17 Jenis-Jenis Pengeluaran KWSP Patut Anda Tahu

17 Jenis-Jenis Pengeluaran KWSP Patut Anda Tahu

Baru-baru ni En Suami baru selesai keluarkan duit KWSP untuk buat pembayaran ansuran bulanan rumah kami ni. Rupa-rupanya banyak lagi jenis-jenis pengeluaran yang akak tak tahu. 

Ingatkan hanya terhad kepada pembelian rumah dan pembayaran PTPTN sahaja. Sebenarnya ada 17 jenis pengeluaran KWSP yang boleh dikeluarkan awal tak perlu tunggu umur nak bersara pun. Alahai ruginya bagi yang tak tahu.

Baguslah ada pengeluaran macam ni sekurang-kurangnya membantu penyimpan nak buat persediaan untuk hari mendatang. Jom semak jenis-jenis pengeluaran yang KWSP tawarkan dan cara-cara untuk membuat pengeluaran tersebut.

KWSP keluar duit


Jenis-Jenis Pengeluaran


#1. Pengeluaran Umur 50 Tahun

Ada 2 jenis pengeluaran:

Pengeluaran Penuh Akaun 2
Pengeluaran Sebahagian Akaun 2

Cara-caranya:

  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)2.Pengeluaran Umur 55 Tahun


#2. Pengeluaran Umur 55 Tahun

Ada 4 jenis pengeluaran:

-Kesemua Simpanan
-Sebahagian Simpanan (Amaun minimum RM2,000.00 & Setiap 30 hari dari tarikh permohonan pengeluaran terdahulu)
-Bayaran Bulanan (Pengeluaran minimum RM3,000.00 iaitu RM250.00 sebulan untuk sekurang-kurangnya 12 bulan)
-Kombinasi Sebahagian Simpanan + Bayaran Bulanan

Cara-caranya:

  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)


#3. Pengeluaran Umur 60 Tahun

Ada 4 jenis pengeluaran:

-Kesemua Simpanan
-Sebahagian Simpanan (Amaun minimum RM2,000.00 & Setiap 30 hari dari tarikh permohonan pengeluaran terdahulu)
-Bayaran Bulanan (Pengeluaran minimum RM3,000.00 iaitu RM250.00 sebulan untuk sekurang-kurangnya 12 bulan)
-Kombinasi Sebahagian Simpanan + Bayaran Bulanan

Cara-caranya:

  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)



#4. Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

Cara-Caranya:

  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9C (AHL)
  • Bawa Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP ATAU Penyata Baki Pinjaman Perumahan Dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) (Tarikh penyata baki tidak melebihi 3 bulan dari tarikh permohonan diterima)
  • Surat Nikah ATAU Sijil Perkahwinan ATAU Sijil Kelahiran Anak untuk Permohonan Membantu Pasangan
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#5. Pengeluaran Hilang Upaya

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan semua simpanan kwsp sekiranya ahli tidak berupaya dari segi fizikal atau mental atau kehilangan keupayaan fungsional kekal untuk memperolehi pekerjaan (employability)

Cara-caranya:

  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9L (AHL)
  • Bawa Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan Pakar / Bukan Pakar (Hospital / Klinik Kerajaan atau Hospital / Klinik Swasta)
  • Surat Berhenti Kerja Daripada Majikan (jika ada) bagi ahli yang berhenti kerja dalam tempoh setahun dari tarikh permohonan
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli).

#6. Pengeluaran Meninggalkan Negara

Pengeluaran ini boleh dipohon oleh :

Warganegara malaysia yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan untuk berhijrah ke negara lain atau
bukan warganegara malaysia yang telah berhenti kerja dan akan meninggalkan malaysia.

Cara-caranya:

  • Bawa Passport, Permit Kerja, Bukti Penamatan Kerja
  • Isi Borang Permohonan KWSP 9K (AHL)
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#7. Pengeluaran Pendidikan

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli / anak ahli (termasuk anak tiri dan anak angkat) di institut pengajian tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara.

Cara-caranya:

  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9H (AHL)
  • Bawa Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan Pakar / Bukan Pakar (Hospital / Klinik Kerajaan atau Hospital / Klinik Swasta)
  • Bawa Surat Tawaran Belajar
  • Bawa Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar yang asal
  • Bawa Surat Kelulusan Pengiktirafan Kursus Pengajian
  • Bawa Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini (pelajar IPTA dikecualikan)
  • Bawa Borang Temuduga
  • Bawa Bukti Kelayakan Mengikuti Pengajian
  • Bagi Pengeluaran Pendidikan Anak Ahli – Bawa Kad Pengenalan Anak Ahli & Dokumen Bukti Pertalian
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)


#8. Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan Pengeluaran Pesara Pilihan

Cara-Caranya:

  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9N (AHL)
  • Bawa Lampiran A – Notis Akuan Pelepasan Caruman Kerajaan Berhubung Dengan Pengeluaran Pekerja Berpencen
  • Bawa Bukti Pengesahan Taraf Pesara
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#9. Skim Pelaburan Ahli

Skim ini membolehkan ahli memindahkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan. Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 30% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.

Cara-caranya:

  • 1. Borang Permohonan KWSP 9N (AHL)
  • Borang KWSP 9N (AHL) boleh diperolehi daripada IPD yang dipilih oleh ahli untuk tujuan pelaburan.
  • 2. Kad Pengenalan Diri
  • MyKad / Kad Pengenalan Tentera / Kad Pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR); ATAU
  • Kad Pengenalan Polis DAN Surat Pengesahan Majikan menyatakan no. Polis dan no. Kad Pengenalan Diri merujuk kepada orang yang sama (jika tidak memiliki MyKad/ Kad Pengenalan Polis yang tidak tertera no.Kad Pengenalan Diri); ATAU
  • Pasport. Jika ahli bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998.

#10. Pengeluaran Membina / Membeli Rumah

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah. Ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara.

Cara-Caranya:

  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9C (AHL)
  • Bawa Surat Perjanjian Jual Beli (Tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
  • Bawa Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan (sekiranya kelulusan pinjaman kurang daripada setahun)
  • Bawa Surat Perjanjian Bina Rumah (Tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
  • Bawa Suratan Hakmilik Tanah atas nama penjual / pemilik tanah
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#11. Pengeluaran Simpanan Melebihi RM 1 Juta

Pilihan kepada ahli yang mempunyai simpanan melebihi RM1.05 juta mengeluarkan lebihan simpanan berkenaan untuk diuruskan sendiri oleh ahli.

Cara-caranya:

  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#12. Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

Pengeluaran simpanan Akaun 2 untuk membiayai ansuran bulanan pinjaman perumahan bagi tujuan pembelian atau pembinaan rumah.

Cara-caranya:

  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9P (AHL)
  • Bawa Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP ATAU Penyata Baki Pinjaman Perumahan Dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) (Tarikh penyata baki tidak melebihi 3 bulan dari tarikh permohonan diterima)
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli).

#13. Pengeluaran Kematian

Pengeluaran penuh akaun ahli oleh penama / wasi / pentadbir pusaka / waris terdekat ahli apabila berlaku kematian ke atas ahli KWSP.

Cara-caranya:

  • Bawa Sijil Kematian Ahli
  • Bawa Kad Pengenalan Diri Pemohon dan isi Borang Permohonan KWSP 9KM (AHL)
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli).

#14. Pengeluaran Perumahan Fleksibel

Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah proses menghadang atau mengenepikan sebahagian simpanan dalam Akaun 2 ahli ke Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel bagi membolehkan ahli mendapatkan pinjaman perumahan yang lebih tinggi untuk membeli / membina rumah.

Berdasarkan konsep ini, caruman bulanan kepada KWSP dianggap sebagai pendapatan. Dengan ini, ahli boleh mendapat jumlah pinjaman yang lebih tinggi kerana penilaian kredit (credit assessment) ke atas pendapatan bersih turut mengambilkira caruman KWSP (bahagian pekerja dan majikan).

#15. Pengeluaran Kesihatan

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal dan / atau pembelian peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh lembaga kwsp yang dihidapi oleh ahli atau ahli keluarga yang dibenarkan.

Cara-caranya:

  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9D (AHL)
  • Bawa Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan
  • Bawa Surat Pengesahan Majikan Mengenai Tanggungan Kos Rawatan
  • Bawa Kad Pengenalan Diri pesakit
  • Bawa Bukti Pertalian di antara pemohon dan pesakit (sekiranya pemohon bukan pesakit)
  • Bawa Bil Rawatan Pesakit Luar / Discaj Wad (Final Bill’) DAN Resit Bayaran Asal dari Pusat Perubatan (sekiranya bayaran telah dibuat)
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#16. Pengeluaran Haji

Kerajaan melalui pembentangan Bajet 2013 pada 28 September 2012 telah memperkenalkan inisiatif Pengeluaran Haji kepada ahli KWSP untuk membuat pengeluaran simpanan dari Akaun 2 untuk menunaikan ibadah Haji.

#17.Pengeluaran Perumahan PR1MA

Pengeluaran ini Membantu Ahli KWSP Memiliki Sebuah Rumah Di Bawah Skim Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) Dengan Memanfaatkan Simpanan KWSP Ahli Sedia Ada Serta Caruman Bulanan Di Masa Depan.


Untuk sebarang pertanyaan akak nasihatkan supaya menghubungi KWSP dan pergi ke kaunter KWSP yang berhampiran dengan anda. Semoga bermanfaat.

*Sumber:KWSP & Majalah Labur & Mingguan Wanita


Just Seafood Sunway Giza

Sabtu lepas Kak Diah berkesempatan merasai keenakkan makanan laut bersama rakan Blogger dan turut disertai oleh otai rancangan makanan yang fofular di TV3 tu tak lain tak bukan Maria Tunku Sabri. 

Maria tengah shoot untuk program online dia “Bila Maria Jalan-Jalan Cari Makan”.

Untuk edisi makan-makan kali ni, Kak Diah telah mencuba menu Seafood Shell Out di Restoren Just Seafood yang terletak di Sunway Giza Kota Damansara. 

Yang naik public transport boleh stop di hentian MRT Surian. Sangat dekat dan mudah nak cari Sunway Giza Mall ni ya. 


Just Seafood Sunway Giza 

Pemilik Just Seafood, Mr Terence ingin membawa Konsep Amerika tapi di dihidangkan dengan cara Malaysia dan dipersembahkan dalam hidangan di restorennya. 

Trend Shell Out ni mula viral pada tahun lepas bila ramai selebriti tempatan yang memuatnaik gambar mereka makan bersama keluarga dan rakan-rakan. 


Just Seafood Review



shell out seafood


Lepas tu banyaklah restoren yang tawarkan menu shell out sebab orang Malaysia suka kan makan comot-comot macam ni. 

"Seafood Shell out merupakan menu makanan laut yang terdiri dari kerang, ketam, udang, pelbagai jenis siput yang dimasak kering bersama pes cili dan dimakan bersama sayur sayuran yang direbus seperti brokoli, jagung, kentang, lobak merah. 

Nasi putih juga disediakan tetapi dalam kuantiti yang bersesuaian"

Kak Diah berkenan dengan restoren ni sebab dia ‘open air’ so selesa nak makan kalau bawa anak kecil. 

Sangat sesuai untuk mereka yang nak bawak kawan dan keluarga untuk sambutan hari jadi atau majlis perjumpaan rakan-rakan lama. Selesa habak hang. 



seafood viral

 
Order air orange juice so tak ada la muak sangat bila makan seafood. 


shell out viral


Style makan memang lambak atas meja je. Lepas tu dinasihatkan guna la tangan. Baru nikmat nak makan. Sos paling aku suka semestinya Butter Cream Milk. Aku bagi 5 bintang. 

Creamy yakmat. Paling win ada sos durian woi, Creamy Durian. Peminat durian mesti suka la. Memang kaw rasa durian tu. Memang patut cuba. Selain tu ada Original Cajun, dan Golden Salted Egg. 



Just Seafood Sunway Giza



Sos pilihan. Kat sini seafood dia semua fresh dan manis. Udang pun besar dan senang nak makan. Tak menyesal datang. Kepah, semua ada juga tau. 




Dekat sini ada pilihan samaada nak makan Seafood dengan Deep Fried Man Tou atau nasi Lemak Cajun. Untuk akak semestinya tekak melayu harus pilih nasi. 


Seafood sedap


ikan bilis tu memang penambah rasa rangup
Lepas habis makan, cuci mulut dengan Coconut Ice Cream. Sejuk dan tak terlalu manis. Aku habiskan sorang. Memang sedap. Aku bagi semua bintang yang ada. Wajib order.

 
seafood viral

uih sedapnya makan masa cuaca panas-panas


Oleh sebab nak menarik lebih ramai pengunjung yang beragama Islam, Mr Terence sentiasa memastikan bahan yang digunakan adalah segar dan sentiasa mengutamakan aspek kebersihan & HALAL. 

Peminat Seafood kena datang sini ok, selesa, makan sedap dan berbaloi. Ni alamat dia. 

Just Seafood
A-9-G, Sunway Giza Mall, 
Jalan PJU 5/14, Dataran Sunway, 
Kota Damansara, 47810, 
Petaling Jaya, Malaysia.

Waktu operasi: 12PM-10.30PM setiap hari
Tel: 012-229 0855 / 03-6144 6366 (reservation)


Resepi Ikan Tongkol Masak Kari

Dulu masa usia masih muda memang liat sikit akak nak makan ikan. Sebab ikan tu ada bau tersendiri so memang layan ayam je la pagi, petang dan malam. 

Dah jadi surirumah ni bosanlah hari-hari asyik menu ayam. So ku buka kan pintu hati supaya jatuh cinta pula dekat ikan. 

Lepas cuba baru la suka, mula jatuh cinta dengan ikan bawal emas, ikan tongkol, dan ikan sardin. Kali ni nak share resepi Ikan Tongkol Masak Kari sebab tengah rajin. 


Resepi Ikan Tongkol Masak Kari

Kalau malas atau tak sihat badan akak masak Singgang aje ikan ni. Resepi bergantung kepada bahan-bahan yang ada dekat dalam peti ais. Hari tu ada terung telunjuk memang itu jela akak campakkan. 

Oh resepi akak ni simple aje ya, asal sedap di tekak sudahla.


ikan tongkol masak kari


Bahan-bahan Ikan Tongkol Masak Kari: 


Bawang merah + putih 
Hirisan halia
Bunga Cengkih, Kulit kayu manis, dan bunga lawang
Ikan Tongkol
Serbuk Kari
Santan 
Cili Boh
Terung
Garam


Cara-cara:

Tumis Bawang merah + putih, Hirisan halia, Bunga Cengkih, Kulit kayu manis, dan bunga lawing sehingga garing. 

kemudian masukkan serbuk kari dan juga cili boh (ikut pedas yang korang nak). Serbuk kari akak bancuh dengan sedikit air. Tumis sehingga pecah minyak. 

Kemudian masukkan santan, biar menggelegak kemudian masukkan Ikan Tongkol dan juga Terung. Perasakan dengan garam dan biarkan sehingga empuk dan kari masak. 

Cadangan makan dengan nasi panas atau lempeng. 
Selamat mencuba. 

Bila Waktu Terbaik Minum Susu?

Tak pasti waktu awak semua menikmati susu, tapi dah memang jadi amalan Kak Diah sekeluarga minum susu adalah semasa sarapan pagi. 

Lama-lama jadi tabiat. Minum susu hanya di waktu pagi lebih tepat adalah semasa bersarapan. Sebab kebiasaan lepas sarapan baru mulakan aktiviti harian seperti mengemas, berkebun dan bekerja.

Tapi, kalau tengok cerita Hindustan atau Orang putih diaorang minum susu waktu malam la pulak. Mesti ada scene parents mak sure anak minum susu sebelum tutup lampu bilik tidur. Kalau cerita hindustan pula isteri hidangkan susu campur kunyit. 

Bila Waktu Terbaik Minum Susu?

Kak Diah baru tahu waktu terbaik nak minum susu adalah bergantung kepada situasi kita sendiri. Waktu pengambilan susu akan berikan pengaruh yang berbeza. 

150 ml hingga 200 ml setiap hari merupakan kadar yang dicadangkan untuk pengambilan susu harian.
 

khasiat susu


Minum Susu Di Waktu Pagi

Minum susu di waktu pagi sesuai untuk mereka yang: 

#1 Inginkan sarapan yang mengenyangkan dan tinggi protein. Susu mengandungi Kalsium, Protein, Kalium, Magnesium, Fosfor, dan beragam Vitamin.

#2 Melakukan aktiviti berat atau melakukan olahraga. 

#3 Orang yang sedang berdiet suka minum susu sebab akan berasa kenyang lebih lama.

#4 Susu sebagai pelawas jika diminum pada waktu pagi sesuai sangat untuk yang cuba turunkan berat badan.

Pengambilan susu di waktu Petang / Malam


#5 Minum susu suam akan membantu mereka yang ada masalah sukar tidur. Tubuh akan terasa tenang dan tidur lebih nyenyak. 

#6 Selepas seharian sibuk bekerja, maka minum susu di malam hari dapat membantu tubuh anda agar lebih santai. 


Apa pun manfaatnya jangan lupa ambil susu dah la ye. Dulu Kak Diah liat nak minum susu sebab rasa dia tu kan. Mengundang muntah sangat. Tapi lepas usia menjangkau 30 an ni rasa insaf tu lagi tinggi. Tu sedar diri minum tu. 

Semoga perkongsian kali ni bermanfaat. 


*credit picture - Kedai Sihat 

Shopping Kasut Raya di Button & Pastel

Shopping Kasut Raya Baby dii Button & Pastel

Eh pejam celik pejam celik dah tak lama lagi nak masuk Bulan Ramadhan, lepas tu Syawal. Hai cepatnya masa berlalu. Ramai kenalan dah up status dekat media social sibuk ganti puasa dan mencari warna tema untuk raya. 

Awak-awak dah buat pilihan ke? Tahun ni akak macam berkenan warna purple la pulak. Warna apa yang jadi trend 2018 ni ye? 

Seller baju raya, biskut raya semua dah pulun promot barang masing-masing. Baguslah, beli awal settle awal tidak la pening nak buat semua saat akhir. 

Tahun ni akak teringin nak bakar biskut sendiri then baju Raya macam nak recycle je tahun-tahun sudah. Banyak lagi baju yang baru pakai beberapa kali je. Macam membazir la pulak kalau beli baru. 


raya baby 2018

Makan Sedap di Makan Culture Melawati Mall

Alhamdulillah beberapa hari lepas dapat jemputan untuk mencuba menu yang terdapat di Restaurant Makan Culture sempena pembukaan cawangan baru, di Melawati Mall Kuala Lumpur.  Kak Diah pernah makan di salah satu cawangannya di Aeon Big Wangsamaju. 

Makan Culture merupakan Café yang berkonsepkan Asian fusion food yang semestinya mendapat sijil Halal. Idea mereka adalah untuk memasukkan unsur kreatif/fusion ke dalam menu Asian yang ditawarkan. 

Makan Sedap di Makan Culture Melawati Mall


Jadi kiranya mereka telah melakukan inovasi dan menjaga kualiti. Jangan risau, walaupun makanan mereka telah di modenkan tetapi harganya masih reasonable. 

Makan Culture is an expanding franchise, set up in 2015 to promote Asian-based fusion food. Utilising only the finest Halal ingredients, the café concept serves a variety of meals that are noticeably Malaysian in taste. 

Restaurant Makan Culture ni terletak di Level 3 Melawati Mall dan berhampiran dengan escalator. Sangat senang kalau nak cari. 

Hiasan dalaman dia simple dan sedap mata memandang. Tak terlalu sarat dengan hiasan, restaurant ni juga sesuai untuk seisi keluarga. 

Senarai kedai makan dalam Melawati Mall korang boleh cuba. 


Makan sedap



Melawati Mall

food

Kalau datang sini kak diah nak suggest Dua signature dish yang perlu awak cuba iaitu Nasi Volcano dan Buttermilk Chicken. Memang terbaik, kena sangat dengan selera Asian. 

Signature Dish Restoran Makan Culture


Nasi Volcano

Nasi ni ada tiga bintang utama; Chicken Chop yang crispy, kemudian diselubungi oleh telur dadar dan bawah sekali adalah nasi goreng. 

Disekeliling dia pula di banjiri oleh kuah. Kata Volcano kan? Tapi jangan risau, kuah tu tidak sama sekali melembikkan nasi. 

Portion dia besar dan akak gagal habiskan sebab terlampau kenyang. Rasa dia? Kuah dia creamy dan rasa iras-iras tomyam. Sedap woi. Tak menyesal pilih. 

Rating: 4/5 bintang
Tahap kepedasan: 2/5 bintang


cadangan tempat makan


Buttermilk Chicken

Buttermilk Chicken boleh pilih untuk dimakan bersama Nasi, atau bun. Tapi of course tekak Melayu haruslah pilih Nasi Bon-bon (Japanese Rice). 

Menu ni tak pedas langsung jadi dia tak masuk list favourite akak. Tapi part creamy dia memang terbaik. 

Rating: 3.5/5 bintang
Tahap kepedasan: 0.5-1/5 bintang


makan sedap


Burger Banjir

Pilihan yang akak nak cuba in next visit adalah Burger Banjir atau nama barat dia Sloppy Burger. Dihiasi dengan Special Curry Sauce & Cheesy Mayonees membuatkan selera makan akak tak keruan. Angau ok. 


makan dan blog


Menu lain yang kami cuba seperti Spaghetti Olio, Special Claypot Curry, Cheezy Chicken Steak, Yong Chow Fried Rice. Semua tak menyesal order. 


food blogger makan


Antara air-air yang telah Berjaya di hipster kan; Triple Chocolate, Cookies & Cream, Teh Tarik Leleh dan banyak lagi. 





Korang patut pergi. Atleast sekali. Overall, tempat makan selesa, decoration simple, makanan sedap dan harga masih mampu bayar. 

Kos Bersalin Di Rampai Puteri Medical Centre

Entry kali ni nak kongsi tentang detail pakej bersalin yang Kak Diah ambil untuk kelahiran anak ketiga. 

Baby dah dua bulan baru berkesempatan nak publish. Maafkan akak. Ini pun teringat bila salah seorang reader blog whatsapp dia dah selamat melahirkan baby. 

Disambut oleh Doctor favourite akak Doktor Zana Zalinda di Rampai Puteri Medical Centre (RPMC) atau nama lama dia Hospital Bersalin Tunku Azizah di Sri Rampai.


Kos Bersalin Di Rampai Puteri Medical Centre

Akak selamat melahirkan anak ketiga secara normal pada 22 January 2018, dan semua urusan booking telah di buat selepas kandungan mencecah 7 bulan. 

Antara syarat untuk bersalin di RPMC, sekurang-kurangnya dua kali check-up bersama doctor pilihan. Aku ada kongi Pakej Bersalin Rampai Puteri Medical Centre. 



Delivery Rampai Puteri Medical Centre

Pengalaman Menjual Wax

Pengalaman Menjual Wax


Sepanjang menjual wax selama hampir 2 tahun macam-macam feedback Kak Diah terima daripada customer. Paling banyak haruslah yang berpuas hati, teruja dengan result dan dan tak kurang feedback effect after using wax.

Paling terbaru seorang customer whatsapp kirim gambar kulit dia se akan-akan berbekas, kulit tercabut selepas waxing. Sekali pandang nampak la setompok bahagian kulit berbeza dari tona kulit dia. Dia waxing di bahagian muka. Betul-betul di atas pipi; area selalu di sapu blusher tu.

Siasat punya siasat; customer ni tiada masalah kulit sensitive dan tiada allergic. Sepatutnya tiada masalah kalau waxing bahagian situ walaupun tidak digalakkan.

Bila di tanya tentang skincare apa yang dia sedang pakai, dia mengaku pakai satu produk penjagaan muka yang pernah keluar surat khabar kerana mengandungi merkuri. Dan dia tak tahu tentang tu.


cabut bulu waxing



Urut dada Kak Diah bila dia sebut brand tu. Produk tu masih available walau pun KKM dah keluarkan arahan untuk tidak menjual dan bahaya penggunaan produk.

Kak Diah ada usulkan pada team, minta pendapat. Rata-rata beri comment yang kulit customer ni nipis dan mungkin disebabkan oleh skincare yang dia guna. Bahaya merkuri pada kulit sebab dia bertindak sebagai agen pemutih yang banyak digunakan dalam produk kosmetik (sabun dan krim). 

Apa akak dapat simpulkan:

  • Obsess dengan kecantikan: kalau ikut Profile picture customer, dia berkulit cerah, cantik orangnya dan dia seorang student. Ikutkan conversation kami semasa dia nak beli wax pun dia tak tanya banyak tentang wax ni dan terus bank In duit. Bersangka baik dia dah buat study tentang wax tapi tak mencukupi.


Warning alert – Teruja nak jadi cantik dan tak ambil peduli bahaya produk.

  • Produk skincare yang merbahaya – Guna tanpa ada product knowledge, tak buat research dan tak paham jenis kulit. Asalkan muka cantik dah mencukupi, walhal kulit semakin lama semakin menipis. Tanpa sedar.


Nasihat akak untuk semua, Jadilah pengguna yang bijak. Ketahui apa kandungan sesuatu produk. Baik buruk dan apa kesan pada diri. Kalau tak tahu boleh bertanya dan dapatkan pandangan dari yang berilmu.

Kasihankan customer tapi tak berani nak nasihatkan. Risau keadaan jadi semakin teruk. Banyak kali akak tekankan suruh dia berjumpa doctor. Harapnya dia sedar la. Jangan nasi dah jadi bubur baru nak menangis cari penyelesaian. Memang tak berguna.


Final Follow up Selepas Bersalin

Sabtu lepas, 31 March merupakan tarikh follow up selepas bersalin dengan Doctor Zana Zalinda di hospital Rampai Puteri Medical Centre. 

Pemeriksaan untuk memastikan Kak Diah fit dan tiada masalah kesihatan selepas bersalin anak ke tiga January lepas.  Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. 

Ramah doctor berborak tanya perkembangan semasa. Memang banyak la yang kembang kan. Pemeriksaan biasa; tekanan darah, check kesan luka dan juga Rahim. Semua ok kata Doctor so itu lah last akan jumpa Doctor Zana. 

Final Follow up Selepas Bersalin

Akak memang suka bersembang dengan Doktor Zana. Seorang yang positif, tinggi sense of humor, honest dan sangat friendly. 

Jasa doctor memang tak terbalas. Doctor Zana lah yang sambut kelahiran anak kedua dan ketiga. Anak pertama lahir di Hospital Temerloh, masa tu Syawal yang ke tiga so memang serah diri ke hospital kerajaan.



Anak kedua pula bersalin di Gombak Medical Centre, Gombak. Doktor Zana masih di sana ketika itu. Banyak kenangan pahit manis tercatat dengan GMC.

Lepas tu Doktor Zana bertugas di Rampai Puteri Medical Centre, so memang tak lepaskan peluang nak suruh Doc Zana sambut baby yang ketiga. Alhamdulillah diperkenankan doanya. 

Seronoknya Doc Zana ni dia jenis yang cool aje, relax banyak. Tapi satu je yang kurang syok. Waktu pemeriksaan bulanan memang kena tunggu lama, sebab Doc Zana ramai peminat. Semua nak suruh dia sambut bila bersalin. Berjanggut kau tunggu. 

Dah selesai segala mala check-up sempat pesan dekat doctor kena selalu keep in touch sebab risau nanti kot nak bersalin lagi. Amboi ada hati kan? Padahal seram bersalin Airis pun belum habis lagi. 

Penat ke Jadi Suri rumah?

Dah dua bulan secara rasminya aku bergelar suri rumah sepenuh masa. Ucapan tahniah untuk diri sendiri yang masih lagi mampu survive dan terima kenyataan tanpa ada pemberontakkan atau penyesalan. 

Akhirnya episode kerjaya aku berakhir dengan penuh tragis. Nanti la satu masa kalau aku mahu kenangkan semula aku kongsi la kat sini. Apa pun yang terjadi ada hikmahnya. In sha Allah. 

Kalau dulu semasa masih menjadi pekerja, aku jadikan waktu di office adalah short getaway aku. masa di office la waktu aku ‘memanjakan’ diri aku. 

Atleast waktu bekerja aku masih boleh berehat dari menjaga anak-anak. Tapi sekarang semua tu dah hilang. 

Penat ke Jadi Suri rumah?

Penerimaan aku? agak terkejut dan aku letih. 

Kalau dulu aku hanya baca sahaja pengalaman ibu-ibu suri rumah ni meluahkan rasa penat menjaga rumahtangga, sekarang aku dah rasakan sendiri. 

Patutlah wujud nya penyakit depressi, meroyan, ibu gila dan banyak lagi. Kalau tak tahan tekanan memang akan kecundang. 

Sekarang Allah meletakkan aku di situasi aku akhirnya paham kenapa ada isteri yang sanggup tinggalkan rumahtangga dan cari kebebasan. 

Ada ibu yang mendera anak, ibu yang kemurungan dan banyak lagi. Alhamdulillah untuk setiap rasa. 


Suri Rumah vs Wanita Berkerjaya



Suri Rumah VS Wanita Berkerjaya

Masih terngiang lagi kenalan rapat pernah lafazkan yang kalau wanita yang dah biasa bekerja dan tiba-tiba dia menjadi suri rumah sepenuh masa. 

Hilang punca pendapatan dan bergantung sepenuhnya pada suami pasti akan lalui fasa kemurungan. 

Rasa kehilangan. Dalam dilemma. Kena berjaga-jaga.

Kalau tanya pada aku; aku alami perasaan rendah diri tak tentu hala. Aku jadi penakut. Aku rasa aku berbeza dari orang yang aku jumpa. Rasa terasing. 

Nak pula kalau berborak atau bertegur sapa dengan bekas rakan sekerja. Aku lebih suka matikan diri yang lama dan biar orang kenal aku yang baru. 


Cabaran Jadi Suri Rumah

Dari tahun lepas lagi aku cuba sedaya upaya dan selalu ingatkan diri yang tanggungjawab akan semakin besar. 

Aku yang dulu bukan lah yang sekarang, dulu aku masih boleh have fun tapi sekarang amanah besar yang harus aku pikul. 

Melahirkan dan mendidik tiga orang anak. Bukan sikit. Cabaran nya Allahu. Anak pertama darjah satu, anak kedua; dua tahun dan yang bongsu dah menuju 3 bulan. 

Dalam satu masa aku kena paksa diri aku terima; 
  • Aku akan kehilangan pekerjaan yang aku suka, 
  • Jadi suri rumah bermaksud 24/7 aku akan hadap benda yang sama berulang-ulang,
  • aku kena pastikan anak kedua aku tidak terabai dengan kehadiran adik dia, 
  • aku kena lebih focus fikir cara nak kembangkan business online aku.  

Perit memang perit tapi aku bersyukur Allah hantar suami jadi penguat aku. Dia la majikan aku sekarang. Juga merangkap Assistant terbaik.  Jadi Suri rumah bukanlah penamat segalanya. 

Suami tidak berkira dan masih boleh bersabar. Kadang-kadang bila aku down aku selalu cakap pada diri sendiri. 

Ini adalah masa di mana anak-anak perlukan aku, perlukan perhatian dan jagaan aku. Suami perlukan pembantu agar dia lebih focus dalam mencari rezeki. 

Bila aku kenangkan pengorbanan dan memang tanggungjawab aku, aku jadi lebih waras. Alhamdulillah. 

Aku yakin, ini pengorbanan yang berbaloi. In sha Allah kalau bukan di dunia, pasti akhirat sana untuk aku tuai hasilnya. Doakan aku kuat. Kadang-kadang pecah juga banteng emosi tu. Banjir la sekejap.


Perlu ke ambil supplement?

Perlu ke ambil supplement?

Assalamualaikum, akak tergerak hati nak kongsi tentang pengambilan supplement selepas viral satu post pesakit selepas makan supplement selama 7 bulan dan di diagnose ada masalah dengan organ dalam buah pinggang etc. 

Post ni bukan nak back up atau nak jatuhkan sesiapa. Apa sahaja yang di taip di ambil dari sumber yang di sahkan dan selebihnya adalah pendapat peribadi. Maksudnya tak ada paksaan atau pengaruh suruh percaya ya. 

Kak Diah dari dulu lagi memang bermasalah sikit bab nak makan supplement. Satu sebab MALAS dan selalu lupa. Sudahnya expired begitu sahaja kalau beli. Rugi wooo. Kedua, trauma kalau kena makan ni teringat hospital. Masa sekolah menengah pernah admitted wad due to urine infection.


Pyramid Makanan


Risiko Ambil Supplement 


So apa sahaja yang Kak Diah nak makan sebolehnya nak kurangkan risiko penyebab bahayakan kesihatan. Pernah je kawan-kawan minta pendapat bab supplement ni. Jawapan Kak Diah simple je, sebelum nak makan pergi la buat FULL MEDICAL CHECK UP. Tanya doctor apa yang kurang. Lepas tu makan la apa yang korang nak makan.

Kalau berdasarkan result doktor awak kekurangan nutrisi, maka dengarlah nasihat doktor. Jangan ambil jalan mudah ambil supplement yang sedia ada di pasaran. Lebih elok kalau makan dari sumber yang segar dan semulajadi.

Lebih elok makan buah yang fresh dan sayur hijau. Lebih berkhasiat dan risiko penyakit juga dapat dikurangkan. Kebiasaan yang nak cepat dapat hasil terbaik ni akan beri kesan dalam jangka masa panjang. Hati-hati. 

Resepi Cheese Cake Mudah 3 Bahan

Resepi Cheese Cake Mudah 3 Bahan

Memang kalau namanya peminat cheese, nampak je resepi mudah berkaitan cheese mula lah nak cuba. Kali ni teringin nak cuba Resepi Cheese Cake Mudah 3 Bahan yang tengah popular. Semua suka nak buat sebab hanya guna 3 bahan sahaja. 

Tapi betul ke boleh jadi? Tak sangka boleh jadi okeh walau guna 3 bahan je. Jom tengok bahan-bahan dan cara-cara membuatnya. 

Kek Cheese

Hukum Simpan Atau Tanam Tali Pusat Anak

Akak memang sejenis yang suka menyimpan barang-barang yang akak rasa ada sentimental value macam diary, kad-kad business, tag bersalin, eh banyak lagi la nak type. 

Kalau barang berkaitan anak-anak pun akak simpan jugak. Balut dengan plastic then simpan dalam kotak. Bila rindu buka kotak senyum sorang-sorang.

Baru-baru ni terbaca artikel dalam FB pasal hukum simpan tali pusat anak. Kedut-kedut dahi baca sebab akak termasuk dalam golongan ibu yang memang simpan tali pusat anak. 

Hukum Simpan Atau Tanam Tali Pusat Anak

Sorry kalau ada yang geli. Tapi akak rasa special sangat tali pusat tu, itu yang akak simpan tu. Entah jangan tanya kenapa, tiada jawapan. 


tali pusat baby

Kepercayaan Orang Dulu Tentang Tali Pusat 

Kalau ikut kepercayaan orang-orang dulu; orang tua suruh simpan tali pusat adik beradik dalam satu bekas/tempat. 
Supaya masing-masing tak bergaduh dan kuat ikatan persaudaraanya. Kebenarannya tidaklah diketahui ya. 
Akak simpan sebab saja suka simpan untuk kenangan, tak pernah terfikir pun bab lain. Nanti dah besar boleh la tunjuk kat anak. 
Lepas baca penerangan dan hukum simpan tali pusat terus la beritahu suami dan suruh dia tanam masa balik kampung hari tu. Suami terperanjat akak masih simpan. 
Sabar je lah. Kad raya suami bagi akak pun akak masih simpan ok.

Selepas membaca penerangan dan juga comment, kesimpulannya Tali Pusat Bayi sunat ditanam kerana ianya adalah sebahagian daripada anggota badan dan bila berpisah dari badan dah jadi bangkai. sama la seperti uri. Kan kita tanam kan? Makhruh hukumnya kalau disimpan. Masa tak tahu tak apalah, dah tahu ikut la apa yang Ustaz sarankan. Lebih baik.