Review Telefilem Wakaf Dosa

Rodiah Amir
1
Assalamualaikum. Korang ada tengok tak telefilem 'Wakaf Dosa' lakonan Dato Rosyam Nor, Izzue Islam, Farahdhiya, Sweet Qismina? Memang merembes air mata aku masa ayah dia meninggal dunia tu. 

Cerita ni aku rasa memang tepat sangat nak gambarkan apa yang sedang berlaku dalam masyarakat kita masa sekarang. Fitnah dan dosa tu dah jadi biasa. Sedihnya. 

Untuk korang yang terlepas tengok korang boleh tengok di Tonton.my atau pun YouTube TV3. Aku sangat-sangat setuju kalau korang tengok Telefilem Wakaf Dosa ni sebab ianya memang sarat dengan pengajaran. 


Tonton Telefilem Wakaf Dosa, Kisah Realiti Zaman Sekarang


Lakonan Dato Rosyam Nor memang tak perlu dipertikaikan lagi lah. Memang berjaya bawa watak yang dibenci oleh keluarga. Lagi satu pelakon yang aku rasa berbakat sangat ialah Sweet Qismina. 

Aku memang suka watak dia bawak. Dia dah berlakon banyak cerita dan aku memang minat dia dari dia berlakon cerita Elly & Epit tu lagi. Paling penting tak gedik. 


Tonton Telefilem Wakaf Dosa


Sinopsis Telefilem Wakaf Dosa 

Bakri Zain seorang pelakon banyak merangkul anugerah dan rezekinya tidak pernah putus. Dalam masa yang sama Danial Muhaimin seorang pelakon terkenal yang mula mencemburui Bakri apabila sering dibanding-bandingkan. 

Daniel bertambah marah apabila festival filem terpaksa menarik keluar namanya dan memilih Bakri Zain sebagai calon untuk kategori pelakon lelaki terbaik. 

Puteri Najwa merupakan anak sulung Bakri kini dan sedang mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Najwa ingin mengejar impiannya menyambung pelajaran di Universiti Al Azhar. 

Berbeza dengan kejayaan ayahnya yang lebih menjurus ke ‘Dunya’, Najwa pula menjadikan ‘Akhirat’ sebagai titiannya untuk ke syurga. Namun, Najwa tidak pernah sesekali meragui atau ‘judgemental’ pada ayahnya.

Suatu hari, sebuah video skandal seks Bakri Zain bersama dua orang perempuan viral di media sosial. Bakri terduduk dan terkelu apabila mendapat tahu tentang video itu. 

Bakri puas berfikir siapa yang sanggup memfitnah dan menganiayainya. Itu merupakan titik permulaan kehancuran ‘Bakri Zain’. 

Bakri mula tersedar yang dirinya jauh daripada Allah. Baginya agama itu adalah sekadar tanggungjawab terhadap keluarga sahaja tapi bukan untuk dirinya. Bakri akhirnya meninggal dunia akibat kemurungan berpanjangan. 

Sejak kejadian itu Daniel orang yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah dengan menyebar video palsu itu mula dihantui perasaan bersalah dan tidak tenang. Daniel akhirnya bertemu dengan keluarga Bakri dan mengaku kesalahanya namun segalanya telah terlambat.


Pengajaran Dari Telefilem Wakaf Dosa

Korang tonton sendiri la cerita ni, memang geram je bila kena fitnah dan pedihnya anak-anak dan isteri percaya fitnah berbanding keluarga sendiri. Sampai ayah dia mati pun anak dan isteri dia masih percaya ayah dia bersalah. 

Bila dah tahu kebenaran baru nak meraung dan menyesal, Tak pasti la mak dia tu meninggal atau sekadar jatuh pengsan. 

Pengajaran lain aku dapat ialah berkaitan depresi. Depresi bukan mainan dan ianya masalah yang serius. Masa seseorang tu depresi la dia amat perlukan sokongan keluarga dan orang terdekat. Please jangan biarkan mereka yang alami depresi bersendirian. 


Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. aida x tgk dari awal citer ni.
    sibuk masa tu. tgk da separuh citer.
    sedih gak le bila da last tu.
    aduhai... fitnah dunia. alam cyber. aduhai :(

    BalasPadam
Catat Ulasan