9 Artikel Popular Januari 2019

9 Artikel Popular Januari 2019

Assalamualaikum semua. Hari ni dah masuk hari terakhir di bulan Januari untuk tahun 2019. Sekejap je sebulan berlalu. Kali ni Diah nak kongsikan 9 artikel paling popular di blog rodiahamir. Blog Diah masih lagi aktif berkongsi tempat makanan sedap, tips-tips ibu bapa yang Diah sendiri amalkan dan lepas ni nantikan lebih banyak resepi-resepi yang senang nak buat. Salah satu whislist tahun ni nak beli oven dah tercapai, lepas ni nak masuk kelas belajar buat roti. Yeahaaa.

9 artikel yang bakal Diah kongsikan dekat bawah kesemuanya berada di first page carian Google. Alhamdulillah. Menjadi juga teknik penulisan tu. Semoga segala perkongsian memberi manfaat kepada mereka yang membaca.

Tahun 2019 nak lebihkan lagi artikel-artikel keibu bapaan dan artikel-artikel motivasi. Sebenarnya menulis ni sebagai peringatan untuk diri sendiri juga. Kira sekali jalan nasihatkan diri supaya jadi lebih baik.

Most Popular Article 2019
Most Popular Article 2019


Senarai 9 Artikel Paling Popular Sepanjang Januari 2019

Jom tengok artikel paling popular di bulan Januari 2019, dan juara jatuh kepada artikel tentang MAKANAN. Terserlah identiti kuat makan tuan blog. Ramai rupanya suka buat karipap. Accident yang kerap terjadi berkaitan karipap ialah bila orang beli dapat karipap angin. Ko rasa? Dah la seketul sekarang lima puluh sen tau. Dah jangan sedih. Baca je resepi karipap Diah share dan pergi lah kau buat sendiri lagi puas hati.


Naib juara jatuh kepada artikel pengalaman Diah pertama kali nya bila anak ketiga Diah disahkan bayi prolonged jaundice. Dah la kali pertama berpantang sendiri jauh dari mak. Hampir sebulan juga kami berulang alik ke Hospital Kuala Lumpur. Tapi memang kenangan sangat bila diri sendiri kena ‘tangkap’ kencing anak sendiri. Korang baca sendiri la kenangan tu.


Artikel ni dijangka akan mendapat perhatian pembaca juga sebab memang setiap tahun Instagram Best Nine akan menjadi satu trend. Bila penghujung tahun orang akan buat best nine sebab nak tengok gambar mana paling mendapat banyak like dan juga engagement. Cipta kenangan pun ye juga. Bila tengok semula Best Nine terus terimbau kembali masa lalu. Chewah.


Alhamdulillah bulan September tahun lepas berjaya juga tunaikan hasrat anak-anak nak pergi tengok Boboiboy di Movie Animation Park Studio (MAPS) di Ipoh. Memang berbaloi dan sangat-sangat fun sebab kami stay dalam tu dari pagi sehingga jam lapan malam. Memang seronok.


Artikel ni di tulis pada tahun 2016, masa tu kecoh netizen persoalkan kenapa ada sorang artis Malaysia yang cukup popular ni pakaikan baju anak dia yang ada gambar anjing. Ye, gambar anjing seekor. Prihatin dengan persoalan yang banyak orang tanya, Diah pun mencari la apa hukum pakai baju gambar anjing. Yelah, untuk yang beragama Islam, anjing kan haram. Kena la tahu.


Tahun 2018 merupakan tahun yang banyak makanan viral keluar antaranya brownies cookies. Diah terjumpa resepi dan kongsikan di blog supaya dapat rujuk di masa hadapan. Oven besar dah ada boleh la buat. Diah suka brownies cookies sebab dia lebih nipis jadi kuranglah terasa manis berbanding kita makan brownies cake tu.


Masuk je tahun 2019 Diah juga berkongsi kisah tentang anak angkat Datuk terlajak laris tu. Ala Datuk Alif Syukri. Dia frust bila terpaksa pulangkan semula anak angkatnya yang telah dia jaga sejak setahun sudah. Isu bermula bila netizen mempersoalkan anak angkat dia ditunjal kepala oleh pembantu rumah Datuk Alif Syukri.


Inilah satu-satunya artikel tentang kecantikan yang paling kerap dibaca di blog ni. Bukan apa Diah memang tak ada keyakinan langsung nak kongsikan tips kecantikan sebab tak reti la bab tu. Lagi satu, Diah kurang bermasalah di bahagian muka jadi nak kongsikan pengalaman tu kurang lah. Tapi tahun ni nak cuba masuk bidang beauty pula.


sehari sebelum masuk tahun baru Diah sempat bawa anak-anak ke Farm In The City Sri Kembangan Selangor. Memang berbeza betul dan memang seronok. Ibu bapa sila bawa anak-anak ke sini supaya dia kenal ayam, ikan, lembu, kambing tu macamana rupa dia ya. Siapa pergi sini memang totally enjoy kalau dia suka kan binatang. Kalau ada pilihan bercuti di Safari atau bercuti di Water Theme Park semestinya Diah pilih Safari nak tengok binatang.


sekian sahaja perkongsian artikel-artikel popular dan banyak dibaca oleh pengunjung blog rodiahamir. Terima kasih atas sokongan anda. chewah berucapa macam menang award. Semoga bulan-bulan mendatang memberi sinar dan kebahagiaan. Hello Februari please be nice to me ok.

4 Cara Mudah Siapkan Bekal Makanan Anak Ke Sekolah

4 Cara Mudah Siapkan Bekal Makanan Anak Ke Sekolah 

Antara rutin harian bila dah jadi seorang ibu adalah nak siapkan bekal anak ke sekolah. Untuk pastikan anak dapat makanan yang terjamin kebersihan dan juga khasiat yang diperlukan memang perlu bangun awal pagi untuk memasak. Kadang-kadang kalau keadaan tak mengizinkan atau tidak sihat baru lah Diah benarkan anak untuk beli di kantin sekolah.

Kebiasaan Diah akan bangun pada pukul 6 pagi dan mula memasak. Segala persiapan akan disiapkan dahulu pada malam sebelumnya sebab pergerakkan pada awal pagi amatlah perlahan. Kalah siput. Jadi bila bahan-bahan semuanya dah di potong dan dibasuh, hanya tinggal perlu memasak sahaja.

Anak Bawa Bekal Makanan Ke Sekolah

Promosi Cendol Durian King Baik Punya Di Café Cacamerba

Cendol antara menu dessert yang paling digemari oleh orang Malaysia terutama ketika cuaca panas. Masa kecik-kecik dulu selalu makan dekat gerai di kampung. 

Dah duduk di Kuala Lumpur memang rindu saat-saat macam tu. Tapi baru-baru ni keinginan nak makan cendol sedap akhirnya tertunai juga. Kami sempat mencuba cendol durian di Café Cacamerba Wangsa Maju.

Promosi Cendol Durian King Baik Punya Di Café Cacamerba

Café Cacamerba ni terletak di Jalan Wangsa Metro, Wangsa Maju Kuala Lumpur. Café mula dibuka pada pukul 7 pagi dan menjual menu sarapan pagi di ikuti menu tengahari dan disambung dengan masakan panas pada sebelah petang.


CAFÉ CACAMERBA WANGSA MAJU TELAGA KAYU


Makan Cendol Durian Sedap

Kebetulan hari tu, kami dah makan sarapan pagi yang agak berat jadi kami mencuba cendol durian sahaja. 

Memang tepat pilihan kami bila kami dihidangkan dengan cendol di dalam mangkuk yang agak besar. Satu mangkuk cukup untuk dikongsi dua orang, tapi kalau kuat makan makan sila order sorang satu. Lol.

Paling Diah suka cendol yang mereka hidangkan tidak menggunakan santan kelapa yang biasa tu tapi mereka menggantikan dengan santan kelapa sawit tau. 

Untuk mereka yang belum pernah mencuba rasa santan kelapa sawit, korang jangan takut sebab rasa santan kelapa sawit lebih ‘ringan’ tapi masih lagi terasa lemak. Rasa dia seakan-akan rasa susu cair. Pasti korang suka punya.

Memang teruja bila cendol yang menggunung tinggi dengan kekacang, jagung, dan durian dihidangkan depan mata. Kesedapan durian tak perlu dicerita la kan. 

Memang terbaik gandingan cendol dan durian. Puas hati sangat dengan harga yang dibayar. Korang kena pergi sebab sekarang tengah ada promosi Cendol Durian King. 

Paling utama, kedai ni bersih, selesa dan kami boleh makan dengan tenang sebab anak-anak selesa.
Tempat favourite kami makan Cendol Durian semestinya di Cendol Durian Runtuh Di Starparc Point.

Serius padu!


makan cendol sedap CAFÉ CACAMERBA WANGSA MAJU


Selain cendol korang boleh cuba menu Char Kuey Teow mereka yang popular iaitu Char Kuey Teow Ketam Nipah dan Char Kuey Teow Udang Galah. 

Menu Char Kuey Teow mula dijual pada pukul 4 petang ya. In sha Allah kalau ada kesempatan kami nak cuba menu ni pula.

Untuk korang yang nak cuba cendol durian baik punya boleh la datang ke Café Cacamerba seperti alamat di bawah. Mereka juga aktif di laman Facebook, jadi apa-apa pertanyaan boleh terus tanya di sana ok.




Café Cacamerba

No15-G, Jalan Metro Wangsa, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Phone: 03-6731 8421




Kisah Qayyum Aliffsyah anak angkat Datuk Alif Syukri Dipulangkan Semula

Assalamualaikum. Hai semua. Sayu hati baca posting di Instgram Datuk Aliff Syukri Dan Datin Shahida tentang kisah anak angkatnya yang telah dipulangkan semula kepada ibu kandungnya. 

Anak angkatnya yang diberi nama Qayyum Aliffsyah telah pun dijaga oleh Datuk Aliff Syukri semenjak lahir sehingga berusia setahun. 

Kerana video tunjal kepala yang pernah viral sebelum ni akhirnya Datuk dan keluarga terpaksa pulangkan semula Qayyum. 

Mungkin ada sebab lain wallahualam. 


Kisah Qayyum Aliffsyah anak angkat Datuk Alif Syukri Dipulangkan Semula 


Bila tengok video saat-saat terakhir sebelum dipulangkan tu mengalir juga air mata. Biarlah apa orang nak kata, taktik pemasaran atau apa sahaja tapi bila melibatkan kasih sayang susah mata nak menipu.

Kalau ya menipu itu urusan dia dengan Tuhan. Netizen seperti biasa dah mula kecoh beri pendapat yang boleh tahan hebatnya tentang Yom, cercaan dan hinaan kepada ibu kandung dia, dan tak kurang sokongan dan cadangan kepada Datuk Alif Syukri dan Datin Shahida.

Sebelum ni Diah memang tak follow Instagram datuk dan datin sebab isu transgender tapi now follow semula sebab nak tahu kisah anak angkat dia. 


Anak Angkat


Betul Ke Datin Shahida Tak Sedih?

Bila baca status Datin Shahida yang dia tak sedih dan pura-pura sedih tu rasa macam memahami sangat. Hati ibu. 

Bila libatkan anak-anak walaupun bukan anak sendiri memang tipu lah kalau hati tu tak sedih. Jaga dari kecil dan dan banyak lalui saat sukar bersama macamana nak lupakan sahaja semua tu. 

Kasih sayang tu bukan di buat-buat. 

Tabik spring dengan jawapan Datin bila dia terangkan kenapa dia tak sedih. Memang betul, orang luar (netizen) yang banyak beri tekanan dan menjadi punca semua ni jadi.  

Dan ini lah natijahnya jika kita sendiri yang suka berkongsi hal kehidupan kita di laman sosial. Mudah je konsep dia, kau kongsi, orang tengok dan orang akan beri pendapat. Baik atau buruk kena berani tanggung. 

Datuk Terlajak Laris
Suci je muka dia

"Netizen yg start compare Qayyum Ameena dan Yusoff,dari start saya mengandung dah mcm2 komen keluar,dah mengandung nanti pilih kasih,lepas tu dah beranak komen pula kenapa yusoff beranak kat hospital ni kenapa mak qayyum n ameena bg beranak kat hospital lain,dah lahir compare pula majlis cukur jambul,lepas tu compare pula apa yg hadiah yusoff dapat dgn yg ameena qayyum dapat,compare strollers,baju,kasut,bercuti,hari jadi semua lah selagi boleh pakai jari2 tu selagi tu la mcm2 menulis....korang ingat mak dia x baca ke,pastu komen pula kata qayyum lembab la,x sihat la,terencat la.... ameena tak,itu lah inilah.....dan inilah apa yg berlaku sekarang....Belum lagi isu tunjal kepala la....apa lagi nak jadikan isu lepas ni...kadang2 doktor yg suntik pun korang bawangkan sebab kononnya bezakan2 anak yusoff doktor lain ni doktor lain.....dah dia beranak hospital tu...situ lah dia pergi.

Jangan pandai2 nk salahkan mak dia lebih2 sangat sebab jari jemari kita ligat mengutuk... so x perlu nak sedih2 sangat sebab puncanya dari kita semua"


Selawat Dodoi Anakku Lagu untuk Qayyum Aliffsyah

Sempena perpisahan mereka Datuk Aliff Syukri sempat menghadiahkan lagu Selawat Dodoi Anakku Lagu untuk Qayyum Aliffsyah ciptaan Hafiz Hamidun sebagai kenang-kenangan. 

Dalam kesedihan dari sudut lainnya ini lah pemikiran orang business. Tapi bagus juga kan ada lagu untuk keluarga. Nak tengok boleh la ke Youtube Channel Datuk Terlajak Laris ni ya. 


Selawat Dodoi Anakku


Dalam kebanyakkan status yang Datuk Aliff Syukri ni muat naik banyak dia highlight pasal netizen yang kecam dia mengungkit pasal kos dan tak ikhlas menjaga Qayyum. 

Ada juga rungutan Datuk tentang mak kandung Qayyum. Kalau ikut perkembangan Qayyum, kesihatan dia tak berapa bagus dan sistem imun dia tak kuat. 

Cepat jatuh sakit dan sering masuk hospital. Alhamdulillah rezeki dia dijaga orang kaya tapi lepas ni harapnya rezeki dia masih murah dan sihat selalu. 

Luluh hati tengok gambar dan video Datuk kongsi bila Qayyum dimasukkan ke hospital. Tak berani nak beri pendapat sebab kita bukan berada di tempat mereka. 

Apa yang terjadi bukan sekadar ujian untuk mereka sebenarnya tapi sebagai tauladan untuk orang sekeliling. Kenapa Allah pilih Datuk dan Datin dan di uji dalam hubungan kasih sayang seperti ini? 

Sebab mereka orang yang berpengaruh. Harapnya pengajaran sampai kepada semua. Banyak pengajaran kita boleh belajar. 

Semoga apa yang berlaku tidak menghalang orang lain untuk meneruskan niat mengambil anak angkat. Harapnya orang ramai faham dan tidak takut untuk membantu anak-anak yang memang memerlukan bantuan. 

Ikut saluran yang betul dalam mengambil anak angkat dan dapatkan kebenaran undang-undang supaya hak ibu bapa angkat dan anak-anak itu terpelihara. 

Sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yang terbaik kerana Allah itu Maha Mengetahui. 

*gambar credit Instagram Datuk Aliff Syukri