6 Senarai Semak Sebelum Anak Diberi Imunisasi

Rodiah Amir
2

6 Senarai Semak Sebelum Anak Diberi Imunisasi 

Raya Haji yang lepas genaplah Airis Safiya berusia 7 bulan. Pejam celik cepat je masa berlalu. Kalau ikut jadual suntikan imunisasi suntikan seterusnya ialah pada usia 9 bulan. Alhamdulillah perjalanan suntikan imunisasi Airis berjalan lancar dekat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Gombak Setia. Jururawat pun ramah walaupun kemudahan dekat klinik tu kurang selesa kalau di bandingkan dengan klinik kesihatan Setapak. 

Seperti biasa sebelum mendapat suntikan imunisasi jururawat akan pastikan keadaan kesihatan anak dalam keadaan baik. Macam Airis hari tu dia selesema tapi bebas demam jadi masih boleh diberi suntikan. Kalau selesema dan tidak ada kahak dan selepas diperiksa doktor jururawat terangkan tiada masalah kalau diberi suntikan. Apa pun dapatkan nasihatan doktor. 

6 Senarai Semak Sebelum Anak Diberi Imunisasi

Senarai Semak Sebelum Di Beri Imunisasi 

Diah kongsikan senarai semak untuk ibu bapa sebagai langkah berjaga-jaga sebelum membawa anak untuk mendapat kan suntikan imunisasi di klinik kerajaan mahu pun swasta. Berikut adalah senarai semak sebelum di beri imunisasi yang boleh ibu bapa rujuk: 

#1 Tarikh dan Jadual Imunisasi 

Setiap anak yang lahir akan di beri kan buku rekod kesihatan bayi dan kanak-kanak (0-6tahun). Buku ini penting sebab ke semua catatan tentang kesihatan anak akan di rekodkan dalam buku ni sehingga anak berusia 6 tahun. Buku ini di beri bila kita mendaftar di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Dalam buku ini juga ada nya jadual dan rekod imunisasi yang perlu anak-anak patuhi. Ibu bapa kena peka supaya tidak terlepas tarikh untuk suntikan imunisasi anak. 

#2 Suhu Badan 

Periksa suhu badan anak-anak sebelum mendapatkan imunisasi. Doktor akan beri tarikh baru dan elak kan memberi suntikan jika anak demam kerana khuatir demam akan semakin teruk dan suhu meningkat. Kalau selesema doktor akan periksa keadaan paru-paru jika ada kahak dan lain-lain. 

#3 Keadaan Am Anak (Sakit Atau Sihat)

Doktor akan pasti kan anak-anak berada dalam keadaan sihat dan bebas penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan anak. Ibu bapa harus peka dengan perkembangan dan tahap kesihatan anak. 

#4 Riwayat Penyakit Yang Lalu 

Berterus terang dan jangan cuba sembunyikan jika anak pernah menghidap apa sahaja jenis penyakit. Berbahaya jika mendapat suntikan dan berlaku kompilasi. Kongsikan dengan doktor atau jururawat jika anak mendapat rawatan dari klinik / hospital lain. 

#5 Riwayat Penyakit Semasa

Kenal pasti penyakit dan jika tidak yakin boleh bertanya dengan doktor jika ada. Alergik kepada ubat atau penyakit kulit boleh terjadi tak kira usia. Macam anak ke dua Diah yang menghidap Ekzima pada usia 5 bulan. 

#6 Alahan Atau Reaksi Yang Teruk Terhadap Imunisasi Masa Lalu

Kebiasaan jururawat akan bertanya jika ada alahan atau reaksi yang teruk selepas mendapat suntikan imunisasi sebelumnya. Jika ada boleh lah berkongsi dengan jururawat dan jururawat akan rujuk tahap kesihatan anak kita kepada doktor sebelum meneruskan imunisasi. 

Kesimpulan 

Selain daripada 6 senarai semak di atas, ibu bapa perlu pastikan anak bebas dari sawan, cirit birit dan muntah, mendapat immunoglobulin dalam tempoh 9 bulan, menghidap penyakit trombocytopania, mendapat rawatan kemoterapi kanser atau mendapat jangkitan HIV. Ini semua penting dan ibu bapa kena ambil tahu ya. 

Semoga dengan langkah pencegahan dan mendapatkan suntikan imunisasi untuk anak-anak dapat mengelakkan anak-anak kita terhindar dari penyakit berbahaya. Apa yang kita mampu kita usahakan ok. 


Tags

Catat Ulasan

2Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. oh jangan lupa simpan rekod imunisasi nanti nak daftar darjah 1 senang hehee

    BalasPadam
  2. Liez mmg alert bab check-up anak-anak. Bab suntikan pun tak nak miss sbb takut penaykit sekarang makin senang merebak..

    BalasPadam
Catat Ulasan