Kisah Tragedi 12 Pemain Bola Thailand Terperangkap Dalam Gua

Ini Kisah Tragedi 12 Pemain Bola Thailand Terperangkap Dalam Gua yang aku terbaca di internet. Apa yang sebenarnya berlaku? Jom baca. 

Pada hari Sabtu 23 Jun lepas, sepasukan team bola bernama Wild Boars F.C terdiri dari 12 remaja berumur dari 11 sehingga 16 tahun beserta coach mereka jalani latihan biasa. Selepas latihan, mereka merancang memasuki gua Tham Luang Nam Ning di Chiang Rai, utara Thailand berdekatan Myanmar. Mereka pernah masuk gua ini sebelum ini tetapi hanya sekerat jalan. Kali ini mereka hendak pergi lebih jauh kedalam dengan hasrat hendak menulis nama mereka di dinding sebagai kenangan. 
Pemain Bola Thailand Terperangkap Dalam Gua
Gua Tham Luang Nam Ning
*credit picture Harian Metro

Semasa masuk, hampir tiada air di sepanjang laluan mereka hingga membawa mereka ke penghujung gua. Seolah-olah mereka berjaya mencapai ke puncak gunung. Jika anda pernah masuk ke Gua Kelam atau Gua Tempurung, anda boleh bayangkan berjalan di atas tanah gua tanpa air dan kemudian air naik.

Setelah mereka tiba di hujung gua, mereka perlu patah balik ikut jalan yang sama untuk keluar. Perjalanan sejauh lebih kurang 3km. Bagi remaja apatah lagi aktif bermain bola, ia tidak lah jauh malah satu latihan yang baik untuk kecergasan selagi berjalan diatas tanah dan celah-celah batu. 

Tetapi, ketika mereka di dalam, hujan telah turun dengan lebatnya dan agak lama. Oleh kerana hujan, sambil berteduh mereka terus ke hujung gua. Bila tiba di hujung gua, air mula masuk kedalam gua dan lama kelamaan menjadi banjir. Nasib baik dihujung gua ada sebuah batu yang tidak ditenggelamkan air kerana kedudukanya agak tinggi. Oleh kerana batu tu tinggi maka keadaan agak sempit tapi muat utk 13 orang itu duduk dan tunggu air surut.

Tetapi setelah 10 hari tunggu masih tak surut hinggalah mereka dijumpai oleh penyelam British. Sebelum itu, usaha mencari oleh pasukan SEAL Thailand bermula apabila mendapat laporan kehilangan mereka dan mengesyaki mereka berada didalam gua. Apabila cuba masuk, rupanya gua itu tidak lagi boleh masuk dengan cara berjalan kerana keadaanya tidak rata dan air bertakung sana sini. Ada tempat yang sangat dalam hingga perlukan penyelaman, ada tempat pula agak sempit utk penyelam yang membawa tangki oksigen melepasinya dan ada yang teruk berlumpur dan sangat gelap hingga sukarkan pandangan ketika menyelam.

Antara pasukan yang datang termasuklah dari US, England, Australia, Myanmar, Laos, Japan, China serta Royal Thai Navy. Usaha menyelamat diketuai oleh British Cave Rescue Council. Pelbagai usaha sudah dan sedang dilakukan. Namun, mereka perlu laksanakan seberapa segera kerana ramalan metrerologi menunjukkan hujan akan turun Ahad ini dan jika ia sangat lebat, air akan bertambah. Dikhuatiri air akan membanjiri gua dan menenggelamkan batu tempat remaja ini selamatkan diri. 
Jika ini berlaku, nasib dan nyawa mereka dalam risiko tinggi. Untuk membawa mereka keluar berenang, kesemua mereka tidak pandai berenang. Untuk berenang atau menyelam dari pintu gua ke lokasi ia ambil masa 5 jam oleh penyelam professional. Untuk menyelam, remaja ini tidak terlatih menyelam dgn tangki utk selama jauh lebih dari 5 jam melalui kawasan yg dalam, gelap dan berlumpur. Juga kemungkinan oksigen tak mencukupi utk penyelaman yang begitu lama.

Pasukan penyelamat mempunyai 4 cara penyelamatan setakat ini:

1. Mengepam keluar air dari dalam gua hingga kering untuk mudahkan remaja ini berjalan keluar sepertimana mereka masuk 15 hari lepas. Banyak pam-pam industri telah dibawa ke lokasi tapi setakat ini hanya mampu mengepam 40% sahaja air keluar

2. Membiarkan mereka didalam sehingga air surut untuk mereka berjalan keluar. Tetapi hujan diramalkan turun kerana sekarang kawasan iti dilanda monsun. Hanya Oktober sahaja monsun akan berakhir.

3. Membawa keluar dengan menyelam. Mereka tidak pandai berenang. Menyelam pula perlukan kepakaran apatah lagi untuk menyelam selama 5 jam. Ditambah pula keadaan fizikal mereka yang sangat lemah tanpa makan dan minum yg cukup walau mereka kelihatan ceria dan mampu tersenyum. Bagaiman remaja tidak pandai berenang, lemah badan, hendak menyelam dgn begitu lama? Lagi-lagi dengan kematian penyelam professional di pertengahan jalan akibat kekurangan oksigen.

4. Menebuk lubang dari atas gua dan menarik mereka keluar. Usaha ini agak rumit kerana perlu membuat jalan dihutan yang tebal untuk membawa masuk jentera boring. Juga sulit untuk mengesan dengan tepat lokasi remaja ini dari atas gua. Khuatir juga jika kerja penebukan akan menyebabkan tanah dibawah runtuh lalu menimbus mereka.

Beberapa pemain bolasepak terkenal serata dunia telah memberikan kata-kata semangat kepada pemain-pemain remaja ini seperti lagenda Brazil & Real Madrid Ronaldo dan pemain Leicester City dari Austria, Christian Fucs dan beberapa lagi. Malah mereka masih sempat bertanyakan keputusan perlawanan Piala Dunia kepada rescue team. 

Seluruh pasukan Piala Dunia Jepun turut sampaikan mesej semangat dlm bahasa Inggeris dan Thai yang berbunyi "Tunggu, sabar, seluruh keluarga bolasepak dunia bersama anda". Mesej ini disampaikan sebaik selepas kekalahan mereka ditangan Belgium dan tersingkir. Presiden JFA turut sampaikan mesej "saya bersama semua disini mendoakan kesemua mereka diselamatkan". 
Semoga kesemua mereka berjaya dibawa keluar secepat mungkin dan mendoakan keadaan mereka selamat dan diberi kekuatan untuk terus hidup hingga dibawa keluar. All the best rescue teams.

Update: 9 July 2018

Enam daripada 12 kanak-kanak sekolah Thailand yang terperangkap dalam sebuah gua banjir di utara negara itu berjaya diselamatkan, hari ini, selepas penyelam melancarkan misi berani dan merbahaya untuk mengeluarkan mereka bersama seorang jurulatih bola sepak yang terperangkap lebih dua minggu, kata pihak berkuasa.
Seramai 13 penyelam luar negara dan lima anggota elit tentera laut Thailand membawa kanak-kanak itu menerusi laluan sempit dan ditenggelami air yang sebelum ini meragut nyawa bekas penyelam tentera laut, kelmarin.
Sumber Berita Harian Online

4 comments :

  1. Ngerinya kisah mereka ni Semoga semuanya selamat dikeluarkan.

    ReplyDelete
  2. Kisahnyaaaa. Terfikir jugak lah dah macam mana sampai boleh stuck dalam gua dalam tu (padah malas mencari berita) hehe

    ReplyDelete
  3. nasib baik semua selamat..

    ReplyDelete
  4. They worked really hard tho. Alhamdulillah semua selamat.

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Matched Content Adsense

Copyright © Rodiah Amir. Designed by OddThemes