Singgah makan di Restoran Squid Boy MyTOWN KL

Rodiah Amir
3

Pertama kali jejak kaki ke MyTOWN KL ni masa melepak dengan kawan-kawan blogger dekat IKEA. Baru tahu yang MyTOWN KL ni bersambung dengan IKEA Cheras. 

Kiranya bawah satu bumbung. Memang cun sangat la. Jadi mudah bila parking dekat tempat yang sama tapi boleh pergi dua tempat. 

Kawan-kawan yang dah sampai MyTOWN KL ni beri feedback yang agak bagus jadi kami pon tak ketinggalan nak explore. Kami sempat singgah makan di Restoran Squid Boy dalam MyTOWN ni.

Kalau singgah IKEA mesti la kena makan Smoked BBQ Beef Rib & Meatball



Singgah makan di Restoran Squid Boy MyTOWN KL


Memang agak terkial-kial masa berjalan dekat sana sebab tak ada arah nak dituju. Kebetulan kami sampai waktu tengahari jadi terus lunch dekat sini sebelum balik. 

Nak cari tempat lunch pun memang menjadi masalah ye, yang berkeluarga terutama ada anak kecil memang sedikit mencabar sebelum dapat capai kata akhir nak makan dekat mana. 

Banyak je restoran tapi kurang berkenan di hati. Jalan punya jalan ternampak lah restoran Squid Boy. 



Restoran Squid Boy MyTOWN KL


Singgah makan di Restoran Squid Boy 


Restoran ni terletak di level B1-049 dalam MyTOWN. Mereka menjual snek jalanan yang terkenal di Taiwan tapi ikut selera Jepun. Sungguh berlaku kecelaruan identiti Squid Boy ni, Taiwan mixed Jepun. 

Semestinya menu utama yang dijual adalah sotong, tapi bukan sebarang sotong. Ni sotong gergasi tu. 

Kalau dekat pasar malam dijual pada harga RM7 untuk saiz sederhana dan yang besar dalam RM14 macam tu. Sotong celup tepung. 





Menu di Restoran Squid Boy MyTOWN KL


Halal Status Restoran Squid Boy 


Jangan risau nak makan sebab restoran Squid Boy ada pengiktirafan sijil Halal dan dipamerkan di kaunter. 

Restoran Squid Boy ni tak sebesar restoran yang biasa tapi dia besar sikit dari kiosk Cool Blog. 

Satu kawasan untuk kaunter dan dapur, lagi satu kawasan disusun meja kerusi untuk pelanggan yang dine in. Konsep dia grab and go. Agak tak selesa kalau nak melepak lama-lama. 



Halal Status Restoran Squid Boy MyTOWN KL



Menu Utama Restoran Squid Boy 

Dah namanya pun Squid Boy jadi menu utama semestinya berasaskan sotong. Ada giant squid, pelbagai pilihan bento, mee dan juga kudapan lain macam mushroom dan fillet. 

Untuk set bento boleh pilih Giant Squid, Crispy Chicken, Crispy Squid atau Popcorn Chicken. 

Kami cuba Bento squid dan juga chicken. Dalam set bento ada nasi beras Jepun tu, lauk dan juga tiga pilihan sos. 

Lupa nama sos tapi aku makan dengan Thai sos. Set bento datang bersama air pada harga RM10.90. Ok la kan harga tu.

Aku recommend ambil Crispy Squid. Sedap. Selain bento ada juga dijual mee, popcorn chicken, mushroom fries, mackerel strip dan menu ringkas yang lain. 









Untuk percubaan kali pertama makan Squid Boy kami agak berpuas hati dengan menu yang kami cuba. 

Tak sempat nak cuba mee dan menu lain. Harga berpatutan dengan portion yang dijual dan set dah termasuk dengan air. 

Dari segi rasa ikut tekak aku agak sedap dan paling penting dia rangup dan squid dia tak liat. Aku sejenis tak kuat masin jadi kira sedap la bagi aku rasa dia. Ada rezeki kita cuba menu lain pula. 

Squid Boy MyTown
B1-049, Maluri, 55100 Kuala Lumpur, 


Catat Ulasan

3Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. sdapnya..nasib la kat cni xde..klu x dah serbu dh ni..:)

    BalasPadam
  2. salam wah mcm sedap je ..sis done follow you ..boleh follow saya balik thank you

    BalasPadam
  3. wow..!! yang Giant Squid tu menariknya..

    BalasPadam
Catat Ulasan