paling penting semuanya lembut. Dalam paket tu ada Fish Ball, Squid Roll, Lobster Ball, Seafood Tofu, dan Golden Seafood Nugget.

Harga satu paket ialah RM 10.75. Boleh beli di semua pasaraya. Aku beli di Aeon Big Wangsamaju. Paling aku suka Lobster Ball dan Seafood Tofu.

Selamat mencuba.

 Kalau nak makan tomyam sedap boleh cuba makan di Restoran HM Oren di Wangsamaju

Kenal Pasti 8 Cara Mengatasi Burnout

Fahami 8 Cara Mengatasi Burnout

Tipulah kalau aku kata aku tak pernah burnout sepanjang menjadi suri rumah. Dua tahun bukan tempoh yang pendek untuk biasakan diri dengan semua tugas yang aku kena pikul. 

Bukan lah bermaksud semasa bekerja di pejabat dulu aku tak burnout ya. Tapi dengan komitmen dan bila anak-anak memerlukan perhatian di depan mata memang penat lah oi. 

Burnout boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tak kira jantina. Aku pun baru kenal perkataan burnout ni bila kecoh dibincangkan di media sosial. Kira into scene la juga nak cerita pasal burnout. Lol.

Well, selepas ambil keputusan untuk jadi suri rumah dan work from home, aku libatkan diri dengan business kecil-kecilan. 

Satu alasan paling kukuh ialah aku nak ada duit poket dan kedua aku kena isi masa lapang. Or else aku akan jadi lembap sebab duk ulang rutin sama. Faham tak?



Apa itu Burnout?

Burnout berlaku apabila fizikal, mental dan emosi mengalami keletihan melampau yang diakibatkan oleh tekanan yang berpanjangan. Kiranya tekanan bertimpa-timpa. 

Lepas tu diri mula rasa sedih bila tak dapat nak capai apa yang di impikan. Perasaan kecewa, penat dan mula putus asa.

Paling kerap terjadi individu yang mengalami burnout akan mudah marah, hilang keyakinan diri, kurang motivasi untuk teruskan kehidupan. 

Cenderung untuk jadi panas baran dan mengalami emosi yang tidak stabil.


Sebab-Sebab Terjadinya Burnout

Perkara-perkara teruk yang aku mentioned dekat atas tu semua aku dah rasa. Sedihnya orang sekeliling yang terdekat dan anak-anak jadi mangsa. 

Bila aku burnout memang ambil masa nak pulih dan makan masa. Jadi sekarang ni bila ada tanda-tanda ke arah burnout aku dah siap sedia. Antara sebab-sebab berlakunya burnout ialah:

Tugasan yang berlebihan atau kurang. Apa yang berlaku pada diri aku ialah tugasan atau kerja rumah yang non-stop dan aku rasa hilang arah bila tak tahu apa nak buat untuk hilangkan rasa bosan buat benda yang sama.




Tak cukup tidur dan seterusnya waktu rehat terjejas.

Selalu tertekan dan stres bila buat benda yang diluar kemampuan. Antaranya bila gagal untuk selesaikan urusan di luar kemampuan dan berlebihan paksa diri untuk berjaya.

Faktor personaliti yang sebolehnya mahukan kesempurnaan dalam sesuatu perkara. Paling sukar pastikan rumah sentiasa kemas bila ada anak-anak kecil. Ke aku je yang tak pandai kemas rumah lol.

Rasa rendah diri melampau dan suka bandingkan diri sendiri dengan orang lain. Ini kadang-kadang berlaku pada diri sendiri sebab orang bekerja selalu kelihatan cantik dan aku dekat rumah selalu comot. 

Atasi stres dengan 10 cara


Cara-Cara Mengatasi Burnout  

  • Ambil masa untuk rehat seketika
  • Makan makanan berkhasiat
  • Lakukan teknik relaksasi seperti latihan pernafasan secara teratur
  • Uruskan emosi dengan teratur, lakukan aktiviti dumb brain journaling
  • Berpuashati dengan apa yang telah dicapai dalam tugasan
  • Bercakap dengan seseorang yang dipercayai
  • Minta bantuan professional seperti kaunselor


Kesimpulan

Aku pernah baca buku tentang parenting yang sentuh tentang pentingnya tugas seorang ibu dan aku sangat-sangat bersetuju. 

Untuk pastikan seisi rumah terjaga dan sentiasa gembira pastikan keperluan ibu terjaga. Maksud terjaga ialah cukup rehat, makan dan pakainya. 

Bila ibu bahagia, emosinya turut berubah seterusnya mempengaruhi cara dia melaksanakan tanggungjawab dengan penuh kasih sayang.

Aku dah pernah rasa. Kau orang cubalah.



Food Review – Set Dulang Western Food di Restoran Sudu & Knife

Tahu tentang kewujudan restoran Sudu & Knife ni bila ternampak kawan muatnaik status di Facebook. Kenapa bukan Sudu & folk? 

Tapi Sudu & Knife adalah kerana melambangkan restoran ini main serving dia ialah Western Food. Itu tekaan aku je lah. 

Aku dan suami memang dah lama mencari restoran Western yang menjual steak dan lamb chop sedap.

Sebelum ni kami selalu makan di NY Steak Shake dalam Melawati Mall tapi branch tu dah tutup.


Food Review - Restoran Sudu & Knife Taman Sri Gombak

Selalu juga makan ni Islamic Steakhouse di Taman Melawati dulu tapi lama kelamaan rasa macam tak kena dengan selera aku. 

Beberapa kali juga pernah makan di Menate Setapak Hub, terfikir sesekali nak tukar selera. 

Kalau ikut tekak aku, makanan yang disediakan dekat sini sedap dan dijual pada harga yang berpatutan. 

Kami pergi sebelum tempoh berkurung dikuatkuasa (PKPB) ya, dan penjarakkan sosial masih diamalkan waktu tu. 




Kalau datang ke sini ada macam-macam jenis makanan barat tersedia seperti Chicken Chop, Lamb Chop, pelbagai masakan pasta, Fish & Chip, Burger dan banyak lagi lah. 

Ada hidangan ala carte dan hidangan set untuk keluarga. Macam aku hari tu terpengaruh nak cuba set dulang Western yang berharga RM42 sahaja. Dalam set tu ada: 

  • Nasi lemak
  • Ayam goreng
  • Aglio Olio Spaghetti 
  • Mushroom Soup
  • Garlic Bread
  • Coleslow
  • Fries
  • Grill Chicken
  • 2 Gelas Ice Lemon Tea






Masa jamah makanan tu, terus pandang suami sebab sedap. Sedap sebab cukup rasa. Selalu pergi makan western, mushroom soup mesti fail. 

Dekat sini mushroom dia sedap dan garlic bread tu lembut even dah sejuk. 

Husband cakap, chef dia tahu apa dia masak. Bagi aku dia masak ikhlas jadi terasa sedap tu. Beza orang masak sebab berniaga untuk duit dengan orang masak sebab itu passion dia. 

Coleslow dia sedap sebab tu aku masukkan gambar dia juga. lol. 




Happy sebab sambal nasi lemak dia kena dengan tekak. Tak over pedas sedang molek masin dan manis. Kuah blackpaper untuk chicken grill tu sedap. 

Spaghetti tu ok lah tapi tak ada la yang special. Overall aku makan dan puas hati. Good job sebab customer service dia pon bagus. Kebersihan kedai, staff laju buat kerja, friendly, makanan okey. 






Sudu & Knife ada dua cawangan, satu di Sri Gombak which is agak kecil kedai dia then satu lagi di Ampang. Dekat situ lebih besar dan selesa. 

Next menu kalau pergi lagi aku nak cuba burger. 




Untuk yang nak pergi aku highly recomend untuk cuba dan support local okeh. Kita sama-sama bantu. 

Better buat reservation memandangkan new norms sekarang ada penjarakan sosial. 

8 Perkara Perlu Elak Sepanjang PKP

Secara jujurnya sepanjang PKP yang lepas aku banyak buat kesalahan. Tapi biasalah menyesal itu hanya seketika ya kawan-kawan. 

Aku sempat la merasa frust seketika dan kembali bangkit meneruskan kehidupan. Nak down lama-lama pun tak berguna, nasi dah jadi bubur pun. 

Bukan setakat itu sahaja, berat badan aku bagai di pam-pam. Adakah aku tertekan sepanjang PKP? Kau orang ok? 

Jadi untuk elak aku melakukan kesalahan yang sama di masa hadapan aku nak kongsikan kesalahan-kesalahan yang aku pernah lakukan sepanjang PKP yang lepas.


Adakah Anda Buat Kesalahan Seperti Ini Dalam Tempoh PKP? 

Ketahuilah amat mudah melakukan kesalahan berbanding memperbaiki kerosakan akibat salah langkah tu. Aku bukan nak takutkan kau orang okeh. 

Moga lepas ni bila aku hilang arah aku akan kembali baca entri ini untuk timbulkan kesedaran dalam diri.


8 Perkara Perlu Elak Sepanjang PKP

Kalau kau orang tak pernah sekali pun lakukan perkara yang bakal kau orang baca lepas ni, aku ucap tahniah dan kau orang layak terima ‘standing obviation” dari aku.


Tidak Kawal Makan

Kesalahan paling mudah dan ramai orang terjebak adalah bila tidak kawal selera makan. Segala jenis makanan masuk ke dalam badan dan tidak ambil peduli waktu makan yang betul. 

Biar aku ingatkan eh, sekali terlajak bertambah berat badan buruk akibatnya. Jangan menyesal dikemudian hari.


Habiskan Masa Sepanjang Hari Untuk Tidur

Selalu orang bujang guna alasan qada tidur sebab kalau hari biasa siang kena bekerja dan malam ada aktiviti lain. Jadi waktu tidur terganggu. 

Masa PKP dibantainya tidur sepanjang hari. Seriously tak produktif langsung.


Shopping Online

Oleh sebab tidak boleh keluar ke shopping mall sesuka hati jadi perkara terbaik adalah shopping secara online. Memang ok sangat dapat bantu pulihkan ekonomi tapi akan jadi tak bagus kalau shopping dan beli barang tak berfaedah.

Banyak juga aku beli dekat Shopee masa PKP fasa pertama dulu - SINI

Tabik spring untuk kau orang yang dapat buat belian bijak. Aku hampir-hampir jadi pengguna yang tak bijak dah hari tu. Mujur kesedaran tu datang semula. 


Malas Bersenam

Benda paling aku benci nak buat ialah bersenam. Alasan terbaik adalah sebab aku penat. Entah apa yang aku penat pun aku tak tahu. 

Aku syak aku terlalu banyak masa berehat. Bahaya weh. Sila jangan malas bersenam.


Tidak Membaca

Dah lah malas nak bersenam dan akibatkan lemak terkumpul di badan, nak bagi makan otak dan jiwa pun aku jadi malas. Kesian hidup aku. 

Semakin banyak kita membaca semakin bagus untuk jiwa dan minda kita.


Tidak Ambil Tahu Perkembangan Semasa

Sepanjang tempoh PKP aku jadi malas untuk ambil tahu tentang perkembangan semasa. Bila kawan-kawan bercerita topik semasa dalam group Whatsapp mulalah aku terkapai-kapai. Teruk betul rasanya.

Kena lah ambil tahu tanda kita cakna dan sayangkan negara.


Asyik Dengan Gajet

Siang malam dengan gajet. Kalau boleh 24 jam gajet ada di tangan. Untuk yang bujang masih ok sebab tidak ada tanggungjawab tambahan. Tapi kalau ibu bapa macam aku ni, tunggang langgang kehidupan kalau lebihkan gajet dari anak.

Jadi jangan jadi hamba gajet. Buruk aibatnya.



Tangguh Kerja

Kesalahan paling banyak aku buat sepanjang PKP ialah tangguh kerja tak kira kerja hakiki atau pun kerja sampingan. 

Bila bertangguh akibatnya aku kena selesaikan semua kerja last minute. Jadi boleh bayangkan kualiti dan juga result dia?


Kesimpulan

Marilah kita terutama diri aku sendiri supaya elak kesalahan-kesalahan yang aku senaraikan di atas. Aku faham bukan mudah nak elak diri terbabas dari landasan tapi kita cubalah ya.

Memang lumrah manusia sentiasa perlukan peringatan dalam bentuk nasihat dan teguran. Pesan lah kepada kawan-kawan dan ahli keluarga agar dapat ingatkan kita bila leka. 

Apa yang dapat aku kongsikan, untuk elak diri terus leka kena letak target dan sibukkan diri dengan aktiviti berfaedah.

Rancang jadual dan cuba follow jadual yang kau orang buat sehabis baik. Selalunya, malam sebelum aku tidur aku akan senaraikan apa nak buat esok hari. Insha Allah membantu. Kau orang cubalah.