Dah Bayar Fidyah Ke Belum? Online Je

Dengan berbaki beberapa hari sahaja lagi In Sha Allah umat Islam bakal menyambut bulan Ramadan iaitu bulan yang dinanti ramai kerana fadilatnya. 

Bulan-bulan lain juga istimewa tapi bulan Ramadan ni kira extra special. Bila menjelang bulan puasa ramai lah siapkan checklist to do before, during dan juga menjelang hari-hari terakhir Ramadan. 

Semua ni untuk memastikan setiap hari dalam bulan Ramadan terisi dengan perkara yang memberi pahala.

Dah Bayar Fidyah Ke Belum? Online Je

Tak tahu kan masih ada ke kita di Ramadan tahun depan.

Tak ketinggalan juga ramai yang berlumba-lumba ganti puasa serta melunaskan pembayaran fidyah puasa bagi Fidyah disebabkan puasa yang lepas-lepas kita tinggal tapi tak sempat nak ganti pada tahun tersebut.

Tak seronoklah kan nak sambut Ramadan, tapi Fidyah belum bayar kan?

Perbezaan Ramadan Al-Kareem Dengan Ramadan Al-Mubarak  |




Bayar Fidyah atau Qada?

Aku kongsikan checklist yang dikongsikan oleh Pusat Pungutan Zakat MAIWP berkenaan Fidyah dan juga Qada. Penerangan yang cukup ringkas tapi padat dengan info dan boleh difahami.

Kenapa kita kena bayar Fidyah?

Fidyah itu merupakan denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada) bulan Ramadan.

Hadis daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: Riwayat Al-Tarmizi

Sesiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya.” 

Boleh rujuk jadual di bawah untuk lebih faham. Kena betulkan fahaman, sebab dulu aku ingat kalau dah bayar Fidyah tak perlu Qada puasa dah.

Rupa-rupanya masih kena ganti ya. Sebab tu penting kita tuntut ilmu. 

|  Puasa Enam di Sekali kan Dengan Puasa Ganti - Boleh ke?  |



Hukum Membayar Fidyah

Fidyah adalah satu bentuk ibadah niyabah (gantian) yang diberi pahala kepada pelakunya. Hukum membayar fidyah adalah WAJIB. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. 

Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. 

Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan. *sumber MAIS


Bayar Secara Online Je

Di waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB/PKPP) ni agak menyukarkan kita untuk melangsaikan fidyah secara bersemuka jadi Pusat Zakat telah menyediakan kaedah pembayaran fidyah secara online.

Oleh sebab aku berada di Wilayah Persekutuan jadi pembayaran aku salurkan ke Pusat Pungutan Zakat MAIWP. Korang boleh rujuk Pusat Zakat masing-masing.

Untuk penduduk di Wilayah Persekutuan boleh rujuk laman website MAIWP, dekat situ dah disediakan kalkulator Fidyah jadi mudah sangat. 

Cuma masukkan jumlah hari yang tak sempat ganti dan tahun puasa yang ditinggalkan. 



Bayaran pun dibuat secara online. Apa yang seronok, setiap kali buat bayaran zakat, akhir sekali nanti akan muncul doa oleh Ustaz Haji Ahmad Shukri Yusoff. Perasaan seronok lepas dapat tunaikan tanggungjawab disamping mendapat doa dari orang alim.

Last but not least, aku nak ucapkan selamat berpuasa untuk semua umat Islam terutama yang membaca blog aku ni. 

Kepada yang selalu singgah dan drop comment, yang silent reader dan doakan hidup aku, yang tak sengaja baca. Aku ucapkan terima kasih, aku doakan korang sentiasa sihat, bahagia, kaya dunia akhirat, jumpa apa yang korang cari.

 

|  Didik Anak kenali Zakat  |

Review Filem - Penunggang Agama

Tak sengaja tengok filem Penunggang Agama waktu aku melepak rumah Biras aku. Kebetulan dia melanggan cerita Penunggang Agama di Astro First. 

Kalau ikut selera aku memang jarang sangat aku layan cerita seram. Bukan apa cerita seram ni buat aku sakit kepala. 

Aku tak suka adegan terkejut, sudahnya sepanjang cerita confirm aku tutup mata. Tapi cerita Penunggang Agama ni berjaya buat aku tonton sampai habis dengan jayanya.

Review Filem -  Penunggang Agama 

Tahniah kepada Syafiq Yusof kerana menghasilkan filem yang bagi aku berkualiti. Mungkin bagi penggemar cerita seram lain rasa cerita ni seram-seram kuku je. 

Filem ni aku tak puas tengok sebab rasa macam sekejap sangat dan aku syak mungkin ada Penunggang Agama 2.


Movie Penunggang Agama


Katanya jualan dah cecah RM1 juta. Tahniah sekali lagi. Dalam filem ni ada Zul Ariffin sebagai suami kepada Azira Shafinaz, Nasir Bilal Khan sebagai Tok Haji, bomoh jahat keji dan isteri bomoh yang taat Salina Saibi, Jalaluddin Hassan (Dato’ Hafsyam) sebagai ayah Zul Ariffin dan Sabrina Ali (Datin Maria) sebagai ibu tiri dan watak yang diganggu makhluk halus.

Bintang yang aku rasa paling menonjol dalam filem ini ialah Azira Shafinaz yang bawa watak Ustazah Anna, isteri kepada Amir (Zul Ariffin) dalam cerita ni. 

Jalan cerita dia simple je dan jadi best tu sebab Syafiq Yusof menggunakan pengalaman sendiri dan situasi orang sekeliling dan dia realisasikan dalam bentuk filem Islamik.

Jadi penonton boleh relate sebab apa yang berlaku ada kaitan dengan kehidupan sebenar. Kisah dia apabila Tok Haji ni mencari mangsa semestinya orang kaya untuk bolot harta kekayaan dengan cara mengganggu kehidupan mangsa menggunakan bantuan syaitan.

Dato' Hafsyam iaitu bapa Amir telah meminta bantuan Tok Haji yang menggelarkan diri dia sebagai ‘pakar ruqyah’. Ada la adegan berubat dan pagar rumah. Ada satu pesanan Tok Haji selepas merawat Datin Maria, dia minta supaya Datin berehat di dalam bilik dan tidak diganggu.

Teringat perkongsian aku tentang perawat yang menggunakan Jin. 

Boleh baca di sini Kenali & Cara Hindari Sihir 

Tukang sihir / bomoh berpesan kepada pesakit untuk mengasingkan diri di dalam bilik. Pesakit biasanya tak boleh bergaul dengan orang ramai, termasuk ahli keluarga, jiran tetangga kerana desakan daripada Jin yang berada di dalam badan pesakit.

Jadi pertengkaran terjadi apabila bila Amir dan Anna suarakan yang Tok Haji ni tak boleh dipercayai. Ada lah sebab dia cakap macam tu. Korang kena tengok sendiri lah. Adegan lain yang memberi kesan adalah waktu Amir dirasuk.


Pelakon Movie Penunggang Agama Azira Shafinaz


Amir ni merupakan bekas pelajar Universiti Al Azhar tapi tak jadi ustaz. Ada satu scene keluarga dia diganggu, waktu Amir dalam bilik dan baca Ayat AlQuran untuk lawan makhluk halus tu dia boleh lupa hafalan lepas tu terus kena rasuk. Hoi seram.

Keluarga mereka jadi kacau bilau sebab Tok Haji berjaya timbulkan syak wasangka dan pergaduhan. Suka watak Azira sebab lancar je baca Al Quran. Simple je tapi kita tahu kan kalau baca tanpa tahu pengertian tak guna juga.

So salute sebab Syafiq Yusof ambil berat benda-benda macam ni. Siap sediakan ustazah untuk bantu pelakon terutama untuk bantu bacaan AlQuran tu. Pendek kata peminat cerita seram boleh layan kot, hantu dia tidak la menyeramkan macam cerita Harum Sunda Malam. 

Lagi seram dalam cerita ni ialah Tok Haji yang jadi hamba Iblis tu. Kemain lagi keji muka dia.

Overall aku puas hati dengan jalan penceritaan, logik cerita dan kualiti lakonan filem ni. Semua mantap. Kalau ada sambungan dia of course mesti support. Cerita ni tak berlebihan jadi aku suka. Selamat menonton dan yang dah tonton meh kongsi favourite scene kau orang.

*gambar Instagram Azira Shafinaz

Cara Menghilangkan Dark Spot Di Muka Dalam Masa Dua Minggu

Masalah Dark Spot di wajah berlaku kepada semua orang tak kira jantina, lelaki mahupun wanita. Dark spot merujuk kepada tompok hitam yang muncul di kulit. 

Dark Spot boleh disebabkan oleh sinar UV, tanda lahir, bekas treatment dengan laser, bekas jerawat yang dipicit, bekas luka, dan faktor genetik.

Cara Menghilangkan Dark Spot Di Muka Dalam Masa Dua Minggu

Ikut pengalaman aku sendiri, masalah dark spot menjadi semakin parah apabila malas buat basic skincare seperti pakai pencuci, toner, pelembap dan juga tak pakai sunblock.

Aku bersyukur sangat, sejak remaja lagi aku tidak mengalami masalah kulit muka yang teruk. Jerawat pun hanya timbul bila datang bulan, lepas habis period jerawat pun hilang. 

Aku perasan semakin meningkat usia, dark spot semakin berleluasa. Bila pandang muka dekat cermin tanpa pakai make up memang nampak kusam je. Tak berseri langsung. Secara tak langsung keyakinan diri tu drop.





Kawan Cadangkan Eucerin Ultrawhite Spotless Double Booster Serum

Baru-baru ni aku telah mencuba satu produk yang diperkenalkan oleh kawan-kawan untuk menghilangkan dark spot di muka.   

Terjebak mencuba Eucerin Ultrawhite Spotless Double Booster Serum sebab rata-rata bagi feedback yang bagus.

Awalnya aku agak ragu-ragu tapi sebab nak dapat kulit yang sekata dan hilangkan tompok-tompok di muka terutama di bahagian pipi aku pun cuba. Katanya dalam dua minggu dah boleh nampak result dia.

Weh tak sangka Eucerin Ultrawhite Spotless Double Booster Serum banyak membantu. Aku sendiri kagum dengan keberkesanan serum ni berfungsi dengan baik dengan kulit aku. 

Tekstur dia mudah meresap dan bila pakai tak rasa berminyak langsung. Rasa ringan je dan paling penting kulit boleh bernafas.

Aku pernah pakai produk kosmetik yang bila sapu ke kulit, rasa rimas macam tak boleh bernafas terutama waktu kulit berpeluh. Seksa hoi. 

Disebabkan tahap kerajinan aku ni tak seberapa jadi aku cuba pakai serum ni sekali sehari je.





Cara Guna Eucerin Ultrawhite Spotless Double Booster Serum

Paling penting kena tahu yang isi kandungan serum ni ada satu warna cream dan satu lagi warna jernih. Nama pun Double Booster Serum kan? 

Cara betul ialah kena tekan bahagian tengah penutup botol supaya kedua-dua serum ni keluar serentak. Aku pernah baca review orang tak puas hati sebab dia kata serum tu tak keluar walhal dia tak tahu cara tekan yang betul.

Cara guna yang betul adalah untuk pakai serum sebelum sapu pelembap muka. Ada sesetengah orang rutin dia ialah cuci muka dengan pembersih, pakai toner, pakai pelembap atau cream siang. Ada orang skip pelembap dan terus pakai cream siang.

Rutin aku ialah, cuci muka, pakai toner dan kemudian aku sapukan Eucerin Ultrawhite Spotless Double Booster Serum ni. Malam baru aku pakai krim malam atau pelembap.


Nampak Perubahan Lepas Dua Minggu

Aku puas hati sangat bila nampak perubahan terutama dark spot di kawasan pipi tu semakin hari semakin pudar. Perasan yang kulit muka lebih sihat, segar dan nampak berseri. 

Baru dua minggu guna aku dah dapat perubahan yang positif jadi aku excited nak continue guna.

Bila baca isi kandungan Eucerin Ultrawhite Spotless Double Booster Serum ni mengandungi Hyaluron 4x lebih kecil dan Thiamidol yang terbukti secara klinikal mengurangkan bintik-bintik gelap tanpa perlukan rawatan laser.

Dinasihatkan untuk consistent guna Eucerin Ultrawhite Spotless Double Booster Serum selama 4 minggu untuk dapatkan kulit mulus, berseri dan kulit menjadi lebih cerah tanpa darak spot.





Beli Dekat Mana?

Untuk yang nak cuba Eucerin Ultrawhite Spotless Double Booster Serum ni boleh beli Watson, Guardian atau pun boleh dapatkan secara online di platform Shopee. Aku suka beli time sale. 

Banyak juga dapat jimat. Jujur aku cakap, antara produk yang aku tak menyesal nak cuba sebab berfungsi dengan baik dekat kulit aku ialah Eucerin Ultrawhite Spotless Double Booster Serum ni.

Beli & dapat diskaun dekat sini -  Eucerin Ultrawhite SpotlessDouble Booster Serum Whitening (30ml) 




Ramai Netizen Suka Dengan Perkahwinan Neelofa

Sana sini orang masih bercakap tentang perkahwinan selebriti popular Malaysia, Neelofa dengan pasangan pilihan hati PU Riz atau nama sebenar Haris Ismail yang telah selamat di ijabkabulkan pada Hari Sabtu yang lepas.

Banyak perkara yang menjadi buah mulut netizen Malaysia antaranya rekaan pelamin, seri pengantin Neelofa, langgar SOP, doorgift mahal dan macam-macam lagi lah. 

Perkahwinan Neelofa dengan PU Riz ni boleh lah aku katakan sebagai perkahwinan yang dinanti-nantikan peminat mereka.


Ramai Netizen Suka Dengan Perkahwinan Neelofa

Yelah kalau sebelum ni Neelofa pernah bercinta dengan Fattah Amin dan Datuk Hans Isaac, ramai tertunggu-tunggu bila dan siapa jadi pilihan Neelofa menjadi imam dia. 

Dengan status dan kekayaan dia semestinya jadi kelebihan dan juga ujian untuk pasangan dia. Katanya ramai jejaka kecewa bila Neelofa dah kahwin, betul ke? 

Sila jangan kecewa itu maksudnya dia bukan jodoh anda. Di usia Neelofa 32 tahun dan dia memilih suami, PU Riz yang berusia 26 tahun pasangan yang sama cantik sama padan.




Konsep Pelamin The Jabal Rahmah by RekaTeemor

Apa aku suka bila tengok majlis perkahwinan Neelofa ni ialah tentang warna pilihan dan juga dress code tetamu yang hadir. 

Terutama jemputan wanita yang memakai selendang dan berusaha tutup aurat. Semua pakai baju putih. Cantik dan sejuk mata memandang.

Rekateemor menjadi Perancang Perkahwinan yang bertanggungjawab menghasilkan pelaminan berinspirasikan pergunungan di mana Adam & Hawa dipertemukan. 

Ya ampun ternganga aku tengok bunga-bunga putih disusun diserikan lagi dengan cahaya lampu bagaikan dipancar dgn sinaran bulan terang ‘The Jabal Rahmah’.

Fun fact: Empat tan bunga segar digunakan untuk menghiasi pelamin bertemakan ‘Jabal Rahmah’ untuk perkahwinan Neelofa dan PU Riz.

Aku yang belum ada rezeki jejakkan kaki ke Tanah Suci pun terpesona tengok, apatah lagi mereka yang pernah menjadi tetamu Allah pasti dapat relate dengan idea yang RekaTeemor hasilkan.


Aku pernah kongsi Kisah Penghijrahan Neelofa


Doorgift Barangan Mewah Untuk Tetamu

Kecoh dekat Twitter ramai yang terperanjat dapat doorgift mahal di perkahwinan Neelofa. Tetamu yang hadir dihadiahkan produk Skincare Lancome dan barangan kemas Swarovski. 

Tapi bagi aku pula, tetamu yang hadir majoriti golongan berada, harga barang tu ‘biasa-biasa’ je kot bagi mereka.

Menu jamuan pun tak kalah ya sebab ada menu udang galah besar. Bagus betul dia berhabis duit gembirakan tetamu dan ahli keluarga. Bayangkan berapa banyak doa yang pengantin dapat sebab tetamu gembira.

Busana Putih Majlis Nikah

Neelofa menggunakan khidmat pereka fesyen wanita Alia Bastaman yang telah menghasilkan busana putih bersih yang dipakai ketika majlis pernikahannya. 

Nampak manis dan sopan je. Walaupun nampak sarat dengan bulu-bulu dan perincian lain tapi bagi aku masih praktikal dan pengantin tak terseksa nak bergerak.


Majlis Kahwin Tak Ikut SOP?

Tak sampai 24 jam perkahwinan Neelofa dengan PU Riz berlangsung, tular di media sosial yang majlis perkahwinan mereka didakwa tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan tiada penjarakan fizikal.

Selepas tengok video yang dirakamkan oleh Shalma Aina dekat Youtube dia baru aku faham kenapa orang ramai marah kita tengok je lah apa berlaku lepas polis sisasat nanti.


Doa Untuk Pengantin

Khas untuk pengantin baru, bukan untuk Neelofa dan Haris Ismail sahaja; didoakan kalian semua kekal bahagia ke Jannah.

بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِى خَيْرٍ

Barakallahu laka wa baraka ‘alaika wa jama’a bainakuma fiil Khairin

Ertinya:” Mudah-mudahan Allah memberkahi engkau dalam segala hal (yang baik) dan mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan”

 

أَنَّ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ إِذَا رَفَّأَ إِنْسَانًا إِذَا تَزَوَّجَ قَالَ بَارَكَ اَللَّهُ لَك , وَبَارَكَ عَلَيْكَ , وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْر

Dari Abu Hurairah ra bahwa Nabi SAW bila mendoakan seseorang yang nikah, beliau bersabda, “Semoga Allah memberkahimu dan menetapkan berkah atasmu, serta mengumpulkan engkau berdua dalam kebaikan.”

 

sumber: Instagram Neelofa & RekaTeemor