Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah
Bermula tahun 2019, pencapaian murid-murid tidak lagi dinilai melalui peperiksaan sebaliknya murid-murid bakal dinilai melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Apa benda PBD ni? Kalau rujuk perlaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Tahap 1 yang di war-warkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, pentaksiran akan dilakukan menerusi lima aktiviti yang dilakukan di sekolah dan dipantau guru yang bertanggungjawab. Lima aktiviti tu termasuk; Kuiz, Permainan, Main Peranan, Bercerita, dan Projek Mudah.
Pentaksiran Bilik Darjah Ibu Bapa Perlu Tahu
Semua aktiviti pembelajaran yang
berlaku dalam lingkungan guru dan murid akan dinilai secara berterusan melalui
pentaksiran di dalam atau di luar bilik darjah. Jadi dengan adanya PBD dapatlah
ibu bapa kenal pasti kekuatan dan kelemahan anak-anak yang dinilai melalui
Tahap Penguasaan.
Kiranya cikgu dah tak tanda
kertas peperiksaan tapi kerja cikgu bertambah untuk pantau murid-murid ketika
dalam dan juga luar kelas. Aku rasa lebih terperinci dan harapnya cikgu-cikgu
mampu dan cukup tenaga pengajar nak laksanakan semua ni.
Tahap Penguasaan Pentaksiran Bilik Darjah
Rata-rata aku baca tentang tahap
penguasaan pentaksiran bilik darjah ada 6 tahap kesemuanya, tapi di sekolah
Ikhwan ada sampai Tahap 5 sahaja. Emak confuse nak. Dah balik rumah baru teringat
nak google lebih tentang tahap penguasaan ni. Nanti nak rujuk cikgu semula tentang
Tahap Penguasaan ni. Murid yang score Tahap 6 kira paling bagus la. Tandanya
murid tu faham, boleh amalkan dan boleh ajar kawan-kawan pula.
Tahap 1 - Tahu
Tahap 2 - Tahu dan Faham
Tahap 3 - Tahu, Faham dan Boleh Buat
Tahap 4 - Tahu, Faham dan Boleh Buat Dengan Beradap
Tahap 5 - Tahu, Faham dan Boleh Buat Dengan Beradap Terpuji
Tahap 6 - Tahu, Faham dan Boleh Buat Dengan Beradap Mithali
*Imej: Cikgu Share
Oleh sebab PBD ni masih baru jadi
aku rasa ia nya akan ambil masa untuk murid-murid terima sistem pemarkahan
sebegini. Aku sebagai ibu bapa pun cuak juga. Apa jadi kalau tiba-tiba PBD
dibatalkan dan diganti dengan sistem lain pula? Lepas ni nak kena duduk dengan
anak dan terangkan betul-betul apa yang perlu dia tahu.
wow ni first time mama dgr.. tq for sharing ye
BalasPadamCatat Komen
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.