Buffet Ramadan 2020 Di Kuala Lumpur Convention Centre

Tinggal kurang dari dua bulan sahaja lagi, bulan Ramadan bakal tiba. Sana sini semua dah sibuk mempromosikan pakej berbuka puasa termasuk hotel dan juga restoren. Menyantuni jemputan dari Kuala Lumpur Convention Centre Selasa lepas, aku antara media yang hadir untuk merasa dan menikmati juadah berbuka puasa yang bakal disajikan oleh Kuala Lumpur Convention Centre sepanjang bulan Ramadan nanti.

Kalau tahun lepas mereka mengetengahkan konsep “gerai”, tahun ini pula Kuala Lumpur Convention Centre mengembalikan kenangan indah bulan Ramadan dengan ‘Resepi Asli Turun-Temurun’. Dengan semangat balik beraya di kampung dan kegembiraan berkumpul satu keluarga, Kuala Lumpur Convention Centre ingin menghidupkan semula kemesraan ini dengan ‘Memoir Ramadan’ yang akan membawa pengunjung yang datang ‘menggamit kenangan zaman silam’.


20 Sajian Kegemaran Resepi Asli Turun Temurun

Khas sempena sepanjang bulan Ramadan tahun ini, pelanggan dapat menikmati resepi asli turun temurun yang disediakan oleh pasukan cef yang telah memenangi berbilang anugerah. Kebanyakkan diilhamkan oleh resepi tradisional yang diwarisi turun-temurun dalam keluarga masing-masing.



Menurut Chef Eksekutif Kuala Lumpur Convention Centre, Hisham Jaafar, “kami akan mengekalkan menu yang sama sepanjang bulan Ramadan pada tahun kerana tidak mahu pengunjung terlepas merasai sajian yang kami tawarkan”. Beliau juga turut teruja untuk berkongsi masakan istimewa para Chef bersama pengunjung pada tahun ini.

Menu berbuka puasa meliputi campuran sajian tradisional dan moden serta tak lupa juadah kegemaran bulan puasa dan antara sajian yang perlu di cuba ialah Sup Tulang Rawan Kicap Bersama Sambal Cili Padi hasil sentuhan Chef Bahar, Gulai Pedas Cili Padi Udang bersama Nangka Muda masakan istimewa Chef Asri, daging gulai kawah oleh Chef Rezal dan daging masak hitam daripada Chef Imran.

Uniknya sempena Ramadan kali ini, setiap menu yang dihidangkan mempunyai kenangan dan kisah tersendiri. Sebagai contoh menu Gulai Pedas Cili Padi Udang bersama Nangka Muda oleh Chef Asri berasal dari neneknya yang menjadi tradisi untuk menghidangkan sajian istimewa ini pada hari pertama Ramadan.

Sejak berumur 10 tahun, beliau akan membantu nenek dan ibunya menyediakan sajian ini dan bertambah manisnya resepi ini menggunakan udang yang ditangkap sendiri oleh bapanya. Kenangan indah di dapur inilah yang membakar semangat Chef Asri untuk memperkenalkan sajian masakan Melayu kepada orang ramai.


Menu Buka Puasa Perlu Korang Cuba

Mengikut selera anak tekak aku, semua menu memang patut korang cuba tetapi ada beberapa menu yang tak boleh korang lepaskan kalau berbuka puasa di Kuala Lumpur Convention Centre ini. Almaklumlah, jika banyak makanan di depan mata kadang-kadang keliru nak pilih yang mana. Jom baca lebih lanjut menu yang aku cadangkan.

Air Teh Susu Pisang

Untuk hilangkan dahaga korang boleh mula dengan air sejuk mahupun panas. Air yang aku nak cadangkan ialah air sejuk, campuran Lemon, Lada, daun limau purut. Walaupun ada lada namun tidaklah pedas macam sambal belacan ya, rasa ‘kick’ itu ada cukup untuk menyegarkan tekak. Manakala untuk minuman panas ada pelbagai pilihan Teh dan kopi dan aku sukakan air Teh Tarik Pisang. Kena minum masa panas-panas baru terasa aroma pisang yang lemak tu. Banyak lagi ‘air homemade’ yang disediakan untuk korang cuba.



Sup Tulang Rawan Kicap Bersama Sambal Cili Padi

Kesedapan sup yang disediakan oleh Chef Bahar masih lagi terasa. Sup yang direneh lama dengan rempah ratus serta kepelbagaian cara makan sup Tulang Rawan ni menambat tekak aku. Hirup sup begitu sahaja pun dah sedap. Sesuai makan dengan roti, mee mahupun nasi.


Nasi Dagang Tulang Rusuk Kerutup Bakar

Kalau korang fikir Nasi Dagang dekat sini ialah nasi Dagang ber Lauk Ikan Tongkol korang salah okeh, apa yang menarik selera aku nak cuba adalah padanan lauk nasi dagang tu adalah dengan tulang rusuk. Ye nama dia ialah Nasi Dagang Tulang Rusuk Kerutup Bakar. Daging super embuk dan sangat sedap. Cukup rasa dan semestinya nasi serta condiments yang menyerlahkan lagi kesedapan Nasi Dagang tu sendiri.


Sate Perut

Orang Malaysia kalau masa buffet Ramadan memang tak sah kalau tiada sate, dia rasa tak lengkap. Jadi untuk tahun ni Kuala Lumpur Convention Centre sediakan tiga jenis sate iaitu sate perut, sate daging dan ayam. Sate ayam dan daging lembut gilos.



Kambing Golek

Ada kambing golek baru la meriah buka puasa macam orang ada-ada. ok gurau. Masih mengekalkan menu Kambing Golek Harissa yang memang masyhur di sini dihidangkan dengan sos pudina, rosemerry, serta aneka sos lain.



Sajian Kontemporari & Antarabangsa

Sesekali buka puasa dengan menu antarabangsa apa salahnya kan. Boleh cuba makanan laut panggang daun pisang ala Portugese, Teriyaki Jepun dan aneka Pilihan Sushi. Memang tak mengecewakan sebab semua makanan laut tu fresh dan dimasak di depan mata.

Pisang Panggang Bermadu Nenas Bersama Badam

Walaupun pisang tu dipanggang dengan madu tetapi manis dia tidak lah terlampau manis. Rasa karamel tak pahit langsung dan ada rasa panggang. Rangup sangat bila kunyah badan dan pisang bersama. Layan habis. orang sebelah aku repeat dua kali makan pisang ni.


Ice Shave Avocado

Antara pencuci mulut yang dicadangkan oleh Chef: legakan tekak dengan Ice Shave Avocado yang lemak berkrim. Ais Avocado dikisar halus dan kemudian ditambah dengan aneka buah-buahan seperti nangka, honey dew, isi buah kelapa dan bermacam lagi condiment menambah kesegaran. Chef cadangkan untuk makan bersama isi kelapa muda dan buah nangka. Masa menulis ni terasa lagi kesedapan dia. Tolong jangan lupa cuba.

Kesimpulan

Sebenarnya banyak lagi menu-menu sedap yang ada di Kuala Lumpur Convention Centre sempena bulan Ramadan yang bakal menjelma ni. Pengunjung yang hadir dijanjikan dengan sajian makanan lazat, layanan bertaraf 5 bintang dan kena tempah awal untuk dapatkan harga promosi dengan potongan 10% (harga asal RM155 seorang). Untuk harga korporat pula berpeluang mendapat promosi pada harga RM132.

Lima dapur di Kuala Lumpur Convention Centre disahkan Halal oleh JAKIM dan untuk yang risau terlepas Tarawih, Pusat Konvensyen menyediakan bilik solat khusus, sejadah, selipar, tempat mengambil wuduk dan Imam untuk mengimamkan Solat Maghrib, Isyak dan juga Tarawih. Semuanya berdekatan.

Disebabkan tempat duduk untuk orang ramai adalah terhad dan tempahan diperlukan untuk acara korporat, korang boleh hubungi +603 2333 2866 untuk pertanyaan buka puasa orang ramai dan +603 2333 2877 untuk tempahan korporat. Boleh layari laman web Kuala Lumpur Convention Centre, www.klccconventioncentre.com untuk mengetahui tawaran lanjut mengenai tawaran bulan puasa.



1 Comments

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. semua makanan dia nampak sedap.. em.. terliur !! kena masuk dalam list ni.. hee~

    ReplyDelete

Post a Comment

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Previous Post Next Post