Bawa Anak Ke The Shore Oceanarium Melaka

Rodiah Amir
6

The Shore Oceanarium Melaka

Minggu sudah Diah bawa anak-anak bercuti ke The Shore Oceanarium Melaka. Pertama kali jejakkan kaki ke sini walaupun suami orang Melaka. Tempat ni sesuai sangat untuk seisi keluarga terutama untuk mereka yang ada anak-anak yang masih bersekolah.

The Shore Ocenarium Melaka ni terletak di tingkat dua di dalam bangunan The Shore Shopping Gallery. Korang boleh parking kereta di dalam bangunan dan ianya adalah PERCUMA. Jimat duit parking.

Waktu operasi adalah bermula pada jam 10.30 pagi sehingga jam 9.00malam. Bermula bulan Mac 2019, pakej istimewa ditawarkan kepada pengunjung iaitu korang hanya perlu membayar RM40 (dewasa) RM30 (kanak-kanak) bagi kemasukan dua tempat iaitu The Shore Oceanarium dan Taman Interaktif Virtual Reality (VR) & Augmented Reality (AR). 


The Shore Ocenarium

Tarikan The Shore Oceanarium Melaka

Lepas beli tiket anda akan diberikan cermin mata 3D, token untuk aktiviti di ARVR, dan juga set soalan (kuiz). 

Apa yang menarik dekat sini adalah korang berpeluang untuk mendapat hadiah dari The Shore Ocenarium jika berjaya menjawab kesemua solan dalam kuiz yang mereka berikan. 

Boleh cari jawapan sambil berseronok dekat dalam tu. Kira belajar sambil berhibur konsepnya. 


The Shore Ocenarium Melaka

Jujurnya, ini kali pertama Diah menjejakan kaki ke sini dan sangat kagum dengan apa yang The Shore Oceanarium Melaka tawarkan. Memang sesuai dengan award yang mereka menang iaitu Award Winning Tourist Attraction. Antara benda menarik dekat The Shore Ocenarium ni adalah seperti: 

Ocean Journey 

Anda berpeluang untuk tengok hidupan laut depan mata yang memang jarang la nak dapat tengok dekat luar dan paling best dapat sentuh binatang seperti Ikan Yu Pasir (Bamboo Shark), Bintang Pasir (Starfish), Belangkas (Hosreshoe Crab), Umang-Umang (Hermit Crab), Landak Laut (Sea Urch), Ikan Pari (Stingray), Gamat Laut (Sea Cucumber), dan Ikan Buntal. 

Ocean life

Staff dekat sini sangat ramah dalam melayan pertanyaan pengunjung dan mereka akan terangkan tentang spesis-spesis yang disebutkan dekat atas tadi. Binatang dekat sini semuanya manja weh, suka je bila orang usap-usap dia terutama ikan buntal.

Jangan pegang ikan buntal bila kembangkan badan sebab itu tandanya dia tak selesa dan tak rasa selamat. Bahaya untuk manusia. 

Dah sampai Melaka tak sah kalau tak makan Seafood dekat sana - Tempat Makan Seafood Best Di Melaka

Big aquarium in The Shore Ocenarium Melaka

Magical Vacuum Aquarium (MVA)

Kalau ikut hukum Fizik, air akan mengalir keluar dari tangki yang berisi air melalui mana-mana lubang di tengah-tengah tangka air. Walau bagaimanapun aquarium MVA ni mempunyai reka bentuk vakum khas dan unik, mengabaikan hukum fizikal graviti. Jadi air tak mengalir keluar pun. 

Kagum sekejap air tak tumpah. Apa yang best anda boleh masukan tangan dan biar ikan-ikan dekat dalam tu menggigit tangan anda macam yang selalu orang buat dekat Fish Spa tu. Tak sakit pun, geli ada lah. 

Magical Aquarium in The Shore Ocenarium Melaka

Jungle Quest 

Bahagian ini dipamerkan haiwan reptilia seperti ular bersaiz kecil, cicak, labah-labah dan juga dapat tengok koleksi serangga seperti rama-rama. 

River Terapin 

Di River Terapin pula anda boleh tengok koleksi kura-kura dan ikan yang pelik seperti West African Lungwish yang suka tanam diri dalam lumpur kering. Nak tahu lebih kena datang dan tengok sendiri. 

Ocean Theatre 

Dah penat berjalan boleh berehat dan tengok teater tentang hidupan laut di hadapan aquarium besar di Ocean Theatre (8 in 1 Cinema 3D Plus). Masa ni la kena guna cermin mata 3D yang diberikan tu. Bila duduk di kerusi tu nanti akan rasa efek seperti gegaran, tiupan angin, semburan air, buih, bunyi dan banyak lagi kesan khas. 

Berhadapan dengan tempat duduk tu ialah aquarium besar yang ada banyak ikan-ikan yang saiz dia lebih besar dari manusia. Setiap jam 11.00 pagi dan 3.00 petang akan ada pertunjukan dan juga fish feeding.

Sepanjang laluan dari satu bahagian ke bahagian lain dikelilingi aquarium yang ada pelbagai spesis ikan. Kiri kanan dan atas kepala pun ada aquarium tau. 
Sebut pasal ikan, teringat makan asam pedas dekat Berkat Salam.


Ocean Theatre

Sea Shell Museum 

Semua koleksi cengkerang laut disatukan disini untuk sesi pembelajaran. Dari saiz yang kecil sehinggalah yang bersaiz besar dan pelbagai bentuk. 

Sea Shell Museum in The Shore Ocenarium Melaka

Shark Quest

Jangan ketinggalan untuk cuba Virtual Shark Cage untuk rasai sendiri pengalaman berada dalam sangkar dan diserang jerung. Kan ada kalau di laut untuk sesi diving tawarkan berada dalam sangkar untuk tengok jerung kan? 
Ha dekat sini anda boleh rasai sendiri macamana diserang jerung secara virtual.

Sangkar jerung ni mempunyai kesan bergetar & imej serta bunyi yang mengejutkan. Perempuan mengandung, yang ada sakit jantung atau masalah kesihatan serius tidak digalakkan untuk mencuba. Kanak-kanak pula dinasihatkan ditemani oleh orang dewasa. 



Fish Feeding Frenzy

Anda boleh beli makanan ikan semasa di kaunter tiket dan Fish Feeding Frenzy ni merupakan kawasan terakhir sebelum anda melangkah keluar dari The Shore Oceanarium.

Terdahulu kolam ni merupakan kawasan untuk penyu tetapi atas sebab tertentu ianya diganti kan dengan pelbagai jenis ikan. Dijangkakan akan dipenuhi dengan penyu semula pada tahun ini. 


Fish Feeding Frenzy


Interactive Zone & Augmented Reality 

Dekat sini disediakan banyak mesin yang dilengkapi dengan teknologi augmented reality dan juga interactive Zone. Bahasa mudah nak faham ialah dia sejenis mesin yang capture gambar dan ada efek-efek bila kita buat pergerakan.

Jadi pengunjung boleh tangkap gambar atau ambil video beserta efek yang menarik. 



Bagi pendapat Diah, sebagai seorang ibu yang punyai anak-anak yang sedang membesar, lawatan ke The Shore Oceanarium amatlah berbaloi kerana ianya merupakan tempat yang sesuai untuk anak-anak menambah ilmu pengetahuan dan berseronok.

Persekitaran yang selesa, bersih dan sesuai untuk semua peringkat umur. 

Sebelum balik jangan lupa singgah di kedai cenderahati dan beli buah tangan sebagai tanda kenang-kenangan. Harga pun berpatutan. 


Waze: The Shore Oceanarium , Jalan Persisiran Bunga Raya, Kampung Bunga Paya Pantai, 75100 Melaka

Tags

Catat Ulasan

6Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Bila nak sampai gak dekat sana hahaha aduhaii

    BalasPadam
  2. wow bestnyaa ada close encounter dengan animals tu semua. puas hati cenggini. hehe bukan kanak2 je suka ni dewasa pun suka =D

    BalasPadam
  3. weih, best ! ak plan nak ke melaka Jun ni. boleh lah terjah sini.

    BalasPadam
  4. Masa pegi tu, geram tenguk ikan2 arowana dalam akuarium besar tu.

    BalasPadam
  5. Lengkap ceritanya... Cantikkk sungguh suasana dalam ni ya.. 😍

    BalasPadam
  6. Menariknye kat sini.. Kene pergi jugak ni suatu hari nanti.. bwk anak2...

    BalasPadam
Catat Ulasan