15 Cara Terbaik Tambat Hati Suami

Rodiah Amir
7

15 Cara Terbaik Tambat Hati Suami

Perasan tak zaman sekarang semakin menjadi-jadi kejadian suami curang, perempuan rampas suami orang, skandal dengan kekasih lama. Eh banyak lagi la kalau nak tulis. Seram kan bila fikir. Selalu kalau terbaca berita macam ni ustaz ada pesan supaya cepat-cepat doa agar diri dan keturunan tidak di beri ujian sebegitu. Minta dijauhkan.

Walau tak semua tapi kebanyakan yang jadi macam ni bila hati dah mula tawar dengan pasangan. Tergoda dan ikut nafsu. Kalau isteri tak jaga dan tak tambat hati suami betul-betul memang rumahtangga boleh jadi neraka dunia la jawabnya. Kalau boleh melalui perkahwinan la kita nak masuk syurga sama-sama.

Diah berkongsi cara nak tambat hati suami ni bukan bermaksud Diah nak suruh isteri je berusaha sedangkan perkahwinan tu kena ada kerjasama suami dan isteri. Lebih baik kita siapkan diri, tambat hati suami, kalau di hari kemudian suami buat juga itu ujian Allah nak beri. 

15 Cara Tambat Hati Suami

Kunci Syurga Wanita Pada Suami


Dalam Quran ada sebut yang golongan yang paling mudah untuk ke syurga adalah golongan perempuan terutamanya untuk yang bergelar isteri. Untung kan? Ini kerana kunci ke syurga itu ada pada suaminya. Cara nya ialah dengan melaksanakan segala ibadah kepada Allah dan taat kepada suami. 

Diah kongsikan 15 cara yang Diah baca dari buku ustaz Azhar Idrus yang menjawab berkenaan permasalahan semasa. Cara-cara yang disarankan untuk para isteri bagi menambat hati suami dalam mewujudkan rumahtangga yang bahagia dan diberkati. 

1. Sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana dia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri. 

2. Sentiasa menjaga aurat daripada pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak juga membenarkan lelaki bukan mahram masuk ke dalam rumahnya semasa ketiadaan suami. 

3. Isteri yang menjadikan suami sebagai ketua dalam rumahtangga dan menghormatinya. 

4. Sentiasa taat, setia, dan patuh terhadap suruhan suaminya selagi tidak bertentangan dengan perintah agama. 

5. Isteri yang sedia memberikan kasih sayang dan layanan sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja. 

6. Sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruah dirinya sendiri ketika ketiadaan suami. 

7. Isteri perlu bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. 

8. Sedia menerima pemberian suami dengan ikhlas dan rela. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tak mampu nak tunaikannya.

9. Sentiasa bersyukur dan tenang. 

10. Berdiam diri sambil mendengar sewaktu suami bercakap. 

11. Sedia melayani memeuhi kehendak batin suami. 

12. Sentiasa menghias diri apabila berhadapan suami. 

13. Sentiasa mendahulukan keperluan suami daripada keperluan diri sendiri. 
14. Sentiasa bersikap malu kepada suaminya, bersopan santun dalam perbuatan dan perkataan. 

15. Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu sewaktu suami hendak keluar bekerja dan menyambut dengan senyuman apabila suami pulang. 

Sebetulnya tersedia beribu cara untuk tambat hati suami, tapi semua tu bergantung kepada isteri dan juga peranan suami. Nak bina rumahtangga yang bahagia kerjasama kena datang dari kedua-duanya. In sha Allah kalau kita sentiasa berusaha nak berikan yang terbaik pasti hasilnya seperti yang kita nak. 

Tags

Catat Ulasan

7Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. bookmark dulu, nanti rujuk semula hehe

    BalasPadam
  2. terima kasih share. saya belum berkahwin lg tapi tak salahkn tmbah ilmu ? hehhehe

    BalasPadam
  3. hehe nice sharing. ni yang da kawen or not boleh je ambil tahu =D

    BalasPadam
  4. kena save entri ni. berguna bila dah kawen nti :)

    BalasPadam
  5. good sharing..boleh diamalkan utk para bakal isteri dan isteri2 semua

    BalasPadam
Catat Ulasan