Justin Bieber Diserang Sindrom Ramsay Hunt - Perkara Perlu Tahu

Baru lepas tengok video Justine Bieber (JB) yang berkongsi tentang diri dia diserang penyakit sindrom Ramsay Hunt. Sepanjang umur aku hidup, ini kali pertama aku dengar tentang sindrom Ramsay Hunt. 

Jadi ada hikmahnya apabila selebriti atau orang terkenal dijangkiti penyakit macam ni. sekurang-kurangnya ujian untuk mereka dan beri kesedaran untuk yang lain. 

Disebabkan kesihatan JB yang tak stabil dan entah bila akan sembuh maka konsert dia menjelajah dunia termasuk Malaysia terpaksa ditangguhkan. 


Justin Bieber Diserang Sindrom Ramsay Hunt - Perkara Perlu Tahu 

Katanya sindrom Ramsay Hunt menyebabkan sebelah muka JB lumpuh, mata tak berkedip, hidung dan mulut juga tidak dapat digerakkan. 

Teringat kisah penyanyi dan pelakon Malaysia, Adibah Nor yang terkena serangan Bells Palsy. Aku ingatkan penyakit yang sama, tapi rupanya berbeza ya. 


Sindrom-Ramsay-Hunt-Perkara-Perlu-Tahu


Apa Itu Sindrom Ramsay Hunt Perkara Perlu Tahu? 

Menurut perkongsian Dr. Nimelesh Balanthiren yang banyak berkongsi ilmu perubatan di media sosial, sindrom Ramsay Hunt berpunca dari virus bernama Herpes Zoster. 

Jadi macamana virus Herpes Zoster wujud? Ianya terhasil apabila seseorang terkena virus chicken pox atau Varicella Zoster. 

Virus tersebut boleh terus hidup dalam saraf kita walaupun kita sembuh dari penyakit chicken pox. Virus ni degil ya dan akan muncul semula sebagai Herpes Zoster.

Apabila usia semakin tua atau apabila menghidapi menghidapi penyakit kronik yang menyebabkan imuniti kita rendah, waktu inilah Herpes Zoster akan menyerang tubuh badan kita. 

Selain sindrom Ramsay Hunt, Herpes zoster juga boleh menyebabkan penyakit kayap atau shingles. Komplikasi sindrom Ramsay Hunt Syndrome melibatkan paralysis saraf muka dan ruam / biji air di telinga atau mulut.

Manakala Bell Palsy pula adalah kelumpuhan sebelah muka akibat saraf kranium VII (CNVII) terjejas. Saraf ini melibatkan otot mimik muka, sebahagian deria lidah, kelenjar air mata dan air liur.

Antara punca berlaku Bell Palsy adalah tekanan kerja dan kurang rehat serta jangkitan virus pada CNVII lalu ia mengalami alami keradangan dan membengkak menyebabkan ia tersepit.


Justin-Bieber-Diserang -Sindrom-Ramsay-Hunt


Gejala Sindrom Ramsay Hunt 

Sindrom Ramsay Hunt kelihatan yang hampir serupa dengan Bell's palsy, tetapi gejalanya lebih banyak, iaitu:

▪️ sakit telinga

▪️ pendengaran terjejas

▪️ kelumpuhan sebelah muka

▪️ ruam berlepuh (seperti kayap)

▪️ vertigo (pening berpusing)

▪️ kering mata dan mulut


Tanda-serangan- Sindrom-Ramsay-Hunt


Kena faham yang Simptom Ramsay Hunt hampir sama dengan Bell’s palsy. Kena perhatikan fungsi pendengaran supaya berfungsi dengan baik. 

Doktor tekankan yang pemeriksaan telinga amat penting untuk mengesan Ramsay Hunt Syndrome ini sebab kadang kala ruam hanya muncul dalam telinga.

Rawatan untuk sindrom ini adalah sama seperti rawatan untuk cacar air dan kayap:

▪️ ubat antiviral

▪️ ubat kortikosteroid

▪️ analgesic (tahan sakit)

▪️ terapi (fisioterapi dan carakerja)


Sekiranya pesakit mendapatkan rawatan dengan cepat iaitu dalam masa 72 jam selepas simptom muncul, kebarangkalian lebih tinggi peluang untuk pulih. 

Apa yang menyeramkan ialah, proses pemulihan boleh memakan masa berbulan-bulan. 

Sebahagian besar pesakit pulih sepenuhnya, manakala selebihnya lagi mengalami kelumpuhan muka dan masalah pendengaran yang kekal.

Jadi jangan ambil remeh tentang penyakit ini. 


Kesimpulan 

Semoga dengan perkongsian artikel tentang apa perlu korang tahu berkenaan Sindrom Ramsay Hunt bermanfaat buat semua. Cepat-cepat dapatkan rawatan dan semoga cepat sembuh. 



Sumber:

Dr. Nimelesh Balanthiren (KKM)

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan (KKM)


Manfaat Aktiviti Brain Dumping Journaling

Beberapa hari sudah aku mula kan aktiviti brain dumping journaling dengan tujuan nak jadikan tabiat supaya dapat bantu kesihatan mental aku.

Journaling memang diakui sebagai salah satu kaedah untuk bantu aku clearkan kekusutan dalam otak. Awalnya aku rasa kepala otak aku serabut disebabkan tak cukup rehat. 

Jadi aku selalu abaikan je apa aku rasa.


Manfaat Aktiviti Brain Dumping Journaling

Tapi lama kelamaan, kekusutan tu memberi kesan yang sangat tak bagus terutama kepada emosi aku. Kehidupan seharian aku terganggu dan aku selalu marah-marah. 

|  Aku burnout!  |

Marah pada diri sendiri sebab selalu penat, marah tak disiplin, marah sebab gagal buat apa yang dirancang. Pedih rasa.

Siapa jadi mangsa? Orang sekeliling iaitu suami dan anak-anak. Hal kecil pun aku boleh hilang sabar. Teruk betul tapi aku tak dapat hentikan apa yang jadi.


Manfaat-Aktiviti-brain-Dumping-Journaling


Manfaat Aktiviti Brain Dumping Journaling Bantu Atasi Stres


Sehinggalah aku terjumpa thread di Twitter, perkongsian akaun Nota Kaki yang banyak ulas ilmu kehidupan. Aku terbaca juga thread yang dibuat oleh pengguna Twitter; Fakhri Fadzli.

Bahasa paling mudah nak faham apa itu brain dumping ialah kita luahkan segalanya di atas kertas. Kita tulis apa kita fikir, apa kita rasa, apa kita rancang.

Bagus dilakukan setiap hari pada waktu pagi atau sebelum tidur. Untuk aku pula, aku tulis bila aku ada masa lapang.

Aku tak suka menulis di kertas. Lambat dan memenatkan. Itu bagi aku. Jadi aku suka menaip di laptop. Lebih mudah aku nak susun ikut format kesukaan.  

Antara manfaat brain dumping journaling ni ialah dapat:

1) Bantu diri jadi lebih tenang.

2) Kawal anxiety, overthinking & rasa overwhelming.

3) Hidup lebih produktif.

4) Tidur lebih lena.

5) Lebih fokus.


Hilangkan Stress Dengan 10 Cara Mudah |


Cara-otak-berfikir

Sebenarnya aku dah lama ada kesedaran tentang manfaat journaling. Cikgu business aku pun banyak kali tekankan supaya jadikan rutin harian.

Template jurnal lebih kurang sama, kena tulis small win (termasuklah perkara yang kita syukuri), tugas utama yang perlu diselesaikan pada hari tersebut dan kena track progress kita setiap minggu.

Kelemahan aku ialah tak konsisten. Jadi benda tu aku tinggalkan. Sekarang aku berniat nak mula semula.


Tulis-apa-Brain-Dumping-Journaling


Apa Perlu Tulis Dalam Brain Dumping Journaling?


Nak tulis apa dalam Brain Dumping Journaling? Menulis itu bagi aku mudah, yang susahnya nak tulis apa?


Jadikan sebagai diari.

Tulis segalanya apa yang jadi. Boleh jadi sebagai diari harian. Apa kita makan, apa kita buat, apa yang jadi dalam hidup kita seharian.

Aktiviti menulis ni sebenarnya sedang melatih diri kita berfikir dengan teratur. Menulis dan menyampaikan dengan baik serta membantu refleksi diri.


Tulis Apa Kita Rancang Dan Apa Yang Jadi

Sebelum nak tuliskan apa yang kita rancang mestilah kena merancang dulu apa kita nak capai. Jangan bebankan diri dengan rancang perkara yang luar biasa hebatnya.

Mulakan dengan perkara yang mudah. Rancang untuk minum air 2 liter satu hari sebagai contoh. Tulis juga perkara yang berlaku setelah kita merancang.


Tulis Tentang Apa Yang Kita Takuti

Kita kena tahu apa sebenarnya yang kita takut. Tukar "unknown unknowns" kepada "known unknowns"

Tulis perkara paling teruk boleh terjadi, dan sejauh mana ia boleh terjadi, berdasarkan pengetahuan kita ada sekarang.

Apa yang selalu terjadi bila kita buat sesuatu tanpa ilmu pengetahuan. Jadi tambah ilmu sebanyak mungkin untuk kita hadapi ketakutan itu.

Senaraikan juga perkara buruk boleh jadi kalau kita buat sesuatu perkara. Penting sebab kita boleh siap sedia dan terangkan kepada diri apa yang boleh kita buat untuk minimakan kesan kepada diri.

Setakat ini sahaja perkongsian berkenaan brain dumping journaling. Aku menulis dengan harapan yang membaca mendapat manfaat dengan mengamalkan ilmu yang korang dapat. 


Kesimpulan

Brain Dumping Journaling boleh jadi jalan keluar untuk mereka yang tengah stuck dalam kehidupan. Nampak simple je aktiviti ni tapi mampu ubah hidup kita supaya jadi lebih teratur. 

Menulislah supaya kita tak lupa dan kita tak akan ulang kesalahan yang sama.


Balik Kampung Tapi Check In Hotel, Homestay

Trend check in hotel atau pun homestay bila balik kampung terutama pada musim perayaan dah menjadi sesuatu yang normal di kalangan masyarakat kita. Kalau dulu memang agak mustahil ianya berlaku tetapi selari perubahan zaman dan perkembangan keluarga trend check in hotel mahupun homestay dah jadi perkara biasa. 

Aku antara mereka yang memilih untuk check in di hotel sewaktu balik sambut Raya di rumah mentua baru-baru ini. Lebih tepat suami yang buat keputusan untuk menginap di hotel. 

Balik Kampung Tapi Check In Hotel, Homestay

Sebagai isteri mestilah kena taat ikut perintah. Alhamdulillah tidak timbul isu keluarga mentua terasa hati. Kita pandang dari sudut positif. Apabila kita ambil keputusan untuk tidak tidur di rumah mentua adalah dengan niat untuk menjaga aurat terutama si isteri. 

Boleh jadi timbul perbalahan apabila tidur di hotel dan hanya muncul di rumah mentua menjelang waktu petang atau waktu makan. Memang meminta la jawabnya. 

Trend check in hotel juga dibahaskan di media sosial dan mendapat perhatian Ustazah Asma. Tiada masalah sebenarnya, dengan syarat kita menjaga hati keluarga mentua. 

Check-in-Hotel-Bestari-Jasin-Melaka


Check In Hotel Bestari Pada Hari Raya Ketiga

Kami check in Hotel Bestari, Jasin pada hari raya ketiga. Memandangkan tahun ni giliran raya pertama adalah di kampung Pahang dan pada - hari Raya ketiga baru kami balik beraya di Melaka.

Kebetulan sebelah suami pun amalkan giliran beraya yang sama. Jadi pada hari raya ketiga memang penuh rumah mentua. 

Sebelum ni pernah menginap di - The Straits Hotel And Suites Melaka 

Kami pilih hotel pun di saat akhir dan boleh tahan juga harga dia bagi hotel bertaraf dua bintang. Berdasarkan review diberikan pelanggan, hotel Bestari tidaklah teruk sangat. 

Harga satu bilik yang kami bayar adalah RM150.22 untuk bilik Superior. Dapat tilam bersaiz Queen. Tidak terlalu sempit dan agak selesa bagi kami.  


Hotel-Bestari-Jasin-Melaka


Review Hotel Bestari, Jasin Melaka 

Memandangkan kami hanya tidur satu malam sahaja jadi pejam mata untuk semua kekurangan. Bilik agak luas, bersih, kelengkapan asas seperti sabun mandi dan syampu dalam bilik air disediakan. 

Dari segi privasi memang kuranglah sebab kita boleh dengar budak kecil menjerit dan berlari dekat luar. 

Tuala hanya diberikan satu helai sahaja. Berus dan ubat gigi tidak disediakan ya. Air panas Cuckoo disediakan berhampiran front desk. Papan seterika di sediakan di luar bahagian koridor. 

Jarak hotel dengan rumah mentua tak jauh sangat, dalam 15 minit je perjalanan. Hotel ni berada di tingkat dua dan perlu naik tangga. 


Superior-room--Hotel-Bestari-Jasin-Melaka


Apa Yang Aku Tak Suka Tentang Hotel Bestari

Perkara yang aku rasa paling turn off sebab kena mendaki tangga. Leceh kalau bawa bagasi yang berat dan ada anak kecil. Tapi aku perasan waktu check out ramai je budak kecil berlari keluar. 

Parking pun banyak. Bahagian bawah adalah Bank Islam. Family Mart, 7Eleven, dan Bakers Cottage ada berdekatan jadi senang nak access.

Cuma yang tak seronok waktu kami check in memang tak banyak kedai yang buka disebabkan cuti Raya jadi memang tahan lapar sepanjang malam tu. 

Semua kedai penuh dengan pelanggan dan GRAB mahupun Foodpanda tak ambil tempahan. Melepas nak makan Oden Family Mart 


Review-Hotel-Bestari-Jasin-Melaka


Moral of the story ialah jangan memilih makanan dan kena buat pilihan bijak makan awal dan bukan di saat akhir.

Sedih tau, tidur dalam keadaan lapar. Nak balik makan di rumah mentua rasa malu. Jadi kita tahan sajalah esok pagi terus kemas dan check out. 

Overall, aku puas hati sebab staff yang jaga kaunter layan kami dengan baik. Urusan check in dan check out lancar je. 


Birthday Celebration Di Café Richiamo Coffee Wangsa Maju

Tarikh 20 Mei bersamaan hari Jumaat merupakan tarikh ulang tahun kelahiran anak kedua kami iaitu Raudah Sakinah. 

Bermaksud birthday celebration harus diadakan. Selamat Hari Lahir Raudah yang ke-enam tahun. 

Tak wajib sebenarnya tapi kami keluar makan sekadar nak gembirakan anak-anak. Aku ambil kesempatan juga melayan anak tekak. 

Sekejap sahaja masa berlalu, tahun ni dia dah masuk Pra Sekolah. Semakin hampir dengan tarikh lahir dia semakin bertambah senarai permintaan dia nak sempena hari lahir. Terasa macam baru semalam lahirkan dia. 



Birthday Celebration Di Café Richiamo Coffee Wangsa Maju


Konsep yang dia guna pakai ialah pada hari lahir dia, semua orang kena layan dia macam Princess dan mama dan abah kena tunaikan apa yang dia minta. 

Princess sebab dia nak pakai gown cantik dan potong kek. Itu dalam pemikiran anak berusia enam tahun ya. Macamana dia boleh ada imiginasi macam tu semestinya sebab tengok rancangan di Youtube. 

Pengaruh media massa, internet dan teknologi itu benda yang nyata ya. Sila hati-hati, kawal anak-anak anda. 

Café-Richiamo-Coffee-WangsaMaju


Makan-Makan Di Richiamo Coffee Wangsa Maju


Jadi minggu lepas kami turutkan segala permintaan dia memandangkan permintaan dia level biasa-biasa sahaja. Kalau minta benda mahal dan mengarut memang tidak lah nak layan. 

Seperti tahun-tahun sudah, birthday girl diberi kebebasan untuk pilih nak makan apa dan dimana. Tak jadi surprise sebab aku akan tanya apa yang mereka teringin nak makan. 

Permintaan Raudah ringkas je, dia nak sambut birthday di café yang ada kek ‘fancy’. Selera remaja sangat ni.  Lepas tu kena panggil dia ‘birthday girl’ sepanjang hari. 

Alang-alang tu boleh la aku lepas gian minum kopi. Pernah baca review kopi di Richiamo boleh tahan rasa dia.



Coffee-hunting-Richiamo-Coffee-WangsaMaju

 

Sebelum ni nampak kawan-kawan minum kopi di sini dan beri review yang baik. Sebagai peminat makanan semestinya terliur nak cuba. 

Jadi petang Sabtu lepas balik dari rumah terbuka Hari Raya kawan suami terus kami ke Richiamo café. Memandangkan perut masih kenyang jadi kami tak pesan banyak makanan. 


Birthday-celebration-Richiamo-Coffee-WangsaMaju


Menu Café Richiamo Coffee Wangsa Maju


Kalau tak silap aku menu di setiap branch café Richiamo Coffee adalah berbeza. Ada menu yang tersedia hanya di sesetengah branch sahaja. 

Banyak pilihan tersedia dan bukan untuk peminat kopi sahaja. Keadaan café yang selesa, persekitaran bersih dan sedap mata memandang, pilihan menu yang pelbagai merangkumi makanan western dan juga set nasi. 

Untuk ‘birthday girl’ dia nak makan Spaghetti Carbonara dan kek. Suami cuba Ice Blended Salted Caramelo Chocolate, untuk Airis belikan Ice Blended Chocolate, Ikhwan nak rasa Ice Blended Mochaccino dan aku beli Ice Vanilla latte. 



Menu-Café-Richiamo-Coffee-WangsaMaju

spaghetti-carbonara



Strawberry Shortcake – RM10.90

America Chocolate Fudge – RM10.90

Spaghetti Carbonara – RM13.90

Ice Blended Chocolate – RM9.90

Ice Blended Salted Caramelo Chocolate – RM10.50

Ice Blended Mochaccino – RM10.50

Ice Vanilla latte – RM9.90

Nasi Daging Masak Hitam – RM13.90


Strawberry Shortcake tu sedap. Tolong rasa. Mochaccino untuk yang tak suka sangat kopi dan Vanilla latte berbaloi aku cuba. 

Kalau nak lepak minum kopi korang kena cuba Luckin Kopi Cafe

Aku bungkus Nasi Daging Masak Hitam bawa balik rumah. Packaging elok, tahan lasak, dan nasi dia sedap. Dia guna beras mahal. Daging hitam pun lembut dan cukup rasa. 

Set Nasi Daging Masak Hitam disertakan dengan sambal belacan, ikan masin bulu ayam dan sedikit ulam. 


strawberry-shortcake-Richiamo-Coffee-WangsaMaju

Tuna-sandwhich-Richiamo-Coffee-WangsaMaju



Semua menu yang kami cuba adalah berdasarkan review yang dibaca di Google review. Jadi saranan aku kepada peniaga, terutama F&B gunakanlah Google Review semaksima mungkin. 

Daftar lokasi di Google supaya bila pelanggan datang dan buat perkongsian di media sosial pelanggan boleh tag dan share lokasi restoran anda. 

Secara tak langsung pelanggan dah buat marketing percuma untuk kedai anda. Aku antara berjuta pelanggan yang membaca review di google sebelum terjah sesebuah restoran terutama restoran baru nak cuba. 



Kesimpulan


Overall, pengalaman food hunting ke Café Richiamo Coffee Wangsa Maju berbaloi. Birthday girl pun berpuas hati. 

Good spot untuk orang bisnes yang nak bawa potential customer sambil minum dan berbincang. For sure aku akan repeat minum dekat sini. 

Layanan dari staff terutama cashier (aku rasa owner / manager) sangat mesra pelanggan dan sebagai pelanggan aku rasa dihargai. Servis mereka layan diri dan pantas. 

Harapnya terus menerus lah jaga mutu perkhidmatan. 

Nak minum petang ala Inggeris? Boleh cuba aneka dessert di Tims Tea House


Richiamo Coffee Wangsa Maju

Alamat: Address: 7-G Jalan Maju Ria 2, Blok B, Plaza Sek. 10, 

Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 10.00 Pagi - 10.00 malam