Masalah Tudung Periuk Giselle Tak Boleh Buka

Aku terima email dari reader memerlukan bantuan berkenaan Pressure Cooker Giselle yang dia beli. Dia berdepan masalah, tudung periuk Giselle tak boleh buka. Kenapa dia contact aku? Aku percaya dia dah hubungi pihak yang betul cuma lambat dapat response agaknya. Then dia jumpa aku tulis review tentang Pressure Cooker ni rasanya.

Apa yang jadi ialah, tudung periuk tu tersangkut, tak ditutup kemas dan kalau jadi macam ni memang tak boleh on atau off pon periuk tu. Cara penyelesaian dia memang kena keluarkan semula tudung periuk.

Kenapa aku boleh tahu ialah aku pun dah lebih 5 kali alami masalah tudung periuk Giselle tak boleh buka sebab aku secara tak sengaja salah letak. Memang sekarang topik Pressure Cooker, Air Fryer, oven dan juga banyak lagi gadjet dapur akan meriah dibincangkan bila menjelang bulan puasa.



Pressure Cooker atau Air Fryer?

Bulan Ramadan dan Syawal adalah antara bulan yang orang orang rajin masak, baking, buat kek dan ada yang cari gadget sebab hobi ikut trend. Soalan patut ke beli air fryer? atau dah cukup kalau ada pressure cooker? Terpulang pada individu sebab masing-masing ada pendapat berlainan.

Oleh sebab aku dah ada Pressure Cooker dan Air Fryer jadi aku jadi pemerhati dan pemberi pendapat bila ada yang tanya pendapat menggunakan PC dan AF. Tak la lama sangat aku guna, dalam setahun lebih macam tu lah. Pressure Cooker aku dapat untuk review dan AF aku beli guna duit sendiri.

Dua-dua alatan ni aku berpuasa hati dan memenuhi keperluan di dapur. Aku kongsikan review Pressure Cooker di sini dan Air Fryer di sini. Ada yang tanya kenapa harga pressure cooker berlainan? Semestinya semakin banyak fungsi pressure cooker tu (cara masakan) semakin mahal harganya. Air fryer pula ikut saiz basket AF tu. Makin besar dan canggih semakin tinggi harganya.

Baca review aku pasal Air Fryer di ~ Sini Review Air Fryer Amgo

Tudung Periuk Giselle Tak Boleh Buka

Berbalik kepada masalah reader tadi, mengikut instruction dalam manual yang diberikan, ada arah dan cara untuk tutup supaya pressure cooker berfungsi dengan sempurna. Bila salah tutup maka jadilah tudung periuk Giselle ni tak boleh dibuka. Hoi stress. Pertama kali jadi adalah beberapa hari di awal-awal aku mula guna. Cuak weh.

Apa yang jadi ialah kedudukan tudung periuk tu tak selari dengan tulisan Gisella, habis sangkut teruk. Gisella kena jadi tengah-tengah dan sila lah elak dari salah letak. merana korang. 



Apa aku buat, pertama ialah kena tarik nafas dalam-dalam sebab bengang kecuaian diri. Next aku cuba longgar-longgarkan dengan gerakkan tudung periuk ke kiri dan ke kanan walaupun ketat nak arwah. Kemudian aku tekan tudung periuk ke bawah, tolak sedikit ke kanan dan tarik ke atas dan cuba buka. Aksi ini perlu guna dua tangan dan tenaga. Macam aku akan kepit badan periuk tu guna dua kaki sambil tangan buat apa yang aku terangkan dekat atas.

Aku explain panjang lebar dengan harapan dia faham dan mohon ampun kalau korang pening tak dapat imagine. Aku dah reply pon email dia dan harap membantu. Harapnya kalau dia singgah lagi ke blog Rodiah Amir, dia baca entri ni dan dah tahu nak buat apa kalau tudung periuk Giselle tak boleh buka.


Aku tak pasti kalau ada tutorial di YouTube sebab selalunya tak sempat aku nak search, tudung periuk berjaya ditanggalkan lepas aku sentap dengan kuat. Setakat ni tiada masalah. Alhamdulillah. Banyak sangat jasa periuk ni terutama bila aku craving nak makan sup.

Setakat ini sahaja perkongsian pengalaman aku menghadap masalah tudung periuk Giselle tak boleh buka, perlu beli Pressure Cooker atau Air Fryer dan cara-cara nak selesaikan masalah tudung periuk Giselle. Harap bermanfaat.

1 Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Komen

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Terbaru Lebih lama