Chizu Café, Cheese Drinks & Croissant

Hari tu layankan anak-anak teringin nak makan di Chizu. Oleh sebab kami tak pernah cuba makan di Chizu maka kita turutkan kehendak anak-anak.

Bukan selalu, tambahan pula sebagai reward untuk anak-anak yang banyak beri kerjasama dan ringan tulang tolong buat kerja rumah.

Kalau nak tahu Chizu merupakan rangkaian Café Jepun yang pertama dan terbesar di pasaran serta berjaya mempopularkan gandingan kebaharuan Minuman Keju dan juga Croissant. Kiranya itu signature menu mereka.


Chizu Café-Cheese-Drinks & Croissant


Chizu Café, Cheese Drinks & Croissant

Konsep café moden yang amat sesuai dengan jiwa muda mudi sekarang yang suka bergaya. Hiasan café yang simple dan susun atur perabot moden.

Biasanya orang letak keju dalam pizza dan kek tapi Chizu gabungkan keju dan teh dan bawa ke peringkat seterusnya. Oh kopi pon ada ya.

Memandangkan perut masih kenyang kira okay la sebagai minum petang. Suami pun turutkan saja permintaan kami. Anak-anak pastilah paling gembira.

Chizu ni banyak cawangan, yang kami pergi ni adalah dalam Melawati Mall. Waktu kami sampai, pelanggan agak ramai. Kebanyakkan orang datang sini bawa laptop dan masing-masing fokus dengan hal sendiri.

Kalau mencari tempat untuk Hi Tea boleh cuba Minum petang di Tim Teapot atau Hi Tea di KL Tower (Atmosphere 360)


hitea-Chizu-Café


Menu Chizu Café Melawati Mall

Makanan utama dekat Chizu ialah Cheese Drinks and juga Croissant. Makanan dengan cheese aku boleh terima tapi air dengan cheese tu buat aku tertanya-tanya rasa dia.

Memang sangat unik ya rasa dia. Minuman Chizu dipadankan Croissant Jepun (Honzu) untuk mencipta gabungan yang unik.

Apa kami cuba hari tu ialah Belgium Dark Chocolate Croissant (RM7.50), Pavlova (RM19), kek Almond Tiramisu (RM17), air Chocolate Cheese (RM14) dan Super Season Fruit Tea (RM13).

Total untuk semua ialah RM74.75 termasuk SST. Pavlova dia paling mahal. Jujurnya dari segi rasa aku pernah makan Pavlova yang lagi sedap.

Maaf sangat-sangat gambar air Chocolate dan Fruit Tea tu aku terlupa nak ambil gambar yang proper. 


pavlova-Chizu

 

crepe-Chizu-Cafe

Review Chizu Café Menurut Anak Tekak Aku

Gabungan air coklat dengan cheese agak turn off sebab cheese dia di bahagian atas tu rasa dia masin. Masin berlemak. Paling sedap Super Season Fruit Tea.

Untuk tekak Melayu seperti aku cukuplah sekali merasa sekali apa itu Chizu. Gitu ya. Bagi aku memang dia jual ‘lifestyle’. Macam Starbuck lah.



Untuk air ada Cheese Tea, Cheese Drink, Coffee dan juga Fruit Tea. Peminat Chizu jangan serang aku pula ya, ini review berdasarkan tekak aku.

Apa yang best Croissant dia banyak perisa korang boleh pilih. Biasanya beli dalam 6 ketul boleh dapat harga promo. Bergantung juga branch mana korang pergi.

Teringin nak makan ayam cheese memang aku ke Chicken Plus atau K Fry lagi puas hati. 

Chizu café sesuai untuk lepak santai dengan kawan-kawan, bawa potential customer untuk close deal dan sesuai juga buat kerja menggunakan gadjet tanpa gangguan.  

 

Kesimpulan

Walaupun aku penggemar cheese, tetapi gabungan minuman cheese bersama teh dan kopi agak susah tekak aku nak terima. Maafkan saya ye Chizu, buat masa sekarang saya bukan target customer anda. Tapi mana tahu kan, in future saya ter suka semula.

 

Status Akaun Facebook Kena Warning

Buat pertama kalinya akaun Facebook peribadi aku dikenakan warning. Selain dapat notifikasi akaun di beri amaran, boleh juga semak akaun status – warning di “Profile Setting”.

Terpampang ‘bendera kuning’ dekat bawah nama di profile utama. Tapi hanya aku sajalah yang nampak warning tu. User lain tak akan nampak.

Ini warning pertama diterima sepanjang aku aktif menggunakan Facebook. Cinta pertama aku adalah Facebook walaupun orang kata Facebook adalah aplikasi untuk orang-orang berumur.


Akaun-Fb-kena-warning


Status Akaun Facebook Kena Warning

Dari Facebook aku mula aktif di platform Instagram dan juga TikTok. Betul lah orang kata cinta pertama tu payah kita nak lupa. Lah tiber.

Berbalik pada isu akaun kena warning tadi, Facebook suruh aku mengaku atas kesalahan yang telah aku lakukan. Dengan cara jawab soalan yang diberikan.

Bila dah mengaku dah tiada masalah nak bersosial seperti update status, comment di profile kawan-kawan dan lain-lain. Cuma mata tak seronok pandang status tu warna kuning.



Community-guideline-fb

 

Mengapa Akaun Facebook Kena Warning / Diberi Amaran?

Punca aku terima Account warning di facebook adalah disebabkan oleh penggunaan perkataan di dalam bahagian komen.

Tahu kan yang setiap status yang kita kongsi, gambar dan video yang dimuat naik akan dipantau oleh AI Facebook. Jadi memang strict la sebab robot yang jaga.

Sesuatu yang disiarkan atau di kongsi kelihatan mencurigakan atau menyalahgunakan sistem keselamatan Facebook akan disekat.

Pendek kata kena elak buat perkara yang boleh langgar Piawaian Komuniti Facebook.

Punca aku terima account warning adalah disebabkan komen yang aku balas dalam status facebook aku sendiri. Ibarat makan tuan lah kiranya.

Bila fikir semula agak kelakar tapi aku faham logik bila robot AI ni kata aku bersalah. Perkataan yang dikenalpasti salah digunakan adalah ‘culik’.

Langgar-CG-facebook


Ayat tu sebenarnya aku tulis dalam nada bergurau sebab menjawab kepada persoalan makcik saudara aku berkenaan status bawa ibu bapa ke bandar bila cuti panjang.

Robot mana tahu kita gurau. Dia tahu trigger sahaja. Menyampah tau. Banyak lagi perkataan yang dilarang oleh Facebook.

Lagipun, Mark Zuckerberg, Chief Executive Officer of Facebook banyak kali ingatkan yang dia nak Facebook jadi tempat yang aman damai, menolak diskriminasi, keganasan dan seangkatan dengannya.

Jadi itu lah yang dia buat. Bagi warning, block, banned permanently. Dalam kes aku, amaran ini merupakan amaran pertama kali jadi tiada tindakan dikenakan kecuali akaun berubah status sahaja jadi bendera kuning.

Selepas kita mengaku salah, Facebook akan pertimbangkan jawapan kita dan bebaskan akaun dan jadi kembali normal.


Terima-warning-fb


Berapa lama Facebook mengambil masa untuk menyemak akaun anda?

Ikut penerangan diberikan oleh Facebook, mereka ambil masa 48 jam sehingga 45 hari (sebulan lebih ya) untuk menyemak akaun anda.

Jika bernasib baik, robot AI yang handle kes kita proses bendera kuning ditarik jadi lebih cepat. Jika kes kita dikendalikan secara manual maka tempoh semakan ambil masa lebih lama.

 

Sekatan Akibat Status Amaran Facebook

Jika kali pertama terima amaran tiada apa-apa yang serius berlaku dan tiada sekatan dikenakan, cuma sakit mata nampak bendera kuning tu saja.

Jika menerima amaran kali kedua risiko akaun anda akan terjejas dan bertukar kepada status akaun terhad. Anda akan mendapat sekatan 24 jam daripada membuat kandungan atau mengulas.

Amaran ketiga diterjemahkan kepada sekatan selama 72 jam. Empat bantahan membawa kepada sekatan 7 hari.

 

Kesimpulan

Boleh rujuk Facebook Centre sebab dekat situ lebih banyak maklumat terkini dan lebih tepat. Jangan buat kesilapan macam aku ya.

Sesetengah orang yang menggunakan akaun Facebook sebagai salah satu punca pendapat memang akan terjejas jika terkena amaran ini.

Sama-sama lah kita menjadi warga media sosial yang menjaga keharmonian alam maya. Benda percuma memang kena ikut undang-undang ditetapkan oleh tuan rumah.

Makan Nasi Arab di Restoran Paradise Reyan

Peminat nasi arab kena tahu tentang restoran Paradise Reyan ni. Baru-baru ni kami singgah makan nasi arab di Restoran Paradise Reyan yang terletak dalam pasaraya Aeon Big Wangsa Maju. 

Memang tak menyesal cuba sebab semuanya sedap dan kena dengan tekak kami sekeluarga. Jadi kena la hebahkan pada orang lain juga. 

Ikutkan berapa banyak kali dah lalu depan restoran Paradise Reyan sebab dia betul-betul dekat sebelah McDonald. Kalau ke Aeon Big memang akan singgah McDonald untuk makan aiskrim. 

Sebelum ni kami selalu makan nasi arab di Qasar Balqis. Pernah sekali cuba makan di restoran Hadramawt, tapi kurang kena dengan selera. 

Kalau di Shah Alam pula kami akan singgah di Restoran Aroma Hijrah. 


Restoran-Paradise-Reyan


Makan Nasi Arab di Restoran Paradise Reyan

Kali terakhir makan nasi arab dekat Qasar Balqis adalah masa bulan Ramadan yang sudah. Tapi pengalaman kurang seronok sebab restaurant tu full house, jadi servis pun turut terjejas. 

Terus terbantut selera nak makan nasi arab. 

Baru-baru ni terbuka pintu hati nak cuba dan masa tu terliur nak makan Kunafa Cheese. Kan viral Kunafa Cheese dekat Bukit Bintang tu. 


Kunafa-Cheese


Memang tidak lah aku nak beratur ramai-ramai jadi kita cari yang dekat sajalah ya. Lagi satu kalau nak makan Kunafa Cheese tak boleh dibiarkan lama. 

Nanti cheese dia sejuk dah kurang seronok tak dapat tarik-tarik. Lebih prefer makan di tempat yang ada kerusi dan meja. 

Kalau nak tahu Restoran Paradise Reyan ada tiga cawangan sahaja di dalam Malaysia iaitu di Berjaya Times Square Kuala Lumpur, Aeon Big Wangsa Maju dan di Barrington Square Cameron Highlands. 


Menu Makanan Restoran Paradise Reyan

Semestinya menu dia lebih kurang seperti menu di restoran Arab lain. Salad (Tabbouleh, Fattoush, Reyan). Appetizer seperti falafel, Hummus, sambosah, Kibbeh. 

Ada juga Piza, BBQ (kabab, Taoukmix grill), Chicken & lamb (Mandy, Kabsa, Haniz, Maqluba).

menu-Paradise-Reyan

Kalau di Qasar Balqis aku sukakan Shawarma dan Teh Tarik dia, tapi di Paradise Reyan aku suka makan Lamb Arayes. 

Bentuk macam pizza, bulat dan kemudian dipotong menjadi bentuk segi tiga. Dilapisi dengan daging kambing atau pun daging ayam. 


Lagi satu tolong cuba jus buah-buahan sebab memang betul-betul pure. Tak kedekut buah terutama jus tembikai dan jus oren. 


Kenapa aku suka Restoran Paradise Reyan?

Semestinya kalau teringin nasi Arab confirm datang sini sahaja. Dah la dekat dengan rumah, rasa dia tak mengecewakan. 

Selain tu Restoran Paradise Reyan menjaga kebersihan premis, baik sinki mahupun kebersihan lantai. Dapur dia walaupun sedikit terbuka tapi tak ganggu pelanggan dengan bau-bau pelik. 


nasi-arab-sedap


Kerusi meja pun selesa jadi pelanggan boleh makan dengan aman. Penting sangat bagi aku yang ada anak kecil. 

Staff yang layan kami pun ramah walaupun tidak fasih Bahasa Melayu. Memang aku ringan mulut akan cadangkan Restoran Paradise Reyan dekat sesiapa yang nak cari tempat makan nasi arab. 


Kesimpulan

Kami sekeluarga berpuas hati makan Nasi Arab di Restoran Paradise Reyan. Harapnya perniagaan dia semakin maju supaya tak payah susah aku nak makan dekat tempat lain. Kalau korang tinggal berdekatan boleh cuba tapi jangan marah kalau tak kena dengan selera korang ya.  

Hari Dialog Kemenjadian Kualiti Murid Siri 1/2022

Berkesempatan menghadiri hari Dialog Kemenjadian Kualiti Murid (DKKM) di sekolah anak-anak mingu lepas.

Kalau ikut zaman aku menjadi pelajar, hari DKKM ni merupakan hari Ibu bapa hadir ke sekolah untuk menandatangani ‘report card’.

Hari yang paling ditakuti oleh aku termasuk kawan-kawan. Mana tidaknya, segala perihal dan perkembangan pelajar akan diterangkan oleh guru kelas kepada ibu bapa.

Semua aspek akan cikgu terangkan. Mata pelajaran yang lemah perlu diberi perhatian. Takutnya Tuhan je tahu. Kalau boleh hilangkan diri waktu tu mesti aku akan buat.

Selalunya dekat rumah arwah abah akan ingatkan semula apa cikgu pesan. Tidak la emak abah mengamuk, cuma beri nasihat ‘deep’.


report-card-day


Hari Dialog Kemenjadian Kualiti Murid Siri 1/2022

Pada tahun 2019 aku pernah kongsikan tentang Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah yang merupakan kali pertama sekolah Ikhwan buat.

Waktu tu Ikhwan darjah dua, sekarang Ikhwan dah darjah lima. Kiranya tahun 2022 adalah kali kedua murid dinilai mengikut sistem yang baru ni.

Tahun ni lebih meriah sebab aku datang ke sekolah untuk terima laporan untuk Ikhwan dan adik dia, Raudah. 

Pra Sekolah pun ada ya. Aku dulu pergi tadika sebab nak makan dengan kawan-kawan je. Mewarna lepas tu balik rumah.  

Bila menjadi ibu bapa, tugas tu beralih kepada kami pula. Tapi, apa yang berbeza ialah anak aku langsung tak cemas ya.

Sebaliknya aku yang berdebar nak dengar keputusan pencapaian pembelajaran anak-anak. Dasar anak-anak. Entah yakin dia agaknya.


Dialog-Kemenjadian-Kualiti-Murid

Program DKKM tu sekejap je ambil masa, tapi yang lama tu disebabkan kena beratur ambil giliran. Jadi kalau nak siap awal kena datang tepat pada waktu yang sekolah tetapkan.

Kalau tahun sebelum ni program DKKM di buat di bilik darjah, tapi tahun ni sekolah ubah lokasi di dewan sekolah yang lebih luas kawasan dia.

Lebih teratur dan tidak mengganggu sesi penilaian murid-murid. Ibu bapa datang ke bilik darjah dan kemudian bawa anak-anak mengambil giliran di dewan.




Result Kemenjadian Kualiti Murid

Syukur result Ikhwan tidaklah mengecewakan. Alhamdulillah. Masih ada ruang untuk diperbaiki terutama subjek English dan juga subjek Sejarah.

Cikgu pesan dekat dia supaya menjadi contoh kepada adik-adik memandangkan dia anak sulung. Masalah Ikhwan ialah dia terlajak yakin boleh buat. 

Puas hati sangat dengan cara cikgu menilai. Boleh aku simpulkan cikgu letak usaha dan tenaga demi murid-murid.

Dengan bilangan murid yang ramai, subjek berderet dan sistem penilaian yang agak rumit, semua cikgu wajar diberi tepukan sebab dah buat yang terbaik.

Waktu cikgu terangkan keputusan keseluruhan aku kurang faham awalnya. Ambil masa juga nak faham sistem pemarkahan sekarang.

Tapi kalau dibandingkan penerangan oleh pihak sekolah, waktu Ikhwan darjah dua tahun 2019, tahun ini lebih baik. Hari Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah kali pertama aku hadiri.  

Sistem pemarkahan sekolah untuk ujian Sumatif ada Gred Purata, jumlah markah dan purata markah. Lepas tu setiap murid juga dinilai oleh guru kelas melalui pelaporan pentaksiran bilik darjah.

Semua aspek diambil kira seperti kebolehan murid faham apa yang diajar, memberi maklum balas, memahami dan buat rumusan, menghasilkan idea baru dan macam-macam lagi.

Penilaian diberikan mengikut subjek. Aku sebagai ibu ni rasa nak pecah kepala baca setiap penilaian. Tak terbayang tekanan yang murid-murid sekarang kena lalui.

Pencapaian pula di berikan mengikut gred Tahap Penguasaan (TP). Kalau bagus pencapai murid akan diberi TP6 dan begitulah sebaliknya. Berbeza sungguh dengan sistem pendidikan dahulu.


Penilaian Perkembangan Murid PraSekolah

Untuk Pra Sekolah pula, murid dinilai berdasarkan kemahiran murid-murid menguasai komponen yang ditetapkan Kementerian Pendidikan. 

Antara komponen yang dinilai ialah perkembangan fizikal dan penjagaan fizikal, kreativiti dan estetika, ketrampilan diri, subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sains & Matematik awal serta kemanusiaan.

Antara contoh tafsiran: murid boleh respons, mengecam abjad, boleh menghafal surah pendek, boleh lakukakan pergerakan lokomotor, menggunting dan banyak lagi.

Weh macam nak ambil UPSR aku rasa. lol. 

Antara komen yang diterima dari cikgu Raudah ialah dia seorang murid yang matang, bercakap dengan murid tertentu dan bila perlu. 

Mendengar arahan dengan baik dan cuma perlu diberi perhatian sebab Raudah sukakan cabaran dan nak menang. 

Kena fahamkan dia bila gagal dan cara nak deal dengan perasaan kecewa tak dapat apa dia mahu. 


Kesimpulan

Semoga hari Dialog Kemenjadian Kualiti Murid dapat membantu Ibu bapa supaya faham tentang tahap penguasaan anak-anak dan bantu anak-anak terus cemerlang dalam pelajaran.

Sebagai ibu bapa semestinya aku harapkan sistem pendidikan negara tidak menyusahkan anak-anak kita. Faham sangat bila timbul isu murid-murid rasa tak seronok belajar dan tak mahu ke sekolah.