elianto moisturising gel & Face Mist

Assalamualaikum,

Semenjak usia meningkat masuk 30 an ni semakin sensitive bila orang tegur kelihatan kusam tidak bermaya atau suami kata ada kedut kat muka.

Hoi terus hilang mood seharian. Terus fikir apa perlu buat. lepas tu sindrom tengok gambar orang lain kat insta dengan fb wondering kenapa kulit dia mulus cantik berseri.
Dah tahu jawapan tapi still tak boleh move on.

Perempuan kulit cantik tu dia jaga routine penjagaan harian. Pakai toner, apply moisturiser, buat facial, jaga pemakanan. Yang diri sendiri tu semua malas nak jaga tapi ada hati nak tiba-tiba cantik. 

Kau rasa??

Baca Selanjutnya

Oleh sebab nak sahut cabaran diri sendiri nak kekal kulit lembut macam pau maka menjinakkan diri beli dan pakai mosituriser. Then macam terpengaruh beli face mist jugak. Macam trend pulak sekarang. Guna bahan penjagaan muka dari Korea.

Berdoa bila pakai nanti muka jadi lembut aje. Aamin. Sebelum akak bebel panjang ni bukan paid review ya. Ni sekadar sharing is caring.

Masa berjalan kat Aeon semalam ternampaklah Moituriser Gel kat Elianto. Tengah ada promosi kalau beli 2 Gel dapat 1 free Gel. Harga satu bekas RM19.90. 

Maka melompat kegembiraan la akak kat situ. Ada 3 jenis Gel; 

Pomegranate Vita-Rich Gel 

Aloe Vera Soothing Gel

Hyaluronic Hydro Gel

Bila akak tanya sales girl dia kata function sama aje. Kelip-kelip mata akak tanda blur. Sales Girl recommends guna Aloe Vera sebab dia kata yang tu paling best/berkesan. 

Ikut nak cepat cantik akak ikut dah apa dia suggest. Tapi akak tak tahan bau dia. Bau camne tah nak cakap, sebijik bau Aloe Vera yang fresh tu.

So dalam 3 jenis tu akak beli yang delima. Bau dia wangi (bukan bau perfume). Masih diterima hidung. So hari pertama akak pakai. Lepas mandi akak apply kat muka bagi meresap. Agak-agak meresap akak make up macam biasa dan habiskan dengan spray face mist.

Bawah ni detail explain apa kelebihan gel itu.

elianto Nourish & Moisture Pomegranate Vita-Rich Gel enriched with vitamins A, B and C protect skin from free radicals, and activates skin balance by supplying essential nutrients, minerals, and moisture. It tighten and cool your skin, leaving it smooth & moisture all day long.

Akak pernah try face mist CT Nurhaliza punya tapi tak serasi, yang face mist Elianto ni warna biru (untuk kulit berminyak) dan akak rasa sedap dipakai.

Kat elianto ni pulak ada dua jenis Biru - khas untuk kulit muka berminyak dan merah untuk kulit muka kering. 

Ni bebelan kebaikkan face mist. 

Elianto Ex Moist Brightening Face Mist is a refreshing pick-me-up for any time of day. Enriched with Vitamin PP (Vitamin B3 or Niacinamide), aloe vera, sodium hyaluronate and its multi-purpose formula helps to rejuvenate your skin by replenishing moisture, improving skin elasticity and leaving you with a brighter, more radiant complexion.

untuk kulit kering 

untuk kulit berminyak


Cipundek betul harga dia. Geram je tengok. Tapi bila fikir semula kalu beli online sah beli dari satu. Dah bazir. kih3. Ayat sedapkan hati.