Beli Barang RM1 di Shopee

Assalamualaikum, 

Tahun 2018 tahun paling bersemangat sekali nak berjimat dan tak over expenses. Gigih sebab permulaan tahun aritu memang dah tahu kontrak kerja akan ditamatkan dan semangat nak cari kerja baru memang tak ada langsung. 

Almaklumlah bila anak dah masuk tiga, kos penjagaan anak hantar kepada pengasuh je pun dah boleh cecah seribu ringgit dan mungkin lebih.

Itu belum masuk kos membeli pampers, susu dan lain-lain. Bab makan lagi. Tepuk dahi.

Lepas tu dah syok sangat berehat masa berpantang hari tu, lagi pun kasihan kan baby nak suruh orang lain jaga. Suami bagi keizinan jadi suri rumah dan syarat dia kami sekeluarga kena bijak dalam berbelanja dan tak boleh berbelanja macam sebelum ni. Kena bijak tak boleh membazir.
Yelah sebelum ni dua kepala yang cari duit, sekarang tinggal satu je yang dapat fix income. Aku?
in sha Allah dah mula focus kepada business online yang aku buat.

Moga murah la rezeki macam air sungai yang senantiasa mengalir. Aamiin.

Semangat berjimat, cari duit lebih membara la dalam jiwa. Kebetulan Hari tu ternampak post dekat facebook, ada kawan beli barang RM1 je kat Shopee. Ada selected barang la macam toner brand Garnier, Milo, Cereal and other few items. Apa lagi rambang mata la.

Shopping dekat Shopee

Cepat-cepat sign in and check available barang. Masa tu yang ada Milo macam aku beli ni (200gram harga kat kedai RM4.80 macam tu la ke lagi mahal tak sure). Ada juga barang yang dah sold out. Limit satu barang/ jenis untuk setiap orang.

Beli RM1 je woi siapa tak nak. Postage pun free. Ni masa CNY promo kalau tak silap. Harap-harap lepas ni Shopee buat lah lagi sale RM1 cenggini. Semangat akak nak membeli.


4 comments:

  1. Liez pun since berenti krja last year utk jaga anak2 memang berjimat. buat bisnes kecilan buat cake dan cookies je.. tapi alhamdulillah masih cukup untuk keluarga.. semoga tahun 2018 kitaakandimurahkan rezeki ye

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.