Bil Air Selangor Bulan Mei Naik Mendadak

Kisahnya baru teringat nak semak bil Air Selangor (Syabas) untuk bulan Mei. Semenjak PKP hari tu, pergerakan semua terbatas dan tak semua orang keluar bekerja jadi memang bil air bulan April aku pejam mata je. Buat tak tahu. Dengan harapan PKP tamat pada awal bulan Mei. Berangan je. So bayar sekali untuk bulan Mei.

Biasanya aku akan tunggu bil sampai di peti surat. Bila dah terdesak macam ni, baru lah gunakan kemudahan semak bil Air Selangor secara online. Aku daftar akaun di Air Selangor dan bila semak bil, terbeliak biji mata tengok jumlah bil air untuk bulan Mei. Bil naik berganda-ganda weh. Sesak nafas tengok nombor di skrin laptop. Korang dah semak bil air terkini korang?

Kalau ikutkan memang la semua duduk di rumah, kalau ada pertambahan ahli pun cuma suami sahaja lah sebab work from home. Tapi suami bukan la guna banyak air pun. Macam biasa la, mandi bukan kerap sangat, basuh baju pun macam biasa. Sakit otak aku cari punca kenapa bil naik. Panas hati.




Pelanggan serang Facebook Air Selangor

Oleh sebab tak tahu nak rujuk dengan siapa jadi seperti biasa aku akan tengok laman sosial seperti Facebook untuk semak kot ada orang yang senasib dengan aku. Aku berjaya dapat jawapan kenapa bil air bulan Mei naik mendadak bila baca posting dari pengguna-pengguna marah yang menyerang Facebook Air Selangor. Aku pun turut serta tinggalkan komen dengan harapan admin Air Selangor akan balas. Tapi aku tidak lah maki hamun. Cuba bersifat sopan dan husnuzon walaupun hati berdarah.


Rupa-rupanya ramai lagi yang terima nasib yang sama macam aku. Ada rumah yang tiada penghuni tapi masih dikenakan bil yang tinggi. Naik bukan sikit-sikit ya, jumlah tu mencapai ratusan ringgit. Paling seram ada yang mengadu bil air naik 21 kali ganda. Siap tuduh pekerja Air Selangor rabun, tak reti baca meter.

Perasaan aku membuak-buak nak marah tadi sudahnya terus nak tergelak. Tak risau sangat sebab ternyata ada sesuatu yang tak kena dengan Air Selangor. Sungguh kasar ya tomahan yang netizen lemparkan, sangat tak kena dengan nama dan gambar profil. Don’t judge the book by its cover. Tiber Selingan



Aku salute la sebab Facebook Air Selangor masih ada masa melayan pertanyaan pengguna, tapi malangnya jawapan yang diberikan membuatkan pelanggan semakin marah. Seakan-akan mahu menyorokkan perkara sebenar, Air Selangor lebih selesa untuk menjawab pertanyaan pelanggan secara peribadi, nak PM sorang-sorang.  Tak pasti la apa motif kan?

Sempat juga mamat ni sound Air Selangor supaya berterus terang. Tak perlu PM. Begitu. Yelah kan baik dia reply atau buat status umum terus tak perlu orang tertanya-tanya. 


Akhirnya Air Selangor menjawab pertanyaan soalan aku tentang bil air naik melambung. Air Selangor menerangkan bahawa:

“Bacaan Bil Air adalah berdasarkan anggaran untuk tempoh PKP. Tiada bacaan diambil oleh pembaca meter sehingga tempoh ini selesai. Bil air anda akan diselaraskan selepas tamat tempoh PKP iaitu setelah pembaca meter kami membuat bacaan sebenar meter di premis anda semula. Dalam tempoh ini sekiranya bil anggaran tersebut terlebih caj dan pembayaran telah dibuat ke atas bil tersebut, jumlah terlebih bayar tersebut akan direkodkan di dalam akaun anda dan sekiranya bil terkurang, ianya akan ditambah di dalam bil bulan akan datang”.



Bila dah baca penerangan dari Air Selangor baru lega sikit. Kita tengok la lepas PKP nanti berapa jumlah sebenar bil air. Aku faham la kenapa pelanggan marah, dengan situasi kita semua sedang dilanda ujian kewangan, ada yang dibuang kerja secara tiba-tiba, sakit dan lain-lain buat kita rasa lagi ditindas bila kena bayar bil mahal.

Cara Daftar Akaun di Air Selangor

Untuk mudahkan urusan aku nak semak bil, dan aku rasa berguna juga untuk korang supaya register e-billing maka jom aku tunjukkan cara-cara daftar akaun di Air Selangor. Sebenarnya, Air Selangor dah lama jalankan kempen electronic billing untuk pelanggan, suruh tukar cara penerimaan bil. Dari bil kertas jadi e-billing, dapat selamatkan pokok. Tapi aku ni jenis orang-orang lama mesti nak pegang juga bil kertas tu nak telek-telek. Baru puas hati.

Antara kelebihan mendaftar akaun ialah kita boleh semak bil-bil lama dan buat perbandingan. Boleh kenal pasti kenaikan dan penurunan bil, sejarah pembayaran dan macam-macam fungsi lain. Jom aku kongsikan cara daftar akaun di Air Selangor. Apa perlu korang adalah sambungan Internet dan juga no akaun air (boleh rujuk di bil air). Cara-caranya adalah seperti berikut:

#1 Layari laman web https://crisportal.airselangor.com/ dan tekan butang sign up. Sebelum tu kena isi maklumat yang diperlukan seperti Nama Penuh, alamat email, no telefon, No My Kad dan terus buat password. 



#2 Setelah berjaya sign up, pergi ke “My Account”, pilih Water Account masing-masing. Sama ada Owner atau tenant. Oleh sebab bil air dan api aku masih belum tukar nama jadi aku daftar sebagai tenant.

Selepas itu klik butang “Enroll Water Account” 


#3 Pilih Owner atau Tenant. Harus diingat jika nama bil didaftarkan atas nama korang sila pilih owner dan masukkan maklumat diperlukan.


#4 Masukan maklumat:

Account ID – No akaun Bil
Add Nickname – Bebas letak apa sahaja supaya senang nak rujuk 


#5 Baca Personal Data Protection Act di bawah dan klik Agree.


Bila dah berjaya enroll baru lah boleh tengok data bil air dekat tab dashboard. Nak buat bayaran boleh tekan butang bill & payment. 


Setakat ini sahaja perkongsian aku tentang kenapa bil Air Selangor Syabas naik mendadak, aku juga ada kongsikan cara untuk semak bil air secara online dan boleh buat bayaran secara dalam talian. Semoga perkongsian ini berguna untuk korang. 

2 Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. JDT pun sama.
    Mereka tak baca bil meter kot.

    BalasPadam
  2. Kalau iya pun takkanlah anggaran sampai beratus-ratus..

    BalasPadam

Catat Komen

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Terbaru Lebih lama