Resepi Kulit Karipap Rangup

Before this pernah buat karipap tapi kurang menjadi. Kali ni rezeki karipap cantik tak terbuka kelim dia. Oleh sebab nekad nak makan maka jadi la karipap versi inti kentang sedap. Ok puji diri sendiri. Kalau beli dekat luar boleh tahan la harga, lepas tu dapat inti sikit. Buat sendiri lagi puas hati.

Tapi, kalau sejenis diri dihinggapi penyakit malas, leceh nak kena uli baiklah korang jimat masa dan tenaga beli je dekat luar. Aku buat sendiri sebab aku mencari karipap yang kulit dia rangup. 

Karipap paling sempurna pernah aku buat hahahah

Cara-Cara Membuat Inti Karipap Kentang


Bahan-bahan yang diperlukan ialah seperti berikut; 

Kentang sedang 5 biji
3 sudu serbuk kari Babas
Bawang merah 4 biji
Bawang putih 4 ulas
Kiub pati daging knor separuh

Cara-cara:

Tumis bawang sampai keperangan, masukkan serbuk kari dan kentang. Masukkan air hingga kentang tenggelam. Masak sehingga kentang lembut. Keringkan.

inti boleh letak lauk macam ikan/udang/daging terpulang

Bahan-bahan untuk kulit karipap rangup;


4 cawan tepung gandum
3 sudu marjerin
¼ minyak masak yang dipanaskan
Sedikit garam
2 sudu gula
Air secukupnya
yang marjerin n minyak panas aku lupa snap
Cara-cara:

Masukkan tepung, gula dan garam kemudian curahkan minyak panas tadi.
Gaul dengan senduk kang melecur tangan.
Then agak sebati masukkan bahan-bahan lain.
Uli semua dan masukkan air sehingga doh tak melekat dan lembut.

Biarkan seketika.
Sila buat karipap dengan senang hati.

Macam biasa guna sajalah acuan karipap yang ada. Makan sambil tengok tv waktu petang memang layan. Selamat mencuba. 

Lebih baharu Lebih lama