Sah Ke Solat Guna Telekung Tiruan?

Rodiah Amir

Sah Ke Solat Guna Telekung Tiruan?

Isu barang tiruan atau cetak rompak ni sebenarnya dah lama berleluasa. Kalau dulu movie la paling banyak di cetak rompak. Sekarang teknologi dah maju jadi orang tengok online je. Jadi kecaman terhadap penjual DVD cetak rompak dan segala tiruan tu dah berkurang. 

Tapi longgokan barang tiruan untuk barang-barang pengguna macam pakaian, alat perhiasan masih lagi tinggi dari hari ke hari sebab ada nya permintaan dari pengguna. 

Secara logik pengguna semestinya akan membeli barang tiruan sebab harga yang lebih murah dan kualiti hampir sama dengan yang original. Banyak pendapat berkenaan penggunaan barang tiruan. 

Ada yang menyokong dan tak kurang yang juga yang membantah. Kalau perasan, ada satu akaun Instagram yang membongkarkan artis-artis Malaysia yang pakai barang tiruan. Gigih kan?


Telekung Fake



Tapi boleh ke beli, guna, pakai barang tiruan ni? 

Hukum Solat Guna Telekung Tiruan


Terbaru, status instastory Vivy Yusof meluahkan rasa marahnya bila tudung Duck yang sejak dulu di tiru dan banyak di buat dan di jual di Vietnam. Vivy juga menyeru supaya tidak membeli produk tiruan. 

Status dia juga mengaitkan tentang orang yang solat menggunakan telekung tiruan dan telah timbulkan keraguan. Dia menyelar orang solat tapi memakai telekung tiruan. 

Terus ada yang tertanya-tanya sah ke solat kalau guna telekung tiruan? 

Ada satu perbincangan tentang seseorang yang solat dengan mengenakan pakaian dari hasil curi (kes ni curi design telekung) dan kalau ikut pandangan pengikut mazhab Hanafi, Malik, Syafie 

“ Solat tetap di nilai sah dengan pakaian curian yang haram kerana pengharaman pakaian itu tidak hanya khusus untuk solat. 

Sebagaimana jika ada seseorang yang mencuci pakaiannya dari najis dengan menggunakan air hasil curian, pakaian itu tetap suci, menurut kesepakatan ulama.  

Syarat sah Solat dan Syarat wajib solat


Telekung tiruan tidak termasuk dalam syarat sah solat dan di bawah merupakan syarat sah solat dan syarat wajib seseorang untuk menunaikan solat. 

  1. Yakin masuk waktu solat
  2. Suci daripada hadas besar dan hadas kecil 
  3. Angggota badan, pakaian dan tempat bersih daripada najis 
  4. Menutup aurat dengan sempurna 
  5. Menghadap ke arah kiblat

Manakala syarat seseorang itu wajib untuk menunaikan solat adalah seseorang itu telah mencapai baligh iaitu cukup umur bagi lelaki dan perempuan, seorang Islam, mempunyai akal fikiran yang waras dan suci dari sebarang hadas.  

Nah ini pula pendapat dari Mufti Wilayah persekutuan berkenaan hukum muat turun software, lagu, game darpada Internet. Boleh rujuk website Mufti Wilayah Persekutuan. 

Berbalik kepada isu menggunakan telekung tiruan untuk solat memang pastinya solat itu sah dan diterima Allah manakala penggunaan barang tiruan adalah dikira mencuri hak milik orang lain apatah lagi jika barang atau sesuatu produk telah di daftarkan pemiliknya.

Mengambil tanpa izin adalah mencuri. Tepuk dada dan tanyalah selera. Solat itu adalah tiang agama. Jangan sesekali merumitkan Islam dan menganggap Islam itu agama yang sukar di laksanakan. 

Tags