Musim Durian Dah Mula – Kutip Durian Gugur Belakang Rumah

Alhamdulillah, pada umur 37 tahun baru merasa perasaan bangun pagi teruja nak kutip durian gugur belakang rumah. 

Kalau ikutkan dah lama arwah abah tanam pokok durian, ada lah beberapa pokok yang survive tapi lambat betul nak tunggu dia berbuah. Sampai merajuk lah kami sebab dia tak keluar buah. 


Musim Durian Dah Mula – Kutip Durian Gugur Belakang Rumah

Arwah tanam pokok durian kampung je, itu pon dah sedap. Waktu dulu mana ada kesedaran nak tanam Musang King ke kan? Durian ada lebih dari 10 jenis, itu yang aku tahu lah. 


kutip-durian-gugur


Walaupun tuan pokok dah tiada di dunia tapi hasil penat lelah arwah dapat dirasai oleh anak cucu. Perasaan gembira tu tak boleh dibayar dengan duit. 

Mungkin sebab aku anak Felda dan aku tiada kampung yang ada dusun buah-buahan. Jadi pengalaman pertama kali kutip durian tu memberi seribu satu makna. 

Simple je tapi itu pun dah cukup buat aku bahagia. Emak kata dari awal pokok durian tu berbunga monyet dah tunjuk muka. 





Musim Durian Dah Mula – Kutip Durian Gugur Belakang Rumah

Memang geram sebab dia jatuhkan semua buah yang muda. Banyak pula tu buah yang gugur sebelum betul-betul masak.  

Ada buah yang gugur elok, ada buah yang monyet tu tebuk. Dia keliru buah tu belum masak agaknya. Itulah namanya rezeki kan? 

Dalam banyak-banyak rezeki Allah beri kepada kita terselit juga rezeki untuk makhluk lain. Lapang dada sajalah.  

Syukur juga hasil dari dua pokok durian belakang rumah emak tidak mengecewakan. Tak banyak macam orang lain tapi cukup untuk 10 adik beradik, menantu dan cucu-cucu merasa. 

Macam biasa emak akan bekukan buah durian yang gugur untuk pastikan isi dia kekal manis. Jadi mana-mana adik beradik yang tak dapat balik kampung akan dapat bahagian durian frozen. 

Itulah hati seorang emak. Selagi semua anak dia tak merasa selagi itu hati dia tak tenang. Mana yang tinggal berdekatan emak kirimkan pada adik beradik yang balik kampung. Korang yang tak ada pokok durian atau memang dari dulu beli durian boleh follow 10 tips sebelum membeli durian. 





Buat Tempoyak Durian Sendiri

Dalam banyak-banyak durian yang gugur bukanlah semua isi dia okay. Mana yang kurang sedap dimakan emak mesti akan kumpulkan jadikan tempoyak. 

Sambal tempoyak memang jadi favourite dari dulu lagi. Hanya tumbuk lada dan gaulkan bersama tempoyak. Makan pula dengan ulam timun memang akan bertambah nasi. 

Ikut cara emak ajar buat tempoyak ialah gaulkan bersama sedikit garam dan peram dalam bekas untuk beberapa hari. Lepas waktu tu dah boleh makan. 


resepi-tempoyak


Selain sambal tempoyak boleh juga dimasak dengan Ikan Patin. Terliur pula bila bayangkan Ikan Patin masak Tempoyak. Pedas dan masam. Mengancam. 

Sepanjang aku hidup pernah juga beli Ikan Patin selain dari Ikan Patin Pahang, tapi tekak tak boleh terima. 

Pernah beli Ikan Patin yang dijual di Pasar Tani Taman Melawati tetapi rasa dia sangat mengecewakan. Aku cuci dan basuh dengan tepung sebab nak hilangkan bau hanyir ikan Patin tu. 

Malangnya lepas digoreng masih ada lagi bau hanyir dan bau tanah. Rasanya isi ikan tu yang berbau tanah. Memang tak boleh telan langsung. 

Risau Pisang berbuah dua kali, sejak tu kalau teringin nak makan ikan Patin memang tunggu balik kampung Pahang je. Banyak je gerai orang jual Ikan Patin Sangkar tepi jalan Sungai Temerloh tu. 

Apa pun bersyukur sangat dengan setiap rezeki yang Allah beri untuk kami sekeluarga. Aku doakan rezeki melimpah ruah untuk korang yang membaca entri ni juga. 

Sementara musim durian masih ada, ada rezeki nak kutip buah durian gugur jadi kita enjoy sajalah. Nak makan cendol durian padu boleh makan cendol durian viral dekat Cendol Durian Runtuh Di Starparc Point. 

Durian-kampung



Cheesy Beef Katsu Don – Kimukatsu KL East Mall

Masa jalan-jalan cari barang di KL East Mall beberapa bulan sudah ternampak satu restoran Jepun yang menjual Katsu Don iaitu restoran Kimukatsu.

Craving gila nak mencuba Katsu Don gara-gara tengok Running Man. Setiap kali ada episod makan-makan, ahli Running Man mesti pilih nak makan Tonkatsu.

Apa itu Tonkatsu?


Cheesy Beef Katsu Don – Kimukatsu KL East Mall

Orang Korea panggil Tonkatsu atau pun “pork cutlet”. Kalau di Jepun nama dia Katsudon dan guna daging khinzir.

Kalau orang kita biasa makan chicken chop, tapi dekat Korea dan Jepun makan Tonkatsu / Katsudon. Ha begitu.

Katsudon (Bahasa Jepun: カツ丼) ialah makanan Jepun yang popular, semangkuk nasi yang dihiasi dengan potongan daging babi yang digoreng tepung, telur, sayur-sayuran dan perasa. sumber

Jadi bila masuk Malaysia, daging khinzir tu boleh tukar jadi daging ataupun ayam. Punya gembira sebab aku memang sejenis semangat kalau makan makanan sedap.


cheesy-beef-katsu-don-Kimukatsu



Status Halal Kimukatsu KL East Mall

Ramai yang tanya, halal ke Kimukatsu? Restoran Kimukatsu dekat KL East Mall ni ada sijil Halal JAKIM. Boleh semak di website guna kata carian “Kimukatsu” atau BOGA MANAGEMENT SDN BHD. 

Jadi boleh makan tanpa ragu-ragu.

Hasil pembacaan, restoran Kimukatsu ada beberapa cawangan lagi di Malaysia, tetapi aku tak jumpa sijil halal mereka dalam website JAKIM.


Status-halal-Kimukatsu


Hanya Restoran Kimukatsu dekat KL East Mall sahaja ya. 

Oleh sebab pertama kali nak cuba, aku beranikan diri pesan melalui aplikasi food Panda. Takut ajak suami tak kena dengan tekak dia pula.

Kalau masih bujang semestinya aku dah terjah restoran tu sorang-sorang. Makan sorang-sorang la paling seronok.

Makan Cheesy Fried Chicken Bumbuk di Kfry KL East Mall


Menu Katsu Don Di Kimukatsu

Apa yang aku perasan menu di Kimukatsu tak banyak sangat. Yelah lebih baik dia fokus jual kepakaran dia dan tak lari identiti.

Kualiti makanan dia memang terbaik. Kalau dulu aku suka ke Sushi King untuk makan Miso Sup. Tapi sekarang kualiti dia hampeh.

Jadi sekarang aku gembira, Miso Sup di Kimukatsu sangat sedap menepati selera aku. Rasa dia yang pekat, ada soft tofu dan juga seaweed. Berbaloi la apa yang kita bayar.


miso-sup


Ikut pengalaman aku, setiap kali makan menu berunsurkan daging di restoran Korea atau Jepun pasti tak akan menyesal sebab mereka guna daging berkualiti.

Aku pesan Cheesy Beef Katsu Don (RM25.00) dan Chicken Katsu Udon (RM16.20). Sedap weh cheesy beef tu. Cukup lembut, terasa lemak cheese dan paling penting Katsu Don dia tidak menyerap minyak.

Mari aku terangkan apa ada dalam Cheesy Beef Katsu Don; set dia ada nasi, hirisan kobis, kepingan daging yang disalut dengan tepung dan serbuk roti, miso sup, Sesame Sos dan satu lagi sos macam sos yong tau fu warna dia.

Makan Beef Bibimbap dekat Dubuyo 


menu-Kimukatsu-kl-east-mall


Memang kenyang makan set Cheesy Beef Katsu Don. Semestinya akan ulang pesan dalam masa terdekat.

Menu kedua aku pesan ialah Chicken Katsu Udon. Pun aku juga yang makan sebab rindu nak makan Udon Sushi King. Tapi bila ke Sushi King asyik lah menu tak available.


Chicken-Katsu-Udon


Udon dia tak mengecewakan. Sama je bahan-bahan, cuma beza ianya diganti dengan udon dan kepingan ayam.

Seminggu lepas tu aku makan lagi tapi aku pesan Cheesy Chicken Katsu Don, Chicken Gyoza, dan Japanese Popcorn Chicken. Gyoza tu biasa-biasa je. 


Chicken-Gyoza


Setakat yang aku cuba semua menu bergoreng dia tidak berminyak dan rangup. 

Jadi untuk korang yang teringin nak makan Katsu Udon sila ke restoran Kimukatsu. Korang cuba dan  nilai  sendiri ya.

Subsidi Minyak Dimansuhkan, Harga Barang Naik Bermula Julai

Otak aku macam tak boleh nak brain lepas baca tentang berita subsidi minyak akan dimansuhkan dan harga barang lain akan naik mulai bulan Julai.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram (kg) akan dimansuhkan bermula 1 Julai ini.

Subsidi dimansuhkan bermaksud harga minyak menjadi mahal. Subsidi bersamaan dengan bantuan. 


Subsidi Minyak Dimansuhkan, Harga Barang Naik Bermula Julai

Minyak dalam botol akan dijual pada harga pasaran semasa. Hanya subsidi bagi minyak masak paket satu kilogram masih diteruskan.


Subsidi-minyak-dimansuhkan

Tiada lagi subsidi daripada kerajaan. Alasan kenaikan harga barang adalah kerana perlaksanaan gaji minimum RM1,500. Otak aku macam jatuh bila baca alasan tu.

Nak tergelak pun ada. Lagi satu alasan aku baca ialah harga naik sebab kerajaan nak bagi tumpuan bantuan bersasar. Fokus kepada B40.

Selepas ini bukan harga minyak je akan naik, harga barang seperti ayam akan naik sebab subsidi untuk penternak ayam juga dimansuhkan. Lepas ni tariff elektrik pun akan naik juga.

Harga barang mentah untuk buat kek, kuih dan biskut memang naik tak turun-turun. Memang kasihan kepada penjual dan pembeli.

Dah boleh bayangkan kuih sebiji selepas ni boleh cecah rm1 seketul. Dekat rumah aku karipap pusing frozen sebiji dijual RM1.20 ya.

Pendek kata semua harga barang naik dan subsidi banyak dimansuhkan.


Minyak-masak-mahal


 

Harga Barang Naik, Apa Boleh Buat?

Jadi apa maksudnya kalau harga minyak dan barang-barang lain naik? Turun ke jalanan buat protes? Tak makan ayam?

Semestinya sebagai rakyat yang tiada kuasa melainkan boleh suarakan pendapat sahaja haruslah melenturkan diri mengikut keadaan semasa.

Alternatif kita boleh buat adalah berjimat dan istiqamah dalam masa sama mencari pendapatan tambahan.

Kita pilih cara bijak dan paling utama tebalkan sifat bersederhana. Tawakal doa dan juga usaha. Yakinlah bahawa Allah pemilik rezeki.

Mungkinkah sudah tiba masa kena ubah cara masak, kurangkan penggunaan minyak masak. Jaga kesihatan dalam keterpaksaan. Manusia selagi tak terpaksa tak buat. Aku la tu.


  • Kurangkan penggunaan minyak dalam masakan.
  • Tukar menu masakan kepada kukus dan panggang.
  • Cari bahan pengganti. Kurangkan makan ayam ganti dengan protein lebih ekonomi harganya.
  • Jana pendapatan sampingan untuk tampung kos yang timbul.
  • Jadi dropship tak perlu ada modal.
  • Jauhi sifat suka membazir dan rancang pembelian.

 

Percayalah, isu kenaikan harga barang akan terus berlaku. Semoga Malaysia dipimpin oleh ketua yang adil, yang mementingkan kebajikan rakyat, tidak salah guna dan golongan susah di bantu.

 

Bukan Semua Orang Suka Kita, Itu Normal

Alhamdulillah. Hari baru untuk minggu baru. Topik untuk minggu ini adalah bukan semua orang suka kita dan itu normal. 

Pertama kena faham, suka menurut Dewan Bahasa Dan Pustaka ialah perasaan girang dalam hati atau senang hati. 

Suka penampilan kita, suka cara kita berfikir, suka cara kita bercakap dan banyak lagi. Sifat suka pula tersangatlah subjektif. Bergantung kepada individu, jadi amat logik kalau ada yang suka dan tak suka kita. 


Bukan Semua Orang Suka Kita, Itu Normal

Biasanya suka tu wujud bila ada kesamaan, atau suka yang menimbulkan perasaan kagum dan hormat kerana kemahiran yang dimiliki. 

Wujud juga situasi tak suka seseorang kerana tiada sebab. Jangan ditanya jawapan kerana memang tiada sebab. 

|  Ciri-Ciri Seorang Perfectionist dan kenali 8 tanda yang ada pada diri anda  |


Bukan-Semua-Orang-Suka-Kita


Bila Orang Tak Suka Kita, Apa Perlu Buat?  

Jadi apa perlu kita buat bila orang tak suka kita? Sebenarnya bukanlah sesuatu yang teruk jika ada orang tak suka kita. 

Pandang dari sudut yang membantu kita. Orang tak suka mungkin dia rasa kita tak sama level dengan dia dan dia rasa tak selesa. Keyakinan diri dia hilang jadi dia tak suka bila berkawan dengan kita. 

Tak suka tak semestinya benci. Personally bagi aku, tak suka maksudnya aku tak berkenan sebab tak kena cara aku. Jadi aku akan jauhi. Bagus untuk kedua-dua belah pihak. 

Ada dua pilihan boleh kita ambil jika orang tak suka kita. Pertama jika kita masih mahu orang tu suka dekat kita, maka tingkatkan usaha supaya kita menepati selera dia. 

Baru dia akan suka kita. Persoalan dia ialah berbaloi ke? Kita letak effort supaya orang suka kita. Ubah diri untuk orang suka kita. 

Pilihan kedua, move on saja. Kita bukan di ciptakan untuk dia, dan dia tidak ditakdirkan berada dalam hidup kita. Cari circle baru. Habis cerita. 

Situasi berbeza kalau yang tak suka tu adalah ahli keluarga. 


Self-love-Be-kind-to-yourslef


Sebaik Mana Kita Tetap Ada Yang Tak Suka Kita

Kita buat baik macamana sekalipun, akan ada orang yang tak sukakan kita. Itulah kenyataan hidup. Mana boleh kita atur, mana boleh kita set perasaan orang terhadap kita. 

Jadi bila kita dapat tahu ada yang tak suka kita, pendekatan yang kita boleh ambil ialah berlapang dada. Letakkan diri kita di tempat dia. Pasti ada orang, perkara, objek yang kita tak suka sepanjang kita hidup. 

Tak perlu panjangkan isu dengan meminta penerangan dan korek punca kenapa dia tak suka kita sebab ianya hanya perbuatan yang sia-sia. 

Sedangkan Baginda Rasulullah SAW, manusia yang maksum juga tidak disenangi semua. Apatah lagi kita insan yang lemah ni. 

Akhir kata, hiduplah dan cintailah diri sendiri. Kita sama sekali tidak boleh paksa orang suka dan terima kita. Itulah kehidupan.