Sambutan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2018

Rodiah Amir
3

Alhamdulillah, Jumaat lepas pihak sekolah telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2018 dimana murid-murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan telah di raikan. 

Juga meraikan graduasi murid-murid yang bakal menamatkan persekolahan darjah 6 dan seterusnya melangkah ke sekolah menengah pula. Turut diraikan graduasi murid-murid Prsekolah dan Pendidikan Khas. 

Masing-masing tersenyum lebar bila pakai topi dan jubah graduasi. Kecil lagi dah merasa graduasi, berbeza la zaman Diah dahulu bersekolah. 

Sambutan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2018 

Majlis Anugerah Kecemerlangan memang ada la tapi graduasi tu merasa waktu tamat belajar peringkat diploma dan ijazah. Waktu tu baru merasa naik pentas terima sijil dan pakai jubah graduasi. 

Apa pun budaya yang elok dan dapat beri semangat dan tanamkan sifat cintakan ilmu supaya terus belajar Diah sokong sepenuhnya. Zaman kita dengan murid-murid sekarang berbeza. 

Majlis Anugerah bermula seawal jam 8 pagi dan tamat pada pukul 12 tengahari. Majlis berjalan lancar dan cuaca sangat baik. Berangin je duduk dekat dewan. Alhamdulillah.


Ikhwan di Majlis Anugerah Kecemerlangan 2018

Sekitar Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah

Majlis dimulakan dengan bacaan doa, kemudian ucapan Guru Besar, dan kemudian perasmian oleh YDP PIBG sekolah. Tak meleret, penuh motivasi dan paling penting pendek dan tepat. 

Kemudian barulah penyampai graduasi murid Prasekolah, murid Pendidikan Khas, dan murid Tahun Enam. Memang comel kalau tengok keletah anak-anak terima sijil. Bersemangat je. 

Bangga la tu. Murid-murid Tahun Enam pula kalau tengok riak wajah tu macam dah tamat segala-galanya. Kemain gembiranya dan muka eksyen (muka berlagak akulah senior hahahha) 

Rasanya setiap majlis memang tak sah kalau tiada persembahan dari murid-murid. Dah jadi adat untuk menyerikan majlis murid-murid akan dipilih untuk melakukan persembahan tak kisah secara berkumpulan mahupun secara solo. 

Ada tiga persembahan berkumpulan dalam majlis pada hari tu. Persembahan dari Murid Arus Perdana, persembahan murid Prasekolah dan juga persembahan dari murid Pendidikan Khas. 


Persembahan Khas Daripada Murid-Murid 

Murid Arus Perdana buat persembahan nyanyian Lagu Ragaman, ala lagu Faizal Tahir kisah isteri sekejap nak makan lasagna sekejap nak cendol tu. 

Berbakat betul murid-murid ni menyanyi dan di iringi oleh alunan muzik menggunakan barang-barang terpakai. 

Sambil menari sambil ketuk baldi, botol, dulang dan macam-macam la. Sedap la di halwa telinga mendengar nya. 

Murid Prasekolah pula buat persembahan tarian lagu dari filem Kuch Kuch Hota Hai. Memang comel la tengok gelagat anak-anak umur 6 tahun lompat-lompat atas stage. 

Dressing ala-ala nak sambut Deepavali. Menari tak ingat. Kalau Shah Rukh Khan dan Kajol tengok boleh menangis la. 

Alhamdulillah sekolah Ikhwan memang tak pernah membezakan murid-murid dan sentiasa mengambil berat tentang hal ehwal pelajar baik dari segi akedemik dan kokurikulum. 

Sabar je cikgu-cikgu pimpin dan ajar murid-murid. Memang terbaik. 

Anugerah yang diterima


Penerima Hadiah Tahun Satu

Masa Ikhwan bawa balik surat jemputan ke Majlis Anugerah Kecemerlangan 2018 hati memang dah berbunga-bunga. 

Bersyukur terpilih juga dia menerima hadiah tahun satu hasil usaha dia belajar. Walaupun baru tujuh tahun, kami sedaya upaya tanamkan minat untuk dia belajar bersungguh-sungguh. 

Hai macam baru je semalam lahirkan dia. Pengalaman bersalin kan dia masih segar dalam ingatan. Selalu ingatkan dia kejayaan bukan datang bergolek. 

Ilmu itu penyuluh hidup. Ilmu tu la harta paling bernilai yang orang lain tak dapat curi. Ikhwan Hafeez merupakan murid cemerlang aliran dan dapat beberapa anugerah untuk Mata Pelajaran terbaik.

Alhamdulillah atas semua rezeki. 
Ucapan tahniah kepada anak mama, Ikhwan Hafeez bin Zamri atas pencapaian dia merangkul: 

  • Anugerah Kecemerlangan Sebagai Murid Cemerlang Aliran Tahun 1 dan Tempat Pertama 1 Cemerlang
  • Anugerah Kecemerlangan Dalam Mata Pelajaran Terbaik Tahun 1 - Matematik
  • Anugerah Kecemerlangan Dalam Mata Pelajaran Terbaik Tahun 1 - Sains
  • Anugerah Kecemerlangan Dalam Mata Pelajaran Terbaik Tahun 1 – Bahasa Arab

Bangganya mama dan abah bila nama Ikhwan dipanggil untuk naik ke pentas. Walau kecil bagi orang lain tapi satu pencapaian yang membanggakan buat keluarga kecil kita. 

Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk Ikhwan terus berusaha untuk berjaya. Cabaran seterusnya semestinya nak kekalkan momentum untuk dia buat yang terbaik dalam masa yang sama biar dia suka dan dia tak rasa terpaksa. 

Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah 2018


Penerima Anugerah Khas Kecemerlangan

Antara anugerah yang dinantikan dan merupakan acara kemuncak dalam majlis tersebut semestinya Anugerah Khas Kecemerlangan. 

Ada empat tokoh murid yang telah dipilih untuk menerima anugerah khas terbabit. Tokoh Akademik, Tokoh Kokurikulum, Tokoh Sahsiah dan Tokoh Pendidikan Khas. 

Tokoh-tokoh dipilih berdasarkan pencapaian memberansangkan dalam bidang masing-masing. Sebelum nama dipanggil untuk menerima hadiah, biodata murid dibaca kan. 

Kejayaan mereka turut dikongsi dan mereka di arak berjalan ke pentas bersama dengan ibu bapa. Semoga satu hari nanti ada rezeki Ikhwan pula terpilih. In sha Allah. 


Penutup 

Sesungguhnya perkongsian di blog Diah bukanlah bertujuan untuk membangga diri. Jauh sekali nak bermegah. Sekadar satu perkongsian yang bila di masa hadapan andai kata ada rezeki boleh baca semula dengan perasaan gembira. 

Sambutan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2018 merupakan salah satu kenangan manis kami sekeluarga. Terima kasih Ya Allah. 

Tags

Catat Ulasan

3Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Allahurabbi comelnya Ikhwan pakai baju sekolah amek pingat..kecil2 cili api ni..

    BalasPadam
  2. tahniah ikhwan, banyaknya hadiah dapat

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.. Tahniah buat Ikhwan Hafeez..

    BalasPadam
Catat Ulasan