Perkara Perlu Anda Tahu Mengenai Ekzema

Rodiah Amir
2

Diah mula belajar mengenai Ekzema melalui anak-anak. Betul sangat, pengalaman menjadi guru terbaik dalam kehidupan. 

Ekzema dikaitkan dengan masalah keradangan kulit yang biasanya berulang-ulang dan menyebabkan gatal. Semua orang berpotensi untuk terkena penyakit ekzema termasuk lah bayi, kanak-kanak dan juga orang dewasa. 

Tapi jangan risau sebab ianya bukanlah penyakit berjangkit dan boleh dikawal. Antara bentuk-bentuk keradangan kulit yang terjadi ialah kulit kering atau bersisik, kulit keluar bintik-bintik halus atau kasar, kulit bertukar merah dan gatal. 

Perkara Perlu Anda Tahu Mengenai Ekzema 

Orang yang paling mudah menghidap ekzema adalah mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang ada ekzema, pesakit resdung, asma dan juga orang yang ada alergik.

Faktor Penyebab Ekzema Meradang

  • Penggunaan sabun, barangan mandi dan pencuci pakaian yang salah. 
  • Cuaca panas dan kuat berpeluh
  • Alergik terhadap makanan, barang kemas, alam persekitaran, fabrik, barang kosmetik, detergen dan banyak lagi. 
  • Stres
  • Kurang air dalam badan.

Kalau pembaca masih ingat Diah pernah kongsikan tentang anak kedua Diah, Raudah Sakinah yang disahkan doktor menghidap Ekzema masa dia berumur 5 bulan. 

Genap umur dia setahun ekzema dia semakin berkurangan. Itu pun selepas mencuba pelbagai ikhtiar. Alhamdulillah kulit dia semakin hari semakin baik. 


Kali ni, giliran abang dia pula menghidap ekzema. Ekzema abang dia pula bermusim. Kalau cuaca terlajak panas dan dia kurang minum air secara automatik radang tu berlaku. 

Seperti biasa bila melibatkan masalah kulit kami akan rujuk Doktor favourite kami, Doktor Kevin Menezes di Klinik Mediviron Wangsa Delima, Kuala Lumpur. 

Masalah yang anak Diah hadapi ialah dia ada kelemumur yang agak tebal di kepala. Ni bukan kelumumur biasa- biasa tu. Doktor Kevin juga sahkan ianya bukan juga jangkitan fungal. 

Kebiasaan kalau terkena jangkitan fungal dia akan rasa gatal-gatal. Sebelum berjumpa Doktor Kevin Diah sempat singgah di farmasi untuk beli sahaja ubat tapi mereka tidak berani mengesyorkan apa-apa ubat dan minta kami rujuk kepada doktor. 

Masa ni memang dah cuak, risau yang bukan-bukan. Ingatkan kelumumur biasa-biasa je. 

ekzema-kulit-kepala

Ekzema - Seborrheic Dermatitis

Apa yang berlaku ialah, di awal persekolahan, cuaca memang agak panas. Ada juga beberapa hari anak Diah macam kekurangan air walaupun dia bawa botol air kesekolah dan minum seperti biasa. 

Diah mula perasan bila terpegang kepala dia dan ada kelumumur tebal. Bila disikat kuping-kuping yang besar tercabut. 

Oleh sebab kelumumur tu melekat pada rambut jadi banyak juga rambut yang tercabut sekali dan keluar darah. Tak banyak pun tapi agak pedih bila mandi sebab kulit tu terluka. 

Diah cuba terangkan mengikut istilah yang mudah difahami dan andai ada perkataan yang sukar difahami / salah terma, mohon maaf dan sila rujuk yang lebih arif. 

Semasa sesi konsultan dengan doktor Kevin, doktor terangkan yang Ikhwan ni terkena jangkitan Seborrheic Dermatitis. Salah satu jenis ekzema tapi serangan hanya bahagian dari dada ke kepala (bahagian atas). 

Doktor kata kalau jangkitan fungal kebiasaan dia akan gatal tapi Ikhwan langsung tak menggaru. Bila dengar penerangan doktor kami agak terkejut sebab sebelum ni memang Ikhwan bebas masalah kulit. 

Dah masuk 8 tahun baru ekzema dia tunjuk taring. Haha. Kita yang dewasa orang panggil kelumumur dan kalau untuk bayi, kelumumur ni biasanya dipanggil ‘craddle cap’. Bayi baru lahir selalu ada kan?

Lepas dengar penerangan doktor baru lah lega, dan doktor cadangkan dua jenis syampu beserta pelembap. Boleh tengok gambar ya. Satu untuk dipakai pada waktu pagi, dan satu lagi di pakai pada waktu petang.

Untuk syampu waktu petang ni kena biarkan syampu di kepala selama 5 sehingga 10 minit supaya syampu tu meresap ke kulit kepala. Selepas bersyampu pula kena sapu pelembap ke kulit kepala. 

ubat-gatal-eczema


Masa dengar doktor sebut pelembap ingatkan macam pelembap sapu ke badan tu. Rupa-rupanya teksturnya cair dan perlu disembur. 

gatal-eczema


Syampu tu tak pedih kan mata dan berangin. Pelembap tu pula dia akan cepat kering dan membentuk lapisan. Sedikit pedih jika kulit kepala terluka. Tapi tak lama mana pun rasa pedih tu. Beprosalic Lotion yang perlu disembur lepas mandi

syampu-eczema



Selepas seminggu doktor Kevin minta datang berjumpa dia semula untuk melihat perkembangan Ikhwan. 

Doktor pesan untuk banyakkan minum air, elak berada di bawah cuaca yang panas terlalu lama, dan kekalkan kelembapan kulit. Alhamdulillah lepas seminggu kelumumur yang tebal tu hilang.

Sebelum teruskan syampu setiap hari Diah akan sikat dan buang lapisan yang tebal supaya syampu dan pelembap dapat meresap ke kulit kepala. Berkesan!

selepas-rawatan-eczema


Untuk ibu bapa yang ada anak-anak menghidapi masalah radang kulit atau seangkatan dengannya Diah cadangkan untuk berjumpa dengan doktor Kevin ni sebab klinik dia fokus untuk masalah kulit. 

Nak kurus pun doktor boleh nasihatkan. Paling penting doktor tak galakkan produk yang ada steroid. Itu paling Diah suka. Nak cari di Klinik Mediviron Wangsa Delima pun mudah sahaja. 

Ianya bangunan yang berhadapan dengan Wangsa Walk Malk dan sederet dengan Bank Islam. Susah sangat waze je lah alamat di bawah. Apa-apa nak tanya boleh drop soalan di bahagian komen atau email je Diah ok. 

Klinik Mediviron
No 5 Kedai D’Wangsa Maju Blok 1C
Jalan Wangsa Delima 12
53300 Wangsa Maju Kuala Lumpur
No Tel: 03-41428640



klinik-mediviron

Tags

Catat Ulasan

2Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Semoga cepat sembuh abanggg.. Umur 8 tahun tetiba ekzema tunjuk taring.. Tebal juga kuping kat kepala tu

    BalasPadam
  2. risaukan bila tgk anak-anak rakit, gatal2 ni..
    mak-mak jadi tak senang duduk.. semoga abg cepat sembuh ye

    BalasPadam
Catat Ulasan